Thursday, April 29, 2010

Ketagihan Penuh Penderitaan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

www.lifeline4gaza.org



Ketagihan suatu yang seringkali diperkatakan tentang sikap yang berterusan dilaksanakan didalam kehidupan. Jika dahulu kita memperkatakan tenang ketagih rokok, ketagih gam dan tentu sekali ketagihan itu memberikan kesan kepada kehidupan seseorang. Namun hari ini ketagihan juga telah bertukar wajah kepada lebih moden dan mengikut kemajuan teknologi. Ada orang yang ketagih kepada video-video lucah, ada yang ketagih kepada permainan kumputer, ada yang ketagih berchit ctat di computer sehinggakan lupa pada makanan, lupa pada diri sendiri dan begitu sukar untuk meninggalkan computer. Ada yang sanggup menghadap computer sehinggakan tertidur dan apabila terjaga terus mengutamakan computer daripada yang lain didalam kehidupan kita.



Apakah kita suka melihat seseorang yang ketagih sehinggakan melupakan diri sendiri? Apakah kita mahu anak-anak yang kita sayangi terlibat sehinggakan lebih mengutamakan computer dari keluarga dan pelajaran. Jika ketagih dadah kita akan dapati mereka sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mendapatkan dadah yang memberikan kegembiraan kepada kehidupan mereka. Begitu juga apabila seseorang yang menghadapi ketagihan internet, masa yang sanggup diperuntukkan untuk internet begitu banyak sehinggakan mereka lupa untuk menguruskan diri mereka sendiri. Ketagih bermula dari suatu yang kecil, mungkin mahu mencuba, mungkin mahu menerokai pengalaman baru dan akhirnya menjadi suatu keseronokan sehinggakan tidak dapat lagi untuk meninggalkannya.



Bagaimana untuk mengurangkan ketagihan tersebut? Contoh seorang yang merokok boleh meninggalkan rokok apabila doctor menyatakan yang beliau ada tanda-tanda kenser dan perlu berhenti merokok jika mahukan kesihatan dan pulih seperti sedia kala. Ianya memerlukan keinsafan yang tinggi untuk melakukan perubahan. Begitu juga apabila ketagihan yang lain, ianya hanya akan dijauhi apabila seseorang itu mempunyai sebab-sebab yang begitu serious bagi kehidupannya untuk dia meninggalkan perkara tersebut. Apakah yang dikehendaki oleh kehidupan? Apakah peranan yang perlu dilaksanakan sebagai manusia? Sejauh manakah kita perlu mentaati perintah Allah swt didalam kehidupan. Sejauh mana kita merasakan keperluan kepada Allah swt akan memberikan kekuatan untuk kita mengubah diri kita. Sekiranya tiada sebab-sebab yang munasabah adalah begitu sukar untuk perubahan meninggalkan ketagihan dapat dilakukkan.



Adakah kita akan merasakan kekecewaan dahulu baru kita bersedia untuk berubah, adakah kita mahukan penderitaan baru kita mahu melakukan sesuatu dan meninggalkan ketagihan yang ada, adakah bila Allah swt membenci diri kita baru kita merasakan mahu kembali kepada Allah swt. Kita perlu sedar apa yang kita lakukan pasti akan diberikan balasan oleh Allah swt, Adakah ketagihan yang kita lakukan sekarang ini begitu baik buat diri kita? Jika ajawapannya tidak maka kita perlu memeriksa balik apakah yang perlu kita lakukan dan ianya bermula dari keputusan didalam kehidupan kita samada kita mahu berubah dan perubahan itu pastinya diiringi dengan kesukaran dan pengorbanan perlu dilakukan didalam kehidupan. Allah hu alam.

0 comments: