Apakah jawapan kita terhadap soalan kenapa kita dihidupkan? Apakah jawapan kita terhadap segala pemberian tuhan yang begitu banyak yang telah kita terima didalam kehidupan ini, apa yang telah kita gunakan dan bagaimana kita mengucapkan syukur kepada pemberian tersebut.
Mari kita merenung pemberian mata kepada kita, adakah mata ini milik kita atau milih tuhan, bolehkah Ia mengambilnya bila-bila yang dikehendakinya? Jawapannya tentu boleh. Maka bagaimana kita perlu mengunakan mata dengan sebaik mungkin kerana jika seseorang meminjamkan suatu benda kepada kita untuk kita gunakan tentunya kita tidak boleh mengunakan harta itu mengikut sesuka hati kita tetapi perlu menjaga benda yang diberikan itu dengan baik dan sesuai dengan kehendak pemberi pinjaman benda tersebut. Mata menyebabkan kita boleh melihat dan ramai manusia yang dilahirkan buta. Alangkah beruntung kita kerana dapat melihat dunia yang indah ini. Boleh melihat warna-warna yang berbeza-beza, dapat melihat ibu, anak yang diberikan kepada kita, dapat menilai kecantikan dan dapat melihat kehodohan dan banyak lagi benda yang kita lihat yang tidak dapat kita gambarkan dengan perkataan.
Tetapi benar-benarkah kita mengunakan mata seperti yang tuhan kehendaki? Mari kita berfikir sejenak untuk memperbaiki diri kita supaya kita tidak dikatakan seperti orang yang tidak mengenang budi dan dibalas dengan siksaan kerana tidak mengunakan mata seperti yang dikendaki oleh tuhan. Allah hu alam
posted on behalf of IAR
0 comments:
Post a Comment