Kreativiti manusia adalah diluar jangkauan, kita mampu melakukan sesuatu yang tidak mungkin terfikirkan oleh kita. Manum bagaimana kita melihat untuk kebaikan diri dan untuk mendapat kehidupan yang indah, bagaimana kita boleh melukiskan keindahan itu didalam pemikiran untuk dilaksanakan didalam kehidupan. Jika orang mampu untuk melakukan sesuatu yang amat menakjubkan didalam pekerjaan mereka, bagaimana kita pula? Boleh kah kita melakukan sesuatu yang akan memberikan suatu inspirasi kepada orang lain agar kita mendapat keredaan allah swt dan mencari apa yang akan Allah suka untuk kita melakukannya didalam kehidupan.
Jawapannya adalah kita sendiri samada kita mahu atau terus memberi alasan untuk tidak mahu berubah. Tahniah kerana sekiranya anda telah berubah kerana apa yang anda lakukan hari ini sebenarnya telah dan akan merubah kehidupan anda dikemudian hari, kita melakukan sebab hari ini dan akibatnya akan berlaku kemudian hari. Marilah kita sama-sama melakukan perubahan itu sekarang. Hari ini lebih baik dari semalam dan kari esok lebih baik dari hari ini.
posted on behalf of IAR
0 comments:
Post a Comment