Monday, April 12, 2010

Doa Menyelamatkan Kehidupan

Assalammualaikum dan salam sejahtera



Doa sejauh mana kita harapkan kepada Allah swt, bila kita menderita, sakit atau menghadapi masalah kita selalu berdoa, kita berdoa dengan harapan yang tinggi kepada Allah swt. Kita mahukan keselamatan dan pertolongan dari Allah swt didalam kehidupan kita. Namun sebelum kita menghadapi masalah kita selalu lupa untuk berdoa, kita selalu tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk mendapatkan yang terbaik. Agama sering mengajar kita untuk berdoa dan berharap pertolongan dari Allah swt, sejauh mana kita bersedia untuk untuk berdoa dengan penuh kusuk dan pengharapan yang tinggi adalah bergantung kepada sejauh mana kita mencintai Allah swt didalam kehidupan kita.



Mari kita lihat kehidupan yang telah kita lalui selama ini, berapa banyak masa yang kita gunakan didalam kehidupan ini untuk berdoa kepada Allah swt, berapa banyak masa pula yang kita gunakan untuk menonton TV, berapa banyak masa yang digunakan untuk makan minum dan lain-lain aktiviti. Adakah sekiranya dikumpulkan semua masa yang kita gunakan untuk berdoa akan mencapai 24 jam? Atau adakah mencapai 12 jam? Atau berapa lamakah sebenarnya yang pernah kita gunakan untuk berdoa didalam kehidupan kita.



Mungkin kita tidak pernah berlayar dilautan yang terbentang luas dan ketika itu kita dipukul ombak yang besar dan engine mengalami kerosakan. Pada ketika itu kita sudah tidak berharap kepada kapal layar yang kita gunakkan, kita tidak berharap kepada kepandaian kita mengemudi kapal, kita tidak berharap kepada peralatan yang ada, harapan kita hanya kepada pencipta yang menjadikan segala-galanya dan sentiasa berdoa agar diberikan peluang untuk hidup dan mendapatkan keselamatan. Mungkin pada ketika itu segala doa yang kita tahu akan kita baca, Segala pemikiran tentang kehidupan telah dilepaskan dan ingatan hanya kepada pencipta sepenuhnya tanpa ada perantaraan yang lain. Semua ini berlaku kerana kita telah putus harapan kepada yang ada disekeliling kita, kita mengetahui tiada yang boleh membantu atau memberikan pertolongan kepada diri kita. Kita akan merasakan kebesaran Allah swt didalam kehidupan kita dan kita sedar pada ketika itu betapa lemahnya diri kita dan amat-amat memerlukan Allah swt didalam kehidupan kita.



Mengapa ketika senang kita sering lupa, kita tidak sedar akan kekuasaan Allah swt sehinggakan kita lupa dan mudah mencari penyelesaian mengikut apa yang kita fikirkan. Kita jarang-jarang menjadikan Al Quran sebagai sumber rujukan kehidupan. Kita merasakan kita mampu melakukan segala-gala didalam kehidupan sehinggakan kita sentiasa lupa untuk berdoa dan berharap dengan Allah swt. Marilah kita lihat sejauh mana kita sentiasa berdoa kepada Allah swt didalam mendidik anak-anak kita, adakah kita banyak memarahi mereka atau kita banyak berdoa kepada Allah swt untuk membantu kita mendidik anak-anak kita. Dimanakah kita meletakkan Allah swt didalam kehidupan kita untuk mendidik anak-anak, isteri dan sesiapa sahaja yang berinteraksi dengan diri kita? Adakah kita melihat mereka dengan suatu harapan agar mereka mendapatkan kebaikan dan sentiasa diberikan rahmat dan sentiasa berdoa untuk kebaikan kehidupan mereka di dunia dan akhirat. Allah hu alam.

0 comments: