Assalammualaikum dan salam sejahtera
Misi dan visi suatu yang tidak dapat diasingkan, jika ada visi tentu sekali ada misinya. Visi seringkali menjelaskan tentang tujuan yang mahu dicapai oleh sesebuah organisasi atau perkara yang ingin dicapai oleh seseorang individu. Visi tersebut perlulah jelas sejelas sinar matahari dipagi hari. Ada visi yang begitu berbunga sehinggakan tidak dipahami oleh anggota atau visi tersebut terlalu panjang dan sukar untuk dihafal atau sukkan untuk dihayati oleh anggota organisasi tersebut. Lebih sukar lagi sekiranya misi yang digariskan untuk dilaksanakan untuk mencapai visi tersebut terlalu sukar untuk dilaksanakan. Misi perlulah jelas dan setiap anggota perlu memahami dan mudah untuk semua orang merasakan mampu untuk dilaksanakan didalam pekerjaan yang di lakukkan oleh mereka.
Bagi seseorang manusia, visi dan misi perlu ada didalam kehidupan kita, apakah visi kehidupan pada diri kita ? Kita perlu memahami dan jelas sejelas mungkin tentang visi yang kita mahu capai didalam kehidupan ini. Adakah kita mahu kehiduapan yang sihat sebagai visi kita ? Adakah kita mahu keluarga yang bahagia diletakkan sebagai visi kehidupan kita ? Adakah kita mahu visi kita ditumpukan kepada kejayaan pelajaran anak-anak kita semata-mata tanpa melihat tentang akhlaknya. Ramai ibu bapa berbangga dengan kejayaan anak mereka didalam pelajaran terutama sekiranya anak mendapat 10A keratas didalam peperiksaan SPM. Ibu bapa tidak kisah sekiranya akhlak mereka tidak seberapa baik yang penting adalah anak mereka boleh mencapai keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan. Tidak dinyatakan dengan jelas bahawa mereka mahu kejayaan peperiksaan SPM anak-anak mereka tetapi sebenarnya tindakan mereka akan menyatakan visi yang tersembunyi didalam diri mereka apakah yang mereka mahukan didalam kehiduapan.
Oleh sebab itu visi adalah suatu yang samada kita nyatakan atau tidak sebenarnya kita mempunyai visi yang tersendiri yang mahu kita capai didalam kehidupan ini. Kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai visi yang telah kita tetapkan. Mungkin kita menyatakan kita tidak ada visi atau misi kerana tidak tertulis didalam kehidupan kita, tetapi sebenarnya apa yang kita fikirkan tentang kehidupan itu sedah menjadikan suatu visi dan misi yang mahu kita laksanakan. Ianya lebih berkuasa dalam diri kita sehinggakan segala tindakan kita akan menjurus kepada apa yang kita nyatakan didalam visi dan misi ini. Marilah kita semak apakah yang mahu kita lakukan didalam kehidupan kita. Adakah kita telah mempunyai visi dan misi yang benar-benar kita rancangkan untuk kebaikan kehidupan dunia dan akhirat atau kita tidak sedar apakah visi dan misi kehidupan kita, kita hanya mengikut sahaja masa yang berlalu dengan visi dan misi yang tidak jelas sehinggakan tindakan yang lahir juga tidak begitu serious kerana kita juga tidak serious terhadap visi dan misi yang kita ada.
Adakah visi dan misi kehidupan kita berlandaskan Al Quran ? Adakah kita memastikan meletakkan nilai Allah swt didalam visi dan misi yang ingin kita capai? Semua ini hanya dapat kita perbetulkkan sekiranya kita jelas tentang kehidupan dengan mencari ilmu dan pengetahuan bagaimana untuk mentadbir diri kita, segala-gala ada dinyatakan didalam Al Quran dan sebenarnya tidak ramai orang islam dikalangan bangsa melayu yang meneliti akan kandungan Al Quran untuk merancang perjalanan kehidupan yang ingin dilalui didalam kehidupan yang sementara ini. Allah hu alam.
Thursday, April 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment