Friday, July 4, 2008

Mari membaca

Assalammualaikum dan salam sejahtera,





Mencari ilmu suatu yang sukar dilaksanakan terutama bagi yang telah berumur seperti kita, namun sekiranya ada kehendak segala yang sukar menjadi senang, pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit bahan untuk kita meneliti sejauh mana kita hampir dengan kitab yang telah di turunkan oleh Allah swt untuk kita hayati dan pelajari.



Marilah kita meluangkan sedikit masa yang ada untuk kita sama-sama membaca untuk anak, isteri dan suami. Bagi kita memahami apa ajaran yang telah di tuntut untuk kita melaksanakannya didalam kehidupan kita.





Marilah kita baca baris demi baris dan merasakan bagaimana kuatnya para sahabat memegang akan isi kandungan al quran dan menjadikan al quran sebagai panduan kehidupan mereka. Telah banyak buku-buku ilmiah yang telah kita baca dan sekarang mungkin telah tiba untuk kita beralih bahan bacaan kita untuk meneliti sedikit bahan-bahan agama yang mungkin menjadikan perubahan buat kehidupan diri kita sebelum kita menemui kematian yang tidak akan lupa kepada diri kita. Mari kita meneliti dengan hati yang tenang dan dikala itu kita benar-benar untuk mendapatkan Hidayah dari Allah swt dan benar-benar berharap, memohon, meminta agar diberikan Hidayah serta kebaikan buat kehidupan kita.





Kita jarang menagisi diri kita yang terlalu jauh dari kecintaan kepada allah swt, marilah kita berharap dengan membaca sedikit dari ayat-ayat Allah ini , kita diberikan Hidayah dan dikasihi Allah swt, Ya Allah kepada engkau kami berharap, berikanlah kami Hidayah, berikanlah kami petunjuk dan jadikanlah kami hamba-hambamu yang patut dan taat hanya kepada Mu ya Allah. Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami. Amin


_______________________________________________________________________________



AL-QURAN AL-KARIM MENDIDIK UMMAH



TAKRIF AL-QURAN



Kitab suci al-Quran adalah Kalam Allah Subhanahuwata’ala yang bermukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam, dipindahkan daripada baginda Sallallahu’alaihiwasallam dengan riway¬at yang mutawatir dan ditulis dalam beberapa naskhah mashaf. Membacanya merupakan satu ibadah. Inilah ta'rif al-Quran yang dipersetujui para ulama' Usul Fiqh dan bahasa.



HUBUNGAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH



Kebanyakkan hukum yang diterangkan dalam al-Quran bercorak kulli (tidak secara detail atau terperinci). Peranan as-Sunnah yang merangkumi keperibadian, perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam memperincikan hukum-hukum al-Quran. Apabila seseo¬rang berpegang dan beramal dengan as-Sunnah bererti dia berpegang dan beramal dengan al-Quran.



Al-Imam al-Auza'i telah meriwayatkan daripada Hassan Ibnu 'Atiy¬yah, katanya: "Ketika wahyu turun kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, malaikat Jibril membawa as-Sunnah yang mentafsirkan wahyu tersebut. Maka setiap perkara yang lahir daripada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam samada dalam bentuk perkataan, perbuatan mahupun pengakuan berasal daripada wahyu Allah Subhanahuwata’ala jua.



Allah Subhanahuwata’ala telah berfirman:



"Tidaklah (Rasul itu) berkata-kata mengikut hawa nafsunya melain¬kan apa yang telah diwahyukan kepadanya."(Surah an-Najm: ayat 3-4 ).



Kehidupan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam adalah penterjemahan realistik al-Quran al-Karim. Sayyidatina 'Aisyah Radhiallahu ‘anha pernah ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW, maka dijawabnya: "Bahawa akhlaknya (Rasulullah SAW) adalah al-Quran. "




SUMBER PEMBENTUKAN UMMAH



Sumber pembentukan ummah Islamiyyah ialah al-Quran al-Karim manakala hadith atau sunnah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam adalah terbitan dari¬pada al-Quran al-Karim.



Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam adalah model yang praktikal bagi didikan Islam. Baginda adalah pentafsir kepada sistem tarbiyyah al-Quran samada dengan amalan, budi pekerti atau pun arahan-arahan.



DIDIKAN AL QURAN SERTA NATIJAHNYA



Sistem didikan al-Quran adalah unik. Sistem ini tidak meniru mana-mana sistem yang ada di bumi. Kesan atau natijahnya yang pernah lahir juga unik, iaitu satu generasi yang sungguh mengka¬gumkan dan tiada bandingan dalam sejarah. Generasi yang asal hidup bersengketa dan berperangan sesama sendiri, bersatu padu, membangun dan menegakkan nilai-nilai Rabbani (nilai yang diturun¬kan Allah Subhanahuwata’ala) dalam kehidupan. Mereka menjadi model bagi manusia dan mereka telah mendapat pujian daripada Allah Subhanahuwata’ala.



Firman Allah Subhanahuwata’ala Terjemahannya:



"Kamu adalah sebaik-baik ummah yang diutuskan kepada manusia, kamu menyeru kepada ma'ruf dan mencegah daripada kemungkaran dan kamu beriman dengan Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, maka tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq "
(Surah 'Ali Imran: ayat 110 )



PROSES PEMBENTUKAN ADALAH IRADAH ALLAH



Ummah terbaik itu dikenali sebagai generasi al-Quran. Ummah itu natijah daripada tarbiyyah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam berdasarkan wahyu Allah Subhanahuwata’ala. Tarbiyyah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam berjalan selama 23 tahun - 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.



Tiga belas tahun di Mekah adalah masa pembinaan dan pengukuhan aqidah Islamiyyah. Sepuluh tahun di Madinah adalah masa penegakan undang-undang dan hukum-hukum yang mengurus dan mengatur masyara¬kat dan daulah Islamiyyah yang dibentuk Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.



Al-Quran membina dan mendidik aqidah ummah itu dalam jangka masa yang begitu lama kerana menurut iradah (kehendak) Allah Subhanahuwata’ala. Jika Allah Subhanahuwata’ala mahu, Allah Subhanahuwata’ala boleh menurunkan ayat-ayat al-Quran secara lengkap sekaligus lalu dibiarkan ummah itu mempelajari dan memahaminya. Sebenarnya iradah Allah Subhanahuwata’ala tidak sedemikian. Allah Subhanahuwata’ala menghendaki satu sistem tertentu dan unik dalam pembi¬naan ummah. Pembentukan aqidah berjalan serentak dengan kematan¬gan ummah dan selaras dengan penurunan ayat-ayat al-Qur'an yang beransur-ansur. Allah Subhanahuwata’ala menghendaki agar ummah itu dibina dengan aqidah Islamiyyah, selepas itu Islam yang syumul dapat dipraktikkan dengan baik.



Din al-Islam adalah Din Rabbani. Sistem untuk melaksanakannya juga Rabbani. Sistem ini tidak boleh dipisahkan atau diketepikan. Lantaran Din al-Islam didatangkan oleh Allah Subhanahuwata’ala untuk membina aqidah dan membentuk ummah, maka sudah tentu sistem pembinaan dan pembentukan itu merupakan perencanaan atau perancangan Allah Subhanahuwata’ala yang tidak boleh dipandang sepi.



Firman Allah Subhanahuwata’ala:


Terjemahannya:


"Kami (Allah) turunkan al-Quran itu terpisah-pisah supaya engkau bacakan kepada manusia dengan perlahan-lahan dan kami turunkannya sedikit demi sedikit. "
(Surah al-Isra': ayat 106)



Cara penurunan al-Quran merupakan perencanaan Allah Subhanahuwata’ala dalam proses pembentukan dan pembinaan ummah agar aqidah Islam benar-benar terbentuk, menjadi pegangan dan lahir dalam pergerakan hidup, bukan sekadar teori atau pengetahuan semata-mata.





KEMUNCAK NATIJAH



Terbukti dalam sejarah kemanusiaan, didikan al-Qur'an telah melahirkan generasi yang benar-benar mendokong al-Quran dan as-Sunnah. Itulah proses didikan yang telah menghasilkan generasi Muslimin sejati dan berwibawa mengepalai pimpinan alam ke arah kesejahteraannya. Generasi yang melengkapi sifat-sifat kepimpinan yang tinggi dan mulia, yang mengandungi pemuda-pemuda yang berji¬wa Tauhid dan tidak dipengaruhi atau terpengaruh dengan nilai-nilai keduniaan. Cita-cita mereka ialah memenangi keredhaan Allah Subhanahuwata’ala semata-mata. Mereka sentiasa bersedia menyahut panggilan Iman dan memandang kehidupan jahiliyyah tidak bernilai. Nilai mereka sebenar ialah nilai Allah Subhanahuwata’ala.



Setiap wakil atau delegasi yang dikirimkan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ke sesuatu tempat akan bertindak menurut apa yang dikehendaki Allah Subhanahuwata’ala dan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.



Perhatikanlah sikap Mu'az bin Jabal r.a. yang menjadi wakil Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ke Negeri Yaman. Sebelum beliau bertolak ke Yaman, Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah menguji beliau dengan katanya yang bermaksud:



"Wahai Mu'az! Bagaimanakah kamu hendak lakukan jika dikemu¬kakan sesuatu masalah kepadamu?"



Jawab Mu'az, "Saya akan berhukum dengan apa yang tersebut di dalam Kitab Allah."



Baginda bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak kedapatan di dalam Kitab Allah?"



Jawab Mu'az, "Saya akan berhukum menurut Sunnah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam."



Baginda bertanya lagi, " Bagaimana jika tidak terdapat di dalam Sunnah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam?"



Jawab Mu'az, "Saya akan berijtihad dan saya tidak akan mengabaikan."



Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Alhamdulillah, Allah yang telah memberi pertunjuk kepada utusan Rasu¬lullah mengikut cara yang diperkenankan Rasulullah."



Jawapan yang diberikan oleh Mu'az itu membuktikan bahawa pegangan hidup generasi sahabat Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam adalah syari'at Allah Subhanahuwata’ala sahaja. Mereka meletakkan tuntutan al-Quran di tempat pertama dalam hidup mereka. Mereka benar-benar terdidik dengan al-Quran bahkan kebanyakkan dari meraka adalah Huffaz (penghafaz-penghafaz) al-Quran. Dalam tragedi Bi'r al-Ma'unah terdapat 70 orang sahabat huffaz telah gugur syahid. Dalam peristiwa al-Yamamah pada zaman Khalifah Abu Bakr as-Siddiq terdapat 70 para huffaz telah syahid di suatu masa seperti yang pernah dijelaskan oleh Imam al-Qurthubi.



AT-TASYRI’ AL KAMIL



At-Tasyri' al-Kamil membawa maksud suatu perundangan yang telah sempurna disyariatkan oleh Allah Subhanahuwata’ala. Firman Allah Subhanahuwata’ala:



Terjemahannya:



"Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasih dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada Ku. Pada hari ini (hari 'Arafah, 10 Hijrah) Aku (Allah) telah sem¬purnakan bagi kamu Din kamu dan Aku sempurnakan ni'mat-Ku ke atas dan Aku redha Islam sebagai Din kamu."
( Surah al-Maidah: ayat 3)



Al-Quran telah diturunkan kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam secara beransur-ansur melalui dua tahap, iaitu Tahap Mekah dan Tahap Madinah. Kewujudan tahap-tahap itu menunjukkan adanya pemeringkatan syari¬'a mulai awal kerasulan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam hingga saat hampir kewafa¬tan baginda.



Syari'at Islam kini telah lengkap dan sempurna. Oleh itu dalam konteks pembangunan semula Ummah Islamiyyah kini, syari'at itu tidak boleh dibataskan berasaskan Tahap Mekah dan Tahap Madinah. Hukum-hukum dan undang-undang Islam sudah lengkap dan sempurna dengan tamatnya wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.



PERLAKSANAAN SYARIAT DALAM JAMAAH KINI



Bagaimanakah syari'at Islam yang lengkap hendak dilaksanakan oleh jama'ah Islam dalam suasana atau realiti kini ? Iaitu realiti yang tidak membolehkan jama'ah melaksanakan semua tuntutan syari¬'at Islam.



Dalam hal ini, perlaksanaannya adalah terhenti kepada suasana kelemahan (ad-Da'if) dan suasana kekuatan (al-Quwwah) jama'ah atau Ummah Islamiyyah yang dibentuk. Suasana kelemahan umat Islam yang tidak melaksanakan semua tuntutan syari'at mengharuskan jama'ah Islam mengambil Rukhsah dalam ertikata melaksanakan tuntutan syari'at sekadar kemampuan yang dimiliki oleh jama'ah. Namun penentuan mampu atau tidak mampu itu adalah di bawah tang¬gungjawab barisan kepimpinan (as-Saf al-Qiyadi) yang mengendali¬kan jama'ah Islam.



Bagaimanapun jama'ah Islam tidak boleh berpuas hati dengan men¬gambil rukhsah selama-lamanya. Bahkan sewajibnya kemampuan jama¬'ah Islam itu dipertingkatkan kerana matlamat besarnya ialah untuk menegakkan Khilafah Islamiyyah. Khilafah dalam pengertian mengurus semua urusan dan memimpin semua makhluk berpandukan syari'at Islam serta melaksanakan semua tuntutan syara' demi keredhaan Allah Subhanahuwata’ala.





JAMAAH ADALAH ‘ JALAN ‘



Jama'ah adalah `jalan' yang mesti dilalui untuk menegakkan Khila¬fah Islamiyyah. Oleh itu pembentukannya adalah wajib. Tahap kekuatan (al-Quwwah) jama'ah Islam perlu ditingkatkan sehingga ia boleh mengambil 'azimah, bukan rukhsah. Yakni 'azimah dalam melaksanakan semua hukum yang dituntut oleh syari'at Islam, kecuali dalam keadaan dharurah yang datang kemudian.



Khilafah merupakan natijah (hasil) daripada pembentukan jama'ah atau ummah yang berasaskan didikan iman. Inilah sunnah Allah Subhanahuwata’ala.



Firman Allah Subhanahuwata’ala:


Terjemahannya:


"Allah menjadikan bagi orang-orang yang beriman antara kamu serta melaksanakan amalan-amalan yang saleh bahawa mereka akan menjadi khalifah di muka bumi sebagai mana orang-orang terdahulu telah menjadi khalifah. Juga Allah telah menetapkan Din mereka yang Allah telah redha bagi mereka dan Allah akan tukarkan suasana ketakutan dengan keamanan; mereka memperhambakan diri kepada Aku (Allah) tanpa syirik sedikitpun dengan Aku. Barang siapa yang kufur selepas itu maka mereka itu sebenarnya orang-orang yang fasiq ."
(Surah an-Nur: ayat 55)



ALLAH TERTINGGI



Khilafah yang dimaksudkan oleh Islam bukanlah orang perseorangan, keluarga atau kelas-kelas tertentu, tetapi Jama'ah Ummah yang ada kepimpinan. Setiap anggotanya pula yakin dan menyerah kepada peraturan-peraturan yang Allah Subhanahuwata’ala turunkan. Khalifah pula ber¬tanggungjawab mengurus daulah dan semua urusan berdasarkan syari¬'at Allah Subhanahuwata’ala. Khalifah adalah wakil Allah Subhanahuwata’ala di bumi, bukannya penggubal undang-undang berdasarkan kehendak sendiri. Sesungguh¬nya Pencipta undang-undang hanyalah Allah Subhanahuwata’ala.



Hukum-hukum Allah Subhanahuwata’ala dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah hukum-hukum tertinggi. Orang-orang mu'min tiada pilihan lain melainkan mematuhinya. Tiada sebarang hak bagi seseorang muslim atau mu'min untuk membuat hukum sendiri dalam perkara-perkara yang telah ditentukan Allah Subhanahuwata’ala dalam al-Quran dan as-Sunnah. Sebarang penyelewengan daripada hukum Allah Subhanahuwata’ala dan Rasul-Nya adalah berlawanan dengan aqidah atau iman.



Firman Allah Subhanahuwata’ala:


Terjemahannya:


"Apabila Allah dan Rasul-Nya menghukum mengenai sesuatu urusan maka tidak boleh lagi bagi orang-orang mu'min lelaki dan perem¬puan memilih berbuat mengikut kemahuannya. Barang siapa yang durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia benar-benar sesat ."
(Surah al-Ahzab: ayat 36)


Terjemahannya:


"Mereka berkata, "Kami telah beriman dengan Allah dan Rasul dan kami telah taat", kemudian satu puak di kalangan mereka berpaling lagi selepas itu, maka mereka bukan lagi orang mu'min. Apabila mereka diajak kepada hukum Allah dan Rasulnya supaya berjalan hukuman di kalangan mereka tiba-tiba satu puak daripada mereka enggan menurutnya. "
(Surah an-Nur: ayat 47-48)



Terjemahannya:


"Sesungguhnya perkataan orang-orang yang beriman itu apabila diajak kepada hukum Allah dan Rasul-Nya supaya berjalan hukuman di kalangan mereka, mereka berkata: "Kami dengar dan kami patuh" dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. "
(Surah an-Nur: ayat 51)

0 comments: