Monday, April 28, 2008

PERSAHABATAN KEMANA TUJUANNYA?

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Persahabatan, persahabatan, persahabatan kemanakah akhirnya? Apabila kita bersahabat apakah matlamat yang telah kita tentukan? Untuk gembira? Untuk bahagia ? untuk kawan ketawa atau apakah yang ingin kita cari di sebalik persahabatan itu? Mari kita renung kerana kawan gembira ramai dan kawan menangis amat sedikit.

Sejauh mana kita sanggup menegur kawan kita kerana inginkan melihat mereka tidak jatuh kepada kemusnahan, untuk menjaga diri kawan kita agar selamat di akhirat, bagaimana kita melihat rakan kita apabila ditimpa malapetaka sejauh mana sempati kita dan sejauh mana kita sangguh melakukan pengorbanan. Mari kita semak dulu siapa diri kita sebelum kita menuntut orang lain melakukan yang terbaik buat diri kita? Adakah kita telah melakukan yang terbaik buat orang lain?

Bukan hidup perlukan balasan tetapi allah swt akan membalas segala tindakan yang kita lakukan seadil-adilnya, Sekiranya kita tidak endah kepada rakan kita akan tiba suatu masa nanti rakan kita tidak mengendahkan kita pula.


posted on behalf of IAR

Sunday, April 27, 2008

Bagaimana perlu kita menilai

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Tulisan ini dikongsikan oleh seorang rakan, ada kebenarannya tetapi bagaimana kita berfikir perlu kita perhatikan. Sekiranya kita memilih untuk mencintai allah melebihi dari segala-galanya mungkin perkara ini tidak berlaku. Tetapi apabila kita melupakan Allah swt diketika itu juga Allah akan melupakan kita dan segala tindakan kita adalah menurut hawa nafsu syaitan, tidak kira siapa sahaja semua akan diuji untuk melihat akan keyakinan dan keiman kita kepada Allah swt.

Apakah erti kebahagian seseorang itu, adakah apabila mempunyai seorang isteri yang baik, tanda seseorang itu telah bahagia, atau mempunyai seorang suami yang tidak ingin kawin seorang lagi itu kebahagian? Rasulullah bersabda yang maksudnya “ beruntunglah seseorang yang diberikan isteri yang soleh, kenderaan yang baik…” Apakah erti seorang isteri yang solehah dan suami yang soleh? Adakah yang boleh membantu keluarganya dengan hartanya, atau mempunyai rupa paras yang menyenangkan apabila melihatnya, atau menjaga dirinya semasa ketiadaan suaminya atau melahirkan zuriat yang ramai atau apakah pengertian yang kita gambarkan didalam pemikiran kita.

Untuk menjawab persoalan ini marilah kita kembali kepada apa yang diajarkan oleh rasululllah saw. Didalam mentakrifkan hakikat keimanan rasul menjelaskkan tidak beriman seorang kamu sebelum kamu mencintai allah melebihi dirimu sendiri. Permasalahan kini yang sentiasa menghantui masyarakat adalah kerana masyarakat hari ini begitu jauh dari hakikat iman yang sebenarnya. Sejauh mana sebenarnya kita benar-benar mencintai Allah swt didalam kehidupan kita. Sejauh mana kita benar-benar berharap kepada alllah swt didalam kehidupan kita. Sejauh mana kita benar-benar kenal sifat-sifat Allah swt.

Bayangkan sebuah kenderaan mesti mempunyai stering dan juga engin, ulamak menjelaskan cinta adalah seperti engin sebuah kenderaan dan akal serta iman adalah steringnya pula. Bayangkan jika kita mempunyai sering dan kenderaan yang lengkap tetapi tiada engin apakah akan berfungsi kenderaan tersebut dan memberikan menefaat kepada tuannya. Sebaliknya sekiranya mempunyai kenderaan yang bagus enginnya tetapi tiada seteringnya bolehkah kita memandu kenderaan tersebut, jika dihidupkan juga kenderaan tersebut ia boleh bergerak tetapi kemanakah tujuan pergerakkan tersebut.

Ini bermaksud cinta dan akal serta iman tidak boleh dipisahkan, ia perlu saling bantu membantu didalam kehidupan yang kita lalui ini. Marilah sama-sama kita bina iman dan cinta kerana Allah swt kerana ia sentiasa meletakkan kita di paksi yang betul. Bukan kita perlu takut, suami kita kawin dua atau tiga atau empat tetapi yang perlu kita takutkan adakah kehidupan ini allah redza atau tidak adakah kita akan mendapat surga allah atau tidak. Namun untuk mendapatkannya bukan semudah itu tetapi perlu kepada proses dan perjalanan yang jauh. Rasa hati kita perlu di didik untuk kita hanya benar-benar takut kepada Allah swt. Kita rasa allah melihat dimana sahaja kita berada, mengetahui akan rasa hati kita, mengetahuai apa yang kita fikirkan samada sembunyi atau kita nyatakan. Generasi pertama telah merasai akan hakikat cinta ini, kita perlu bermula untuk mendapatkan rasa ini yang telah hilang buat sekian lamanya.

Wahai suami dan juga isteri, marilah kita bina cinta yang lahir kerana allah swt dan sentiasa mengambil nilai-nilai Allah dan mengunakan akal dan iman untuk memandu tubuh badan yang diamanahkan oleh allah swt untuk kita dipertanggungjawabkan di hadapan allah nanti diakhirat. Allah hualam.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri.Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah. Rakan-rakan yang dikasihi, saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka.

Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.

Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja. Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa. Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks. Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya. Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik. Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari.

Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik. Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .

Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya.... InsyaAllah.......


on behalf on IAR

Thursday, April 24, 2008

a donation of 11c per e-mail Md Shahafeezal Md Shahril (md.shshafeezal@citigroup.com)

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Subject: a donation of 11c per e-mail Md Shahafeezal Md Shahril (md.shshafeezal@citigroup.com

Please have a heart and send this email to every one on your list this is for a child who needs more help from us... Friends, this is very touchy and sad. Put your shoulder in and assist this family. ONLY 11CENTS per e-mail sent and that could mean a big difference. God Bless.

VERY GRAPHIC!

DO NOT VIEW PHOTOS IF YOU ARE TOO SENSITIVE TO GRAPHIC IMAGES.

PLEASE JUST FORWARD THIS E-MAIL, AS IT WILL GIVE 11c PER MAIL RECEIVED.

IF you can't handle seeing little kids burn - this is terrible JUST forward the mail please.



Hi Guys

The photos attached are of a little child that has been severely burnt (literally from head to toe). Her parents cannot afford to get the bandages and ointments necessary for the treatment so every time this email goes out they will be given 11 cents towards assisting these parents.

Khalidah H. Bamadhaj

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Siapa yang inginkan mala pertaka, tetapi apabila ia mendatang tiada siapa yang dapat menghalangnya kecuali Allah SWT, Apa yang telah berlaku pasti ada yang baik disebaliknya. Untuk gambar-gambar ini bayangkan betapa penderitaan yang dilalui oleh anak tersebut tetapi tentunya ada yang ingin diberikan oleh allah kepadanya dan juga kita. Bagaimana kita ingin melihat secara positif perkara tersebut.


Mungkin kita perlu bersyukur kerana kita tidak perlah melaluinya, mungkin kita akan lebih berhati-hati apabila bersama-sama anak apabila melakukan aktiviti dimasa hadapan, mungkin dengan gambar ini akan memberikan keinsafan untuk kita menghargai anak yang kita ada dan boleh duduk bersama mereka untuk membantu mereka yang begitu lemah dan inginkan pertolongan dan bantuan kita disemua segi.

Bagaimana mungkin untuk kita tidak bersyukur kerana semua yang berlaku adalah di dalam ketentuan allah, sebagai manusia yang percaya kepada tuhan kita perlu insaf bahawa tuhan boleh menjadikan apa sahaja yang kita sangka baik atau kita sangka buruk. Namun semua mesti ada yang baik yang perlu kita cari apabila telah berlaku. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh kerana dengan berusaha bersungguh tanda kita baru bermula untuk bersyukur kepada allah swt.

Kesukaran, kepayahan, kecantikan, kesopanan dan apa sahaja yang boleh kita katakan adalah tanggapan yang direka didalam pemikiran, Kalau kita kata sukar mungkin ada orang lain yang berkata tidak untuk masalah tersebut. Kalau kita payah mungkin orang lain kata senang, kalau kita kata cantik mungkin ada orang lain yang berkata itu tidak secantik mana, kalau kita kata sopan mungkin orang lain berkata itu tidak bersopan lagi jadi apakah nilai sebenarnya yang ingin kita ambil.

Nilai yang perlu kita ambil adalah nilai yang tidak mungkin berubah sampai bila-bila. Jika kita katakan seorang itu cantik, apakah sebenarnya cantik pada sisi Tuhan Allah swt, cantik kerana Allah menerima segala yang ada padanya kerana memenuhi apa yang allah swt kehendaki, Cantik kerana ia mematuhi hukum allah swt di segi tindakan, di segi pakaian di segi tindakan disegi kehidupan bukan cantik tersebut kerana wajahnya, bukan juga kerana tingginya bukan juga kerana warna kulitnya dan buka juga kerana pakaian tetapi adakah segalanya mengikut peraturan yang telah di gariskan oleh Allah swt. Namun tiada yang perfect didalam kehidupan ini dan kita perlu berusaha kerana allah tidak bertanya kita telah sampai dimana tetapi kita akan dipersoalkan sejauh mana kita telah bersungguh-sungguh untuk mematuhi perintah-perintah allah swt. Bersyukurlah kerana allah swt sentiasa membuka pintu taubat kepada hamba-hambanya sehingga sebelum kematian itu tiba buat kita atau sebelum tibanya akhirat nanti.

Marilah kita sama-sama berusaha untuk taat dan belajar untuk memahami agama kerana dengan memahami agama kita akan diberikan ilmu dan dengan bertambahnya ilmu akan mengubah apa yang akan kita fikirkan dan akan mengubah perasaan dan akhirnya mengubah tindakan kita.

posted on behalf of IAR

Thursday, April 17, 2008

Persoalan: Anda nak Berubah?

Assalammualaikum dam salam sejahtera,

Kreativiti manusia adalah diluar jangkauan, kita mampu melakukan sesuatu yang tidak mungkin terfikirkan oleh kita. Manum bagaimana kita melihat untuk kebaikan diri dan untuk mendapat kehidupan yang indah, bagaimana kita boleh melukiskan keindahan itu didalam pemikiran untuk dilaksanakan didalam kehidupan. Jika orang mampu untuk melakukan sesuatu yang amat menakjubkan didalam pekerjaan mereka, bagaimana kita pula? Boleh kah kita melakukan sesuatu yang akan memberikan suatu inspirasi kepada orang lain agar kita mendapat keredaan allah swt dan mencari apa yang akan Allah suka untuk kita melakukannya didalam kehidupan.

Jawapannya adalah kita sendiri samada kita mahu atau terus memberi alasan untuk tidak mahu berubah. Tahniah kerana sekiranya anda telah berubah kerana apa yang anda lakukan hari ini sebenarnya telah dan akan merubah kehidupan anda dikemudian hari, kita melakukan sebab hari ini dan akibatnya akan berlaku kemudian hari. Marilah kita sama-sama melakukan perubahan itu sekarang. Hari ini lebih baik dari semalam dan kari esok lebih baik dari hari ini.

posted on behalf of IAR

Wajah juara

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Muhammad ali – suatu nama yang begitu terkenal suatu masa dahulu, dikenali kerana kekuatan dan juga kebolehannya dalam dunia tinju. Namun hari ini jika ditanya kepada kanak-kanak sekolah rendah mungkin ada yang masih mengenalinya tetapi segala-gala hanya tinggal kenangan. Mengapa begitu adakah ini lumrah kehidupan? Mari kita melihat diri kita sejauh manakah kita akan diingati oleh ahli keluarga kita nanti? 10 tahun selepas kita meninggal atau 50 tahun selepas kita meninggal dunia masih ada anak cucu kita mengingati kita? Mengapa mereka perlu mengingati kita? Apakah sumbangan kita kepada mereka semasa kita hidup yang mungkin dikenang oleh mereka sampai bila-bila. Kalau kita tinggalkan harta mungkin harta akan habis, kalau meninggalkan rumah mungkin akan rosak, kalaau meninggalkan pakaian mungkin akan usang dan ketinggalan zaman.



Apakah yang ingin kita tinggalkan buat mereka? Orang kata tinggalkan ilmu, tapi apakah ilmu yang mungkin kita perlu tinggalkan? Ilmu agama kita tak mampu untuk meninggalkannya kerana kita sendiri tidak begitu arif, jadi apakah yang mahu kita berikan buat mereka? Tetapi sebenarnya yang penting adalah kita menyampaikan dimana ”sampaikanlah walaupun satu ayat” kita perlu bermula dan sekaranglah masanya untuk kita menyimpan peninggalan kita kepada anak dan cucu kita supaya mereka suatu hari nanti akan mengingati kita kerana usaha-usaha yang sedikit ini. Kita tidak mampu mengubah manusia kerana yang mengubah manusia adalah Allah swt, oleh itu jika anda berubah ingatlah itu tanda kasih dan cintanya Allah swt kepada anda dengan memberikan peluang untuk berubah dan memilih anda untuk merasakan rahmat untuk berubah.

Rasulullah saw inginkan bapa saudaranya berubah tetapi tidak kesampaian kerana hanya allah swt yang memberikan hidayah kepada siapa yang ingin diberikannya, oleh sebab itu kita perlu benar-benar besyukur kerana diberikan peluang untuk hidup lagi dan diberikan kesempatan untuk berfikir bahawa kita perlu melakukan perubahan dengan mula mencari sesuatu yang membolehkan kita akan dikasihi oleh allah swt. Bukan senang nak senang, kalau takut susah, susah nak senang. Bermulalah walaupun hanya dengan belajar mengenal huruf, kerana tuhan tidak melihat dimana kita tetapi ia melihat sejauh mana kesungguhan kita untuk mencari redzanya didalam kehidupan yang sementara ini. Allah hu alam

posted on behalf of IAR

Curi masa anda

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Gunakan masa yang ada untuk melakukan sesuatu, tanpa melakukan apa masa tetap berlalu, kita tidak akan berubah kalau kita tidak mahu berubah dan begitu sukar untuk terus tetap seperti kita dan kadang kala lebih teruk daripada sebelumnya jika kita tidak melakukan yang lebih baik dari masa sebelum ini. Hidup suatu yang tidak dapat dipisahkan dengan waktu yang berlalu, kerana setiap masa yang berlalu bermakna kehidupan juga akan berkurangan dan kita tidak sedar bahawa perubahan juga berlaku tanpa kita sedari.

Apa yang kita gunakan untuk memperbaiki hubungan yang telah retak, apa yang kita gunakan untuk mencari kasih sayang, apa yang kita lakukan untuk mendapatkan kepercayaan, apa yang kita buat untuk mencari cinta, apa yang kita katakana untuk mengembirakan hati-hati orang yang kita kasihi. Semuanya boleh kita lakukan dan ianya bermula apabila kita bersedia untuk memberi dan menerima. Bersedia untuk berkorban kerana cinta bukan perasaan tetapi adalah pengorbanan, apa yang kita sediakan untuk berkorban kepada yang kita cintai.

Kalau kita cintakan islam dan tidak mahu islam itu hilang dari diri kita maka kita perlu berkorban sesuatu dan apabila berkorban, tentunya kita akan merasakan kesukaran, kepayahan, penderitaan dan lain-lain perasaan tetapi bagi orang yang mencintai dengan penuh perasaan akan meresakan segalanya tiada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana demi yang dicintai.

posted on behalf of IAR



Kesempurnaan kejadian

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Bila kita melihat kejadian tuhan yang begitu agung tidakkah kita terfikir bagaimana kesempurnaan yang ada padanya. Bila kita melihat pisang walaupun begitu kecil tetapi fungsi dan peranan didalam kehidupan kita amat besar sekali. Kita lihat bagaimana ia boleh memberikan begitu banyak kebaikan kepada manusia yang mahu mengunakan akal untuk mencari yang terbaik di sebalik sesuatu yang ada. Namun bolehkah kita mencari yang terbaik sekiranya kita tidak berfikiran positif dan sentiasa ingin mencari sesuatu yang baik didalam kehidupan.

Kita lihat lintah mungkin kita rasa suatu yang menjijikan tetapi hari ini terbukti ia memberikan suatu methode baru untuk perubatan untuk orang yang sakit kaki dan yang berhubung dengan darah yang dikatakan kotor. Maka kita akan mendapatkan yang terbaik sekiranya kita membuka minda kita untuk berfikir secara rasional tentang kebesaran tuhan yang menjadikan alam ini.

Setiap sesuatu ada yang menjadikannya begitu juga dengan alam ini, dan kita mengetahui bahawa alam ini terjadi dengan berlakunya suatu penemuanan yang dikatakan oleh saintis berhubung dengan BIG BANG atau letupan yang seperti kelihatan bunga rose. Menemuan ini telah di ketahui baru-baru ini oleh ahli sain dan ahli bintang dan adakah anda ketahui bahawa fakta ini telah disebutkan oleh Al quran 1400 tahun lalu dengan begitu tepat dan teliti sekali. Mengapa kita tidak mahu berfikir, mengapa kita terlalu sombong untuk meneliti fakta tersebut, dan mengapa kita tidak cuba membuka fikiran kita dan mencari kebenaran di sebalik kebesaran tuhan yang tidak mampu untuk kita melawannya.

Mengapa kita terlalu angkuh hingga sanggup tidak melakukan suruhan tuhan untuk melakukan yang terbaik dan meninggalkan yang haram. Semuga kita diberikan petunjuk dan hidayahnya. Allah hualam

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Bananas for medical uses

Never, put your banana in the refrigerator!!! This is interesting. After reading this, you'll never look at a banana in the same way again.

Bananas contain three natural sugars - sucrose, fructose and glucose combined with fiber. A banana gives an instant, sustained and substantial boost of energy.

Research has proven that just two bananas provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder the banana is the number one fruit with the world's leading athletes.

But energy isn't the only way a banana can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.

Depression: According to a recent survey undertaken by MIND amongst people suffering from depression, many felt much better after eating a banana. This is because bananas contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.

PMS: Forget the pills - eat a banana. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.

Anemia: High in iron, bananas can stimulate the production of hemoglobin in the blood and so helps in cases of anemia.

Blood Pressure: This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the banana industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.

Brain Power: 200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating bananas at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.

Constipation: High in fiber, including bananas in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.

Hangovers: One of the quickest ways of curing a hangover is to make a banana milkshake, sweetened with honey. The banana calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system.

Heartburn: Bananas have a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating a banana for soothing relief.

Morning Sickness: Snacking on bananas between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.

Mosquito bites: Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of a banana skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.

Nerves: Bananas are high in B vitamins that help calm the nervous system.

Overweight and at work? Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at wor k leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.

Ulcers: The banana is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.

Temperature control: Many other cultures see bananas as a "cooling" fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In Thailand , for example, pregnant women eat bananas to ensure their baby is born with a cool temperature.

Seasonal Affective Disorder (SAD): Bananas can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer tryptophan.

Smoking &Tobacco Use: Bananas can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.

Stress: Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium banana snack.

Strokes: According to research in The New England Journal of Medicine, eating bananas as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%!

Warts: Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a wart, take a piece of banana skin and place it on the wart, with the yellow side out. Carefully hold the skin in place with a plaster or surgical tape!

So, a banana really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrate, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich in potassium and is one of the best value foods around So maybe its time to change that well-known phrase so that we say, "A banana a day keeps the doctor away!"

posted on behalf of IAR

Monday, April 14, 2008

Peluang bagaimana kita mengambilnya....ALLAH tak kan tanya (sambungan)

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Peluang sentiasa ada dimana-mana sahaja, kadang kala peluang yang positif dan kadang kala peluang yang negetif, bagaimana kita mengambil kesempatan yang diberikan, ada orang mengambil bersungguh-sungguh dan ada pula yang mengambil sambil lewa. Tetapi adakah kita sedar peluang untuk hidup hanya sekali dan setiap masa dan detik yang berlalu bermakna satu detik peluang telah berlalu dari kita dan bertambah satu detik kita telah menghampiri kematian, apakah kita benar-benar mengunakan kesempatan peluang yang diberikan untuk menjadikan diri kita terbaik.

Peluang untuk mengenakan orang lain juga merupakan suatu peluang tetapi setiap pekara buruk yang kita berikan pada orang lain pastinya tuhan akan menyediakan balasan untuk kita menghadapinya nanti. Peluang tetap datang dan berganti tetapi adakah kita perlu menanti sehingga saat-saat kematian baru kita mahu mengunakan peluang yang ada. Rebutlah peluang yang ada sebelum ianya tiada. Pergunakan kesihatan sebaik mungkin sebelum datangnya sakit, berikan sesuatu semasa kaya sebelum kita tiada mempunyai apa-apa. Memberi pada yang mahu bukan ketika orang tidak memerlukannya, buat baik semasa kita mampu dan masa yang kita ada tetap akan berakhir dan sekarang kita perlu melakukan yang terbaik demi orang-orang yang kita kasihi.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1... ALLAH SWT tidak akan bertanya kereta apakah yang anda pandu. Dia akan bertanya untuk apakah anda mengunakannya

2... ALLAH SWT tidak akan bertanya gelaran jawatan anda didunia, Dia akan bertanya adakah anda melaksanakan tugas sebaik mungkin keranaNya

3... ALLAH SWT tidak akan bertanya berapa kawan yang anda ada, DIA akan bertanya berapa ramai kawan dibawa untuk mengenali ALLAH SWT

4... ALLAH SWT tidak akan bertanya berapa ramai pelajar anda, DIA akan bertanya bagaimana anda mengajar untuk mereka mengenali ALLAH SWT dan RasulNya

5... ALLAH won't ask what your job title was. He'll ask if you performed your job to the best of your ability.

6... ALLAH won't ask how many friends you had. He'll ask how many people to whom you were a friend.

7... ALLAH won't ask in what neighborhood you lived, He'll ask how you treated your neighbours.

8... ALLAH SWT tidak akan bertanya apakah warna kulit anda tapi DIA akan bertanya bagaimanakah KEIKHLASAN ANDA

9... ALLAH won't ask why it took you so long to seek Salvation. He'll lovingly take you to your mansion in heaven, and not to the gates of Hell.

He already knows your decision.


posted on behalf of IAR


Allah tak akan tanya....

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Apakah jawapan kita terhadap soalan kenapa kita dihidupkan? Apakah jawapan kita terhadap segala pemberian tuhan yang begitu banyak yang telah kita terima didalam kehidupan ini, apa yang telah kita gunakan dan bagaimana kita mengucapkan syukur kepada pemberian tersebut.

Mari kita merenung pemberian mata kepada kita, adakah mata ini milik kita atau milih tuhan, bolehkah Ia mengambilnya bila-bila yang dikehendakinya? Jawapannya tentu boleh. Maka bagaimana kita perlu mengunakan mata dengan sebaik mungkin kerana jika seseorang meminjamkan suatu benda kepada kita untuk kita gunakan tentunya kita tidak boleh mengunakan harta itu mengikut sesuka hati kita tetapi perlu menjaga benda yang diberikan itu dengan baik dan sesuai dengan kehendak pemberi pinjaman benda tersebut. Mata menyebabkan kita boleh melihat dan ramai manusia yang dilahirkan buta. Alangkah beruntung kita kerana dapat melihat dunia yang indah ini. Boleh melihat warna-warna yang berbeza-beza, dapat melihat ibu, anak yang diberikan kepada kita, dapat menilai kecantikan dan dapat melihat kehodohan dan banyak lagi benda yang kita lihat yang tidak dapat kita gambarkan dengan perkataan.

Tetapi benar-benarkah kita mengunakan mata seperti yang tuhan kehendaki? Mari kita berfikir sejenak untuk memperbaiki diri kita supaya kita tidak dikatakan seperti orang yang tidak mengenang budi dan dibalas dengan siksaan kerana tidak mengunakan mata seperti yang dikendaki oleh tuhan. Allah hu alam


posted on behalf of IAR

Sunday, April 13, 2008

Hadiah pemberian

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Hadiah sesuatu yang amat dihargai apabila kita memang menanti-nanti akan pemberian dari seseorang. Banyak hadiah yang mungkin kita terima sepanjang hidup kita. Kadang-kadang hadiah sebab beli satu baju dapat satu yang lain, hadiah hari jadi, hadiah dapat anak, hadiah lulus periksa, hadiah dengan berbagai sebab yang kadang kala kita tak tahu pun sebab apa tetapi kita dapat hadiah. Namun adakah kita benar-benar berterima kasih diatas hadiah yang diberikan kepada kita.

Apabila kita memberikan hadiah adakah kita ikhlas untuk memberikan hadiah tersebut? Adakah kita memilih hadiah yang terbaik buat rakan kita, yang terbaik buat isteri kita, yang terbaik buat anak-anak kita, hadiah yang terbaik buat ibu kita. Kerana apa yang kita berikan akan kembali kepada kita, kita mungkin mahukan yang terbaik tetapi adakah kita sedia memberikan yang terbaik buat orang lain? Bukan semua hadiah kita memerlukan balasan tetapi bukankah baik sekiranya kita memberikan hadiah dengan perasaan untuk membuatkan orang yang menerima hadiah itu merasai kegembiraan. Kegembiraan itu akan lebih besar sekiranya penerima itu tidak menyangka yang ia akan menerima hadiah itu dari kita, kalau kita boleh mengembirakan orang lain terutama mereke-mereka yang amat memerlukan mungkin suatu hari nanti Allah akan memberikan sesuatu yang amat kita harapkan dalam hidup kita dan tiada yang lebih berharga sekiranya Allah swt memaafkan kita di hari kemaafan itu amat-amat kita perlukan didalam diri kita.

Hadiah, berapa mahal yang pernah kita berikan buat orang yang kita kasihi? Hadiah bukan semestinya mahal tetapi walaupun kecil jika tepat pada waktunya, ianya amat besar ertinya didalam kehidupan seseorang. Bagi seorang yang telah tiga hari tidak makan atau tidak mendapat minuman ia akan merasai air dan makanan sebungkus nasi lemak amat berharga berbanding serantai emas yang tidak boleh ditukarkan dengan makanan. Seorang isteri yang menerima hanya sehelai kain cap semut di hari lahir anaknya mungkin lebih menghargai pemberian itu apabila si suami berkata” Abang tidak mampu memberikan hadiah yang mahal-mahal buatmu sayang, yang mampu abang berikan adalah sehelai kain batik cap semut sahaja, abang amat-amat berterima kasih diatas pengorbanan yang telah engkau lakukan sempena kelahiran anak kita sepuluh tahun yang lalu, pengorbanan mu amat besar buat diri abang dan semuga engkau sentiasa mendapat kebaikan didalam kehidupan ini.” Hadiah tidak semestinya besar tetapi kata-kata dan tepat pada waktunya membuatkan hadiah yang kecil itu begitu besar maknanya.

Bagaimana pula hadiah dari Allah swt, hadiah pekerjaan, hadiah anak, hadiah kehidupan ini, adakah kita benar-benar melakukan yang terbaik untuk membuktikan kita benar-benar berterima kasih diatas hadiah yang diberikan oleh Allah swt.

==============================================================================

“Buah jambu! Buah jambu! Beli bang, beli satu bang” seruan demi seruan kedengaran olehku. Kami terpanggil juga kegerai itu untuk membeli buah yang dikirimkan oleh rakan untuk kami membelinya.

“Harga berapa” Tanya ku

“7 ringgit sekilo dan 1.5 sepuluh ringgit” murah bang.

Tanpa berbicara aku terus mengambil yang beratnya 1.5 kg dan meletakkannya diatas timbangan yang berada dihadapan gadis penjual buat tersebut. Mesin timbang digital itu terus menunjukkan berat timbangan yang kurang daripada 1.5 kg. Ha! Tak cukup 1.5 kg pun. Si gadis terus mengambil bungkusan yang lain untuk di timbang dan didapati semuanya tidak mencukupi 1.5 kg.

Si gadis terrus berkata maaf bang sebenarnya bungkusan ini untuk harga RM 10 bukan 1.5 kg. Abang boleh beli dua bungkus dan saya beri kurang RM 1. maka kami ambil tiga bungkus dan diberikan dengan harga RM19. kemudian ditawarkan pula buah yang telah dipotong di dalam peti sejuk dan kami pun mengambil seorang sebungkus buah yang telah dipotong dengan rasa gembira dan puas hati.

Apabila tiba di kereta kami memakan buah yang telah dipotong dan didapati buah tersebut ada sedikit masam rasanya, kawan saya berkata ”buah ni dah lama potong, patutlah dia nak berikan kepada kita.” Sekali lagi aku terdiam kerana memang aku rasa ada sedikit masam dan aku berfikiran mungkin buah ini memang masam dan aku pun dah habiskan buah itu semuanya. Kawan ku terus merunggut tentang sikap orang melayu sepatutnya tidak bertindak demikian kerana ia akan merosakkan perniagaannya.

Aku juga terfikir jika nak beri orang hadiah sepatutnya kita berikan yang terbaik bukan yang buruk atau kita sendiri tidak menilai benda yang kita nak beri. Memberikan sesuatu kepada yang hendak bukan kepada sesiapa yang tidak memerlukan. Sanggupkah kita memberikan yang terbaik, sanggupkah kita berusaha-usaha untuk memastikan apa yang ingin kita berikan adalah yang akan amat-amat dihargai oleh pelanggan kita.



posted on behalf of IAR

Berfikiran positif

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Maaf mungkin sejak akhir-akhir ini kurang email dari saya disebabkan sekarang selalu out station, walau apa pun semuanya baik dan mungkin memberi masa untuk kita berfikir untuk mencari suatu erti kehidupan yang kita inginkan didalam diri, keluarga dan masyarakat kita.

Bagaimana kita melihat kehidupan ini, berfikiran positif atau negetif. Ada orang berkata bahawa kita perlu positif tetapi banyak tindakan mereka negetif, sebaliknya ada yang berkata kita manusia biasa perlu ada positif dan ada negetif. Tetapi apakah pilihan kita? Peluang untuk melakukan yang terbaik sentiasa datang dan akan pergi, sekiranya kita tidak mengambilnya mungkin masa itu tidak datang buat kali kedua buat kita dan kita terpaksa menanti suatu masa yang lain untuk kita mendapatkan yang terbaik kerana mungkin baru kita melihat secara positif.

Apakah pentingnya berfikiran positif? Segala yang berlaku adalah suatu yang telah berlaku dan tiada siapa yang dapat menukarkan yang telah berlaku supaya ia tidak berlaku. Kita tiada mesin masa untuk kembali kezaman yang lampau. Kita ada perjalanan yang menuju kehadapan dan kita perlu melakukan yang terbaik untuk masa hadapan kita. Sekiranya kita mendapat sesuatu kesulitan atau bencana, maka kita perlu mengubah fikiran kita supaya kita melihat bahawa tentunya ada yang terbaik disebalik peristiwa tersebut. Kita mungkin perlu melihat gambaran yang lebih besar untuk kita melukiskan kegembiraan buat kehidupan kita.

Mari kita merenung kesukaran yang mungkin kita hadapai,

Aku dari keluarga yang miskin,

Beruntung kerana kau boleh merasai bagaimana kesukaran orang miskin hari ini dan menjadi manusia yang suka menolong orang lain. Sedikit kesukaran hari ini adalah biasa buat dirimu dan engkau mungkin lebih merasai nikmat yang sedikit lebih bermakna dari seorang yang kaya. Dengan kemiskinan tersebut telah menjadikan dirimu seorang yang Berjaya hari ini.

Aku tiada wang.

Beruntung anda tiada wang kerana anda tidak perlu membayar banyak tax, tidak membeli kereta yang mahal-mahal yang mungkin mengakibatkan anda kemalangan dan mengalami penderitaan. Allah swt tahu bahawa sekiranya anda mempunyai wang yang banyak mungkin anda akan melakukan sesuatu yang akan memburukkan diri anda dan sebab itu beliau menjadikan diri anda kurang wang supaya anda selamat dan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.

Yang penting adalah bagaimana kita berfikir dan mencari yang terbaik dengan berfikiran positif.


Berfikiran positif

Jerry adalah seorang manager restoran di Amerika. Dia selalu dalam semangat yang baik dan selalu punya hal positif untuk dikatakan. Jika seseorang bertanya kepadanya tentang apa yang sedang dia kerjakan, dia akan selalu menjawab, "Jika aku dapat yang lebih baik, aku lebih suka menjadi orang kembar!"

Banyak pelayan di restorannya keluar jika Jerry pindah kerja, sehingga mereka dapat tetap mengikutinya dari satu restoran ke restoran yang lain. Alasan mengapa para pelayan restoran tersebut keluar mengikuti Jerry adalah karena sikapnya.

Jerry adalah seorang motivator alami. jika tuannya sedang mengalami hari yang buruk, dia selalu ada di sana, memberitahu tuannya tersebut bagaimana melihat sisi positif dari situasi yang tengah dialamai.


Melihat gaya tersebut benar-benar membuat aku sentiasa gusar, jadi suatu hari aku temui Jerry dan bertanya padanya, "Aku tidak mengerti! Tidak mungkin seseorang menjadi orang yang berpikiran positif sepanjang waktu.

Bagaimana kamu dapat melakukannya?" Jerry menjawab, "Tiap pagi aku bangun dan berkata pada diriku, aku punya dua pilihan hari ini. Aku dapat memilih untuk ada di dalam suasana yang baik atau memilih dalam suasana yang buruk. Aku selalu memilih dalam suasana yang baik. Tiap kali sesuatu terjadi, aku dapat memilih untuk menjadi korban atau aku belajar dari kejadian itu. Aku selalu memilih belajar dari hal itu. Setiap ada sesorang menyampaikan keluhan, aku dapat memilih untuk menerima keluhan mereka atau aku dapat mengambil sisi positifnya. Aku selalu memilih sisi positifnya."

"Tetapi tidak selalu semudah itu," protesku. "Ya, memang begitu," kata Jerry, "Hidup adalah sebuah pilihan. Saat kamu membuang seluruh masalah, setiap keadaan adalah sebuah pilihan. Kamu memilih bagaimana bereaksi terhadap semua keadaan. Kamu memilih bagaimana orang-orang disekelilingmu terpengaruh oleh keadaanmu. Kamu memilih untuk ada dalam keadaan yang baik atau buruk. Itu adalah pilihanmu, bagaimana kamu hidup."

Beberapa tahun kemudian, aku dengar Jerry mengalami musibah yang tak pernah terpikirkan terjadi dalam bisnis restoran: membiarkan pintu belakang tidak terkunci pada suatu pagi dan dirampok oleh tiga orang bersenjata. Saat mencoba membuka peti besi, tangannya gemetaran karena gugup dan salah memusing nomor kombinasi. Para perampok panik dan menembaknya. Untungnya, Jerry cepat ditemukan dan segera dibawa ke rumah sakit.

Setelah menjalani operasi selama 18 jam dan seminggu di dalam rawatan intensif, Jerry dapat meninggalkan hospital dengan beberapa bagian peluru masih berada di dalam tubuhnya. Aku melihat Jerry enam bulan setelah musibah tersebut.

Saat aku tanya Jerry bagaimana keadaannya, dia menjawab, "Jika aku dapat yang lebih baik, aku lebih suka menjadi orang kembar. Mau melihat bekas luka-lukaku?" Aku menundukkan kepalaku untuk melihat luka-lukanya, tetapi aku masih juga bertanya apa yang dia pikirkan saat terjadinya rampokan tersebut.

"Hal pertama yang terlintas dalam pikiranku adalah bahwa aku harus mengunci pintu belakang," jawab Jerry. "Kemudian setelah mereka menembak dan aku tergeletak di lantai, aku ingat bahwa aku punya dua pilihan: aku dapat memilih untuk hidup atau mati. Aku memilih untuk hidup."

"Apakah kamu tidak takut?" tanyaku. Jerry melanjutkan, " Para ahli medisnya hebat. Mereka terus berkata bahwa aku akan sembuh. Tapi saat mereka menbawaku ke ruang kecemasan dan melihat ekspresi wajah para dokter dan nurse aku jadi takut. Mata mereka berkata 'Orang ini akan mati'. Aku tahu aku harus mengambil tindakan."

"Apa yang kamu lakukan?" tanya saya. "Disana ada nurse gemuk yang bertanya padaku," kata Jerry. "Dia bertanya apakah aku punya alergi. 'Ya' jawabku.

Para dokter dan suster berhenti bekerja dan mereka menunggu jawabanku. Aku menarik nafas dalam-dalam dan berteriak, 'Peluru!' Ditengah tertawa mereka aku katakan, ' Aku memilih untuk hidup. Tolong aku dibedah sebagai orang hidup, bukan orang mati'."

Jerry dapat hidup karena keahlian para dokter, tetapi juga karena sikapnya hidupnya yang mengagumkan. Aku belajar dari dia bahwa tiap hari kamu dapat memilih apakah kamu akan menikmati hidupmu atau membencinya.

Satu hal yang benar-benar milikmu yang tidak bisa dikawal oleh orang lain adalah sikap hidupmu, sehingga jika kamu biasa mengendalikannya dan segala hal dalam hidup akan jadi lebih mudah.


Sekarang kamu punya dua pilihan:
1. Kamu dapat menutup mail ini, atau
2. Kamu meneruskannya ke seseorang yang kamu kasihi.


Aku berharap kamu memilih #2, karena aku telah melakukannya.

posted on behalf of IAR

Wednesday, April 9, 2008

Maafkan Salahku....

Assalamualaikumdan salam sejahtera


Kesilapan sesuatu yang sering kita lakukan didalam kehidupan ini, kadang kala kita lupa segala kesilapan yang telah kita lakukan tetapi orang yang merasai selalunya tidak pernah lupa. Ibu suatu atau seseorang yang agung buat diri kita tetapi sedarkah kita berapa kali kita telah melakukan kesilapan didalam kehidupan kita terhadap ibu yang sepatutnya kita kasihi dan kita agungkan didalam kehidupan ini.


Doa ibu perlu dicari terutama didalam apa yang penting yang ingin kita lakukan, untuk mencari jodoh doa ibu perlu kita pohon dengan sebaik mungkin, untuk mendapat pekerjaan perlu kita pohon darinya, untuk mendidik anak perlu kepada tunjuk ajarnya walau apa pun dia seorang yang perlu kita hormati.


Maaf sekarang selalu outstation tak dapat menghantar berita, semuga kita dapat yang terbaik didalam perjalanan yang sementara ini. tq


=============================


Maafkan salahku, Ibu....Hukum kekekalan energi dan semua agama menjelaskan bahwa apa pun yang kita lakukan pasti akan dibalas sempurna kepada kita. Apabila kita melakukan energi positif atau kebaikan maka kita akan mendapat balasan berupa kebaikan pula. Begitu pula bila kita melakukan energinegatif atau keburukan maka kitapun akan mendapat balasan berupa keburukan pula. Kali ini izinkan saya menceritakan sebuah pengalaman pribadi yang terjadi pada 2003.


Pada September-Oktober 2003 isteri saya terbaring di salah satu rumah sakit di Jakarta . Sudah tiga minggu para doktor belum mampu mendeteksi penyakit yang diidapnya. Dia sedang hamil 8 bulan. Panasnya sangat tinggi. Bahkan sudah satu minggu isteri saya telah terbujur di ruang ICU. Sekujur tubuhnya dilekatkan kabel-kabel yang tersambung ke sebuah layar monitor.


Suatu pagi saya dipanggil oleh doktor yang merawat isteri saya.


Doktor berkata, "Pak Jamil, kami mohon izin untuk mengganti ubat ibu".


Saya pun menjawab "Mengapa doktor meminta izin saya? Bukankan setiap pagi saya membeli berbagai macam ubat di farmasi doktor tidak meminta izin saya"


Doktor itu menjawab "Karena ubat yang ini mahal Pak Jamil."


"Memang harganya berapa dok?" Tanya saya.


Doktor itu dengan mantap menjawab "Dua belas juta rupiah sekali suntik."


"Haahh 12 juta rupiah Dok, lantas sehari berapa kali suntik, dok?"


Doktor itu menjawab, "Sehari tiga kali suntik pak Jamil."


Setelah menarik napas panjang saya berkata, "Berarti satu hari tiga puluh enam juta, Dok?"


Saat itu butiran air bening mengalir di pipi. Dengan suara bergetar saya berkata, "Doktor tolong usahakan sekali lagi mencari penyakit isteriku, sementara saya akan berdoa kepadaYang Maha Kuasa agar penyakit istri saya segera ditemukan."


"Pak Jamil kami sudah berusaha semampu kami bahkan kami telah meminta bantuan berbagai laboratorium dan penyakit istri Bapak tidak bisa kami deteksi secara tepat, kami harus sangat hati-hati memberi obat karena istri Bapak juga sedang hamil 8 bulan, baiklah kami akan coba satu kali lagi tapi kalau tidak ditemukan kami harus mengganti obatnya, Pak." jawab doktor.


Setelah percakapan itu usai, saya pergi menuju mushola kecil dekat ruang ICU. Saya melakukan sembahyang dan saya berdoa, "Ya Allah Ya Tuhanku... aku mengerti bahwa Engkau pasti akan menguji semua hamba-Mu, akupun mengerti bahwa setiap kebaikan yang aku lakukan pasti akanEngkau balas dan akupun mengerti bahwa setiap keburukan yang pernah aku lakukan juga akan Engkau balas. Ya Tuhanku... gerangan keburukan apa yang pernah aku lakukan sehingga Engkau uji aku dengan sakit isteriku yang berkepanjangan, tabunganku telah terkuras, tenaga dan pikiranku begitu lelah. Berikan aku petunjuk Ya Tuhanku. Engkau Maha Tahu bahkan Engkau mengetahui setiap guratan urat di leher nyamuk. Dan Engkaupun mengetahui hal yang kecil dari itu. Aku pasrah kepada Mu Ya Tuhanku. Sembuhkanlah istriku. Bagimu amat mudah menyembuhkan istriku, semudah Engkau mengatur milyaran planet di jagat raya ini."


Ketika saya sedang berdoa itu tiba-tiba terbersit dalam ingatan akan kejadian puluhan tahun yang lalu. Ketika itu, saya hidup dalam keluarga yang miskin papa. Sudah tiga bulan saya belum membayar biaya sekolah yang hanya Rp. 25 per bulan. Akhirnya saya memberanikan dirimencuri uang ibu saya yang hanya Rp. 125. Saya ambil uang itu, Rp 75 saya gunakan untuk mebayar SPP, sisanya saya gunakan untuk jajan.


Ketika ibu saya tahu bahwa uangnya hilang ia menangis sambil terbata berkata, "Pokoknya yang ngambil uangku kualat... yang ngambil uangku kualat..." Uang itu sebenarnya akan digunakan membayar hutang oleh ibuku. Melihat hal itu saya hanya terdiam dan tak berani mengakubahwa sayalah yang mengambil uang itu.


Usai berdoa saya merenung, "Jangan-jangan inilah hukum alam dan ketentuan Yang Maha Kuasa bahwa bila saya berbuat keburukan maka saya akan memperoleh keburukan. Dan keburukan yang saya terima adalah penyakit isteri saya ini karena saya pernah menyakiti ibu saya dengan mengambil uang yang ia miliki itu."


Setelah menarik nafas panjang saya tekan nomor telepon rumah dimana ibu saya ada di rumah menemani tiga buah hati saya. Setelah salam dan menanyakan kondisi anak-anak di rumah, maka saya bertanya kepada ibu saya "Bu, apakah ibu ingat ketika ibu kehilangan uang sebayak seratus dua puluh lima rupiah beberapa puluh tahun yang lalu?"


"Sampai kapanpun ibu ingat Mil. Kualat yang ngambil duit itu Mil, duit itu sangat ibu perlukan untuk membayar hutang, kok ya tega-teganya ada yang ngambil," jawab ibu saya dari balik telepon. Mendengar jawaban itu saya menutup mata perlahan, butiran air matamengalir di pipi.


Sambil terbata saya berkata, "Ibu, maafkan saya... yang ngambil uang itu saya, bu... saya minta maaf sama ibu. Saya minta maaaaf... saat nanti ketemu saya akan sungkem sama ibu, saya jahat telah tega sama ibu." Suasana hening sejenak. Tidak berapa lama kemudian dari baliktelepon saya dengar ibu saya berkata: "Ya Tuhan, pernyataanku aku cabut, yang ngambil uangku tidak kualat, aku maafkan dia. Ternyata yang ngambil adalah anak laki-lakiku. Jamil kamu nggak usah pikirin dan doakan saja isterimu agar cepat sembuh." Setelah memastikan bahwa ibu saya telah memaafkan saya, maka saya akhiri percakapan denganmemohon doa darinya.


Kurang lebih pukul 12.45 saya dipanggil doktor, setibanya di ruangan sambil mengulurkan tangan kepada saya sang doktor berkata "Selamat pak, penyakit isteri bapak sudah ditemukan, infeksi pankreas. Ibu telah kami obati dan panasnya telah turun, setelah ini kami akan operasi untuk mengeluarkan bayi dari perut ibu." Bulu kuduk saya merinding mendengarnya, sambil menjabat erat tangan sang doktor saya berkata. "Terima kasih doktor, semoga Tuhan membalas semua kebaikan doktor."


Saya meninggalkan ruangan doktor itu.... dengan berbisik pada diri sendiri "Ibu, I miss you so much."



posted on behalf of IAR

Monday, April 7, 2008

Sikap dan pengorbanan yang perlu dipelajari.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Siapakah wanita ini, mungkin ramai yang tahu namanya tetapi pengorbanan yang agung yang telah dilakukan olehnya mungkin tidak dirasai dan tidak cuba dijadikan sebagai panduan didalam kehidupan kita. Kasih dan cintanya begitu agung, pengorbanannya tidak dapat dipertikaikan dan apa yang telah dilakukan adalah suatu yang begitu besar sekali buat kehidupan rasul saw.

Mengapa kita selalu dan kerap melihat suatu itu adalah hanya mampu dilakukan oleh orang lain sahaja tetapi kita banyak kelemahan yang menyebabkan kita tidak mampu untuk mengikuti atau mencontohinya. Ini mungkin bermula kerana kita tidak membina didalam pemikiran kita persedian untuk menghadapi semua ujian dengan penuh perasaan berterima kasih diatas apa sahaja pemberian daripada Allah swt, kita selalu berfikir sekiranya baik maka itu adalah Rahmat daripada Allah swt tetapi apabila buruk kita menyatakan allah meneketepikan diri kita, sebenarnya baik atau buruk adalah suatu ujian untuk melihat sejauh mana kita berbaik sangka terhadap pencipta diri kita sendiri.

Wahai wanita agung, kasih mu terlalu unggul, persediaanmu untuk mencari redza Allah begitu bersungguh-sungguh, sentiasa berfikir untuk memberikan yang terbaik buat suamimu, sentiasa menjadi pembantu, azammu tidak dapat di pertikaikan, kehidupanmu penuh dengan semangat juang yang membara, kau adalah wanita yang perlu menjadi contoh buat semua wanita didunia ini. Kau mempunyai segala-galanya, mendapat cinta yang agung kerana bersedia memberikan cinta, mendapat kasih sayang kerana bersedia memberikan kasih yang tidak dapat dipertikaikan, mempunyai kekayaan kerana kau sanggup berkorban, mempunyai kecantikan kerana hanya kau sediakan buat suamimu, kesempurnaan suatu yang tidak mungkin akan berulang namum apa yang telah engkau berikan akan melahirkan mungkin ramai lagi manusia yang cuba bukan untuk menandingimu tetapi menjadikan dirimu contoh yang perlu diikuti.

Semuga kami mendapat Rahmat daripada Allah swt. Maaf lampiran hari ini begitu panjang mungkin boleh dibaca malam ini sebelum kita menutupkan mata halam ini. tq


posted on behalf of IAR

Perjalanan kegembiraan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kegembiraan dan kedukaan sering salih berganti, namun ada orang yang sentiasa meletakkan kegembiraan sentiasa menjadi miliknya dan ada orang pula yang memilih kedukaan sentiasa berada disampingnya. Apa yang kita mahukan sekarang kegembiraan atau kedukaan? Tentu sekali kegembiraan tetapi di sebalik harapan apa yang dilalui kadang-kala tidak seperti yang diharapkan. Mengapa? Mungkin kita tidak pernah memberikan kegembiraan kepada orang lain, kita sering berharap tetapi tidak memenuhkan harapan orang lain yang juga memerlukan kegembiraan melalui diri kita.

Kegembiraan hanya amat bernilai jika kita memberikan ketika orang yang berharap itu amat-amat berharap bantuan dan sesuatu dari kita. Sebaliknya sekiranya mereka tidak mahukan dan kita ingin memberikan maka apabila diterima ia tidak akan teramat sangat kegembiraanya. Oleh sebab itu berikanlah kepada yang memerlukan kerana mereka boleh mengerti akan erti kegembiraan dan akan menilai erti terima kasih yang sebenarnya.

Tiada kegembiraan tanpa melalui penderitaan, kegembiraan orang yang telah mengenal kesukaran amat berbeza dengan mereka yang tidak pernah merasai kesukaran. Semakin sukar untuk mencapai sesuatu yang kita hajatkan semakin bererti apabila kita mendapatkannya. Namun semua yang dilalui itu samada sukar atau mudah sebenarnya penuh dengan keindahan yang dilukiskan didalam pemikiran. Marilah sama-sama kita melukiskkan keindahan didalam kehidupan kita.

Seorang buta yang datang kepada anda yang sedang makan tengahari, memohon belas ikhsan dari manusia yang sedang makan, menghulurkan tangan yang kelihatan tergetar-getar agar ada yang kasih, mungkin hati mereka berkata “Aku tidak meminta untuk dilahirkan buta, tapi tuhan memberikannya untuk menguji diriku, wahai manusia bantulah diri ku” Rm 1 bukanlah besar buat diri kita, tidak menjadikan kita papa, dan tidak menjadikan kita kaya, namun kadang kala begitu sukar untuk menghulurkanya kerana banyak sebab yang mungkin kita fikirkan. Meminta hak mereka dan memberi hak kita, namum mengherdik mereka jangan sekali. Semuga kita menjadi manusia yang bersyukur dengan menghargai apa yang kita ada.

posted on behalf of IAR

Wednesday, April 2, 2008

Apakah Peranan kita?

Assalamuallaikum dan salam sejahtera,


Peranan kita, apa yang boleh kita lakukan. Di dalam masyarakat hari ini begitu banyak masalah yang dihadapi tetapi apakah peranan yang boleh kita lakukan untuk mengatasinya, Apa yang boleh saya lakukan? Hadapi masalah anak yang nakal siapa yang perlu disalahkan? Kita atau siapa, maka sebenarnya kita boleh memberikan banyak sebab untuk melakukan sesuatu dan juga banyak sebab untuk tidak melakukan sesuatu.


Kadang kala kita beranggapan bahawa masalah yang kita hadapi begitu kecil, tetapi tanpa kita sedari dengan memberikan komitment yang tinggi terhadap masalah yang dihadapi walaupun kecil kita telah menyelamatkan banyak kerja-kerja lain dan memberikan perubahan yang besar didalam kehidupan anak kita dan orang-orang disekeliling kita.


Kita mungkin berfikir siapalah kita? Orang biasa yang mungkin tidak memberikan infak kepada sesuatu tindakan perubahan tetapi apa yang kita lakukan mungkin telah menelamatkan ramai orang. Contoh jika kita melihat beberapa batang paku bertaburan di jalan raya, jika kita berhenti sebentar untuk mengutip dan membuangnya ketempat yang sesuai mungkin kita telah menyelamatkan beberapa keluarga dari mengalami kemalangan jalan raya. Kehidupan memerlukan pengorbanan kita dan untuk melakukan pengorbanan kita perlu merasai kesukaran dan melawan rasa malas yang kita hadapi demi kebaikan kehidupan ini.




posted on behalf of IAR

Mengapa manusia diciptakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bila membincangkan mengapa manusia diciptakan, kita perlu menilai mengapa kenderaan itu diciptakan dan juga mengapa banyak barang lain juga diciptakan. Tentunya orang yang mereka barang tersebut yang arif tentang barang yang diciptakan dan tahu apakah kegunaan barang yang diciptakanya. Siapa menciptakan kita? Persoalan ini perlu kita secara terbuka memikirkannya, tentu tuhan yang menciptakan dunia ini yang begitu sempurna, kalau kita beranggapan tiada yang menciptakanya ianya adalah suatu yang mustahil kerana semua benda adalah ada penciptanya dan teori Darwin telah ditolak oleh sain moden hari ini. Semua barang yang dicipta mempunyai cara-cara pengunaanya (manual guide) dan samada sedar atau tidak manual guide kita adalah Al Quran itu sendiri. Apabila kita menolak manual untuk digunakan selalunya memberikan kesan yang buruk kepada barangan yang digunakan. Begitu juga apabila kita tidak mengunakan manual dpd Allah iaitu alquran maka kita selalu akan bertindak mengikut hawa nafsu

Mari kita lihat kepada injil yang telah diturunkan lebih dahulu dpd alquran, banyak kesamaan apa yang disampaikan kerana nabi ISA juga menerima sesuatu daripada Allah SWT, tetapi disebabkan masa berlalu banyak versi injil yang telah keluar untuk mengikut kehendak kesesuaian manusia, tetapi apabila Al Quran diturunkan dan telah dijelaskan bahawa beliau adalah rasul terakhir dan tentunya Al quran yang diturunkan oleh Allah swt tidak semudah itu untuk diubah kerana ini merupakan janji Allah bahawa tidak akan berlaku sebarang pertukaran didalam keterangan dpd Allah melalui Al Quran.

Kita juga dapat melihat hari ini begitu banyak keterangan didalam alquran yang dijelaskan oleh sain, suatu masa dahulu 1400 tahun lalu apabila dijelaskan tentang kejadian manusia dpd air mani menjadi segumpal darah dan berbagai keterangan maka manusia tidak dapat untuk menghayati dan berfikir mengenainya tetapi hari ini sain telah membenarkannya. Mana mungkin seorang yang buta huruf boleh memberikan pandangan merentas zaman untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku keatas manusia sejak dari dahulu lagi.

Mari kita merenung dan menjadikan bahan ini untuk pertemuan keluarga minggu ini untuk menyentuh hati-hati kita supaya kita boleh berfikir secara resional dan tidak mengikut perasaan semata-mata.

MENGAPA MANUSIA DICIPTAKAN DAN APAKAH TANGGUNGJAWABNYA ?

Perlu kita perhatikan kepada tiga persoalan asas yang berkaitan dengan seluruh kehidupan kita. Persoalan-persoalan tersebut adalah:-

1. Dari manakah kita datang ?

2. Mengapakah kita di datangkan ?

3. Kemanakah kesudahan kita ?

Untuk mencari jawapannya yang tepat maka perlulah kita merujuk kepada apa yang telah dinyatakan oleh Allah s.w.t di dalam al Quran al Karim.

Persoalan Pertama: Dari manakah kita datang ?

Jawapannya akan kita dapati dari Firman Allah s.w.t :-


Perlu kita perhatikan kepada tiga persoalan asas yang berkaitan dengan seluruh kehidupan kita. Persoalan-persoalan tersebut adalah:-

Terjemahannya:
“ Wahai sekelian manusia, jika kamu masih ragu-ragu terhadap hari Qiamat, sesungguhnya Kami (Allah s.w.t) telah jadikan kamu dari tanah, kemudian daripada air mani, dari air mani menjadi darah sampai ia menjadi sepotong daging yang telah sempurna kejadiannya dan yang belum sempurna, supaya Kami beri keterangan kepada kamu dan Kami tetapkan di dalam kandungan (rahim) ibu mengikut kehendak Kami, sampailah waktu tertentu maka Kami keluarkan kamu dari kandungan ibumu menjadi kanak-kanak sampai kamu menjadi orang dewasa. Di antara kamu ada yang dimatikan dan ada yang dipanjangkan hidupnya sampai terlalu tua hingga tidak mengetahui apa-apa sedangkan sebelumnya kamu mengetahui “(Surah Al Hajj ayat 5)

Dengan meneliti ayat tersebut dapatlah kita mengetahui dari manakah datangnya kita dan persoalan tersebut telah terjawab.

Persoalan Kedua : Mengapakah kita didatangkan atau mengapa kita dijadikan oleh Allah s.w.t ?.

Jawapan kepada persoalan ini terdapat di dalam firman Allah s.w.t :-

Terjemahannya:
“ Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah (mengabdikan) diri kepada Ku “(Surah Adz Dzariyaat ayat 56)

Para ulamak muktabar telah menghuraikan pengertian ibadah itu dengan panjang lebar, yang mana perkataan ibadah ada kesyumulannya (kesempurnaannya) dan mempunyai ruang lingkup yang luas, tidak terbatas atau terhad semata-mata kepada fardhu solat, puasa, zakat dan haji sahaja. Tugas dan kewajipan kita di dunia ini adalah beribadah dan memperhambakan diri kepada Allah s.w.t berdasarkan kepada firmanNya tersebut.

Untuk menepati kehendak ibadah dalam seluruh hidup ini, maka setiap perbuatan yang kita lakukan itu mestilah semata-mata kerana Allah s.w.t serta mengikut betul-betul arahan yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.


Jika demikian, segala makanan, minuman, pelajaran, pekerjaan, pendidikan jasmani, perkahwinan dan mendidik anak adalah merupakan jalan-jalan atau faktor-faktor yang membantu kita untuk taatkan Allah s.w.t serta teguh beribadah kepadaNya. Juga menjadikan kita bertaqarrub (menghampirkan diri) kepada Allah s.w.t. Ini bermakna rumah, sekolah, kilang, pejabat, sawah ladang, padang permainan , gedung perniagaan dan sebagainya adalah medan ibadah. Bahkan seluruh bumi Allah s.w.t ini merupakan ‘ masjid ‘, tempat menunaikan ibadah dalam realiti kehidupan.


Sehubungan dengan Syaikh al Islam Ibn Taimiyyah telah menyatakan bahawa ‘ Setiap perkara yang telah Allah s.w.t perintahkan hamba-hambaNya melaksanakan adalah dikira sebagai ibadah. Ibadah yang meliputi apa sahaja yang diredhai oleh Allah s.w.t, samada tutur kata, perbuatan dan tingkah laku.


Professor Dr Yusuf Qaradhawi menyatakan di dalam bukunya ‘ al Ibadah Fi al Islam ‘ bahawa ‘ Sesungguhnya beribadah kepada Allah s.w.t tidaklah terhad kepada mengerjakan solah, puasa, zakat dan haji dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti tilawah al Quran, zikir, berdoa, beristighfar dan sebagainya sebagaimana fahaman sesetengah golongan Islam (yang mendakwa Islam). Ramai yang telah menyangka bahawa apabila mereka telah menunaikan fardhu-fardhu dan syiar-syiar yang tersebut bererti mereka telah menyempurnakan haq Allah s.w.t terhadap mereka sepenuhnya. Mereka menyangka sudah sesesai menunaikan kewajipan ‘Ubudiyyah terhadap Allah s.w.t. Pada hal tanggapan tersebut adalah meleset dari hakikatnya yang sebenar ‘


Beliau membuat penjelasan lagi bahawa “ Tidaklah dikira ibadah kepada Allah s.w.t jika seseorang itu berfahaman aku solah, aku berpuasa, aku berzakat dan aku menunaikan haji tetapi aku bebas memakan daging babi, minum arak, makan riba’, berjudi serta menolak hukum-hukum syariat Allah s.w.t yang tidak sesuai dengan pandanganku. Juga tidak dikira ibadah kepada Allah s.w.t bagi orang yang menganggap ibadahnya hanya ketika berada di kawasan masjid, tetapi apabila ia keluar dari masjid dan menceburkan diri dalam bidang-bidang kehidupan lain , dia menjadi hamba kepada kehendak dirinya sendiri, bebas mengikut hawa nafsunya dengan tidak menghiraukan hukum-hukum Allah s.w.t.


Oleh kerana itu maka setiap orang yang terkeliru mestilah membetulkan kefahamannya dan kembali mengenal Islam dan ibadah kepada Allah s.w.t. Semoga seluruh kehidupannya berada dalam keredhaan Allah s.w.t. cukuplah bagi seseorang Muslim itu berfikir bahawa dia adalah khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini untuk menjalankan tugas dan arahan Allah s.w.t semata-mata. Memadai dia berbuat demikian untuk mencorakkan segala jenis amalannya dengan corak Islam hinggalah segala perkataan, perbuatan dan diamnya itu menjadi ibadah kepada Allah s.w.t.


Menurut al Qaradhawi lagi, bahawa ibadah itu merangkumi dua tugas besar yang menjadi teras bagi semua perkara yang tersebut sebelum ini. Tugas tersebut adalah:

1. Menyeru kepada kemakrufan dan mencegah daripada kemungkaran

2. Berjihad ke jalan Allah s.w.t.

Menurut huraian asy Syahid Sayyid Qutb, bahawa kerja-kerja menyuruh kepada makruf serta mencegah mungkar tidak boleh dipandang ringan. Umat ini tidak berjaya selagi makruf tidak tertegak sebagai makruf dan mungkar tidak dimusnahkan sebagai mungkar. Untuk melaksanakan tugas yang besar ini maka perlulah kepada pembentukan Ummah. Ummah yang tertegak di atas dasar Iman kepada Allah s.w.t dan Persaudaraan kerana Allah s.w.t agar hukum-hukum Allah s.w.t terlaksana, kerja-kerja makruf berjalan dengan senang, kebenaran mengatasi kepalsuan, kebaikan sentiasa disokong dan kemungkaran sentiasa di tentang. Untuk sampai kepada ummah Islam sedemikian , maka jihad yang berterusan diperlukan dan mengikut jalan-jalan yang betul sebagaimana yang telah digariskan oleh Rasulullah s.a.w.

Persoalan Ketiga : Kemanakah kesudahan kita ?

Persoalan ini tidak memerlukan kepada huraian yang panjang kerana setiap orang menyedari asal usulnya serta mengetahui akan tugas dan kewajipannya. Maka InsyaAllah ia akan menyedari pula kemanakah kesudahannya. Walaupun demikian, jawapannya tetap telah dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam firmanNya:-

Terjemahannya:
“ Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali “(Surah An Najm ayat 42 – 44 )


posted on behalf of IAR

Tuesday, April 1, 2008

Apakah perniagaan yang perlu kita lakukan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perniagaan suatu yang menguntungkan, tetapi sejauh mana kita telah terlibat dengan perniagaan? Mungkin kita kata tiada modal, tiada kesempatan dan tiada kehendak. Tetapi tanpa kita sedar kita telah terlibat dengan banyak bidang perniagaan kerana kita selalu memberikan perkhidmatan untuk kemudahan orang lain tanpa kita sedari. Ikuti pengalamam seseorang yang baru ingin menceburi didalam dunia perniagaan, rupanya bukan semudah itu nak berniaga, tetapi mungkin bermula adalah lebih baik daripada tidak bermula. Walau apa pun semuanya baik dan kebaikan itu akan datang sekiranya kita melakukan sesuatu itu dengan niat yang betul untuk mencari keredaan allah swt.

==================================================================

Kerepek! Kerepek! Kerepek! Boleh rasa dulu, kalau sedap boleh beli! Laungan demi laungan ku utarakan kepada pelanggan yang lalu dihadapan gerai ku semalam, Bukan senang rupa berniaga ni, rasa malu pun ada, segan, dan berbagai rasa dan perasaan ada di dalam diri ini bila berniaga di dalam banguna TM.

Mula-mula terasa, apa kata orang bila nak berniaga ni, tak kan sampai nak jual kerepek pulak mat ni. Tetapi setelah hampir satu hari duduk menjual kerepek saya ingin berkongsi suatu pengalaman yang mungkin boleh kita ambil iktibar untuk memperbaiki diri kita didalam kehidupan ini.

1 . Untuk berniaga pertama-tama kita perlu ada kehendak untuk berniaga dan mempunyai matlamat untuk mendapat keuntungan. Kalau tiada kehendak tentunya kita tak berniaga.

2. Kita mesti mempunyai barangan yang hendak kita dagangkan dan barangan itu mesti dikehendaki oleh pelanggan kita. (Modal)

3. Apa yang kita tawarkan perlulah yang terbaik dan kita perlu yakin kita telah memberikan yang terbaik buat pelanggan kita

4 . Kita perlu mencari tempat dan masa yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan kita dan kita perlu tahu bilakah mereka mahukan kita menjualnya.

Mari kita lihat perniagaan kita dengan Allah swt.

Adakah kita benar-benar nak berniaga dengan Allah swt, allah swt berfirman dimana Allah akan membeli jiwa dan segala harta hambaNya dengan surgaNya. Apakah kita benar-benar mempunyai tekad untuk melakukan jual beli dengan Allah SWT atau kita mengambil sambil lewa didalam perniagaan yang sedang kita usahakan ini. Samada kita sedar atau tidak sebenarnya kita sedang melakukan perniagaan dan rugilah kalau seseorang itu tidak sedar bahawa mereka sedang mengusahakan perniagaan yang begitu besar untuk kehidupan mereka diakhirat nanti. Lagi rugi jika kita tidak merasai langsung kita sedang melakukan sebuah perusahaan dengan keuntugan yang begitu besar jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Atau kita akan menuduh orang yang diberikan peluang keuntungan yang begitu besar itu bodoh, tidak tahu di untung kerana mendapat peluang perniagaan yang begitu besar tetapi tidak bertindak dengan segera.

Apakah barang dagangan kita sekarang ini. Adakah apa yang kita ada suatu yang Allah suka atau suatu yang allah swt benci, Apakah yang kita usahakan sekarang ini akan dibeli oleh Allah swt, sekiranya tidak tentunya kita perlu menyediakan barangan yang baru untuk kita boleh menjualnya dan akan di beli oleh Allah swt. Banyak suruhan allah untuk dilakukan didalam kehidupan ini, berbaik sesama jiran, berbaik sesama keluarga, berbaik sesama rakan, berbaik sesama masyarakat dan melakukan banyak perkara yang boleh memberi menefaat kepada kehidupan orang lain. Apakah modal yang kita rasakan yang telah kita gunakan dengan sebaik mungkin.

Apakah kita telah melakukan yang terbaik, bila kita lakukan sesuatu tentu ada kurangnya dan kita boleh memperbaiki, dan terus memperbaiki. Kita perlu yakin kita mencuba untuk melakukan yang terbaik kerana kita Cuma menyediakan sebab dan keputusan adalah milik pencipta. Apakah sebab-sebab yang telah kita lakukan untuk menyebabkan Allah swt merasai bahawa barang dagangan kita adalah barang dagang yang amat berharga dan perlu dibeli dengan nilai dan harga yang besar.

Tempat dan masa yang sesuai juga memainkan peranan yang penting untuk kejayaan perniagaan ini, Allah menyediakan sepertiga malam untuk kita berdagang denganya tetapi mungkin kita selalu lupa dan tidak merasai apakah masa yang sesuai untuk kita berdagang dengan Allah swt. Kalau kita benar-benar merasainya mungkin kita tidak akan melepaskan peluang yang ada untuk melakukan yang terbaik yang mampu kita berikan demi perniagaan yang kita usahakan. Allah menyediakan sepuluh malam terakhir dibulam ramadan untuk bonus dan bagaimana pula kita menghabiskan sepuluh malam tersebut.

Banyak yang perlu kita pikirkan supaya kita menjadi pedagang yang bijak dan akan mendapat laba atau keuntungan yang besar di dalam perniagaan. Kerana ada orang yang berniaga begitu susah sekali tetapi keuntungan yang sedikit tetapi ada orang yang berniaga sedikit sahaja kesukarannya tetapi keuntungan berlipat kali ganda. Apakah pula perniagaan kita, yang penting kita mesti sedar kita sedang berniaga dan perlu merasakan kita mempunyai barang dagangan yang diperlukan oleh pelanggan kita dan menjualnya tepat mengikut kehendak pelanggan.

Marilah kita sama-sama berfikir dan terus berfikir.

posted on behalf of IAR

April fool apa paradigma kita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

April fool datang lagi, apa paradigma kita? Mengapa kita selalu melakukan tanpa usul periksa apa yang kita lakukan itu sebenarnya memberikan kebaikan atau tidak. Teringat semasa sekolah dahulu, masa ini adalah suatu masa yang menakutkan bagi yang junior tetapi suatu yang dinantikan oleh abang-abang untuk mengenakan pelajar lain, Inilah kehidupan dimana kita sering mengikut apa yang dilakukan oleh majority tanpa usul periksa, apabila ramai orang yang melaksanakannya kita katakan baik walaupun sebenarnya bertentangan dengan kehendak Allah swt.

Kita perlu belajar untuk menilai sesuatu dengan penilaian dan kaca mata Allah swt, apakah Allah suka atau tidak jika kita mahu melakukan sesuatu didalam kehidupan kita. Allah swt menegur manusia kerana mereka berkata kami mengikut apa yang dilakukan oleh nenek moyang kami, tetapi adakah kita tidak mengunakan akal untuk menilai sendiri apakah yang kita lakukan itu memberikan suatu yang benar atau tidak, Oleh sebab itu marilah kita merenung kembali kepada generasi anak-anak kita apakah yang mereka lakukan atas kesedaran yang sebenar atau mengikut sahaja apa yang rakan mereka lakukan atau mengikut sahaja apa yang kita lakukan.

Kita perlu belajar untuk membetulkan diri kita sekarang kerana masa tetap berlalu dan kematian tidak pernah lupa kepada kehidupan kita untuk memusnahkan segala yang ada. Terima kasih

*APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!*

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah

Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu

posted on behalf of IAR