Wednesday, July 30, 2008

Rasulullah saw contoh ikutan terbaik

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Rasulullah saw seorang rasul yang menyampaikan kebenaran dari Allah swt, sentiasa berbaik sangka terhadap semua manusia dan berkeinginan untuk memberikan yang terbaik buat manusia agar beriman kepada Allah swt. Segala usaha dan pengorbanan telah ditunjukkan agar manusia merasai kasih dan sayang serta kebesaran Allah swt didalam kehidupan agar mendapat kehidupan terbaik di akhirat nanti.



Pengorbanan yang telah dilakukan merupakan suatu pengorbanan yang begitu agung dan ikhlas serta kesungguhan yang benar-benar untuk mendapatkan keredaan Allah swt. Tidakkah kita terasa akan kebahagian yang ingin diberikan kepada umatnya, tidakkah kita terasa ikatan kasih yang ingin diberikannya, tidakkah kita terasa kemesraan yang ingin diberikannya. Kesungguhan dan kemurnian perasaan yang mahu melihat umatnya mendapat Rahmat Allah swt begitu ketara sehinggan semasa akhir hayatnya masih lagi tetap mengingati umatnya.



Sejauh mana kita mengenalinya? Sejauh mana kita mengetahui sejarah hidupnya? Sejauh mana kita menyelami liku-liku kehidupannya. Sejauh mana kita merasai kesukaran yang dilaluinya, sejauh mana kita meneliti pengorbanan yang telah dilakukan olehnya. Sekiranya dibandingkan dengan diri kita mungkin tidak terlukis akan pengorbanan yang begitu agung dengan mengorbankan segala-gala yang ada baik perasaan, pemikiran, kesenangan dan kehidupan hanya untuk mendapatkan keredaan Allah swt.



Allah swt matlamat kami, Ar rasul pimpinan kami. Adakah mungkin akan bermain didalam pemikiran dan perasaan kita, adakah akan menjadi cita-cita kita dan akan menjadi suatu keperluan yang amat diharapkan oleh kehidupan kita. Semuanya perlu kepada keputusan untuk bermula, kita perlu mula merasakan untuk perlu menjiwainya dalam diri kita kerana jika tidak sekarang bila lagi? Bilakah aku akan melakukan keputusan untuk benar-benar beriman dan menyerahkan jiwa ini untuk Allah swt dan Rasul saw. Allah hu alam.



______________________________________________________________



Rasulullah saw Contoh Terbaik

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.



Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan,dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.



Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?



Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja." "Apakah Itu?," tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.



Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.



Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab, Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.



Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.



Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.



Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq. Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.



Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu. .. Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya? MasyaAllah.. ..macam meter taxi...jalan terus.



Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.


1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.


2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.


4. Bantu pendidikan seorang anak.


5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat hasanah.


6. Bagi CD Quran atau Do'a.


7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.


8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.


9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.


10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat. Aminnnnnn...

Ketentuan dan kekuasaan Allah swt

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Bermadu suatu perkara yang rata-rata tidak digemarai dan tidak diterima oleh semua wanita terutama di Malaysia. Kadang kala ianya juga tidak diterima oleh mereka-mereka yang dikatakan faham akan hukum Islam, ini disebabkan begitu banyak berita-berita yang tidak baik yang diutarakan oleh mereka-mereka yang telah bermadu. Baru-baru ini saya mendengar komen seorang yang berkata mengapa di Malaysia orang lelaki tidak mahu berkahwin lebih dari satu, sedangkan begitu ramai gadis yang masih belum berkahwin, jika di timur tengah ini sudah merupakan suatu tuntutan untuk para lelaki berkahwin lebih dari satu.



Walau apa sekalipun, sebenarnya Allah swt telah menyediakan kertas peperiksaan untuk semua manusia, ada soalan yang mudah untuk dijawab dan ada kertas soalan yang sukar untuk dijawab oleh manusia. Ada orang yang walau bagaimana sukar soalan tersebut dia tetap menduduki dan sememangnya kita tiada pilihan untuk tidak menjawabnya, tetapi adakah kita lulus atau tidak akan kertas soalan tersebut. Setiap seorang mempunyai kertas soalan yang berbeza dan Allah swt bila memberikan kertas soalan Ia tahu bahawa kita layak untuk menduduki kertas soalan tersebut dan kita kena memilih samada hendak menjawab kertas soalaan tersebut dengan nilai dari Allah atau kita menjawab kertas soalan tersebut dengan nilai nafsu dan fikiran kita sendiri.



Apabila seorang lelaki berkahwin dua, ia adalah merupakan ujian peperiksaan buat dirinya, mungkin kerana, telah ditentukan yang isteri pertamanya telah ditentukan akan bermadu maka si suami terpaksalah untuk berkahwin dua atau sebaliknya. Kesemua mereka samada si suami, isteri tua dan isteri muda, kesemuanya telah ditentukan untuk menerima ujian peperiksaan dari allah SWT untuk melihat sejauh mana apabila telah berlaku melihat ini adalah sebagai ketentuan Allah swt.



Memang sukar untuk berfikiran terbuka, namun setiap yang berlaku sebenarnya mesti ada yang baik yang telah Allah swt tentukan. Ada orang yang berhajat untuk berumah tangga kali kedua namun tidak kesampaian kerana Allah swt tahu mungkin sekiranya ia berumah tangga juga akan berlaku sesuatu yang tidak baik dan merugikan kehidupan diakhiratnya kelak. Mungkin ada orang yang tidak terfikir untuk berkahwin lagi, namun tiba-tiba terdengar mereka telah berkahwin seorang lagi, dan ini semua adalah peperiksaan yang disediakan oleh Allah swt dan setiap orang yang di uji perlulah merasakan untuk lulus dengan sebaik mungkin.



Kehidupan ini penuh dengan keindahan kerana kita percaya Allah swt maha melihat dan Dia mahu kita melakukan terbaik kerana kita mengetahui Allah swt melihat apa yang kita lakukan. Kita perlu menjadi suami atau isteri yang baik, boss yang baik, pekerja yang baik dan pegawai tuhan yang baik serta melaksanakan segala arahan yang telah diberikan dan meninggalkan segala laranganNya. Amin



____________________________________________________________



Jodoh bermadu di usia muda.


KUANTAN: “Saya reda dan menerima ketentuan Allah mendapat jodoh dalam usia muda walaupun sebagai isteri kedua,” kata Siti Aminah Zainuddin, 19, anggota kumpulan nasyid Mawaddah, semalam.


Menurutnya, dia bersyukur apabila dipertemukan jodoh dengan Shamsul Amir Shahbudin, 38, seorang ahli perniagaan kerana dia bukan saja seorang lelaki baik, tetapi bertanggungjawab serta mentaati suruhan Allah.


“Madu saya, Masitah Abdullah, 36, dapat menerima saya dengan hati terbuka, malah menganggap saya sebagai adiknya apabila dapat tinggal dalam satu rumah.
“Bagi saya poligami itu indah dan berupaya memberi pahala besar jika seseorang wanita itu memahaminya,” katanya yang kini tinggal di Temerloh.


Siti Aminah ditemui pada majlis perkahwinan secara beramai-ramai di Dewan Mat Kilau di sini, semalam. Seramai lapan pasangan terdiri daripada kakitangan Global Ikhwan Sdn Bhd diraikan pada majlis bermakna itu. Majlis anjuran syarikat berkenaan itu sebagai menyahut seruan kerajaan untuk berjimat-cermat.


Bagi Masitah, perkahwinan kedua suaminya adalah hadiah bermakna sempena hari jadinya ke-38.
“Tiada hadiah lebih istimewa dan berharga kecuali membenarkan suami mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan wanita pilihannya.
“Saya kenal dengan madu saya, dia seorang wanita baik dan berhati mulia,” katanya yang mempunyai lapan anak.
Menurutnya, dia gembira dan terharu apabila dapat menyaksikan majlis persandingan mereka berdua.


Shamsul Amir pula berkata, perkahwinan keduanya itu dianggap fitrah dan kejayaan perjuangannya terhadap poligami yang sukar diterima kebanyakan wanita.
Dia mahu membuktikan madu yang dianggap racun oleh kebanyakan wanita sebenarnya indah selain memberikan pahala besar kepada mereka.
“Kedua-dua isteri saya mempunyai hubungan yang baik...mereka bukan saja boleh bekerja bersama, tetapi turut tinggal serumah,” katanya.

Tuesday, July 29, 2008

Pengertian Islam, iman dan ikhsan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Diharapkan agar dapat dibacakan kepada keluarga untuk meningkatkan lagi kepahaman tentang Islam. Bilakah kita mahu bermula, hari ini? Esok atau bila? Keputusan perlu kita lakukan untuk merubah diri kita kearah yang lebih baik, tanpa kita melakukan keputusan kehidupan tetap berlalu dan kematian akan pasti menanti akan diri kita untuk di tentukan amal kita samada Berjaya atau tidak.



Marilah kita bermula untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik dengan meneliti hadith rasulullah saw yang begitu menyayangi diri kita dan mahukan kebaikan buat diri kita. Ya Rasulullah saw, kasih mu begitu agung, pengorbanan mu begitu besar dan tidak mungkin dapat diulangi kecuali bagi mereka yang benar-benar menyerahkan diri kepada Allah swt, namun Engkau adalah rasul yang telah membuktikan segala-galanya, dalam apa sahaja, engkau adalah contoh ikutan yang sempurna dan perlu diikuti oleh umatmu.



Ya Allah swt, kau berikanlah kami cinta yang luhur kepada MU, kasih kepada rasul Mu dan sentiasa berharap hanya kepada MU. Jadikanlah kami orang yang ikhlas, yang benar-benar mendirikan solat dan hanya berharap kepada Mu, Ya Allah. Amin



_________________________________________________________________



HADITH: ISLAM, IMAN DAN IHSAN



عن عمر (رضي الله عنه) أيضاً قال: بينما نحن جلوس عند رسول الله (صلى الله عليه وسلم) ذات يوم إذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب، شديد سواد الشعر، لا يرى عليه أثر السفر، ولا يعرفه منا أحد، حتى جلس إلى النبي (صلى الله عليه وسلم) ، فأسند ركبتيه إلى ركبتيه، ووضع كفيه على فخذيه، وقال: يا محمّد أخبرني عن الإسلام؟! فقال رسول الله (صلى الله عليه وسلم) : "الإسلام أن تشهد أن لا إله إلا الله، وأن محمداً رسول الله، وتقيم الصلاة، وتؤتي الزكاة، وتصوم رمضان، وتحج البيت إن استطعت إليه سبيلاً"، قال: صدقت. فعجبنا له يسأله ويصدّقه، قال: فأخبرني عن الإيمان؟ قال: "أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره"، قال: صدقت. قال: فأخبرني عن الإحسان؟ قال: "أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك". قال: فأخبرني عن الساعة؟ قال: "ما المسؤول عنها بأعلم من السائل"، قال: فأخبرني عن أماراتها؟ قال: "أن تلد الأمة ربتها، وأن ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان"، ثم انطلق. فلبثت ملياً، ثم قال: "ياعمر أ تدري من السائل؟" قلت: الله ورسوله أعلم، قال: "فإنه جبريل أتاكم يعلّمكم دينكم". (رواه مسلم)



Maksudnya:



Daripada Saiyidina 'Umar r.a. beliau berkata: Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi Sallallahu’alaihiwasallam, lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata:



Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam.



Lalu Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Ilah melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.



Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau.



Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.



Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman.



Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.



Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.



Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan.



Baginda bersabda: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.



Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat.



Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.



Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.


Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar.



Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar!


Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?



Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui.



Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
(Hadis riwayat al-lmam Muslim, al-Tirmizi, al-Nasa’i, Abu Dawud, Ibn Majah dan Ahmad, musnad ).



Keterangan hadith:



1. Kedudukan hadis ini adalah ibu bagi hadis-hadis yang lain. Ia mengandungi penjelasan din secara keseluruhannya.


2. Islam, terangkum di dalamnya ibadah badani, lisani dan maali.


3. Iman mengandungi asas-asasnya, manakala amal adalah sebahagian dari iman.


4. Ihsan adalah satu tingkatan hubungan yang tinggi dengan Allah.


5. Hadith ini membezakan antara sifat Allah dengan sifat makluk. Contohnya Ilmu Allah tidak akan dapat dijangkau oleh makhluk.


6. Hadith ini menjelaskan tanda-tanda kedatangan hari Qiamat.


7. Malaikat Jilbril (Ruh Al-Amiin) adalah utusan Allah yang ditugaskan untuk mengajar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.



Pengajaran-pengajaran:



1. Din lslam adalah din yang datang dari Allah. Ia adalah agama samawi dan bersifat Rabbani, iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat Jibril. la bukanlah agama ciptaan akal manusia yang cetek. Kerana itu ia amat sesuai untuk dianuti oleh seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman.


2. Hadis ini menerangkan tiga tunggak utama bagi din, iaitu rukun lslam, rukun iman dan ihsan.


3. Rukun atau prinsip asas lslam lima perkara iaitu:


a. Mengucap dua kalimah syahadah


b. Mendirikan solah lima waktu


c. Membayar zakat


d. Berpuasa di bulan Ramadhan


e. Mengerjakan haji di Baitullahilharam.


4. Rukun atau prinsip asas lman enam perkara iaitu:


a. Percaya atau beriman kepada Allah


b. Percaya atau beriman kepada para malaikat


c. Percaya atau beriman kepada kitab-kitab


d. Percaya atau beriman kepada para Rasul


e. Percaya atau beriman kepada hari Qiamat


f. Percaya atau beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah.


5. Ihsan adalah hubungan yang paling akrab dengan Allah sehingga apabila seseorang hamba itu beribadah maka dilakukan dengan ikhlas, mengikut syara’ dan bersungguh-sungguh seolah-olah dia melihat Allah.


6. Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam dan tuntutannya, menyempurnakan semua rukun iman dan tuntutannya dan bersifat ihsan.


7. lslam seseorang tidak akan sempurna jika hanya diambil dari segi zahir sahaja atau dari segi batin sahaja. Kesempurnaan lslam hanya akan terserlah apabila ia diamalkan keseluruhannya.


8. llmu dalam lslam mestilah dipelajari melalui guru atau murabbi dan berdasarkan sumber-sumber yang benar iaitu Al-Qur’an, As-Sunnah dan penulisan ulama’-ulama’ muktabar. llmu din tidak boleh dipelajari melalui sumber-sumber yang lain seperti mimpi dan sebagainya.


9. Seorang murid mestilah mempunyai adab-adab yang tinggi sebagaimana beradabnya Jibril ketika datang mengadap Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam untuk bertanya beberapa soalan din. Demikian juga seorang guru mestilah mempunyai adab yang tinggi. Dia sewajibnya hanya mengajar atau menjawab soalan yang diketahui dan meninggalkan apa yang dia tidak tahu. ltu adalah tanda wara' para ulama dan orang berilmu.


10. Hari qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun lman. Tiada seorang manusia pun yang tahu bila ia akan berlaku, walaupun Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. la adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali oleh Allah Subhanahuwata’ala. Sesiapa yang mengaku tahu bilakah berlakunya qiamat atau mengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang pendusta.


11. Walaupun tarikh qiamat tidak diketahui, namun ada beberapa tanda yang menunjukkan ia hampir tiba, antaranya ialah terjadi peristiwa seorang ibu melahirkan tuannya atau bossnya sendiri atau ibu menjadi hamba kepada anaknya. Di akhir zaman juga berlaku peristiwa si miskin yang papa merempat bertukar menjadi hartawan yang kaya raya.



(Dari Hadith Arbain, Imam Nawawi)

Cinta seorang suami

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Cinta selalu bermain di bibir antara seorang teruna dan gadis tanpa rasa takut kepada Allah swt. Cinta seharusnya dan sepatutnya bermula apabila ikatan perkahwinan dilangsungkan dan ianya adalah kerana didasarkan atas kesungguhan untuk mencari keredaan Allah swt. Apa erti kehidupan sekiranya tidak mendapat cinta Allah swt dan cinta rasulnya. Kemanakah tujuan hidup ini sekiranya kita gagal untuk mencari dan merasai kenikmatan cinta yang sebenarnya.



Kita akan mempunyai tanggapan yang berbeza apabila memperkatakan tentang cinta. Orang yang merasai cinta Allah swt hanya akan berusaha untuk mendapatkan segala-gala yang di gemari serta yang disukai oleh kekasihnya, mungkin kita rasakan kehidupannya penuh dengan penderitaan tetapi sebenarnya mereka tidak seperti yang kita fikirkan kerana apa yang kita fikirkan derita, pada mereka adalah suatu yang memberikan kebaikan buat mereka kerana apa yang dilakukan adalah untuk memberikan yang terbaik buat yang dikasihinya.



Mungkin sebab itu dikatakan cinta itu buta, ini disebabkan orang yang mencintai sentiasa cuba melakukan yang terbaik buat kekasihnya, ia tidak menghiraukan dirinya sendiri sebaliknya ia mahukan yang terbaik buat kekasihnya. Ia tidak mahu apa sahaja yang buruk atau tidak selesa berlaku kepada kekasihnya. Bayangkan akan cinta seorang ibu kepada anaknya, Ibu sanggup melakukan apa sahaja kepada anaknya untuk memastikan akan keselamatan dan kesejahteraan anaknya.



Kehidupan tanpa cinta mungkin tidak akan memberikan kemanisan untuk terus hidup, mereka yang mempunyai cinta sahaja yang akan mengetahui betapa agungnya kasih sayang dari Allah swt dan akan mencari yang terbaik bagi membuktikan akan kasih dan cintanya. Kita mungkin tidak menghargainya, tetapi apabila orang yang mengasihi kita sudah tiada maka ketika itu kita akan merasai akan kehilanganya dan akan cuba untuk melakukan yang terbaik tetapi mungkin sudah terlambat kerana cinta penuh dengan pengorbanan yang bukan hanya diperkatakan tetapi memerlukan tindakan yang sukar untuk dilaksanakan bagi kebiasaan manusia tetapi mudah bagi mereka yang mahu melahirkan cinta hanya kerana Allah swt.



Cinta kerana Allah swt suatu yang mudah untuk dikatakan tetapi sukar untuk dilahirkan, amat beruntung kehidupan sekiranya ianya dilalui kerana mencari cinta kerana Allah swt dan perjalan untuk mencapainya adalah suatu yang perlu diusahakan dengan kesungguhan dan kemahuan yang tinggi. Allah hu alam.



----------------------------------------------------------------------------------------------

CINTA SEORANG SUAMI...


Based on True Story..

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahunMereka dikurniakan 4 orang anak ....disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .....tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan.



Hal itu terjadi selama dua tahun.Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi. Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian. Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.



Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur. Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.



Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing. Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya. Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu. "Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ..."Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ...kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.



Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya."Anak-anakku. .. jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu....mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."S ejenak kerongkongannya tersekat ... "Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini?. Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang?Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain ....... bagaimana dengan ibumu yg masih sakit?



Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno... Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...



Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa? Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...Disitulah pak suyatno bercerita...



Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya ... Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah ... Dan itu merupakan ujian bagi saya.



Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit .. Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya. Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .

Thursday, July 17, 2008

Kesilapan suatu yang selalu berlaku..

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Pandangan dan tanggapan kita sering kali berbeza dan kita mungkin memberikan pandangan yang salah disebabkan kita melihat dari sudut yang berbeza. Perbezaan pandangan suatu yang baisa berlaku didalam kehidupan kita tetapi apabila kita berbeza pandangan adakah kita mengambil usaha untuk mendekatkan kembali perbezaan tersebut atau kita biarkan perkara itu berlaku tanpa mencari usaha-usaha untuk memperbaikinya.



Secara normal kita sering kali di kelirukan oleh kelemahan cara kita berfikir, ini menandakan kita amat-amat memerlukan Rahmat dari Allah swt kerana otak yang diberikan oleh allah swt tidak sentiasa betul didalam melakukan keputusan yang hendak kita lakukan. Kita mungkin tersilap dan apabila kita tersilap adakah kita cuba untuk memperbaiki dengan mencari penyelesaian seperti yang di berikan oleh Allah swt. Adakah kita sentiasa menghubungkan keputusan yang kita lakukan dengan Allah swt, Kita selalu rasa apabila sesuatu yang baik kita perolehi kita katakan Allah swt memberikan kebaikan buat diri kita, tetapi apabila sesuatu yang buruk pula kita katakan Allah swt membenci kita.



Sebenarnya apabila sesuatu itu samada baik atau buruk semuanya adalah dari Allah swt dan semestinya ada yang terbaik disebalik pemberian tersebut. Sebagai manusia yang menyedari dan meyakini Allah swt maha melihat kita perlu melakukan yang terbaik kerana Allah swt maha melihat apa yang kita lakukan dan Dia mahu melihat sebagai hamba-hamba yang bersyukur adakah kita cuba sebaik mungkin untuk melakukan yang termampu yang boleh kita laksanakan.



Kita manusia yang penuh dengan kelemahan, walau sejauh mana kita berusaha untuk melakukan yang terbaik mungkin ada saja kesilapan yang telah kita lakukan dan kita perlu memohon ampun dan maaf kepada Allah swt diatas segala ketelanjuran atau kesilapan yang telah kita lakukan. Berapa kali kita sehari memohon ampun dan bertaubat dengan beristifar kepada Allah swt. Sekiranya kita tahu kita banyak kesilapan dan amat memerlukan kepada pertolaongan Allah swt, sudah semestinya kita perlu sentiasa mengingatiNya dan berharap hanya kepada Allah swt. Jika tidak maka kita sebenarnya sombong dan bongkak kepada Allah swt yang telah memberikan banyak kebaikan kepada diri kita. Allah hu Alam.



_________________________________________________________________
More Brain Stuff . . From Cambridge University .



O lny srmat poelpe can raed this. I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer in what oredr the ltteers in a word are, the olny iprmoatnt tihng is that the first and last ltteer be in the rgh it pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it wouthit a porbelm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the word as a wlohe. Amzanig huh? Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! If you can raed this psas it on !!



ALZHEIMERS' EYE TEST



Count every ' F ' in the following text:



FINISHED FILES ARE THE RE SULT OF YEARS OF SCIENTI FIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS...



(SEE BELOW)


HOW MANY F? WRONG,


THERE ARE 6 -- no joke.


READ IT AGAIN ! Really, go Back and Try to find the 6 F's before you scroll down.


The reasoning behind is further down.


The brain cannot process 'OF'.

Tuesday, July 15, 2008

Keikhlasan VS riya dan kesombongan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Keikhlasan adalah suatu yang dilakukan tanpa mengharapkan balasan, mudah untuk dikatakan tetapi sukar untuk dilaksanakan, namun begitu ramai manusia yang ikhlas melakukan tindakan untuk mendapat keredaan Allah swt, apakah sukar untuk melahirkan keikhlasan? Ianya mungkin sukar sekiranya didalam kehidupan kita sentiasa mencari pujian, kita sentiasa mencari kemegahan, mencari populuriti sebaliknya sekiranya kita tidak terfikir untuk mencari kesenangan untuk mendapat pujian dan sanjungan maka untuk berfikir bagaimana mendapatkan keikhlasan mungkin boleh berputik dan merkah untuk menyelubungi hati yang suci.



Keikhlasan boleh didapati dimana sahaja, orang yang memberikan seribu ringgit untuk menderma mungkin mempunyai keikhlasan yang tinggi, orang yang memberikan hanya 10 sen sahaja tetapi mungkin mempunyai riak yang tinggi dan tidak ikhlas terhadap apa yang dilakukannya. Amat rugi jika kita bukan orang yang kaya tetapi terlalu sombong apabila melakukan perkara-perkara yang baik dengan harapan mendapat pujian dari manusia.



Kehidupan hanya sementara sahaja, jika kita mengharapkan pujian manusia maka sejauh manakah kita akan mendapat kebaikan dari pujian tersebut? Apakah yang akan mengubah diri kita dengan pujian manusia tersebut, tetapi bukanlah salah memuji atau menerima pujian tetapi apabila menerima pujian atau memuji perlulah dihubungkan dengan Allah swt yang maha berkuasa dan maha melihat, tahniah kerana berjaya dan semuga dengan kejayaan ini akan mendekatkan diri anda dengan Allah swt.



Kita selalu memerlukan pujian dan dengan pujian hati kita rasa senang namun kesenangan itu hanya sementara dan kita memerlukan lebih dan lebih lagi sehingga kadang kala kita lupa bahawa kehidupan itu bukan untuk mendapatkan pujian semata-mata, kehidupan itu memerlukan keredaan dari Allah swt dengan melakukan segala tindakan kita penuh dengan keikhlasan. Allah hu alam



_________________________________________________________________



HADITH: IKHLAS DALAM BERAMAL



عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب (رضي الله عنه) قال: سمعت رسول الله (صلى الله عليه وسلم) يقول: "إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها، فهجرته إلى ما هاجـر إليه". (رواه إماما المحدّثين: أبو عبدالله محمـد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري الجعفي، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة).


Maksudnya:



“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:



Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.



Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih”




Amal yang diniatkan untuk mengerjakannya ada dua bahagian:


1. Amal yang ikhlas


2. Amal yang tidak ikhlas.



Meskipun amal-amal ini pada zahirnya mungkin kelihatan sama, namun pada batinnya terdapat perbezaan kerana berlainan niat.



Amal Yang Ikhlas



Amal yang didasarkan di atas niat yang baik dan ikhlas akan diterima Allah Subhanahuwata’ala dan diberikan ganjaran. Imam Nawawi dalam keterangannya mengenai amal yang disertai niat yang baik, telah berkata: Bahawa amal ada tiga bahagian, iaitu:



1. Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah. Amal ini dinamakan ibadah hamba.



2. Amal yang dikerjakan kerana mengharapkan syurga dan pahala. Amal ini dinamakan ibadah saudagar.



3. Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah. Juga dilaksanakan kerana hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak. Amal ini dinamakan ibadah orang yang merdeka.



Inilah rupa amal ibadah yang dimaksudkan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam sewaktu menjawab sungutan Aisyah Radhiallahu ‘anha yang berkata, “Mengapakah Rasulullah bersusah payah berdiri sembahyang waktu malam hingga bengkak-bengkak kedua-dua belah kakinya? Padahal Allah telah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang?”. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menjawab, “Tidakkah patutkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”.



Kesimpulannya, amal yang ikhlas ialah amal yang diniatkan kerana Allah Subhanahuwata’ala dan tidak kerana yang lainnya. Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam lalu berkata:



“Ya Rasulullah! Ada seoranng lelaki yang bersedekah dan ia suka supaya dipuji dan diberikan pahala kepadanya”. Rasulullah SAW tidak dapat menjawab apa-apa sehinggalah diturunkan ayat ini:



“Maka barang siapa mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah kerjakan amal yang soleh. Dan janganlah ia sekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya.”








Sebab-sebab Yang Merosakkan Amal



1. Perasaan sombong



Perasaan ini merosak dan memusnahkan keikhlasan amal meskipun kelihatan elok dan sempurna pada zahirnya.

2. Perasaan riya’



Saidina Umar pernah berkata kepada Mu’az bin Jabal yang sedang menangis, “Kenapa engkau menangis?”. Jawabnya, “Kerana ada hadith yang aku telah dengar daripada Rasulullah yang menyatakan bahawa sedikit saja riya’ itu adalah syirik.”



Oleh itu ikhlas ialah memaksudkan taat kepada Allah dan tidak memerlukan apa-apa yang lain.



Riya’ pula ada dua jenis:



1. Memaksudkan taat kerana manusia.


2. Memaksudkannya kerana manusia dan kerana Allah sekaligus.



Kedua-dua jenis riya’ di atas akan memusnahkan amal.



Amal yang dicampuri riya’ bukanlah amal yang bersih, malah amal itu menipu diri, mengotorkan jiwa dan menghampakan harapan. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menamakan riya’ sejenis syirik yang paling halus sebagaimana sabdanya:



“Yang amat aku takuti atas kamu ialah syirik yang paling kecil (halus)”.



Kemudian ditanya mengenainya, lalu baginda Sallallahu’alaihiwasallam berkata, “Itulah riya".



Riya’ itu biasa wujud pada amal, iaitu amal yang dikerjakan kerana manusia. Atau pun, meninggalkan sesuatu amal kerana manusia. Dalam hal ini, Fudhail Ibn Iyad telah berkata:



“Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’. Beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan engkau daripada kedua-duanya.”



Jelaslah bahawa amal yang dikerjakan dengan riya’ dan amal yang dilakukan bercampur antara kerana Allah dengan kepentingan dunia adalah amal yang bersifat sekutu, sedangkan Allah tidak mahu menerima amal seperti itu. Imam Ghazali telah berkata:



“Bahawa sekutu pada amal yang menghilangkan pahala ialah dengan berperasaan riya’. Adapun sekutu dengan yang lainnya tidaklah menghilangkan pahala sama sekali. Hal ini samalah seperti urusan haji yang dikerjakan dengan maksud berniaga dan urusan perang yang dimaksudkan untuk mempertahankan agama di samping mendapatkan rampasan harta benda. Orang yang mengerjakan haji dengan maksud yang tersebut akan mendapat pahala menurut kadar niatnya, manakala orang yang berperang itu pula akan mendapatkan pahalanya walaupun akan berkurangan daripada yang sepatutnya.”



Al-Syeikh ‘Izzuddin Ibn ‘Abdal-Salam pernah ditanya orang tentang kelakuan orang yang bersembahyang yang memanjangkan rukun sembahyangnya kerana manusia. Maka jawabnya:



“Saya mengharapkan bahawa tidaklah dihapuskan pahalanya jika perbuatan sekutunya itu (iaitu memanjangkan rukunnya kerana manusia) pada sifat amal itu saja. Tetapi jika sekutunya itu didapati pada asal atau dasar amal, iaitu niat sembahyangnya kerana Allah dan kerana manusia, maka teranglah ia tidak akan diterima sembahyangnya.”

Thursday, July 10, 2008

Balasan dosa

Assalammualaikum dan salam sejahtera,





Dosa terhadap ibu adalah suatu yang tidak dapat dimaafkan, sekiranya kita bersalah maka kita perlu mengambil kesempatan untuk memohon maaf sebelum kesempatan itu tiada. Pengorbanan seorang ibu begitu besar kerana ia telah mengandungkan kita selama lebih Sembilan bulan dengan penuh kepayahan dan kesukaran dan kemudiannya melahirkan kita dengan suatu pengorbanan yang terlalu agung. ,P>



Masih banyak cerita-cerita anak-anak yang tidak tahu untuk mengenang pengorbanan ibu, masih derhaka, masih sombong dan bongkak kepada ibu dan ayah. Mengapakah lahir anak-anak yang tidak tahu membalas segala jasa ibu, jika dizaman nabi saw telah ujud peristiwa akan kederhakaan anak sehingga anak tersebut perlu dibakar dengan kayu api semasa hidupnya kerana tiada kemaafan dari ibu, maka bagaimanakah untuk perkara seperti itu tidak akan berulang hari ini. Ia tetap berlaku dan terus berlaku, maka sebagai manusia kita perlu melakukan yang terbaik untuk diberikan kepada ibu, ibu adalah seorang yang perlu diberikan keutaman didalam kehidupan seorang anak terutama bagi anak lelaki.





Walau sejauh mana kejayaan, sejauh mana pangkat dan sebanyak mana harta yang ada, seorang lelaki perlu menghormati ibunya, pengormatan bukan dengan memberikan sedikit wang setiap bulan tetapi perlu memohon restu didalam kehidupan, perlu mencari tunjuk ajarnya, perlu menyayanginya dan perlu berkorban apa sahaja demi kehidupan seorang ibu. Perlu menjaga hatinya agar hati itu tidak terguris dan luka kerana tindakan anak yang tidak tahu berterima kasih.





Ibu pengorbana yang telah kau lakukan adalah begitu besar dan telah menyebabkan aku berjaya hari ini, ibu kau seorang yang sabar dengan kerenah anak-anakmu yang tidak tahu mengambil hatimu. Kau korbankan segala kesenangan mu, kau korbankan segala masamu, kau korbankan segala kemahuanmu dan kau sanggup melakukan apa sahaja, demi mendapatkan yang terbaik buat diri ini. Kau sanggup berlapar demi anak yang kau kasihi, sanggup berhujan untuk mencari rezki, sanggup berjalan berbatu-batu hanya untuk mencari ubat buat anak yang sakit, sanggup melakukan apa sahaja yang mungkin tidak dapat digambarkan oleh anak yang dikasihinya.





Namun anak pula tidak dapat menilai apa yang telah dilakukan oleh seorang ibu, anak selalu merasakan ibu perlu untuk memberikan apa yang diperlukan oleh anak, anak merasakan ibu perlu memberikkan yang terbaik kerana ibu boleh mendapatkan apa sahaja yang dikehendaki oleh anak. Ramai anak yang tidak mampu untuk menjaga ibu yang sakit, tidak mampu untuk membawa ibu yang kesunyai untuk hidup bersama. Malah ada pula yang sanggup menghantar ibu mereka ke rumah-rumah orang tua-tua. Dimana kah kita? Jika kita tidak boleh menghormati mereka, maka akan tiba pula suatu hari nanti anak-anak kita tidak boleh menghormati kita semasa kita tua pula. Marilah kita fikir-fikirkan.


____________________________________________________________________________



Terperangkap di pusara IBU..


" Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala.



Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka. " Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa. " Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya. " Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakana itu.



" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".


" Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..



Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.



" Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.



" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.
" Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
" RM 20 aja! " si gadis berkata.
" Tak ada," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis
tersebut menyanggah, katanya,
" Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! "
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya;
" kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "
Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai.
" Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.


Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.



Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.



Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."



" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur." Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.
Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas.



" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.



Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.


" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.


" Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang
ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cubamenariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.



" Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap. " Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun
tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya
itu.



Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.



" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil
itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi.
" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku. Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cubamengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.



" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana?" kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.



Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan, upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.


" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.



" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.



Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.
Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.



Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan
adalah kenalan saya. " Pssstt...Raie. ...Raie..Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan
saya memanggilnya mengangkat tangan. " Boleh aku tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya.



" Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu." Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.



Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.



Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya. Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.



Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis
berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.."



Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " mak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.



Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.
" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.



Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk
dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'. Malangnya saya tidak dapat lama di sana . Antara 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."



Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air matanya.



Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.


Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.



Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.



Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.



Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.



Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.



Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.



Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

Friday, July 4, 2008

Wasiat daripada kekasih

Assalammualaikum dan salam sejahtera,





Mari kita renungkan apabila seseorang yang amat mengasihi dan menyayangi kita dan meninggalkan ssesuatu buat diri kita bagaimanakah perasaan kita? Gembira, berterima kasih diatas barang yang ditinggalkan dan berusaha untuk mencari yang terbaik daripada peninggalannya? Rasul saw telah meninggalkan Al quran dan juga hadith untuk memberikan kebahagian kepada diri kita tetapi adakah kita benar-benar merasakan terpanggil untuk meneliti dan mencari yang terbaik daripada peninggalan yang begitu agung dan dapat menyelamatkan kehidupan kit adi dunia dan jug adi akhirat nanti.





Setiap detik sentiasa berlalu dan akan datang detik yang baru, tetapi detik yang baru itu juga akan meninggalkan kita dan pergi tetapi bagaimana kita menghargai setiap detik kerana setiap detik akan memberikan perubahan kepada diri kita sekiranya kita benar-benar mencari yang terbaik untuk kehidupan kita didunia ini. Apa yang kita cari dan apa yang perlu dicari sebenarnya ada didalam alQuran dan hadith yang di tinggalkan oleh rasululllah saw. Mungkin kita telah banyak membuang masa yang lalu tetapi adakah kita akan terus membuang masa yang akan datang dengan tidak merasakan betapa perlunya kita meningkatkan ilmu kita untuk memahami apa yang telah ditinggalkan oleh rasulullah saw tanda kasih dan sayangnya beliau kepada diri kita.




Sekiranya kita benar-benar merasai kasih dan sayang daripada rasulullah saw maka kita perlu cuba melakukan sesuatu tanda kita benar-benar menghargai peninggalan rasulullah saw dan mahu menjadikan diri kita pengikut dan menghargai Islam yang telah diberikan kepada diri kita. Islam ini bukan keturunan dan bukan sebab kita dilahirkan sebagai islam maka kita akan tetap sebagai islam tetapi ia adalah amal perbuatan dan juga rasa hati, kepercayaan yang diamalkan didalam kehidupan kita.





Marilah kita sama-sama mencari harta peninggalan rasulullah untuk kita laksanakan didalam kehidupan kita.


_____________________________________________________________________________


(Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah SAW pada 9 Dzulhijjah 10 H
di lembah Uranah, Arafah)



Ya, saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu
apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Dengan itudengarkan
baik-baik apa yang kukatakan dan sampaikan ini kepada mereka yang tidak
dapat hadir pada waktu ini.


Ya, saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci, oleh itu pandanglah kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci.


Kembalikan barang-barang yang diamanah kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya. Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu.


Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya. Allah SWT telah melarang mu memungut riba, oleh itu mula dari sekarang ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.



Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.



Ya, saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu.
Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan
pakaian secara layak.


Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, karena mereka adalah pendampingmu dan penolong mu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan.



Ya, saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Solat Lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan
tunaikanlah Zakat, serta laksanakan ibadah Haji bila mampu. Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada Perbedaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal Shalih. Ingatlah,
Suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.


Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu dengarlah baik-baik ya Saudaraku,
dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur'an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian
mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.


Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada
Yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini akan lebih baik dari yang langsung mendengarkan. Demi Allah aku bersaksi bahawa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umatku ya Allah


SILA SAMPAIKAN MESEJ INI KEPADA SAUDARA KITA YANG LAIN DAN SEMOGA ALLAH SWT AKAN MEMBERIKAN RAHMAT-NYA. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Apabila hilang perasaan

Assalammulaikum dan salam sejahtera,





Manusia begitu rakus sekali, apabila hilang sifat perikemanusiaan manusia boleh bertindak lebih teruk daripada binatang, akal diberikan oleh Allah swt untuk membezakan antara manusia dan haiwan, sekiranya manusia tiada mengunakan akalnya maka diketika itu apakah bezanya dengan binatang ternak di padang ragut. Apakah gunanya akal kepada manusia? Untuk mencari makan? Mencari harta? Mencari duit? Kalalu itu sahaja tentu tidak membezakan dirinya dengan binatang kerana binatang mengunakan akalnya yang sedikit untuk mencari makanannya bagi mengemukkan dan memberikan kesihatan kepada badannya.





Apakah peranan akal kepada manusia sebenarnya? Allah sering mempersoalkan manusia didalam al quran seperti tidakkah kamu mengunakan akal?. Tidakkah kamu berfikir?, nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu abaikan? Tentunya allah swt mahu kita berfikir adakah kita mengunakan akal untuk mengenal Allah swt, dan menjadikan diri kita seorang manusia yang tunduk dan patuh kepada segala arahan dan tunjuk ajarnya yang terdapat didalam alquran. Akal yang diberikan oleh allah swt kerana Ia ingin melihat manusia benar-benar bersyukur dan merasai betapa besarnya Rahmat allah swt kepada manusia ini.





Semuga kita sedar dan paham tanggungjawab kita sebagai manusia dan mengapa kita dijadikan oleh allah swt.

Mari membaca

Assalammualaikum dan salam sejahtera,





Mencari ilmu suatu yang sukar dilaksanakan terutama bagi yang telah berumur seperti kita, namun sekiranya ada kehendak segala yang sukar menjadi senang, pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit bahan untuk kita meneliti sejauh mana kita hampir dengan kitab yang telah di turunkan oleh Allah swt untuk kita hayati dan pelajari.



Marilah kita meluangkan sedikit masa yang ada untuk kita sama-sama membaca untuk anak, isteri dan suami. Bagi kita memahami apa ajaran yang telah di tuntut untuk kita melaksanakannya didalam kehidupan kita.





Marilah kita baca baris demi baris dan merasakan bagaimana kuatnya para sahabat memegang akan isi kandungan al quran dan menjadikan al quran sebagai panduan kehidupan mereka. Telah banyak buku-buku ilmiah yang telah kita baca dan sekarang mungkin telah tiba untuk kita beralih bahan bacaan kita untuk meneliti sedikit bahan-bahan agama yang mungkin menjadikan perubahan buat kehidupan diri kita sebelum kita menemui kematian yang tidak akan lupa kepada diri kita. Mari kita meneliti dengan hati yang tenang dan dikala itu kita benar-benar untuk mendapatkan Hidayah dari Allah swt dan benar-benar berharap, memohon, meminta agar diberikan Hidayah serta kebaikan buat kehidupan kita.





Kita jarang menagisi diri kita yang terlalu jauh dari kecintaan kepada allah swt, marilah kita berharap dengan membaca sedikit dari ayat-ayat Allah ini , kita diberikan Hidayah dan dikasihi Allah swt, Ya Allah kepada engkau kami berharap, berikanlah kami Hidayah, berikanlah kami petunjuk dan jadikanlah kami hamba-hambamu yang patut dan taat hanya kepada Mu ya Allah. Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami. Amin


_______________________________________________________________________________



AL-QURAN AL-KARIM MENDIDIK UMMAH



TAKRIF AL-QURAN



Kitab suci al-Quran adalah Kalam Allah Subhanahuwata’ala yang bermukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam, dipindahkan daripada baginda Sallallahu’alaihiwasallam dengan riway¬at yang mutawatir dan ditulis dalam beberapa naskhah mashaf. Membacanya merupakan satu ibadah. Inilah ta'rif al-Quran yang dipersetujui para ulama' Usul Fiqh dan bahasa.



HUBUNGAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH



Kebanyakkan hukum yang diterangkan dalam al-Quran bercorak kulli (tidak secara detail atau terperinci). Peranan as-Sunnah yang merangkumi keperibadian, perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam memperincikan hukum-hukum al-Quran. Apabila seseo¬rang berpegang dan beramal dengan as-Sunnah bererti dia berpegang dan beramal dengan al-Quran.



Al-Imam al-Auza'i telah meriwayatkan daripada Hassan Ibnu 'Atiy¬yah, katanya: "Ketika wahyu turun kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, malaikat Jibril membawa as-Sunnah yang mentafsirkan wahyu tersebut. Maka setiap perkara yang lahir daripada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam samada dalam bentuk perkataan, perbuatan mahupun pengakuan berasal daripada wahyu Allah Subhanahuwata’ala jua.



Allah Subhanahuwata’ala telah berfirman:



"Tidaklah (Rasul itu) berkata-kata mengikut hawa nafsunya melain¬kan apa yang telah diwahyukan kepadanya."(Surah an-Najm: ayat 3-4 ).



Kehidupan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam adalah penterjemahan realistik al-Quran al-Karim. Sayyidatina 'Aisyah Radhiallahu ‘anha pernah ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW, maka dijawabnya: "Bahawa akhlaknya (Rasulullah SAW) adalah al-Quran. "




SUMBER PEMBENTUKAN UMMAH



Sumber pembentukan ummah Islamiyyah ialah al-Quran al-Karim manakala hadith atau sunnah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam adalah terbitan dari¬pada al-Quran al-Karim.



Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam adalah model yang praktikal bagi didikan Islam. Baginda adalah pentafsir kepada sistem tarbiyyah al-Quran samada dengan amalan, budi pekerti atau pun arahan-arahan.



DIDIKAN AL QURAN SERTA NATIJAHNYA



Sistem didikan al-Quran adalah unik. Sistem ini tidak meniru mana-mana sistem yang ada di bumi. Kesan atau natijahnya yang pernah lahir juga unik, iaitu satu generasi yang sungguh mengka¬gumkan dan tiada bandingan dalam sejarah. Generasi yang asal hidup bersengketa dan berperangan sesama sendiri, bersatu padu, membangun dan menegakkan nilai-nilai Rabbani (nilai yang diturun¬kan Allah Subhanahuwata’ala) dalam kehidupan. Mereka menjadi model bagi manusia dan mereka telah mendapat pujian daripada Allah Subhanahuwata’ala.



Firman Allah Subhanahuwata’ala Terjemahannya:



"Kamu adalah sebaik-baik ummah yang diutuskan kepada manusia, kamu menyeru kepada ma'ruf dan mencegah daripada kemungkaran dan kamu beriman dengan Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, maka tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq "
(Surah 'Ali Imran: ayat 110 )



PROSES PEMBENTUKAN ADALAH IRADAH ALLAH



Ummah terbaik itu dikenali sebagai generasi al-Quran. Ummah itu natijah daripada tarbiyyah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam berdasarkan wahyu Allah Subhanahuwata’ala. Tarbiyyah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam berjalan selama 23 tahun - 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.



Tiga belas tahun di Mekah adalah masa pembinaan dan pengukuhan aqidah Islamiyyah. Sepuluh tahun di Madinah adalah masa penegakan undang-undang dan hukum-hukum yang mengurus dan mengatur masyara¬kat dan daulah Islamiyyah yang dibentuk Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.



Al-Quran membina dan mendidik aqidah ummah itu dalam jangka masa yang begitu lama kerana menurut iradah (kehendak) Allah Subhanahuwata’ala. Jika Allah Subhanahuwata’ala mahu, Allah Subhanahuwata’ala boleh menurunkan ayat-ayat al-Quran secara lengkap sekaligus lalu dibiarkan ummah itu mempelajari dan memahaminya. Sebenarnya iradah Allah Subhanahuwata’ala tidak sedemikian. Allah Subhanahuwata’ala menghendaki satu sistem tertentu dan unik dalam pembi¬naan ummah. Pembentukan aqidah berjalan serentak dengan kematan¬gan ummah dan selaras dengan penurunan ayat-ayat al-Qur'an yang beransur-ansur. Allah Subhanahuwata’ala menghendaki agar ummah itu dibina dengan aqidah Islamiyyah, selepas itu Islam yang syumul dapat dipraktikkan dengan baik.



Din al-Islam adalah Din Rabbani. Sistem untuk melaksanakannya juga Rabbani. Sistem ini tidak boleh dipisahkan atau diketepikan. Lantaran Din al-Islam didatangkan oleh Allah Subhanahuwata’ala untuk membina aqidah dan membentuk ummah, maka sudah tentu sistem pembinaan dan pembentukan itu merupakan perencanaan atau perancangan Allah Subhanahuwata’ala yang tidak boleh dipandang sepi.



Firman Allah Subhanahuwata’ala:


Terjemahannya:


"Kami (Allah) turunkan al-Quran itu terpisah-pisah supaya engkau bacakan kepada manusia dengan perlahan-lahan dan kami turunkannya sedikit demi sedikit. "
(Surah al-Isra': ayat 106)



Cara penurunan al-Quran merupakan perencanaan Allah Subhanahuwata’ala dalam proses pembentukan dan pembinaan ummah agar aqidah Islam benar-benar terbentuk, menjadi pegangan dan lahir dalam pergerakan hidup, bukan sekadar teori atau pengetahuan semata-mata.





KEMUNCAK NATIJAH



Terbukti dalam sejarah kemanusiaan, didikan al-Qur'an telah melahirkan generasi yang benar-benar mendokong al-Quran dan as-Sunnah. Itulah proses didikan yang telah menghasilkan generasi Muslimin sejati dan berwibawa mengepalai pimpinan alam ke arah kesejahteraannya. Generasi yang melengkapi sifat-sifat kepimpinan yang tinggi dan mulia, yang mengandungi pemuda-pemuda yang berji¬wa Tauhid dan tidak dipengaruhi atau terpengaruh dengan nilai-nilai keduniaan. Cita-cita mereka ialah memenangi keredhaan Allah Subhanahuwata’ala semata-mata. Mereka sentiasa bersedia menyahut panggilan Iman dan memandang kehidupan jahiliyyah tidak bernilai. Nilai mereka sebenar ialah nilai Allah Subhanahuwata’ala.



Setiap wakil atau delegasi yang dikirimkan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ke sesuatu tempat akan bertindak menurut apa yang dikehendaki Allah Subhanahuwata’ala dan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.



Perhatikanlah sikap Mu'az bin Jabal r.a. yang menjadi wakil Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ke Negeri Yaman. Sebelum beliau bertolak ke Yaman, Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah menguji beliau dengan katanya yang bermaksud:



"Wahai Mu'az! Bagaimanakah kamu hendak lakukan jika dikemu¬kakan sesuatu masalah kepadamu?"



Jawab Mu'az, "Saya akan berhukum dengan apa yang tersebut di dalam Kitab Allah."



Baginda bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak kedapatan di dalam Kitab Allah?"



Jawab Mu'az, "Saya akan berhukum menurut Sunnah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam."



Baginda bertanya lagi, " Bagaimana jika tidak terdapat di dalam Sunnah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam?"



Jawab Mu'az, "Saya akan berijtihad dan saya tidak akan mengabaikan."



Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Alhamdulillah, Allah yang telah memberi pertunjuk kepada utusan Rasu¬lullah mengikut cara yang diperkenankan Rasulullah."



Jawapan yang diberikan oleh Mu'az itu membuktikan bahawa pegangan hidup generasi sahabat Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam adalah syari'at Allah Subhanahuwata’ala sahaja. Mereka meletakkan tuntutan al-Quran di tempat pertama dalam hidup mereka. Mereka benar-benar terdidik dengan al-Quran bahkan kebanyakkan dari meraka adalah Huffaz (penghafaz-penghafaz) al-Quran. Dalam tragedi Bi'r al-Ma'unah terdapat 70 orang sahabat huffaz telah gugur syahid. Dalam peristiwa al-Yamamah pada zaman Khalifah Abu Bakr as-Siddiq terdapat 70 para huffaz telah syahid di suatu masa seperti yang pernah dijelaskan oleh Imam al-Qurthubi.



AT-TASYRI’ AL KAMIL



At-Tasyri' al-Kamil membawa maksud suatu perundangan yang telah sempurna disyariatkan oleh Allah Subhanahuwata’ala. Firman Allah Subhanahuwata’ala:



Terjemahannya:



"Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasih dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada Ku. Pada hari ini (hari 'Arafah, 10 Hijrah) Aku (Allah) telah sem¬purnakan bagi kamu Din kamu dan Aku sempurnakan ni'mat-Ku ke atas dan Aku redha Islam sebagai Din kamu."
( Surah al-Maidah: ayat 3)



Al-Quran telah diturunkan kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam secara beransur-ansur melalui dua tahap, iaitu Tahap Mekah dan Tahap Madinah. Kewujudan tahap-tahap itu menunjukkan adanya pemeringkatan syari¬'a mulai awal kerasulan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam hingga saat hampir kewafa¬tan baginda.



Syari'at Islam kini telah lengkap dan sempurna. Oleh itu dalam konteks pembangunan semula Ummah Islamiyyah kini, syari'at itu tidak boleh dibataskan berasaskan Tahap Mekah dan Tahap Madinah. Hukum-hukum dan undang-undang Islam sudah lengkap dan sempurna dengan tamatnya wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.



PERLAKSANAAN SYARIAT DALAM JAMAAH KINI



Bagaimanakah syari'at Islam yang lengkap hendak dilaksanakan oleh jama'ah Islam dalam suasana atau realiti kini ? Iaitu realiti yang tidak membolehkan jama'ah melaksanakan semua tuntutan syari¬'at Islam.



Dalam hal ini, perlaksanaannya adalah terhenti kepada suasana kelemahan (ad-Da'if) dan suasana kekuatan (al-Quwwah) jama'ah atau Ummah Islamiyyah yang dibentuk. Suasana kelemahan umat Islam yang tidak melaksanakan semua tuntutan syari'at mengharuskan jama'ah Islam mengambil Rukhsah dalam ertikata melaksanakan tuntutan syari'at sekadar kemampuan yang dimiliki oleh jama'ah. Namun penentuan mampu atau tidak mampu itu adalah di bawah tang¬gungjawab barisan kepimpinan (as-Saf al-Qiyadi) yang mengendali¬kan jama'ah Islam.



Bagaimanapun jama'ah Islam tidak boleh berpuas hati dengan men¬gambil rukhsah selama-lamanya. Bahkan sewajibnya kemampuan jama¬'ah Islam itu dipertingkatkan kerana matlamat besarnya ialah untuk menegakkan Khilafah Islamiyyah. Khilafah dalam pengertian mengurus semua urusan dan memimpin semua makhluk berpandukan syari'at Islam serta melaksanakan semua tuntutan syara' demi keredhaan Allah Subhanahuwata’ala.





JAMAAH ADALAH ‘ JALAN ‘



Jama'ah adalah `jalan' yang mesti dilalui untuk menegakkan Khila¬fah Islamiyyah. Oleh itu pembentukannya adalah wajib. Tahap kekuatan (al-Quwwah) jama'ah Islam perlu ditingkatkan sehingga ia boleh mengambil 'azimah, bukan rukhsah. Yakni 'azimah dalam melaksanakan semua hukum yang dituntut oleh syari'at Islam, kecuali dalam keadaan dharurah yang datang kemudian.



Khilafah merupakan natijah (hasil) daripada pembentukan jama'ah atau ummah yang berasaskan didikan iman. Inilah sunnah Allah Subhanahuwata’ala.



Firman Allah Subhanahuwata’ala:


Terjemahannya:


"Allah menjadikan bagi orang-orang yang beriman antara kamu serta melaksanakan amalan-amalan yang saleh bahawa mereka akan menjadi khalifah di muka bumi sebagai mana orang-orang terdahulu telah menjadi khalifah. Juga Allah telah menetapkan Din mereka yang Allah telah redha bagi mereka dan Allah akan tukarkan suasana ketakutan dengan keamanan; mereka memperhambakan diri kepada Aku (Allah) tanpa syirik sedikitpun dengan Aku. Barang siapa yang kufur selepas itu maka mereka itu sebenarnya orang-orang yang fasiq ."
(Surah an-Nur: ayat 55)



ALLAH TERTINGGI



Khilafah yang dimaksudkan oleh Islam bukanlah orang perseorangan, keluarga atau kelas-kelas tertentu, tetapi Jama'ah Ummah yang ada kepimpinan. Setiap anggotanya pula yakin dan menyerah kepada peraturan-peraturan yang Allah Subhanahuwata’ala turunkan. Khalifah pula ber¬tanggungjawab mengurus daulah dan semua urusan berdasarkan syari¬'at Allah Subhanahuwata’ala. Khalifah adalah wakil Allah Subhanahuwata’ala di bumi, bukannya penggubal undang-undang berdasarkan kehendak sendiri. Sesungguh¬nya Pencipta undang-undang hanyalah Allah Subhanahuwata’ala.



Hukum-hukum Allah Subhanahuwata’ala dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah hukum-hukum tertinggi. Orang-orang mu'min tiada pilihan lain melainkan mematuhinya. Tiada sebarang hak bagi seseorang muslim atau mu'min untuk membuat hukum sendiri dalam perkara-perkara yang telah ditentukan Allah Subhanahuwata’ala dalam al-Quran dan as-Sunnah. Sebarang penyelewengan daripada hukum Allah Subhanahuwata’ala dan Rasul-Nya adalah berlawanan dengan aqidah atau iman.



Firman Allah Subhanahuwata’ala:


Terjemahannya:


"Apabila Allah dan Rasul-Nya menghukum mengenai sesuatu urusan maka tidak boleh lagi bagi orang-orang mu'min lelaki dan perem¬puan memilih berbuat mengikut kemahuannya. Barang siapa yang durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia benar-benar sesat ."
(Surah al-Ahzab: ayat 36)


Terjemahannya:


"Mereka berkata, "Kami telah beriman dengan Allah dan Rasul dan kami telah taat", kemudian satu puak di kalangan mereka berpaling lagi selepas itu, maka mereka bukan lagi orang mu'min. Apabila mereka diajak kepada hukum Allah dan Rasulnya supaya berjalan hukuman di kalangan mereka tiba-tiba satu puak daripada mereka enggan menurutnya. "
(Surah an-Nur: ayat 47-48)



Terjemahannya:


"Sesungguhnya perkataan orang-orang yang beriman itu apabila diajak kepada hukum Allah dan Rasul-Nya supaya berjalan hukuman di kalangan mereka, mereka berkata: "Kami dengar dan kami patuh" dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. "
(Surah an-Nur: ayat 51)

Cari makan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,





Pekerjaan merupakan suatu yang perlu dilakukan oleh semua orang untuk mendapatkan rezki, ada orang yang berkerja siang dan malam, waktu siang di tempat lain dan waktu malam di tempat lain. Semua yang dilakukkan adalah untuk memberikan kesenangan bagi kehidupan seisi keluarga. Ada yang berkerja dari jam 8 pagi hingga 9 atau 10 malam. Semuanya kerana sibuk akan tugas dan tanggung jawab yang diberikan kepada kita, kita buat kerana merasakan suatu tanggung jawab yang besar untuk melakukanya dan kita rasa senang apabila berjaya melakukan tugas yang diberikan dengan sempurna.





Adakah ini tujuan kita dihidupkan oleh Allah swt? Untuk datang berkerja di pejabat kita dan kemudian pulang ke rumah lewat malam dengan keletihan tidak sempat mengurus anak dan keluarga. Kita tidak sempat memerhatikan apa perkembangan anak-anak kita, tanpa kita sedari masa berlalu begitu pantas dan anak kita telah bersekolah atau telah habis persekolahan mereka dan telah berkerja serta melalui kehidupan seperti apa yang telah kita lalui. Apakah ini tujuan kehidupan kita?





Apakah peranan yang perlu kita lakuakan sebagai manusia yang di adakan di muka bumi ini? Apakah tugas yang diberikan oleh Allah swt sebenarnya kepada kita? Tentu sekali Allah swt mahu kita sebagai hambanya mengenali tuanNya, Allah mahu kita benar-benar menjaga segala hartanya agar hartanya tidak rosak dan musnah, mari kita lihat anak yang kita ada, adakah anak itu kita yang buat atau Allah swt yang menciptakannya? Tentu Allah swt yang menciptakannya, maka Allah swt boleh mengambil pada bila-bila masa sahaja, kalau kita yang membuatnya tentu sekali kita boleh menjadikannya mengikut cita rasa kita, mungkin hidung yang mancung no 7, pipi yang gebu bak pauh dilayang, rambut perang, mata biru dan lain-lain lagi. Namun apa yang dilahirkkan oleh isteri kita, kita terima seadanya, kita tidak boleh mengubah apa sahaja yang telah diberikan oleh Allah swt. Tentu sekali apabila Allah menjadikan anak kita begitu lengkap dan sempurna ia juga akan menyediakan panduan untuk kita mengikutinya supaya apa yang diberikan tidak mudah rosak atau binasa.





Oleh sebab itu sesiapa yang tidak mengikuti apa yang diarahkan olehNya, sebenarnya akan merosakkan fitrah kehidupan itu, sebagai contoh kita tidak boleh meminum arak, sekiranya seseorang itu meminum arak tentu sekali akan berlaku kerosakan kepada tubuh badan dan ini terlah dibuktikan oleh sain moden kini. Allah swt yang mengetahui apakah yang perlu untuk manusia melaluinya telah menyediakan petunjuk dan peraturanNya.





Jika kita pergi sesebuah Negara yang berbeza peraturan jalan rayanya, kita mahu memandu kenderaan dengan peraturan jalanraya di Negara kita, tentu sekali kita bersalah dan akan di kenakan tindakan undang-undang. Oleh sebab itu bagi sesiapa yang tidak mahu mengikuti peraturan dan undang-undang yang telah diturunkan oleh Allah swt, maka mereka tergulung dalam gulungan yang duharka dan zalim. Duharka dan zalim kerana kesombongan dan keangkuhan, setelah diberikan begitu banyak nikmat, kebaikan dari Allah swt maka masih sanggup untuk menentang dan menduharkai Allah swt. Semuga kita diberikan petunjuk untuk mengikuti peraturan yang telah Allah swt berikan kepada kita melalui Al QuranNya. Amin

Perubahan perlu dilakukan..

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Bagaimanakah kita berfikir? Jika kita sentiasa negetif maka apa sahaja yang kita lakukan akan sentiasa tidak menjadi dan bermasalah, sebaliknya jika sentiasa positif kita akan mendapati walaupun yang berlaku itu kelihatan buruk dan bermasalah tetapi kita tetap akan mencari yang terbaik dan tenang menghadapinya.



Semua orang yang telah berumah tangga mempunyai pandangan tersendiri terhadap keluarga mereka, apa pula pandangan kita sendiri? Kita perlu menjawab persoalan ini kerana sekiranya kita tidak jelas pandangan kita atau kita tidak tahu apakah yang kita mahukan sebenarnya kita melaluinya tanpa ada matlamat, perjalanan tanpa matlamat adalah serupa seperti seorang yang tidak sedar dan terlena didalam suatu perjalanan dan tiba-tiba tersentak dan bertanya di mana saya sekarang, mungkin telah sampai kedistinasi atau mungkin telah terlajak jauh dari tempat hentian yang diperlukan atau mungkin baru memulakan perjalanan disebabkan kenderan mengalami kerosakan atau berhenti tetapi tidak disedarinya.



Alangkah ruginya diri kita sekiranya dengan masa berlalu dan kita tidak mengetahui atau menyedari yang kita sedang didalam perjalanan yang memerlukan matlamat yang jelas, dengan matlamat yang jelas akan memberikan panduan dan menjadikan kita sentiasa berhati-hati didalam tindakan dan keputusan yang kita lakukan. Sekiranya kita berfikiran positif banyak masalah yang kita hadapi akan kelihatan mudah dan apabila kita berfikir ianya mudah, kita akan merasai untuk melaksanakan bukan suatu yang sukah dan kita akan bermula untuk menyelesaikanya.



Kita boleh berfikir, isteri-isteri atau suami adalah orang yang boleh membawa untuk kita kesurga, anak-anak adalah harta kita yang akan mendoakan kita selepas kematian kita dan sentiasa mendapat kebaikan kerana amalan baik yang dilakukan oleh mereka, rumah tangga kita adalah mahligai yang akan memberikan kebahagian setiap kali kita pulang daripada kerja, rakan-rakan adalah mereka yang akan membantu dan mereka yang mahukan kita mendapat Rahmat dari Allah swt, kita amat-amat memerlukan mereka kerana kita tahu dan sedar bahawa mereka juga amat-amat memerlukan kita untuk mendapat redza allah swt dan sama-sama saling bantu membantu untuk mencari surga allah swt.



Sebaliknya sekiranya kita berfikir yang negetif adakah mungkin kita akan cuba untuk melakukan yang terbaik, saling berbaik sangka, saling bantu membantu, saling mengharap antara satu sama lain dan mahu melakukan yang terbaik buat pasangan kita, mahu melakukan yang terbaik buat anak-anak kita. Sanggup berkorban masa dan perasaan kerana kita jelas matlamat diri kita dan bukan kerana terpaksa. Kehidupan terus dilalui tetapi mengapa kita perlu memilih untuk tidak mahu bahagia, pilihlah yang terbaik dan anda berhak untuk mendapatkannya. Oleh sebab itu marilah kita sama-sama mengubah apa yang kita fikirkan sekarang dan mencari nilai Allah swt didalam apa sahaja keputusan yang ingin kita lakukan. Allah hualam



http://kalamiar.blogspot.com/ untuk melihat tulisan yang lalu.



1. Marriage is not a word. It's a sentence (a life sentence.


2. Marriage is love. Love is blind. Therefore marriage is an institution for the blind.


3. Marriage is an institution in which a man loses his Bachelor's Degree and the woman gets her masters.


4. Marriage is a three ring circus: engagement ring, wedding ring and suffering.


5. Married life is full of excitement and frustration:In the first year of marriage, the man speaks and the woman listens.In the second year, the woman speaks and the man listens.In the third year, they both speak and the NEIGHBOURS listen.


6. Getting married is very much like going to a restaurant with friends. You order what you want, and when you see what the other person has, you wish you had ordered that instead.


7. Son: How much does it cost to get married, Dad?Father: I don't know son, I'm still paying for it.


8. Son: Is it true Dad? I heard that in ancient China, a man doesn't know his wife until he marries her.Father: That happens everywhere, son, EVERYWHERE!


9. Love is one long sweet dream, and marriage is the alarm clock.


10. They say that when a man holds a woman's hand before marriage,it is love; after marriage it is self-defense.


11. When a newly married man looks happy, we know why. But when a 10-year married man looks happy, we wonder why.


12. Eighty percent of married man cheat in America, the rest cheat in Europe.


13. After marriage, husband and wife become two sides of a coin. They just can't face each other, but still they stay together.


14. Before marriage, a man 'yearns' for the woman he loves. After the marriage the "Y" becomes silent.


15. It's not true that married men live longer than single men, it only seems longer.


16. When a man opens the door of his car for his wife, you can be sure of one thing - either the car is new or the wife is.

Hormat dan perihatin

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Nilai hormat dan perihatin selalu kita katakan didalam budaya kehidupan kita hari ini, TV menayangkan bagaimana sikap remaja yang telah hilang perihatin kepada gulungan tua hari ini. Nilai untuk membantu orang yang telah tua, terlalu kurang kerana kita seolah-olah tidak merasakan akan tua juga suatu hari nanti. Dengan masa berlalu semakin hati kita semakin dewasa dan akhirnya menjadi tua juga.



Apa yang kita beri akan kita perolehi kemudian hari. Sekiranya hari ini kita tiada masa untuk anak kita, akan tiba suatu hari nanti bila kita ada banyak masa tetapi anak kita pula tiada masa untuk kita. Sekiranya hari ini kita tidak menghormati orang tua akan tiba suatu hari nanti apabila kita tua tiada orang lain pula yang akan menghormati diri kita. Tidakkah kita tahu bahawa hati seorang tua begitu sensitif, mereka mahukan kasih sayang dari orang-orang yang hampir kepada mereka terutama dari diri anak-anak mereka sendiri. Mereka mahukan sokongan anak-anak, mahukan perbincangan, mahukan belaian, mahukan semangat anak-anak untuk meneruskan kehidupan yang mereka tahu dan sedar tidak akan lama lagi buat mereka.



Bayangkan berapa banyak pengorbanan yang telah diberikan oleh ibu kita sehingga kita menjadi seorang manusia yang berjaya hari ini, kasih sayang, kesukaran membesarkan diri kita yang sering sakit, kesukaran untuk membentuk perangai kita yang tidak suka mendengar nasihat mereka, kepayahan untuk mengajar kita membaca dan banyak lagi kesukaran demi kesukaran yang telah dilalui mereka untuk menjadikan diri kita sebagai manusia yang berjaya. Bagaimanakah sikap kita kepada diri mereka? Adakah benar-benar dari lubuk hati yang kecil kita mahukan mereka mendapat yang terbaik? Kita mahu mereka terjaga? Kita mahu mereka mendapat penjagaan, mahu mereka gembira.



Apa yang telah kita lakukan sepanjang minggu lalu yang mungkin kita rasakan kita telah melakukan yang terbaik buat mereka. Kita telah membeli baju baru buat mereka, membawa mereka melancung, membelikan perhiasan, atau apakah yang telah kita lakukan? Sekiranya ada kita melakukan sesuatu alhamdulilah tetapi sekiranya tiada kita masih ada peluang untuk melakukannya. Bagi mereka yang telah tiada ibu, mereka mungkin tidak dapat mengimbau suasana ini untuk dilaksanakan lagi, kita perlu marasakan betapa beruntungnya kita, bagi sesiapa yang masih mempunyai ibu kerana anda boleh dan berpeluang untuk cuba membalas balik pengorbanan mereka tetapi sejauh mana anda lakukan anda tidak mungkin dapat membalas segala apa yang telah mereka lakukan.



Saya teringat seorang anak yang membebel terhadap ibunya kerana tidak dapat memberikan hadiah dihari jadinya, ibunya berkata ” anakku walaupun ibu tidak dapat membelikan engkau sesuatu tetapi engkau masih beruntung kerana ibu masih hidup, bayangkan jiran kita walaupun berapa kali hari lahirnya akan tiba namun tidak ada hadiah yang mereka nantikan, mereka telah kematian ibu dan tidak dapt merasakan peluk cium dari ibu mereka lagi, jangalah baru hendak menyesal selepas segala-galanya telah tiada dan belajarlah bersyukur dengan apa yang ada.”



Kita perlu melakukan yang terbaik dan yang terbaik itu berada didalam diri kita sekiranya kita berfikir kita mampu untuk melakukannya. Marilah kita belajar untuk menghormati orang yang lebih tua dari kita. Allah hu allam

Anak kau hartaku...

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Anak atau cahayamata merupakan suatu yang akan mengembirakan seorang suami dan isteri, ia di tatang dengan penuh kemanjaan terutama sekiranya anak tersebut anak sulung, setiap ibu yang melahirkan anak sentiasa berharap anak yang bakal dilahirkan akan menjadi manusia yang baik dan taat kepada perintah Allah swt, mahukan anak menjadi seorang yang boleh menjadi penyejuk hati ayah dan ibu.



Namun apabila dewasa kadangkala apa yang di hajatkan tidak menjadi, anak tersebut mula melawan kata, tidak mendengar arahan, nakal dan banyak lagi sikap mereka yang tidak berkenan di hati ayah dan ibu. Mengapa boleh berlaku begini? Bukankah mereka adalah dari zuriat kita? Bukankah kita telah memberikan yang terbaik untuk kehidupannya, mengapa mereka melupakan kita seperti kacang melupakan kulit.



Untuk berlaku sesuatu itu perlu kepada tiga perkara, 1. Apakah sistem yang kita gunakan? 2. Apakah proses pendidikan yang kita gunakan 3. Apakah latihan yang kita berikan. Untuk ketiga-tiga perkara ini islam mempunyai pendekatan nya tersendiri. Di dalam Islam telah ditunjukkan untuk mendidik anak perlulah seperti bunga pada ketika 1 hingga 7 tahun dimana kita sayangi dan cintai agar mereka merasakan bagaimana untuk melihat keindahan kehidupan ini, kemudaian jadikanlah mereka seperti hamba apabila berumur 7 ke 14 tahun dimana perlu ditekankan displin dan peraturan kepada mereka dimana peraturan dan displin ini akan dan perlu diikuti kerana mereka masih bergantung kepada diri kita tetapi apabila mereka telah berumur 14 hingga 21 tahun, kita perlu melihat mereka seperti rakan kita agar segala arahan dan displin yang telah diterapkan dapat dirasakan adalah suatu pelajaran bagi mereka. Mereka pada ketika itu telah ada kawan dan rakan yang mungkin menjaga hati mereka, Kita dimasa ini perlu menjaga hati mereka, perlu mengikat perasan kasih dan sayang kerana apabila mereka berumur 21 tahun keatas, mereka akan melakukan pemilihan sendiri berdasarkan apakah yang telah kita semai, namun ada yang mungkin menjadi kawan dan ada yang mungkin menjadi lawan.



Islam juga menyediakan proses pendidikan yang tesendiri, hari ini ahli agama memperkatakan tentang proses tarbiyah islamiyah iaitu suatu proses yang dibawa oleh rasulullah saw. Suatu proses dari mengenal Allah swt dan mentaati segala perintah Allah swt. Untuk ini kita perlu menyediakan latihan yang panjang untuk mereka lalui. Kita perlu sedar dan paham apa yang perlu kita lakukan kerana tanpa mengetahui apa yang perlu kita lakukan masa tetap berlalu dan akhirnya kita telah ketinggalan waktu yang berlalu untuk mendidik mereka dan akhirnya begitu sukar untuk kita membetulkan apa yang telah berlaku.



Kita perlu bermula sekarang kerana tidak ada erti terlambat, apabila kita sedar dimasa itu sebenarnya Allah swt telah memberikan kesempatan untuk kita memperbaiki apa yang telah berlaku. Marilah kita memperbaiki diri kita kerana masih banyak lagi yang kita perlu pelajari tentang islam sebelum kematian menjemput diri kita. Allah hu alam.



_________________________________________________________________



APA PUNCA ANAK DERHAKA



Sabda Rasulullah s.a.w. " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun . Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.


Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif. .. . itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.



Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka ". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...



DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.



BERTAUBAT SEBELUM MELARAT Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."



HUBUNGAN DENGAN BAPA



Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."



USAH DERHAKA KEPADA MENTUA



Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.



Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.



Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers Adalah mudah iaitu:-



Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;



1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).



2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)



3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)



4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).



5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.



6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).



7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh . Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.



8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)



9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.



10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.



11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya . Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).



12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali .



13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.



14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda . Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.



15. Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.



16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,



17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.



18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.



19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja . Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.



20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda .