Tulisan ini dikongsikan oleh seorang rakan, ada kebenarannya tetapi bagaimana kita berfikir perlu kita perhatikan. Sekiranya kita memilih untuk mencintai allah melebihi dari segala-galanya mungkin perkara ini tidak berlaku. Tetapi apabila kita melupakan Allah swt diketika itu juga Allah akan melupakan kita dan segala tindakan kita adalah menurut hawa nafsu syaitan, tidak kira siapa sahaja semua akan diuji untuk melihat akan keyakinan dan keiman kita kepada Allah swt.
Apakah erti kebahagian seseorang itu, adakah apabila mempunyai seorang isteri yang baik, tanda seseorang itu telah bahagia, atau mempunyai seorang suami yang tidak ingin kawin seorang lagi itu kebahagian? Rasulullah bersabda yang maksudnya “ beruntunglah seseorang yang diberikan isteri yang soleh, kenderaan yang baik…” Apakah erti seorang isteri yang solehah dan suami yang soleh? Adakah yang boleh membantu keluarganya dengan hartanya, atau mempunyai rupa paras yang menyenangkan apabila melihatnya, atau menjaga dirinya semasa ketiadaan suaminya atau melahirkan zuriat yang ramai atau apakah pengertian yang kita gambarkan didalam pemikiran kita.
Untuk menjawab persoalan ini marilah kita kembali kepada apa yang diajarkan oleh rasululllah saw. Didalam mentakrifkan hakikat keimanan rasul menjelaskkan tidak beriman seorang kamu sebelum kamu mencintai allah melebihi dirimu sendiri. Permasalahan kini yang sentiasa menghantui masyarakat adalah kerana masyarakat hari ini begitu jauh dari hakikat iman yang sebenarnya. Sejauh mana sebenarnya kita benar-benar mencintai Allah swt didalam kehidupan kita. Sejauh mana kita benar-benar berharap kepada alllah swt didalam kehidupan kita. Sejauh mana kita benar-benar kenal sifat-sifat Allah swt.
Bayangkan sebuah kenderaan mesti mempunyai stering dan juga engin, ulamak menjelaskan cinta adalah seperti engin sebuah kenderaan dan akal serta iman adalah steringnya pula. Bayangkan jika kita mempunyai sering dan kenderaan yang lengkap tetapi tiada engin apakah akan berfungsi kenderaan tersebut dan memberikan menefaat kepada tuannya. Sebaliknya sekiranya mempunyai kenderaan yang bagus enginnya tetapi tiada seteringnya bolehkah kita memandu kenderaan tersebut, jika dihidupkan juga kenderaan tersebut ia boleh bergerak tetapi kemanakah tujuan pergerakkan tersebut.
Ini bermaksud cinta dan akal serta iman tidak boleh dipisahkan, ia perlu saling bantu membantu didalam kehidupan yang kita lalui ini. Marilah sama-sama kita bina iman dan cinta kerana Allah swt kerana ia sentiasa meletakkan kita di paksi yang betul. Bukan kita perlu takut, suami kita kawin dua atau tiga atau empat tetapi yang perlu kita takutkan adakah kehidupan ini allah redza atau tidak adakah kita akan mendapat surga allah atau tidak. Namun untuk mendapatkannya bukan semudah itu tetapi perlu kepada proses dan perjalanan yang jauh. Rasa hati kita perlu di didik untuk kita hanya benar-benar takut kepada Allah swt. Kita rasa allah melihat dimana sahaja kita berada, mengetahui akan rasa hati kita, mengetahuai apa yang kita fikirkan samada sembunyi atau kita nyatakan. Generasi pertama telah merasai akan hakikat cinta ini, kita perlu bermula untuk mendapatkan rasa ini yang telah hilang buat sekian lamanya.
Wahai suami dan juga isteri, marilah kita bina cinta yang lahir kerana allah swt dan sentiasa mengambil nilai-nilai Allah dan mengunakan akal dan iman untuk memandu tubuh badan yang diamanahkan oleh allah swt untuk kita dipertanggungjawabkan di hadapan allah nanti diakhirat. Allah hualam.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri.Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah. Rakan-rakan yang dikasihi, saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka.
Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.
Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja. Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa. Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.
Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.
Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks. Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya. Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik. Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari.
Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik. Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.
Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.
Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .
Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya.... InsyaAllah.......
on behalf on IAR
0 comments:
Post a Comment