Monday, August 10, 2009

Keperluan Makanan Roh & Fizikal


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Makanan suatu yang amat kita perlukan didalam kehidupan kita, Kita makan nasi, makan buah-buahan, makan daging dan banyak lagi makan yang kita makan sehinggakan sukar untuk menginggati semua makan yang telah kita makan. Terlalu banyak dan berbagai rasa telah kita makan namun adakah kita perlu memakan sebegitu banyak makanan didalam kehidupan kita? Makanan yang berkhasiat amat diperlukan oleh tubuh badan kita agar kita menjadi manusia yang seimbang, jika tidak mungkin kita akan menghadapi berbagai masalah seperti lebih berat atau penyakit yang disebabkan oleh tiada kawalan pemakan yang seimbang.

Kita menghabiskan banyak wang untuk makan yang kita ambil dan semuanya memenuhi kehendak fizikal tubuh badan kita. Adakah kita merenung sejauh mana pula kita menyediakan pemakanan untuk ROH dan JIWA kita. Apakah ROH kita mendapat makanan yang secukupnya? Apakah kita menyediakan makan untuk ROH kita mengikut jadual yang tertentu agar jiwa kita tidak kelaparan. Jika kita memberikan makan untuk fizikal dan jika kita tidak dapat memenuhinya badan kita mungkin mengalami masalah, bagaimana pula sekiranya JIWA DAN ROH kita tidak mendapatkan santapan dari semasa kesemasa, apakah yang mungkin berlaku kepada ROH dan JIWA kita?


Adakah mungkin JIWA kita menjadi kosong dan tidak tahu kemanakah yang mahu dituju, mungkin ROH tidak mengetahui apakah sepatutnya yang perlu dilakukan bagi menjaga tubuh badan yang ada kerana ia tidak diberikan makan yang mencukupi sehinggakan ROH tidak dapat memberikan petunjuk yang sebaik buat tubuh badan melaluinya. Apakah Al Quran dijadikan sebagai sebahagian santapan ROH didalam kehidupan kita atau kita memandang sepi sehinggakan ROH kita sentiasa kelaparan dan memerlukan makanan dan diisi dengan hiburan TV dan video semata-mata.


Mari kita menyemak kembali sejauh mana kita benar-benar berusaha untuk memberikan makan yang seimbang kepada tubuh badan dan juga ROH kita. Tanpa memberikan keseimbangan akan berlaku kerosakan yang akan mmerugikan untuk kehidupan di akhirat nanti. Marilah kita melihat kembali langkah-langkah yang akan kita lakukan agar ianya sentiasa mendapat petunjuk dari Allah swt dan tidak mmendapat kerugian di akhirat kelak. Amin

0 comments: