Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Kejayaan adalah suatu kebanggaan, ramai orang yang berjaya dan melihat kejayaan itu sebagai suatu keistemewaan yang diberikan kepada mereka. Semua orang yang berjaya tentunya mempunyai rahsia kesukaran yang telah dilalui oleh mereka dan ramai orang yang berjaya akan ditanya apakah punca-punca kejayaan mereka. Rata-rata akan menceritakan kesukaran kehidupan sebelum kejayaan itu dapat diraih didalam kehidupan. Bukan senang nak senang kalau takut susah, susah nak senang.
Ini memberikan suatu keyakinan bahawa kejayaan akan sentiasa diiringi dengan kesukaran demi kesukaran baharulah kejayaan akan menjelma didalam perjalanan kehidupan. Sejauh mana kita sanggup untuk menghadapi kesukaran didalam kehidupan ini? Adakah kita bersedia untuk menghadapi pelajaran-pelajaran yang sedang kita hadapi dengan persediaan minda yang terbuka. Adakah kita boleh meletakkan diri kita sebagai suatu ujian yang perlu dihadapi kerana Allah swt mahu melihat sejauh mana kita bersungguh-sungguh cuba untuk memperbaiki diri kita dan mahu melakukkan sesuatu tanpa meletakkan kesukaran terlebih dahulu dihadapan kita sebelum kita mencuba terlebih dahulu.
Apakah yang mungkin kita katakan sukar didalam hidup ini? Jika kita nyatakan matematik tambahan suatu yang sukar, mungkin ada kebenarannya tetapi mengapa pula telah berjuta-juta pelajar mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan mereka. Apabila kita nyatakan fizik yang susah namun ramai pelajar yang belajar di fakulti fizik diuniversiti dan Berjaya lulus didalam mata pelajaran itu dengan cemerlang. Apakah mereka mempunyai kelebihan yang kita tidak mempunyainya? Tentu sekali tidak, kita mempunyai sama sahaja bilangan sel otak dan juga anggota tubuh badan malah ada juga pelajar yang cacat tellah Berjaya dengan cemerlang.
Mungkin yang membezakan mereka adalah kerana mereka bersedia untuk menambah pengalaman mereka berhubung matapelajaran yang kita katakan susah dan dengan bertambahnya pengalaman-pengalaman didalam mata pelajaran maka mereka akan berubah menjadi lebih pintar dan bijak. Namun semuanya melalui kesukaran demi kesukaran untuk mendapat kejayaan tersebut. Marilah kita merenung sejauh mana kita bersedia untuk meningkatkan ilmu didalam mencari keredaan Allah swt untuk mendapatkan kejayaan didalam kehidupan akhirat nanti. Allah hu alam.
Thursday, April 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment