Bermadu suatu perkara yang rata-rata tidak digemarai dan tidak diterima oleh semua wanita terutama di Malaysia. Kadang kala ianya juga tidak diterima oleh mereka-mereka yang dikatakan faham akan hukum Islam, ini disebabkan begitu banyak berita-berita yang tidak baik yang diutarakan oleh mereka-mereka yang telah bermadu. Baru-baru ini saya mendengar komen seorang yang berkata mengapa di Malaysia orang lelaki tidak mahu berkahwin lebih dari satu, sedangkan begitu ramai gadis yang masih belum berkahwin, jika di timur tengah ini sudah merupakan suatu tuntutan untuk para lelaki berkahwin lebih dari satu.
Walau apa sekalipun, sebenarnya Allah swt telah menyediakan kertas peperiksaan untuk semua manusia, ada soalan yang mudah untuk dijawab dan ada kertas soalan yang sukar untuk dijawab oleh manusia. Ada orang yang walau bagaimana sukar soalan tersebut dia tetap menduduki dan sememangnya kita tiada pilihan untuk tidak menjawabnya, tetapi adakah kita lulus atau tidak akan kertas soalan tersebut. Setiap seorang mempunyai kertas soalan yang berbeza dan Allah swt bila memberikan kertas soalan Ia tahu bahawa kita layak untuk menduduki kertas soalan tersebut dan kita kena memilih samada hendak menjawab kertas soalaan tersebut dengan nilai dari Allah atau kita menjawab kertas soalan tersebut dengan nilai nafsu dan fikiran kita sendiri.
Apabila seorang lelaki berkahwin dua, ia adalah merupakan ujian peperiksaan buat dirinya, mungkin kerana, telah ditentukan yang isteri pertamanya telah ditentukan akan bermadu maka si suami terpaksalah untuk berkahwin dua atau sebaliknya. Kesemua mereka samada si suami, isteri tua dan isteri muda, kesemuanya telah ditentukan untuk menerima ujian peperiksaan dari allah SWT untuk melihat sejauh mana apabila telah berlaku melihat ini adalah sebagai ketentuan Allah swt.
Memang sukar untuk berfikiran terbuka, namun setiap yang berlaku sebenarnya mesti ada yang baik yang telah Allah swt tentukan. Ada orang yang berhajat untuk berumah tangga kali kedua namun tidak kesampaian kerana Allah swt tahu mungkin sekiranya ia berumah tangga juga akan berlaku sesuatu yang tidak baik dan merugikan kehidupan diakhiratnya kelak. Mungkin ada orang yang tidak terfikir untuk berkahwin lagi, namun tiba-tiba terdengar mereka telah berkahwin seorang lagi, dan ini semua adalah peperiksaan yang disediakan oleh Allah swt dan setiap orang yang di uji perlulah merasakan untuk lulus dengan sebaik mungkin.
Kehidupan ini penuh dengan keindahan kerana kita percaya Allah swt maha melihat dan Dia mahu kita melakukan terbaik kerana kita mengetahui Allah swt melihat apa yang kita lakukan. Kita perlu menjadi suami atau isteri yang baik, boss yang baik, pekerja yang baik dan pegawai tuhan yang baik serta melaksanakan segala arahan yang telah diberikan dan meninggalkan segala laranganNya. Amin
____________________________________________________________
Jodoh bermadu di usia muda.
KUANTAN: “Saya reda dan menerima ketentuan Allah mendapat jodoh dalam usia muda walaupun sebagai isteri kedua,” kata Siti Aminah Zainuddin, 19, anggota kumpulan nasyid Mawaddah, semalam.
Menurutnya, dia bersyukur apabila dipertemukan jodoh dengan Shamsul Amir Shahbudin, 38, seorang ahli perniagaan kerana dia bukan saja seorang lelaki baik, tetapi bertanggungjawab serta mentaati suruhan Allah.
“Madu saya, Masitah Abdullah, 36, dapat menerima saya dengan hati terbuka, malah menganggap saya sebagai adiknya apabila dapat tinggal dalam satu rumah.
“Bagi saya poligami itu indah dan berupaya memberi pahala besar jika seseorang wanita itu memahaminya,” katanya yang kini tinggal di Temerloh.
Siti Aminah ditemui pada majlis perkahwinan secara beramai-ramai di Dewan Mat Kilau di sini, semalam. Seramai lapan pasangan terdiri daripada kakitangan Global Ikhwan Sdn Bhd diraikan pada majlis bermakna itu. Majlis anjuran syarikat berkenaan itu sebagai menyahut seruan kerajaan untuk berjimat-cermat.
Bagi Masitah, perkahwinan kedua suaminya adalah hadiah bermakna sempena hari jadinya ke-38.
“Tiada hadiah lebih istimewa dan berharga kecuali membenarkan suami mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan wanita pilihannya.
“Saya kenal dengan madu saya, dia seorang wanita baik dan berhati mulia,” katanya yang mempunyai lapan anak.
Menurutnya, dia gembira dan terharu apabila dapat menyaksikan majlis persandingan mereka berdua.
Shamsul Amir pula berkata, perkahwinan keduanya itu dianggap fitrah dan kejayaan perjuangannya terhadap poligami yang sukar diterima kebanyakan wanita.
Dia mahu membuktikan madu yang dianggap racun oleh kebanyakan wanita sebenarnya indah selain memberikan pahala besar kepada mereka.
“Kedua-dua isteri saya mempunyai hubungan yang baik...mereka bukan saja boleh bekerja bersama, tetapi turut tinggal serumah,” katanya.
0 comments:
Post a Comment