Tuesday, April 1, 2008

April fool apa paradigma kita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

April fool datang lagi, apa paradigma kita? Mengapa kita selalu melakukan tanpa usul periksa apa yang kita lakukan itu sebenarnya memberikan kebaikan atau tidak. Teringat semasa sekolah dahulu, masa ini adalah suatu masa yang menakutkan bagi yang junior tetapi suatu yang dinantikan oleh abang-abang untuk mengenakan pelajar lain, Inilah kehidupan dimana kita sering mengikut apa yang dilakukan oleh majority tanpa usul periksa, apabila ramai orang yang melaksanakannya kita katakan baik walaupun sebenarnya bertentangan dengan kehendak Allah swt.

Kita perlu belajar untuk menilai sesuatu dengan penilaian dan kaca mata Allah swt, apakah Allah suka atau tidak jika kita mahu melakukan sesuatu didalam kehidupan kita. Allah swt menegur manusia kerana mereka berkata kami mengikut apa yang dilakukan oleh nenek moyang kami, tetapi adakah kita tidak mengunakan akal untuk menilai sendiri apakah yang kita lakukan itu memberikan suatu yang benar atau tidak, Oleh sebab itu marilah kita merenung kembali kepada generasi anak-anak kita apakah yang mereka lakukan atas kesedaran yang sebenar atau mengikut sahaja apa yang rakan mereka lakukan atau mengikut sahaja apa yang kita lakukan.

Kita perlu belajar untuk membetulkan diri kita sekarang kerana masa tetap berlalu dan kematian tidak pernah lupa kepada kehidupan kita untuk memusnahkan segala yang ada. Terima kasih

*APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!*

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah

Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu

posted on behalf of IAR

0 comments: