Thursday, July 3, 2008

Apa kata hati kecilku....

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Pandangan dan tanggapan kita seringkali berbeza dengan keadaan sebenar yang berlaku, kita selalu mengikut apa sahaja tanggapan kita tanpa kita berfikir terlebih dahulu kemungkinan-kemungkinan lain yang berlaku di sebalik peristiwa yang kita alami. Kita lebih kerap memberikan tanggapan yang negetif sekiranya kita sentiasa atau selalu berfikiran negetif, sebaliknya kita akan berfikiran dan mencari yang positif apabila kita membiasakan berfikir secara positif.



Apa yang kita fikirkan akan kita rasakan dan akan kita lahirkan didalam tindakan, mudah untuk menyedarinya itu yang berlaku kepada diri kita, tetapi kita perlu menyediakan yang positif untuk mendapatkan hasil yang positif didalam tindakan kehidupan kita. Sekiranya kita merasakan segala-gala yang berlaku adalah pemberian dari Allah swt dan kita hanya manusia yang perlu melakukan yang terbaik, kerana kita sedar Allah swt melihat apa yang kita lakukan. Apakah yang mungkin kita lakukan, kita memilih untuk melakukan yang terbaik atau sebaliknya, masa tetap berlalu, sekiranya kita memilih untuk melakukan yang terbaik tidak semestinya hasil yang baik akan kita perolehi tetapi hasil adalah milik dan ketentuan Allah swt dan Dia boleh memberikan hasil yang terbaik, atau hasil yang tidak baik.



Tugas dan peranan kita adalah melakukan yang terbaik, terbaik dan terbaik. Sekiranya kita telah berusaha maka hasil atau keputusan adalah milik Allah swt untuk Dia menguji diri kita bagaimanakah kita berbaik sangka terhadap apa sahaja ketetapan yang telah di rencanakan olehNya. Manusia begitu lemah dan mudah merasakan putus asa, mudah kecewa, mudah tersentuh. Allah swt menjadikan begitu agar kita sentiasa berharap kepada Allah swt dan mengetahui yang kita serba kekurangan dan perlu berharap hanya kepadaNya.



Kita perlu bantu membantu kerana Allah swt berikkan kelebihan kepada seseorang dan kekurangan kepada seseorang untuk menguji mereka samada benar-benar bersyukur atau merasakan segala kelebihan yang telah diberikan adalah milik mereka tanpa dapat menghubungkan kepada ketentuan Allah swt. Sifat allah swt yang maha berkuasa mampu memberikan apa sahaja dan menjadikan apa sahaja untuk melihat betapa kekuasaan yang begitu besar. Bersyukurlah kepada Allah swt yang telah menjadikan kita sebagai seorang muslim dan tanda yang kita bersyukur adalah kita cuba untuk memahami agama yang diberikan oleh Allah swt ini. Mari kita bermula untuk melihat tafsir dan pengertian islam yang telah banyak di tulis oleh ulamak mutabar bukan setakat meletakkan buku-buku tersebut di almari buat penghias rumah kita sekarang. Allah hu alam.



___________________________________________________________________


Anak Kecil dan Seketul Batu



Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.



Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi:



" Apa ni? Siapa awak? dan apa ke jadahnya awak berada disini? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki? Awak tau tak? Kenapa awak buat ini semua? jerit Executive tersebut.



Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf; "Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".



Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya, ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.



Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.



Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat. Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.



Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian.



Pengajaran


Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara yang diberikan oleh Allah swt.

0 comments: