Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Ujian sejauh mana dirasai didalam kehidupan? Ujian boleh berbentuk kesenangan, berbentuk kesusahan, daripada lelaki atau wanita, daripada harta atau tahta. Namun semuanya untuk menguji samada dapat meletakkan Allah swt di hadapan dan segala keputusan yang hendak dilakukan menurut seperti apa yang dikehendaki Allah swt atau tidak.
Ujian bukan disediakan tanpa sebab tetapi disediakan untuk meningkatkan darjat seorang di hadapan Allah swt. Sejauh mana kita merasai kita di uji? Atau selepas gagal baru kita merasakan yang kita di uji kerana semasa di uji kita leka dengan sedikit kenikmatan lalu melupakan segala-galanya seolah-olah tiada tuhan.
Tidak ujud seorang lelaki jika tidak ada wanita yang melahirkannya selepas Adam as, maka penghormatan agung buat wanita bergelar ibu. Namun ibu yang ditaati oleh anaknya perlu pula mentaati seorang lelaki bergelar suami. Saling perlu memerlukan antara satu, boleh menjadi penyebab untuk masuk surga dan juga penyebab untuk masuk neraka. Perlu bantu-membantu untuk mencari keredaan ilahi, namun apakah persediaan diri untuk menghadapi ujian ilahi.
Kita perlu mencari kekuatan Iman agar segala ujian dapat di atasi, Pencarian memerlukan pengorbanan untuk melalui kesukaran bagi mendapatkan kemanisan, ramai yang gagal didalam perjalanan kerana diri tiada persediaan, bukan berapa banyak buku telah menjadi rujukan, bukan juga pengalaman menjadi ukuran, yang penting sejauh mana Al Quran di ambil sebagai rujukan. Sejauh mana diri Rasulullah saw dijadikan ikutan, ujian sentiasa mengiringi kehidupan untuk memilih orang-orang yang akan berjaya berhadapan dengan Allah swt di hari pembalasan. Marilah kita bina kekuatan untuk perjalanan yang jauh dengan hentian terakhir suatu kematian sebelum bermula perjalanan seterusnya. Allah hu alam
Tuesday, August 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment