Thursday, July 3, 2008

Kesukaran tidak selama-lamanya..

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Tiada sesuatu pun yang susah kerana kesukaran itu sebenarnya bermula apabila kita berfikir ianya sukar, apabila kita bersedia untuk melatih dan berlatih maka kita akan memperolehi apa yang kita hajatkan. Jika kita kata terlalu susah untuk mendapatkan apa yang kita mahukan, ramai lagi orang lain yang mengalami lebih banyak kesukaran untuk mendapatkan apa yang ingin mereka mahukan didalam kehidupan.



Kejayaan yang dikecapi pada hari ini adalah kejayan yang telah dilalui selepas kita merasakan kesukaran demi kesukaran, samada kita sedar atau tidak kita telah banyak melalui kesukaran demi kesukaran dan kita telah Berjaya menghadapi kesukaran tersebut. Jika direnungkan mungkin kita tidak terfikir yang kita berjaya untuk mengatasinya tetapi dengan izin Allah swt kita berjaya menghadapinya. Mengapa? Adakah kerana kita telah dilahirkan untuk berjaya? Sebenarnya kita sendiri yang melakukan keputusan untuk melakukan apa yang telah kita lakukan kerana Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum jika sekiranaya kaum itu tidak mahu mengubah nasibnya sendiri.



Perubahan itu bermula dari apa yang kita fikirkan dan kita dirasai didalam perasaan dan di jelmakan didalam tindakan. Kehidupan semuanya adalah suatu perjuangan dan setiap perjuangan perlu kepada pengorbanan. Apakah pengorbanan yang telah kita lakukan untuk mendapatkan kejayaan membentuk keluarga yang bahagia dan cemerlang? Persoalan ini hanya akan boleh dijawab oleh kita sendiri dan kita tahu sejauh mana sebenarnya kita benar-benar mahukan kebahagian tersebut berada didalam keluarga kita.



Sekiranya kita berfikir untuk mendapatkannya maka cita-cita hari ini merupakan kenyataan hari esok, sebaliknya sekiranya kita tidak berfikir untuk mencapainya bagaimana ianya akan menjadi kenyataan didalam kehidupan kita. Marilah kita fikirkan apakah yang mahu kita cipta demi kebahagian kehidupan bukan sahaja di dunia malah diakhirat nanti. Allah hu alam

0 comments: