Muhammad ali – suatu nama yang begitu terkenal suatu masa dahulu, dikenali kerana kekuatan dan juga kebolehannya dalam dunia tinju. Namun hari ini jika ditanya kepada kanak-kanak sekolah rendah mungkin ada yang masih mengenalinya tetapi segala-gala hanya tinggal kenangan. Mengapa begitu adakah ini lumrah kehidupan? Mari kita melihat diri kita sejauh manakah kita akan diingati oleh ahli keluarga kita nanti? 10 tahun selepas kita meninggal atau 50 tahun selepas kita meninggal dunia masih ada anak cucu kita mengingati kita? Mengapa mereka perlu mengingati kita? Apakah sumbangan kita kepada mereka semasa kita hidup yang mungkin dikenang oleh mereka sampai bila-bila. Kalau kita tinggalkan harta mungkin harta akan habis, kalau meninggalkan rumah mungkin akan rosak, kalaau meninggalkan pakaian mungkin akan usang dan ketinggalan zaman.
Apakah yang ingin kita tinggalkan buat mereka? Orang kata tinggalkan ilmu, tapi apakah ilmu yang mungkin kita perlu tinggalkan? Ilmu agama kita tak mampu untuk meninggalkannya kerana kita sendiri tidak begitu arif, jadi apakah yang mahu kita berikan buat mereka? Tetapi sebenarnya yang penting adalah kita menyampaikan dimana ”sampaikanlah walaupun satu ayat” kita perlu bermula dan sekaranglah masanya untuk kita menyimpan peninggalan kita kepada anak dan cucu kita supaya mereka suatu hari nanti akan mengingati kita kerana usaha-usaha yang sedikit ini. Kita tidak mampu mengubah manusia kerana yang mengubah manusia adalah Allah swt, oleh itu jika anda berubah ingatlah itu tanda kasih dan cintanya Allah swt kepada anda dengan memberikan peluang untuk berubah dan memilih anda untuk merasakan rahmat untuk berubah.
Rasulullah saw inginkan bapa saudaranya berubah tetapi tidak kesampaian kerana hanya allah swt yang memberikan hidayah kepada siapa yang ingin diberikannya, oleh sebab itu kita perlu benar-benar besyukur kerana diberikan peluang untuk hidup lagi dan diberikan kesempatan untuk berfikir bahawa kita perlu melakukan perubahan dengan mula mencari sesuatu yang membolehkan kita akan dikasihi oleh allah swt. Bukan senang nak senang, kalau takut susah, susah nak senang. Bermulalah walaupun hanya dengan belajar mengenal huruf, kerana tuhan tidak melihat dimana kita tetapi ia melihat sejauh mana kesungguhan kita untuk mencari redzanya didalam kehidupan yang sementara ini. Allah hu alam
posted on behalf of IAR
0 comments:
Post a Comment