Perniagaan suatu yang menguntungkan, tetapi sejauh mana kita telah terlibat dengan perniagaan? Mungkin kita kata tiada modal, tiada kesempatan dan tiada kehendak. Tetapi tanpa kita sedar kita telah terlibat dengan banyak bidang perniagaan kerana kita selalu memberikan perkhidmatan untuk kemudahan orang lain tanpa kita sedari. Ikuti pengalamam seseorang yang baru ingin menceburi didalam dunia perniagaan, rupanya bukan semudah itu nak berniaga, tetapi mungkin bermula adalah lebih baik daripada tidak bermula. Walau apa pun semuanya baik dan kebaikan itu akan datang sekiranya kita melakukan sesuatu itu dengan niat yang betul untuk mencari keredaan allah swt.
==================================================================
Kerepek! Kerepek! Kerepek! Boleh rasa dulu, kalau sedap boleh beli! Laungan demi laungan ku utarakan kepada pelanggan yang lalu dihadapan gerai ku semalam, Bukan senang rupa berniaga ni, rasa malu pun ada, segan, dan berbagai rasa dan perasaan ada di dalam diri ini bila berniaga di dalam banguna TM.
Mula-mula terasa, apa kata orang bila nak berniaga ni, tak kan sampai nak jual kerepek pulak mat ni. Tetapi setelah hampir satu hari duduk menjual kerepek saya ingin berkongsi suatu pengalaman yang mungkin boleh kita ambil iktibar untuk memperbaiki diri kita didalam kehidupan ini.
1 . Untuk berniaga pertama-tama kita perlu ada kehendak untuk berniaga dan mempunyai matlamat untuk mendapat keuntungan. Kalau tiada kehendak tentunya kita tak berniaga.
2. Kita mesti mempunyai barangan yang hendak kita dagangkan dan barangan itu mesti dikehendaki oleh pelanggan kita. (Modal)
3. Apa yang kita tawarkan perlulah yang terbaik dan kita perlu yakin kita telah memberikan yang terbaik buat pelanggan kita
4 . Kita perlu mencari tempat dan masa yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan kita dan kita perlu tahu bilakah mereka mahukan kita menjualnya.
Mari kita lihat perniagaan kita dengan Allah swt.
Adakah kita benar-benar nak berniaga dengan Allah swt, allah swt berfirman dimana Allah akan membeli jiwa dan segala harta hambaNya dengan surgaNya. Apakah kita benar-benar mempunyai tekad untuk melakukan jual beli dengan Allah SWT atau kita mengambil sambil lewa didalam perniagaan yang sedang kita usahakan ini. Samada kita sedar atau tidak sebenarnya kita sedang melakukan perniagaan dan rugilah kalau seseorang itu tidak sedar bahawa mereka sedang mengusahakan perniagaan yang begitu besar untuk kehidupan mereka diakhirat nanti. Lagi rugi jika kita tidak merasai langsung kita sedang melakukan sebuah perusahaan dengan keuntugan yang begitu besar jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Atau kita akan menuduh orang yang diberikan peluang keuntungan yang begitu besar itu bodoh, tidak tahu di untung kerana mendapat peluang perniagaan yang begitu besar tetapi tidak bertindak dengan segera.
Apakah barang dagangan kita sekarang ini. Adakah apa yang kita ada suatu yang Allah suka atau suatu yang allah swt benci, Apakah yang kita usahakan sekarang ini akan dibeli oleh Allah swt, sekiranya tidak tentunya kita perlu menyediakan barangan yang baru untuk kita boleh menjualnya dan akan di beli oleh Allah swt. Banyak suruhan allah untuk dilakukan didalam kehidupan ini, berbaik sesama jiran, berbaik sesama keluarga, berbaik sesama rakan, berbaik sesama masyarakat dan melakukan banyak perkara yang boleh memberi menefaat kepada kehidupan orang lain. Apakah modal yang kita rasakan yang telah kita gunakan dengan sebaik mungkin.
Apakah kita telah melakukan yang terbaik, bila kita lakukan sesuatu tentu ada kurangnya dan kita boleh memperbaiki, dan terus memperbaiki. Kita perlu yakin kita mencuba untuk melakukan yang terbaik kerana kita Cuma menyediakan sebab dan keputusan adalah milik pencipta. Apakah sebab-sebab yang telah kita lakukan untuk menyebabkan Allah swt merasai bahawa barang dagangan kita adalah barang dagang yang amat berharga dan perlu dibeli dengan nilai dan harga yang besar.
Tempat dan masa yang sesuai juga memainkan peranan yang penting untuk kejayaan perniagaan ini, Allah menyediakan sepertiga malam untuk kita berdagang denganya tetapi mungkin kita selalu lupa dan tidak merasai apakah masa yang sesuai untuk kita berdagang dengan Allah swt. Kalau kita benar-benar merasainya mungkin kita tidak akan melepaskan peluang yang ada untuk melakukan yang terbaik yang mampu kita berikan demi perniagaan yang kita usahakan. Allah menyediakan sepuluh malam terakhir dibulam ramadan untuk bonus dan bagaimana pula kita menghabiskan sepuluh malam tersebut.
Banyak yang perlu kita pikirkan supaya kita menjadi pedagang yang bijak dan akan mendapat laba atau keuntungan yang besar di dalam perniagaan. Kerana ada orang yang berniaga begitu susah sekali tetapi keuntungan yang sedikit tetapi ada orang yang berniaga sedikit sahaja kesukarannya tetapi keuntungan berlipat kali ganda. Apakah pula perniagaan kita, yang penting kita mesti sedar kita sedang berniaga dan perlu merasakan kita mempunyai barang dagangan yang diperlukan oleh pelanggan kita dan menjualnya tepat mengikut kehendak pelanggan.
Marilah kita sama-sama berfikir dan terus berfikir.
posted on behalf of IAR
0 comments:
Post a Comment