Monday, April 7, 2008

Perjalanan kegembiraan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kegembiraan dan kedukaan sering salih berganti, namun ada orang yang sentiasa meletakkan kegembiraan sentiasa menjadi miliknya dan ada orang pula yang memilih kedukaan sentiasa berada disampingnya. Apa yang kita mahukan sekarang kegembiraan atau kedukaan? Tentu sekali kegembiraan tetapi di sebalik harapan apa yang dilalui kadang-kala tidak seperti yang diharapkan. Mengapa? Mungkin kita tidak pernah memberikan kegembiraan kepada orang lain, kita sering berharap tetapi tidak memenuhkan harapan orang lain yang juga memerlukan kegembiraan melalui diri kita.

Kegembiraan hanya amat bernilai jika kita memberikan ketika orang yang berharap itu amat-amat berharap bantuan dan sesuatu dari kita. Sebaliknya sekiranya mereka tidak mahukan dan kita ingin memberikan maka apabila diterima ia tidak akan teramat sangat kegembiraanya. Oleh sebab itu berikanlah kepada yang memerlukan kerana mereka boleh mengerti akan erti kegembiraan dan akan menilai erti terima kasih yang sebenarnya.

Tiada kegembiraan tanpa melalui penderitaan, kegembiraan orang yang telah mengenal kesukaran amat berbeza dengan mereka yang tidak pernah merasai kesukaran. Semakin sukar untuk mencapai sesuatu yang kita hajatkan semakin bererti apabila kita mendapatkannya. Namun semua yang dilalui itu samada sukar atau mudah sebenarnya penuh dengan keindahan yang dilukiskan didalam pemikiran. Marilah sama-sama kita melukiskkan keindahan didalam kehidupan kita.

Seorang buta yang datang kepada anda yang sedang makan tengahari, memohon belas ikhsan dari manusia yang sedang makan, menghulurkan tangan yang kelihatan tergetar-getar agar ada yang kasih, mungkin hati mereka berkata “Aku tidak meminta untuk dilahirkan buta, tapi tuhan memberikannya untuk menguji diriku, wahai manusia bantulah diri ku” Rm 1 bukanlah besar buat diri kita, tidak menjadikan kita papa, dan tidak menjadikan kita kaya, namun kadang kala begitu sukar untuk menghulurkanya kerana banyak sebab yang mungkin kita fikirkan. Meminta hak mereka dan memberi hak kita, namum mengherdik mereka jangan sekali. Semuga kita menjadi manusia yang bersyukur dengan menghargai apa yang kita ada.

posted on behalf of IAR

0 comments: