Sunday, April 13, 2008

Hadiah pemberian

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Hadiah sesuatu yang amat dihargai apabila kita memang menanti-nanti akan pemberian dari seseorang. Banyak hadiah yang mungkin kita terima sepanjang hidup kita. Kadang-kadang hadiah sebab beli satu baju dapat satu yang lain, hadiah hari jadi, hadiah dapat anak, hadiah lulus periksa, hadiah dengan berbagai sebab yang kadang kala kita tak tahu pun sebab apa tetapi kita dapat hadiah. Namun adakah kita benar-benar berterima kasih diatas hadiah yang diberikan kepada kita.

Apabila kita memberikan hadiah adakah kita ikhlas untuk memberikan hadiah tersebut? Adakah kita memilih hadiah yang terbaik buat rakan kita, yang terbaik buat isteri kita, yang terbaik buat anak-anak kita, hadiah yang terbaik buat ibu kita. Kerana apa yang kita berikan akan kembali kepada kita, kita mungkin mahukan yang terbaik tetapi adakah kita sedia memberikan yang terbaik buat orang lain? Bukan semua hadiah kita memerlukan balasan tetapi bukankah baik sekiranya kita memberikan hadiah dengan perasaan untuk membuatkan orang yang menerima hadiah itu merasai kegembiraan. Kegembiraan itu akan lebih besar sekiranya penerima itu tidak menyangka yang ia akan menerima hadiah itu dari kita, kalau kita boleh mengembirakan orang lain terutama mereke-mereka yang amat memerlukan mungkin suatu hari nanti Allah akan memberikan sesuatu yang amat kita harapkan dalam hidup kita dan tiada yang lebih berharga sekiranya Allah swt memaafkan kita di hari kemaafan itu amat-amat kita perlukan didalam diri kita.

Hadiah, berapa mahal yang pernah kita berikan buat orang yang kita kasihi? Hadiah bukan semestinya mahal tetapi walaupun kecil jika tepat pada waktunya, ianya amat besar ertinya didalam kehidupan seseorang. Bagi seorang yang telah tiga hari tidak makan atau tidak mendapat minuman ia akan merasai air dan makanan sebungkus nasi lemak amat berharga berbanding serantai emas yang tidak boleh ditukarkan dengan makanan. Seorang isteri yang menerima hanya sehelai kain cap semut di hari lahir anaknya mungkin lebih menghargai pemberian itu apabila si suami berkata” Abang tidak mampu memberikan hadiah yang mahal-mahal buatmu sayang, yang mampu abang berikan adalah sehelai kain batik cap semut sahaja, abang amat-amat berterima kasih diatas pengorbanan yang telah engkau lakukan sempena kelahiran anak kita sepuluh tahun yang lalu, pengorbanan mu amat besar buat diri abang dan semuga engkau sentiasa mendapat kebaikan didalam kehidupan ini.” Hadiah tidak semestinya besar tetapi kata-kata dan tepat pada waktunya membuatkan hadiah yang kecil itu begitu besar maknanya.

Bagaimana pula hadiah dari Allah swt, hadiah pekerjaan, hadiah anak, hadiah kehidupan ini, adakah kita benar-benar melakukan yang terbaik untuk membuktikan kita benar-benar berterima kasih diatas hadiah yang diberikan oleh Allah swt.

==============================================================================

“Buah jambu! Buah jambu! Beli bang, beli satu bang” seruan demi seruan kedengaran olehku. Kami terpanggil juga kegerai itu untuk membeli buah yang dikirimkan oleh rakan untuk kami membelinya.

“Harga berapa” Tanya ku

“7 ringgit sekilo dan 1.5 sepuluh ringgit” murah bang.

Tanpa berbicara aku terus mengambil yang beratnya 1.5 kg dan meletakkannya diatas timbangan yang berada dihadapan gadis penjual buat tersebut. Mesin timbang digital itu terus menunjukkan berat timbangan yang kurang daripada 1.5 kg. Ha! Tak cukup 1.5 kg pun. Si gadis terus mengambil bungkusan yang lain untuk di timbang dan didapati semuanya tidak mencukupi 1.5 kg.

Si gadis terrus berkata maaf bang sebenarnya bungkusan ini untuk harga RM 10 bukan 1.5 kg. Abang boleh beli dua bungkus dan saya beri kurang RM 1. maka kami ambil tiga bungkus dan diberikan dengan harga RM19. kemudian ditawarkan pula buah yang telah dipotong di dalam peti sejuk dan kami pun mengambil seorang sebungkus buah yang telah dipotong dengan rasa gembira dan puas hati.

Apabila tiba di kereta kami memakan buah yang telah dipotong dan didapati buah tersebut ada sedikit masam rasanya, kawan saya berkata ”buah ni dah lama potong, patutlah dia nak berikan kepada kita.” Sekali lagi aku terdiam kerana memang aku rasa ada sedikit masam dan aku berfikiran mungkin buah ini memang masam dan aku pun dah habiskan buah itu semuanya. Kawan ku terus merunggut tentang sikap orang melayu sepatutnya tidak bertindak demikian kerana ia akan merosakkan perniagaannya.

Aku juga terfikir jika nak beri orang hadiah sepatutnya kita berikan yang terbaik bukan yang buruk atau kita sendiri tidak menilai benda yang kita nak beri. Memberikan sesuatu kepada yang hendak bukan kepada sesiapa yang tidak memerlukan. Sanggupkah kita memberikan yang terbaik, sanggupkah kita berusaha-usaha untuk memastikan apa yang ingin kita berikan adalah yang akan amat-amat dihargai oleh pelanggan kita.



posted on behalf of IAR

0 comments: