Thursday, April 22, 2010

Ilmu Membezakan Kehidupan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Makanan suatu keperluan kepada kehidupan, begitu banyak jenis makan yang ada di Malaysia dan ramai daripada pelancung suka datang ke Malaysia kerana begitu banyak jenis makanan yang terdapat di Malaysia . Sekiranya berkunjung ke hotel-hotel di Malaysia , kita akan dapati begitu banyak anika makanan disajikan untuk pelanggan hotel menjamu selera dan ianya amat menyelerakan. Kita boleh mendapatkan makan dari jenis kueh mueh, makan mentah, roti canai, hinggakan kepada nasi berani, nasi kerabu, nasi dagang dan berbagai-bagai lagi nasi yang sungguh menyelerakan.



Ada orang yang makan sehinggakan rasanya sudah tidak muat perut untuk diisi lagi, ada yang tidak segan-segan terpaksa membuka talipinggang hanya kerana hendak makan lebih banyak lagi. Rasanya kesempatan ini perlu di ambil sebaik mungkin untuk merasa semua jenis makanan yang ada pada hari tersebut. Namun setelah penuh perut diisi dan kekenyangan apakah perbezaan dengan orang yang mengambil hanya yang diperlukan oleh perut? Adakah yang makan dengan begitu banyak mendapat kebaikan dan mendapat zat yang lebih berbanding yang makan sedikit akan kerugian kerana jumlah wang yang dibayar tetap sama. Semua ini akan berbalik dengan cara kita berfikir dan pengetahuan kita tentang pemakanan. Sejauh mana kita mempunyai ilmu tentang pemakanan, baik buruk jenis makanan yang kita ambil dan kesedaran kita tentang diri kita dan kesan cara hidup pemakanan yang diambil oleh kita. Ilmu, displin, sikap dan kesedaran membezakan seseorang dengan seseorang yang lain.



Mari kita melihat sejauh mana pula kesedaran diri kita, kesedaran tentang pemakanan, kesedaran tentang aktiviti yang dilakukan, kesedaran tentang pekerjaan, kesedaran tentang kematian kesedaran tentang kehidupan. Apakah ilmu yang ada didalam pemikiran kita tentang perkara-perkara tersebut dan sejauh mana kebenaran sumber yang kita gunakan berhubung ilmu-ilmu tersebut. Adakah ilmu tentang perkara-perkara tersebut suatu ilmu yang betul untuk kita mengikutinya? Jika kita mempunyai ilmu yang salah dan dengan ilmu yang salah itu kita mengikutinya betul-betul tentu sahaja keputusan yang akan diperolehi adalah betul-betul salah. Tentunya kita tidak mahu hidup dengan penuh kerugian dan kita mahukan yang terbaik buat kehidupan kita, sejauh mana pula kita sanggup berkorban untuk mendapatkan yang terbaik bagi kehidupan kita? Adakah kita sanggup meluangkan masa yang kita ada untuk membaca buku-buku yang akan menambah pengetahuan bagi kehidupan kita? Adakah kita sanggup membaca Al Quran yang menjadi sumber rujukan orang-orang Islam untuk kebaikan kehidupan dunia dan akhirat?



Kita perlu jujur kepada diri kita sendiri dan bertanya apakah kita telah melakukan yang terbaik untuk kehidupan ini, sekiranya kita masih belum melakukannya maka kita patut bersyukur kerana masih diberikan masa dan kesempatan untuk berubah dan melakukan sesuatu mulai saat ini dan setiap saat akan berlalu begitu pantas meninggalkan kita tanpa dapat kita mengulangi masa tersebut didalam kehidupan kita ini. Lihatlah peluang demi peluang telah diberikan kepada kita untuk menjadi yang terbaik dan peluang itu hanya akan berakhir apabila kematian itu tiba dan marilah kita berusaha bersungguh untuk merebut peluang yang ada untuk menjadikan diri kita terbaik buat orang yang kita kasihi dan mengambil nilai-nilai Allah swt didalam kehidupan kita. Allah hu alam

0 comments: