Gunakan masa yang ada untuk melakukan sesuatu, tanpa melakukan apa masa tetap berlalu, kita tidak akan berubah kalau kita tidak mahu berubah dan begitu sukar untuk terus tetap seperti kita dan kadang kala lebih teruk daripada sebelumnya jika kita tidak melakukan yang lebih baik dari masa sebelum ini. Hidup suatu yang tidak dapat dipisahkan dengan waktu yang berlalu, kerana setiap masa yang berlalu bermakna kehidupan juga akan berkurangan dan kita tidak sedar bahawa perubahan juga berlaku tanpa kita sedari.
Apa yang kita gunakan untuk memperbaiki hubungan yang telah retak, apa yang kita gunakan untuk mencari kasih sayang, apa yang kita lakukan untuk mendapatkan kepercayaan, apa yang kita buat untuk mencari cinta, apa yang kita katakana untuk mengembirakan hati-hati orang yang kita kasihi. Semuanya boleh kita lakukan dan ianya bermula apabila kita bersedia untuk memberi dan menerima. Bersedia untuk berkorban kerana cinta bukan perasaan tetapi adalah pengorbanan, apa yang kita sediakan untuk berkorban kepada yang kita cintai.
Kalau kita cintakan islam dan tidak mahu islam itu hilang dari diri kita maka kita perlu berkorban sesuatu dan apabila berkorban, tentunya kita akan merasakan kesukaran, kepayahan, penderitaan dan lain-lain perasaan tetapi bagi orang yang mencintai dengan penuh perasaan akan meresakan segalanya tiada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana demi yang dicintai.
posted on behalf of IAR
0 comments:
Post a Comment