Siapakah wanita ini, mungkin ramai yang tahu namanya tetapi pengorbanan yang agung yang telah dilakukan olehnya mungkin tidak dirasai dan tidak cuba dijadikan sebagai panduan didalam kehidupan kita. Kasih dan cintanya begitu agung, pengorbanannya tidak dapat dipertikaikan dan apa yang telah dilakukan adalah suatu yang begitu besar sekali buat kehidupan rasul saw.
Mengapa kita selalu dan kerap melihat suatu itu adalah hanya mampu dilakukan oleh orang lain sahaja tetapi kita banyak kelemahan yang menyebabkan kita tidak mampu untuk mengikuti atau mencontohinya. Ini mungkin bermula kerana kita tidak membina didalam pemikiran kita persedian untuk menghadapi semua ujian dengan penuh perasaan berterima kasih diatas apa sahaja pemberian daripada Allah swt, kita selalu berfikir sekiranya baik maka itu adalah Rahmat daripada Allah swt tetapi apabila buruk kita menyatakan allah meneketepikan diri kita, sebenarnya baik atau buruk adalah suatu ujian untuk melihat sejauh mana kita berbaik sangka terhadap pencipta diri kita sendiri.
Wahai wanita agung, kasih mu terlalu unggul, persediaanmu untuk mencari redza Allah begitu bersungguh-sungguh, sentiasa berfikir untuk memberikan yang terbaik buat suamimu, sentiasa menjadi pembantu, azammu tidak dapat di pertikaikan, kehidupanmu penuh dengan semangat juang yang membara, kau adalah wanita yang perlu menjadi contoh buat semua wanita didunia ini. Kau mempunyai segala-galanya, mendapat cinta yang agung kerana bersedia memberikan cinta, mendapat kasih sayang kerana bersedia memberikan kasih yang tidak dapat dipertikaikan, mempunyai kekayaan kerana kau sanggup berkorban, mempunyai kecantikan kerana hanya kau sediakan buat suamimu, kesempurnaan suatu yang tidak mungkin akan berulang namum apa yang telah engkau berikan akan melahirkan mungkin ramai lagi manusia yang cuba bukan untuk menandingimu tetapi menjadikan dirimu contoh yang perlu diikuti.
Semuga kami mendapat Rahmat daripada Allah swt. Maaf lampiran hari ini begitu panjang mungkin boleh dibaca malam ini sebelum kita menutupkan mata halam ini. tq
posted on behalf of IAR
0 comments:
Post a Comment