Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Perjuangan dan pengorbanan memerlukan keperitan yang dirasai didalam kehidupan. Bagi menderma sedikit yang kita punyai tentu memerlukan keputusan untuk melakukannya, membantu seseorang atau sesiapa sahaja mungkin hanya akan datang dari keinsafan yang lahir dari diri kita kerana ingin membantu dan merasakan keperluan untuk mengorbankan apa yang kita ada demi kebaikan yang ingin di capai. Kesempatan pada kali ini diharapkan dapat diambil untuk kita membantu LIFE LINE 4 GAZA, dimana seperti yang kita rasakan bonus akan diberikan pada penghujung bulan 4 ini dan semuga sedikit peruntukkan dapat diberikan kepada penduduk palestin di GAZA.
Untuk makluman pihak HALUAN sebuah NGO di Negara ini telah diberikan kepercayaan untuk mengumpul dana dan menghantar bantuan ke Gaza pada bulan Mei ini. Sila lihat www.lifeline4gaza.org Perjuangan memerlukan individu-individu yang sanggup merasakan sedikit kesukaran dan sanggup menghulurkan sesuatu demi perjuangan yang disokong. Mungkin kita boleh mengambil kesempatan ini untuk melahirkan sokongan dan pengorbanan kita dengan sedikit bantuan ke ewangan yang kita ada. Bukan jumlah yang penting didalam memberikan bantuan tetapi keikhlasan dan kesungguhan untuk berkorban demi membantu orang lain amat-amat dihargai. Mungkin hari ini adalah hari mereka dan hari kita belum tahu lagi, yang penting setiap apa yang kita lakukan pasti akan di nilai dan didalam pengetahuan Allah swt.
Mungkin kita tidak mampu untuk menghadirkan diri kita kesana, tetapi bantuan keewangan yang kita berikan akan menjadikan mereka dapat menikmati kehidupan sepertimana yang kita rasai pada hari ini, jika tidak seperti apa yang kita rasai mungkin akan menjadikan sedikit kesenangan didalam kehidupan mereka yang sentiasa penuh dengan cubaan dan dugaan serta ujian dari Allah swt. Sekiranya pihak tuan puan ingin menderma sila salurkan sumbangan melalui akaun Tabung Palestin HALUAN (Maybank Berhad) 5-644-902-085-28. Semuga sumbangan dari pihak tuan puan akan diredaai Allah swt dan menjadikan kita manusia-manusia yang mendapatkan keberkatan dan kemanisan iman.
Tidak juga dilupakan bagi mereka-mereka yang ingin menderma kepada pembangunan Sekolah ibn Khaldun sila salurkan sumbangan pihak tuan puan kepada PEMBANGUNAN SEKOLAH IBN KHALDUN (BANK ISLAM) : 12010010029602. Untuk makluman sumbangan tuan puan pada tahun lalu telah berjaya membolehkan pihak sekolah membeli sebidang tanah seluas 2.25 ekar dengan jumlah 1 juta ringgit. Pada tahun ini pihak sekolah mensasarkan 2 juta untuk memulakan bangunan baru bagi sekolah ini dan kami hanya berusaha untuk mendapatkanya dan segala kejayaan adalah pertolongan dari Allah swt dan pengorbanan tuan puan amat-amat diharapkan dan hanya Allah swt sahaja yang membalasnya. www.sekolahibnkhaldun.com Amin
Thursday, April 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment