Friday, July 4, 2008

Cari makan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,





Pekerjaan merupakan suatu yang perlu dilakukan oleh semua orang untuk mendapatkan rezki, ada orang yang berkerja siang dan malam, waktu siang di tempat lain dan waktu malam di tempat lain. Semua yang dilakukkan adalah untuk memberikan kesenangan bagi kehidupan seisi keluarga. Ada yang berkerja dari jam 8 pagi hingga 9 atau 10 malam. Semuanya kerana sibuk akan tugas dan tanggung jawab yang diberikan kepada kita, kita buat kerana merasakan suatu tanggung jawab yang besar untuk melakukanya dan kita rasa senang apabila berjaya melakukan tugas yang diberikan dengan sempurna.





Adakah ini tujuan kita dihidupkan oleh Allah swt? Untuk datang berkerja di pejabat kita dan kemudian pulang ke rumah lewat malam dengan keletihan tidak sempat mengurus anak dan keluarga. Kita tidak sempat memerhatikan apa perkembangan anak-anak kita, tanpa kita sedari masa berlalu begitu pantas dan anak kita telah bersekolah atau telah habis persekolahan mereka dan telah berkerja serta melalui kehidupan seperti apa yang telah kita lalui. Apakah ini tujuan kehidupan kita?





Apakah peranan yang perlu kita lakuakan sebagai manusia yang di adakan di muka bumi ini? Apakah tugas yang diberikan oleh Allah swt sebenarnya kepada kita? Tentu sekali Allah swt mahu kita sebagai hambanya mengenali tuanNya, Allah mahu kita benar-benar menjaga segala hartanya agar hartanya tidak rosak dan musnah, mari kita lihat anak yang kita ada, adakah anak itu kita yang buat atau Allah swt yang menciptakannya? Tentu Allah swt yang menciptakannya, maka Allah swt boleh mengambil pada bila-bila masa sahaja, kalau kita yang membuatnya tentu sekali kita boleh menjadikannya mengikut cita rasa kita, mungkin hidung yang mancung no 7, pipi yang gebu bak pauh dilayang, rambut perang, mata biru dan lain-lain lagi. Namun apa yang dilahirkkan oleh isteri kita, kita terima seadanya, kita tidak boleh mengubah apa sahaja yang telah diberikan oleh Allah swt. Tentu sekali apabila Allah menjadikan anak kita begitu lengkap dan sempurna ia juga akan menyediakan panduan untuk kita mengikutinya supaya apa yang diberikan tidak mudah rosak atau binasa.





Oleh sebab itu sesiapa yang tidak mengikuti apa yang diarahkan olehNya, sebenarnya akan merosakkan fitrah kehidupan itu, sebagai contoh kita tidak boleh meminum arak, sekiranya seseorang itu meminum arak tentu sekali akan berlaku kerosakan kepada tubuh badan dan ini terlah dibuktikan oleh sain moden kini. Allah swt yang mengetahui apakah yang perlu untuk manusia melaluinya telah menyediakan petunjuk dan peraturanNya.





Jika kita pergi sesebuah Negara yang berbeza peraturan jalan rayanya, kita mahu memandu kenderaan dengan peraturan jalanraya di Negara kita, tentu sekali kita bersalah dan akan di kenakan tindakan undang-undang. Oleh sebab itu bagi sesiapa yang tidak mahu mengikuti peraturan dan undang-undang yang telah diturunkan oleh Allah swt, maka mereka tergulung dalam gulungan yang duharka dan zalim. Duharka dan zalim kerana kesombongan dan keangkuhan, setelah diberikan begitu banyak nikmat, kebaikan dari Allah swt maka masih sanggup untuk menentang dan menduharkai Allah swt. Semuga kita diberikan petunjuk untuk mengikuti peraturan yang telah Allah swt berikan kepada kita melalui Al QuranNya. Amin

0 comments: