Wednesday, August 19, 2009
Persediaan Menghadapi Kerugian
Assalammualaikum dan salam sejahtera
Kerugian dan keuntungan adalah suatu perjalanan kehidupan, ada orang yang kelihatan sentiasa berada didalam kerugian dan ada orang yang kelihatan sentiasa beruntung didalam kehidupan mereka. Jika boleh tiada orang yang mahukan kerugian didalam kehidupan mereka, kita melakukan banyak perkara dan aktiviti untuk mendapatkan keuntungan. Persoalannya adakah aktiviti-aktiviti yang kita lakukan akan memberikan keuntungan kepada kehidupan kita?
Sejauh mana kita bersedia untuk menghadapi kerugian yang mungkin akan kita hadapi? Adakah kita benar-benar memikirkan tentang kerugian yang bakal kita terima didalam kehidupan kita? Bayangkan jika diberikan perniagaan untuk kita laksanakan dan kita tidak kisah tentang keuntungan yang bakal diterima dan tidak kisah juga tentang kerugian yang mungkin dialami, apakah kita dikatakan sebagai seorang peniaga yang baik dan akan Berjaya?
Tentu sekali tidak, kita perlu merancang perniagaan kita agar mendapat keuntungan dan juga merancang untuk tidak mengalami kerugian sekiranya kerugian itu suatu yang tidak dapat dielakkan. Bulan Ramadan datang lagi, dan sejauh mana kita mempersiapkan diri kita untuk mendapatkan begitu banyak keuntungan untuk kehidupan diakhirat nanti melalui Ramadan pada kali ini, sejauh mana pula kita menyediakakn langkah-langkah untuk mengelakkan diri kita dari digulungkan kedalam mereka-mereka yang akan mengalami kerugian. Apakah kita sedar cirri-ciri mereka yang akan mengalami kerugian, apakah penyebab-penyabab yang akan menyebabkan kita akan rugi dan apakah yang menjadi penyebab yang akan menjadikan kita berada didalam keuntungan.
Marilah kita merenungkannya kerana surge adalah suatu keuntungan yang tidak dapat dibayangkan dan neraka adalah suatu tempat yang tidak mampu kita menghadapinya. Beruntunglah mereka yang bijak kerana memikirkan tentang kehidupan selepas kematian kerana dunia adalah sebab dan akhirat adalah akibat. Dengan banyak sebab-sebab untuk mendapat kebaikan akan memungkinkan kita meraih keuntukan diakhirat, sebaliknya jika tiada sebab-sebab untuk kita meraih kebaikan semasa didunia akan menyebabkan kesukaran diakhirat kelak. Jika kita meminta rehat sekarang atau mahukan kerehatan sekarang, ditakuti kita sudah tiada masa untuk rehat di akhirat kelak. Allah hu alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment