Monday, April 12, 2010

Keyakinan Diri Kecemerlangan Kehidupan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Keyakinan diri memainkan peranan penting didalam kehidupan kita sebagai manusia. Sejauh mana kita yakin kita akan Berjaya apabila melakukan sesuatu didalam kehidupan kita, Apabila kita mahu memulakan perniagaan, atau pembelajaran, atau pertandingan dan lain-lain aktiviti adakah benar-benar yakin kita akan memperolehi kejayaan atau kita hanya setakat mahu menyertai program atau pertandingan tersebut? Kita adalah seperti apa yang kita fikirkan dengan izin Allah swt. Mampukah kita mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri kita didalam apa sahaja yang kita mahu lakukan? Persoalan ini penting kerana dengan keyakinan diri kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan apa yang kita fikirkan dan dilahirkan didalam tindakan dan akan cuba memastikan segala kegagalan sebagai suatu cabaran didalam kehidupan.



Kita mahu anak-anak kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi, kita mahukan perubahan berlaku didalam kehidupan mereka namun kadang kala kita sendiri kurang yakin tentang kemampuan anak-anak kita untuk menghadapi apa yang mereka perlu lalui didalam kehidupan mereka. Kita sering berprasangka yang mereka tidak akan dapat mencapai apa yang mereka hajatkan kerana kita merasakan kita tahu akan kekuatan dan kelemahan diri anak-anak kita. Tidakkah kita sedar tanpa kita ketahui bahawa kita telah mendoakan mereka untuk tidak Berjaya. Kita tidak mempunyai keyakinan terhadap mereka kerana kita tidak yakin sebenarnya kepada diri kita didalam membentuk kehidupan mereka adalah tanggungjawab kita sendiri. Anak itu ibarat kain putih dan kedua ibubapanyalah yang berperanan mencorakkan kain putih itu samada nak menjadi majusi atau nasrani. Maka tanggungjawab akan kembali kepada diri kita dan kita tidak akan dapat melakukan sesuatu yang terbaik sekiranya kita sendiri tidak yakin dan berfikiran positif untuk merubah kehidupan kita sendiri.



Bagaimana untuk melahirkan keyakinan yang tinggi kepada diri kita? Suatu persoalan yang begitu besar dan hanya dapat dijawab oleh jiwa yang dapat berhubung dengan Allah swt yang maha besar. Allah swt yang mempunyai sifat-sifat yang sempurna,. Maha agung, maha perkasa, maha pemurah, maha pengasih dan banyak lagi sifat-sifat Allah swt, sekiranya jiwa ini dapat merasakan hubungan dengan Allah swt maka pada ketika itu penyerahan yang total akan menyebabkan manusia merasakan ketenangan dan kesungguhan yang begitu tinggi sekali kerana kita yakin kita hanya melakukan sebab-sebab dan ketentuan adalah milik Allah swt. Kita akan berusaha dan berusaha sebaik mungkin untuk membuktikan kita mempercayai segala sifat-sifatNya dan berharap kasih serta sayang untuk mendapat yang terbaik.



Keyakinan diri ini akan memberikan kekuatan untuk kita terus mencuba dan mencuba, berusaha dan berusaha, pengorbanan demi pengorbanan akan dilakukan dan kehidupan yang sukar akan kelihatan begitu indah dan mudah, tiada keluhan, tiada runggutan, tiada perasaan marah kecuali atas sebab syarak. Semuanya yang dilakukan adalah berharapkan keredaan Allah swt, Allah swt semuanya dihadapan dan penilaian didalam tindakan adalah untuk mencari penilaian dari Allah swt. Allah hu alam.

0 comments: