Tuesday, April 6, 2010

Kesungguhan memerlukan bukti pengorbanan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Kehendak dan kesungguhan selalu bermain didalam kamus pemikiran kehidupan kita, kadang kala kita berkehendak untuk melakukan sesuatu dan kadang kala kita bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu. Ianya kelihatan seperti suatu perkataan yang memberikan tujuan yang sama, namun mungkin pengertiannya sangat jauh maksudnya. Apabila memperkatakan tentang kehendak, mungkin ia bermakna sesuatu yang tidak dilakukan lagi dan mahu dilaksanakan didalam kehidupan, saya berkehendak membeli buku-buku tersebut, saya mahu belajar dan mendapat kejayaan yang cemerlang, saya mahukan anak-anak saya berjaya didalam mata pelajarannya. Semua perkara yang disebutkan diatas masih tidak dipunyai oleh diri kita dan kita berharap akan menjadi suatu kenyataan di dalam kehidupan kita.



Apa bila kita menyatakan tentang kesungguhan pula, mungkin kita telah bermula dan akan memastikan segala kehendak yang kita impikan tersebut akan menjadi kenyataan. Kesungguhan beliau untuk mendapat buku-buku tersebut begitu jelas dengan tindakannya mencari wang saku selepas pulang sekolah dan mengumpulkan kesemua wang tersebut didalam simpanannya. Beliau sekarang bersungguh-sungguh belajar bagi mendapat kejayaan yang cemerlang dan menghabiskan waktunya sekurang-kurangnya 4 jam sehari membaca buku-buku pelajaran. Dia sangat bersungguh-sungguh mendidik anak-anaknya kerana masa yang ada selepas pulang dari kerja dihabiskan dengan meneliti semua buku-buku sekolah anak-anaknya. Kesungguhan memerlukan pengorbanan dan setiap pengorbanan yang dilakukan akan mengakibatkan kesukaran didalam kehidupan.



Apakah mungkin kita dikatakan bersungguh-sungguh sekiranya kehidupan kita masih lagi didalam kesenangan dan kerehatan? Kita masih tidak sanggup mengorbankan masa yang kita ada, kita masih lagi sukar untuk membaca buku-buku agama untuk meningkatkan pengetahuan agama kita, kita masih lagi senang untuk menuntun TV dengan rancangan demi rancangan saling berganti dan semuanya menjadi pilihan diri kita. Apakkah sebenarnya pengertian kesungguhan didalam kehidupan kita? Kita meletakkan kesungguhan itu didalam penilaian diri kita sendiri dan bukan didalam penilaian Allah swt. Kayu ukur untuk kesungguhan yang telah kita lakukkan untuk mencapai sesuatu kejayaan adalah dari kayu ukur yang kita bina, mungkin orang lain menyatakan kita belum lagi bersungguh untuk mendapatkan apa yang kita hajatkan. Mungkin ada juga yang menyatakan kita telah melakukan semaksima mungkin dan Allah swt sahaja yang masih belum memberikanya.


Tetapi adakah kita sedar bahawa kita adalah manusia yang perlu menyediakan sebab-sebab sahaja dan hasil adalah ketentuan Allah swt. Kita perlu melakukan banyak sebab-sebab bagi memastikan kejayaan dan hasilnya telah diketahui oleh Allah swt dan Allah swt mahu melihat samada kita yakin Allah swt maha melihat, kerana Allah swt mahu kita melakukan yang terbaik dan Allah swt maha berkuasa memberikan apa sahaja dan Allah swt melihat samada kita menyerahkan kembali apa yang telah kita usahakan kepada Allah swt untuk mencari keredaanNya didalam kehidupan kita. Allah hu alam

0 comments: