Wednesday, April 14, 2010

Pengaduan Sejauh Mana Seriusnya..




Assalammualaikum dan salam sejahtera



Ramai orang yang suka mengadu, mengadu pada yang sayang, mengadu apabila menghadapi masalah, mengadu kerana tidak puas dengan perkhidmatan yang diberikan. Mengadu apabila mengharapkan sesuatu yang mana mungkin diberikan. Ada orang yang mengadu dengan budipekerti yang baik, ada juga dengan rasa geram dan marah, ada juga mengadu dengan perasaan yang tiada kemaafan untuk mu lagi. Begitu banyak perasaan dilahirkan ketika pengaduan dilakukan. Berapa banyak pula kita pernah mengadakan pengaduan, adakah pengaduan kita diterima, adakah pengaduan kita benar-benar dari hati yang ikhlas untuk memperbaiki situasi yang hendak kita perbaiki.



Sejauh mana pula kita mengadu kepada Allah swt didalam kehidupan kita untuk mendapat yang terbaik, Apakah kita hanya tahu untuk mengadu kesalahan orang lain sahaja dan sering lupa akan kesilapan diri kita. Adakah kita mengadu kepada Allah swt tentang kesilapan diri kita didalam kehidupan ini. Kita akan mengadu untuk mendapatkan kebaikan dari Allah swt kerana kita tahu bahawa tiada tempat lain yang boleh untuk kita mengadu kecuali kepada Allah swt, kita tahu Allah swt maha berkuasa dan maha mengetahui dan hanya Allah sahaja yang dapat memberikan segala-galanya walaupun perkara itu mustahil pada pandangan kita tetapi pada sisi Allah swt mampu melakukan apa sahaja yang dikehendakinya.



Pengaduan sejauh mana kita benar-benar berharap dan mahu mendapatkannya, kadang kala kita tidak seberapa berharap, kita hanya meluahkan dari mulut kita dalam bentuk doa dan kita sendiri tidak tahu apa yang kita doakan. Kita hanya melepaskan kata-kata kerana masa itu dikatakan masa yang baik untuk berdoa seperti selepas solat. Kita tidak merasakan keperluan berdoa didalam kehidupan kita sepanjang masa kehidupan. Kita tidak merasakan kerana hubungan kita dengan Allah swt begitu longgar dimana penilaian kita untuk Allah swt pada waktu-waktu tertentu sahaja, iaitu waktu selepas solat, waktu jemputan kenduri doa Selamat, waktu baca surat yasin dan beberapa waktu yang lain. Masa-masa yang lain kita tidak masukkan sebagai waktu untuk kita berhubung dengan Allah swt sehinggakan kita terus lupa kepada berharap dan mengadu kepada Allah swt. Kita sering menyalahkan keadaan, kenyalahkan suasana, menyalahkan kelemahan orang lain tanpa menyalahkan diri kita.



Kita perlu belajar untuk menyalahkan diri kita sendiri didalam apa sahaja keputusan yang tidak kita setujui berlaku kepada diri kita. Keputusan tidak memberangsangkkan salah kita, kejatuhan hasil salah kita, kerugian perniagaan salah kita, kelewatan penghantaran salah kita dan apabila kita merasakan semuanya salah kita mungkin kita perlu dan memerlukan pengaduan dan pengharapan yang tinggi kepada Allah swt. Hanya Allah swt yang dapat membantu diri kita dan kita perlu melakukan yang terbaik bagi mendapatkan bantuan dari Allah swt. Allah hu alam

0 comments: