Nilai hormat dan perihatin selalu kita katakan didalam budaya kehidupan kita hari ini, TV menayangkan bagaimana sikap remaja yang telah hilang perihatin kepada gulungan tua hari ini. Nilai untuk membantu orang yang telah tua, terlalu kurang kerana kita seolah-olah tidak merasakan akan tua juga suatu hari nanti. Dengan masa berlalu semakin hati kita semakin dewasa dan akhirnya menjadi tua juga.
Apa yang kita beri akan kita perolehi kemudian hari. Sekiranya hari ini kita tiada masa untuk anak kita, akan tiba suatu hari nanti bila kita ada banyak masa tetapi anak kita pula tiada masa untuk kita. Sekiranya hari ini kita tidak menghormati orang tua akan tiba suatu hari nanti apabila kita tua tiada orang lain pula yang akan menghormati diri kita. Tidakkah kita tahu bahawa hati seorang tua begitu sensitif, mereka mahukan kasih sayang dari orang-orang yang hampir kepada mereka terutama dari diri anak-anak mereka sendiri. Mereka mahukan sokongan anak-anak, mahukan perbincangan, mahukan belaian, mahukan semangat anak-anak untuk meneruskan kehidupan yang mereka tahu dan sedar tidak akan lama lagi buat mereka.
Bayangkan berapa banyak pengorbanan yang telah diberikan oleh ibu kita sehingga kita menjadi seorang manusia yang berjaya hari ini, kasih sayang, kesukaran membesarkan diri kita yang sering sakit, kesukaran untuk membentuk perangai kita yang tidak suka mendengar nasihat mereka, kepayahan untuk mengajar kita membaca dan banyak lagi kesukaran demi kesukaran yang telah dilalui mereka untuk menjadikan diri kita sebagai manusia yang berjaya. Bagaimanakah sikap kita kepada diri mereka? Adakah benar-benar dari lubuk hati yang kecil kita mahukan mereka mendapat yang terbaik? Kita mahu mereka terjaga? Kita mahu mereka mendapat penjagaan, mahu mereka gembira.
Apa yang telah kita lakukan sepanjang minggu lalu yang mungkin kita rasakan kita telah melakukan yang terbaik buat mereka. Kita telah membeli baju baru buat mereka, membawa mereka melancung, membelikan perhiasan, atau apakah yang telah kita lakukan? Sekiranya ada kita melakukan sesuatu alhamdulilah tetapi sekiranya tiada kita masih ada peluang untuk melakukannya. Bagi mereka yang telah tiada ibu, mereka mungkin tidak dapat mengimbau suasana ini untuk dilaksanakan lagi, kita perlu marasakan betapa beruntungnya kita, bagi sesiapa yang masih mempunyai ibu kerana anda boleh dan berpeluang untuk cuba membalas balik pengorbanan mereka tetapi sejauh mana anda lakukan anda tidak mungkin dapat membalas segala apa yang telah mereka lakukan.
Saya teringat seorang anak yang membebel terhadap ibunya kerana tidak dapat memberikan hadiah dihari jadinya, ibunya berkata ” anakku walaupun ibu tidak dapat membelikan engkau sesuatu tetapi engkau masih beruntung kerana ibu masih hidup, bayangkan jiran kita walaupun berapa kali hari lahirnya akan tiba namun tidak ada hadiah yang mereka nantikan, mereka telah kematian ibu dan tidak dapt merasakan peluk cium dari ibu mereka lagi, jangalah baru hendak menyesal selepas segala-galanya telah tiada dan belajarlah bersyukur dengan apa yang ada.”
Kita perlu melakukan yang terbaik dan yang terbaik itu berada didalam diri kita sekiranya kita berfikir kita mampu untuk melakukannya. Marilah kita belajar untuk menghormati orang yang lebih tua dari kita. Allah hu allam
0 comments:
Post a Comment