Monday, March 31, 2008

Seorang hamba yang di uji

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Kehidupan kita bagaimana kita memandunya? Adakah kita mengunakan akal yang diberikan untuk menilai apa yang telah kita lakukan. Bagaimana jika pagi ini kita pergi ke kubur dan melihat kuburan yang ada dengan keadaan yang sunyi dan sepi. Tapi apakah mereka dalam keadaan baik atau penuh dengan penderitaan.

Mungkin masa hidupnya mayat itu begitu angkuh dan bongkak tetapi apabila telah dikebumikan tidak dapat bergerak dan terdiam sepi, mungkin ada yang telah melakukan banyak kebaikan dan didalam kuburan itu penuh dengan kenikmatan yang tidak kita ketahui bagaimana pula pemberian daripada Allah swt.

Wahai diri ini, bagaimanakah pula kesudahannya akan aku nanti, adakah akan merasakan kebaikan seperti para suhadak dan para nabi? Berikanlah hidayahMu Ya Allah kerana dengan mendapat ilmu, kami akan memperbaiki diri kami, berikah kami mencintaiMU dan berilah kami mencintai rasul dan kekasihMu Ya Allah. Amin

============================================================

Al kisah seorang hamba Allah pergi bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tiba-tiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!...bunyi.. ..aauuummmmm!!!!! Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tersebut terus mengejar hamba Allah ni.

Di sebabkan terlalu lapar, sang Harimau terus mengejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.

Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan ditengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yang lapar tu menunggunya.

Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir bagaimana nak menyelamatkan diri, tiba-tiba terdengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Terdapat 2 ekor buaya yang kelaparan. Apalah nasib, dah jatuh ditimpa tangga tangg pula.

Bertambahlah takut si hamba Allah ni. Di atas ada harimau di bawah ada buaya. Semakin risau dan takutlah hamba Allah ini. Semasa tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tiba-tiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas mengikut tali yang hamba Allah tu bergayut. Sampai di atas tikus tu mula menggigit tali tersebut.

Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... macam mana ni. Selepas itu, keluar pula lagi seekor tikus yang berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai di atas tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya. Hamba Allah terus berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah, makan dek buaya.

Macam mana ni... Sedang hamba Allah tu berfikir macam mana nak selamatkan dirinya, tiba-tiba....terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah sedang membawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu.

Tiba-tiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.

Sekiranya anda ingin mengetahui, si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yang tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.

Madu...,madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.

Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...


1 minit untuk mengingati Allah

Step 1: Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:

*SUBHANA'LLAH

*ALHAMDULI'LLAH

*LA I LAHA ILLA'LLAH

*ALLAHU AKBAR

*ASTAGHFIRU'LLAH

*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH

*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD

*WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN


Step 2: Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,perkataan demi perkataan

Step 3: Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang sahabat anda.

Result 1: Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati,berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa.

Result 2: Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam.

Result 3: Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kita dan di AMIN oleh para Malaikat,INSHA'A'LLAH

Oleh itu....................duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang diredhoiNya. Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di beri nikmat kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian dalam apa jua yang kita kerjakan.

posted on behalf od IAR

Friday, March 28, 2008

Sikap anak vs sikap ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Kadangkala kita selalu lupa apakah yang kita lakukan kepada ibu kita akan memberikan kesan kepada perasaan mereka? Kita selalu tidak sedar betapa kasih dan saying mereka terhadap diri kita selama ini, kita hanya memikirkan perasaan kita sahaja tanpa melihat bagaimana perasaan mereka. Kita juga akan menjadi tua suatu hari nanti dan pakah kita akan melalui suatu yang mengembirakan atau suatu yang menyakitkan hati kita. Hidup seperti bolah getah, apa yang kita lontar ia akan kembali semula. Sekiranya yang jahat kita balingkan, maka yang jahat juga akan kembali suatu hari nanti.



Siapalah kita tanpa mereka, kasih saying yang diberikan oleh mereka terlalu besar sehinggaka Tuhan meletakkan keutamaan buat wanita ini di dalam islam untuk dihormati dan disanjung oleh kita.



MAKLUMAN: Sekiranya anda berada di sekitar Subang, suatu seminar akan diadakan oleh HALUAN di PEMANGKIN HALUAN, 16-1, 16-2 & 16-3, Jln Dinar A U3/A, Seksyen U3, 40150 Shah alam Selangor pada hari 29 mac 2008 (Sabtu jam 2.30 ptg hingga 5.00 ptg)



Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita;
Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam



Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita;
Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai



Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon;
Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah



Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya;
Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak



Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah;
Kita membalas budinya dengan menjerit , \" SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH\"



Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll;
Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita



Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bolasepak;
Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita



Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV;
Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah



Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan;
Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada \"TASTE\"



Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk;
Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik,p>

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira;
Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan



Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang- sampai ke hostel;
Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm takut malu dilihat kawan-kawan



Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin kita ada boyfriend/girlfriend ke?Kita membalas budi Ibu dengan berkata--- \" Ibu ni kepohlah!!\"



Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita;
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, \" saya tak mahu jadi macam ibu!!\"



Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri- Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru;
Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan



Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita;
Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometre jauh dari Ibu



Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi- anak kita;
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, \" Zaman sekarang lain Ibu..!!!!\"



Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung;
Kita membalas budi Ibu, dengan berkata- \" saya sibuk!!!!\"



Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang;
Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera



Dan kemudian , pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.



Ingat!!!!!!!!!!
Selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah beliau
Dan jika Ibu sudah meninggal dunia, kenanglah jasa beliau dan sedekah al-fatihah setiap kali lepas solat – agar menjadi anak yang soleh.



posted on behalf of IAR

Cita-cita dan persediaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Bercita-cita tinggi suatu yang perlu ada didalam diri kita, tanpa cita-cita tiada kenyataan. Tetapi cita-cita sahaja tanpa kita menyediakan sebab-sebab untuk mendapatkan cita-cita tersebut suatu angan-angan yang tidak mungkin di gapai. Apakah masalah yang kita hadapai untuk mendapat cita-cita itu? Adakah halangannya begitu besar untuk kita, boleh kah kita menyenaraikan alasan-alasan atau sebab-sebab yang tidak memungkinkan kita mencapainya. Jika kita boleh menyenaraikannya sekarang mari kita lihat kenapa kita tidak mahu mengatasinya. Tiada carakah yang membolehkan kita menyelesaikannya? Jika ada maka lakukanlah sekarang.


Ramai orang cuba menangguhkan usaha-usaha dengan berharap apabila masa berlalu masalah tersebut akan selesai, ia mungkin suatu penyelesaian tetapi adakah dengan hanya berharap sahaja, bagi orang yang Berjaya mereka suka melakukan apa yang tidak digemari oleh orang-orang yang gagal, bagi orang yang gagal pula suka menangguhkan apa yang perlu mereka lakukan.


Kejayaan sering seiring dengan kesukaran, BUKAN SENANG NAK SENANG, KALAU TAKUT SUSAH MAKA SUSAH NAK SENANG. Maka mari kita bertanya dengan diri sendiri sejauh mana kita telah melalui kesukaran, sukar untuk membaca buku bagi menambah ilmu kerana kita selalu tertidur apabila mula nak membaca, sukar untuk melihat buku-buku anak kerana telah letih seharian bekerja di pejabat, sukar untuk membantu isteri kerana surak khabar belum sempat dibaca lagi hari ini, sukar untuk kemasjid kerana tak ramai orang yang dikenali di masjid, sukar untuk memberi nanti takut tak cukup belanja bulan ini, sukar untuk beriadah dan beribadah kerana terlalu letih bekerja hari ini.


Tetapi cuba tukarkan aku perlu membaca kerana dengan membaca aku akan memahami banyak perkara baru dan menjadikan aku lebih mengenal Allah swt, dengan lebih meluang waktu untuk melihat buku-buku anak saya akan mengetahui kelemahan anak dan ada peluang untuk membantu mereka, siapa lagi yang akan membantu jika tidak diriku yang memainkan peranan sebagai guru, dengan membantu isteri aku akan mendapat kasihnya, dengan pergi kemasjid aku akan mula menjalin persahabatan dan mendapat ilmu daripada kuliah yang diberikan disana, dengan memberi sedikit yang ada mungkin aku mendapat keberkatan diatas harta pemberian tuhan. Banyak lagi yang boleh difikirkan, apa yang perlu adalah berbaik sangka kepada Allah swt, tuhan yang maha berkuasa. Allah hualam.



posted on behalf of IAR

Adakah kita mementingkan orang lain?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mementingkan orang lain dalam kehidupan adalah suatu yang kadangkala begitu sukar didalam kehidupan kita, ini mungkin kita tidak mempunyai vision atau matlamat untuk mementingkan orang lain dalam kehidupan kita. Kita sering mahu diri kita di puji dan di sanjung, dan kita cepat marah jika orang tidak memberikan penghormatan kepada kita.

Seorang ibu mungkin akan marah kepada anaknya yang masih kecil dan tak tahu apa-apa kerana anak tersebut tidak mengikuti arahan yang diberikan oleh ibu tersebut. Mengapa ibu tersebut marah, mungkin ibu tersebut beranggapa sebagai anak, anak tersebut perlu mematuhi segala arahan daripada ibunya. Tetapi adakah wajar untuk ibu itu menuntut agar anaknya menghormatinya sekiranya ibu itu tidak mengajar anaknya untuk menghormati orang lain.

Penghormatan bukan suatu yang perlu dituntut tetapi penghormatan adalah suatu yang dicari dan untuk mendapatkannya kita perlu banyak memberi dan bukan menerima. Lagi banyak yang anda berikan lagi banyak anda akan mendapat kebaikan dan semuanya adalah dari sejauh mana keikhlasan hati anda. Anak yang masih kecil tidak akan paham apa yang anda kataka tetapi tindakan anda akan dirasai oleh merekan dan akan membentuk keperibadian mereka apabila mereka besar nanti.

Bagi kulaan semua mungkin telah menerima tetapi bagi yang dalam list Bcc harap dapat merenungkan untuk kebaikan kita bersama. tq


The Invisible Sign


Mary Kay Ash,Founder and Chairman Emeritus, Kay Cosmetics.

“Whenever I meet someone, I try to imagine him wearing an invisible sign that says:”

MAKE ME FEEL IMPORTANT !

---------------------------------------------------------------------------------------


Tak kira berapa sibuknya kita, kita mesti memberi sedikit masa untuk membuatkan orang lain merasa penting!

---------------------------------------------------------------------------------------

Berikan

“Red Carpet Treatment”

•Melancong ‘first class’.


•Jamuan 5 STAR.


•Kemudahan LENGKAP.


•Kebajikan staf.


•Kemajuan staf.


--------------------------------------------------------------------------------------

MEMBUATKAN ORANG LAIN MERASA PENTING


- Dengar dan beri sepenuh perhatian.


- Lihat semasa mereka bercakap.


- Tunduk sedikit ke depan.


- Bertanya untuk menunjukkan minat.


- Empati.


- Tumpukan kepada perkara yang dinyatakan.


- Hormat pandangannya walaupun anda tak bersetuju.


- Panggil atau guna nama semasa behubung.


- Fokus kepada mereka dengan menggunakan ‘anda’, ‘awak’,’kamu’.


- Berterima kasih atas penglibatan dan sumbangan mereka.


- Hargai dengan jujur dan baik.


- Beri perhatian kepada setiap orang dalam kumpulan.


- Lindungi yang lemah.


- Beritahu orang yang sedang menunggu.


- Faham perasaan orang lain.


- Percaya kepada orang lain.


- Kongsi kegembiraan dan kesedihan orang lain.


- Layan orang lain dengan adil.


- Fokus kepada keperluan orang lain.


- Bantu pertumbuhan dan perkembangan orang lain.


- Sayang orang lain tanpa mengongkong.


---------------------------------------------------------------------------------



Jangan berengkar membandingkan:


- Siapa yang lebih terpelajar.


- Siapa yang lebih berpakaian cantik.


- Siapa yang lebih tinggi status.


- Siapa yang membunyai idea yang lebih baik.


- Siapa yang lebih kacak atau cantik.


- Siapa yang lebih berkuasa.


- Siapa yang patut disalahkan.



--------------------------------------------------------------------------------


Bukanlah mudah untuk:

• Meminta maaf


• Memulakan semua sekali lagi


• Mengaku salah


• Meminta nasihat


• Tidak mementingkan diri


• Terus mencuba


• Berfikir sebelum bertindak


• Memaaf dan melupakan


• Menerima kritikan


• Meletakkan diri anda dalam kasut orang lain


TETAPI IA ADALAH BERBALOI !

--------------------------------------------------------------------------------


“APABILA KAMU SEKELIAN DIBERIKAN PENGHORMATAN DENGAN SESUATU SALAM, MAKA HENDAKLAH KAMU MEMBALAS SALAM ITU DENGAN LEBIH BAIK DARIPADANYA ATAUPUN DENGAN YANG SEPERTINYA.”(an-Nisa’:86)



-------------******-----------------------------------------------------------


posted on behalf of IAR


Thursday, March 27, 2008

Keindahan apabila kita berjaya mengubah dalam fikiran

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kaca atau permata adalah hanya tanggapan yang kita berikan, bagi seorang yang menemui permata tetapi tidak kenal akan permata maka ia akan membiarkan sahaja permata tersebut tanpa takut orang lain mengambilnya atau tidak menghargai langsung permata tersebut. Sebaliknya bagi yang mendapatkan kaca jika ia mengunakan dengan baik maka kaca itu boleh bernilai mungkin lebih tinggi daripada permata yang tidak digunakan langsung. Apa tanggapan yang kita ada tentang apa yang telah kita punyai, adakah kita dapat merasakan kita telah diberikan yang terbaik, jika tidak maka menjadi tanggungjawab kita untuk melakukan perubahan untuk menjadikan yang kita sangka tidak baik menjadi terbaik dan boleh memberikan menefaat dan kegembiraan kepada diri kita.

Tanggapan kita memberikan kesan didalam tindakan kita dan kita perlu memperbetulkan tanggapan pemikiran kita. Apa yang Allah swt berikan adalah suatu yang terbaik untuk menguji diri dan keyakinan kita terhadap pencipta Allah swt. Marilah kita merenung kebesaran Allah swt mencipta langit, bumi dan bintang yang begitu sukar dan tentunya mejadikan masalah dan ujian ini tidak sukar bagi Allah swt dan ia hanya ingin melihat bagaimana kita berusaha untuk mengatasinya. Allah'hualam

Sila klick: Kaca Atau Permata

posted on behalf of IAR

Wednesday, March 26, 2008

Berkongsi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



BERKONGSI, suatu yang mungkin jarang-jarang atau mungkin kerap kita lakukan didalam kehidupan terutama apabila kita mempunyai apa sahaja yang kita perlukan. Hanya orang yang sedang bercinta sahaja tidak kisah untuk berkongsi apa yang dia ada buat kekasihnya. Berkongsi perasaan, berkongsi makanan, berkongsi kesukaran dan kepayahan untuk sama-sama melalui kehidupan ini dengan perasaan kasih dan menyayangi.



Daripada kisah disertakan dapat kita bayangkan betapa indahnya kehidupan yang dilalui oleh pasangan tersebut dan mungkin kita mahu untuk mersai perasaan seperti itu apabila kita tua nanti. Apakah mungkin berlaku? Ianya berbalik semula kepada persoalan kenapa kita berumah tangga dahulu? Adakah kita berumah tangga untuk mecari sesuatu yang agung atau sesuatu yang sementara buat hidup ini. Sekiranya kita memilih pasangan kerana kecantikan, kecantikan akan hilang dengan masa berlalu, sekiranya kita pilih kerana kekayaan, kekayaan bila-bila sahaja boleh diambil oleh Allah swt. Tetapi sekiranya kita memilih mereka kerana mencari redza allah swt maka kita mungkin akan diberikan oleh Allah swt rahmatNya dan Berjaya didunia dan akhirat.



Teringat kata-kata seorang sahabat nabi yang ketika itu berusia 80 tahun dan ingin mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis, “ Sesungguhnya aku memilih dirimu kerana cinta kepada alllah dan ingin melihat dirimu selamat di kehidupan di akhiratmu nanti.” Atas dasar yang jelas maka kehidupan itu penuh dengan keindahan yang sebenarnya. Adakah kita bahagia sekarang ini. Sebenarnya kebahagian adalah apabila kita dapat menghubungkan apa sahaja yang kita lakukan dengan Allah swt, mudah untuk ditulis tetapi amat sukar untuk merasainya, seorang itu akan merasa bahagia walaupun dihina kerana dia sedar apa yang dilakukan adalah kerana mencari pujian daripada Allah swt dan mengapalah perlu marah kepada manusia kerana manusia yang menghina kita adalah seorang yang telah dipilih oleh Allah swt untuk menguji kita sejauh mana kita merasai kesungguhan kita untuk melakukan yang hak didalam kehidupan ini.



Apakah sebenarnya yang kita inginkan apabila kita berkeluarga, adakah kita inginkan anak untuk zuriat kita nanti? Tapi apakah gunanya zuriat sekiranya ia tidak dapat membantu kita untuk kehidupan kita diakhirat nanti. Apa guna anak sekiranya ia menyusahkan kita semasa kita tua nanti? Tetapi mengapa mereka boleh menyusahkan kita? Tentunya kerana sikap mereka yang tidak mengenal Allah didalam kehidupan menyebabkan mereka tiada peduman dan tiada dasar yang betul. Mengapa boleh berlaku begitu? Tentunya kerana kita gagal mencorak kehidupan mereka daripada kecil agar lebih baik. Kita pencorak dan mewarna kain putih tersebut samada ingin dijadikan indah atau sebaliknya.



Namun bolehkah kita mencorakkan kain putih tersebut dengan keindahan corak batik sekiranya kita tidak tahu bagaimana untuk melukiskanya. Tugas dan peranan kita terlalu besar untuk mencorakkan diri kita sendiri dahulu supaya corak yang kita warnakan adalah sama dengan corak yang Allah swt kehendaki. Apakah corak yang Allah inginkan? Jawapan ini kembali semula kepada apa yang di tinggalakan oleh rasululllah saw iaitu Al Quran dan sunnahnya. Sejauh mana kita cuba untuk memahaminya, cuba untuk mempelajarinya dan mencari peduman untuk melalui kehidupan daripadanya. Kita tiada masa dan kita sentiasa terdesak untuk melakukan banyak perkara, tetapi adakah kita merasainya?



Walau apa pun yang berlaku, sekarang adalah masa untuk merubah dan kita mampu melakukanya sekiranya kita mahu merubahnya. Marilah kita sama-sama bermula untuk membina apa yang ingin kita laksanakan. insyaAllah



.................Dari petikan buku setengah berisi, setengah kosong



BERKONGSI


Pada suatu hari, sepasang suami isteri yang sudah lanjut usianya mengunjungi pejabat lama mereka bagi mengingati kembali nostalgia semasa mereka berkerja dahulu. Kesempatan ini digunakan oleh mereka untuk menikmati sup ekor yang terkenal di kantin masa itu. Kebetulan pada masa makan itu ramai pegawai yang turut serta makan melihat pasangan tersebut dan melihat kemesraan mereka.



Si suami dan isteri berbaris memesan sup ekor mereka tetapi mereka hanya memesan satu mangkok sup ekor, sepinggan nasi dan dua gelas the ais serta satu pinggan dan mangkok kosong. Semua orang memerhatikan gelagat pasangan suami isteri dengan rasa hairan. Mengapa mereka hanya membeli satu pesanan sup dan ansi sahaja? Malah beberapa orang pekerja sedih melihat kedaifan kedua orang tua itu kerana hanya mampu membeli makan untuk seorang sahaja. Si suami mula membahagikan nasi dan sup ekor itu kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk dirinya dan satu lagi diserahkan kepada isterinya. Kemudian mereka pun makan dan sisuami terus makan dan si ieteri tersenyum melihat sisuami makan tanpa makan walaupun sedikit.



Seorang pekerja tiba-tiba berdiri dan berjalan menuju kemeja mereka> Dengan rasa sedih, pekerja itu mempelawa mahu membelanja pasangan berkenaan semangkuk sup ekor lagi. Dia terharu melihat pasangan suami isteri yang difgikirkannya hanya mampu membeli satu hidangan sahaja. Namun pelawaan itu di tolak dengan lembut oleh pasangan tersebut dengan mengunakan bahasa isyarat, sambil keduanya tersenyum mesra.



Si suami kembali menyambung menikmati makananya sementara isterinya memandang sambil tersenyum sehinggalah sup ekornya sendiri menjadi sejuk. Selepas beberapa lama, pekerja tadi datang semula kemeja pasangan berkenaan kerana gelisah melihat gelagat mereka berdua. Si isteri masih tidak makan hanya menunggu suaminya menghabiskan makanan. Betapa besarnya cinta isteri kepada suami sehingga rela berkorban menunggu suaminya selesai makan.



Pekerja tadi sudah tidak dapat menahan rasa hairanya lalu bertanya, ”Makcik, saya lihat dari tadi makcik tidak makan tetapi hanya menunggu dan melihat pakcik makan. Boleh saya tahu, mengapa makcik tidak makan dan apa yang makcik tunggu?” Dengan tersenyum, si isteri menjawab, ”Makcik tunggu gigi palsu, yang sedang dipakai oleh pakcik tu”.



posted on behalf of IAR

TALQIN UNTUK DIRI SENDIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Talqin suatu yang sering kita dengar apabila kita menghantar jenazah kekuburan, sejauh mana ia memberikan keinsafan kepada diri kita untuk memperbaiki kehidupan kita? Mungkin pada hari kematian tersebut kita merasakan bahawa kehidupan itu terlalu pendek buat mereka yang telah pergi dan kita menyedari bahawa kita juga akan pergi seperti mereka tapi tidak pada perasaan haati kecil kerana hanya pikiran sahaja yang menyatakan kita mungkin boleh dimatikan tapi perasaan kita menidakkan kenyataan tersebut.

Alangkah sombongnya diri kita, sebab itu doa kita tidak termakbul, kerana kita sebenarnya tidak benar-benar berharap pada Allah swt. Mungkin sekiranya jika kita benar-benar berharap kepada Alllah swt, air mata kita akan deras mengalir tanpa dapat dibendung-bendung lagi. Perasaan kita terikat kepada tuhan dan kita akan sentiasa berfikir untuk mencari kebaikan daripada allah swt didalam semua tindakan kehidupan kita. Tidak mudah untuk kita menabur janji palsu, tidak mudah untuk kita menipu manusia, tidak mudah untuk kita anggukuh kepada manusia, tidak mudah untuk kita memperkecilkan orang lain, tidak mudah untuk kita untuk hidup tanpa ilmu dan kita akan menjadi manusia yang sentiasa takut dan berharap hanya kepada Allah swt didalam kehidupan kita. Redza kepada apa yang berlaku sebab semuanya adalah ketentuan daripada Allah swt dan dating daripada Allah swt. Kita akan melakukan bersungguh untuk menyediakan sebab-sebab dan keputusan adalah milik tuhan untuk memberikannya.

Bonus dah nak keluar, ada yang dapat sikit dan ada yang banyak, tetapi bagaimana perasaan kita jika dapat sikit? Kita rasa tak adil dan sebagainya tetapi bila dapat banyak kita rasa kita memang sepatutnya dapat sebab kita telah melakukan yang terbaik. Sebenarnya banyak atau sedikit adalah ketentuan daripada Allah swt, mungkin kita telah melakukan yang terbaik tapi dapat sikit, sebenarnya Allah nak menguji kita samada kita menyederi bahawa Allah berkuasa menyekat rezeki yang ingin dia berikan kepada siapa sahaja dan Dia mampu untuk memberikan kepada siapa sahaja. Walau semua orang berpakat untuk menyekat rezeki seseorang tetapi jika milik kita tiada siapa yang dapat menghalangnya. Sebaliknya jika bukan milik kita Allah swt boleh memberikan cubaan dengan kita mengalami perkara-perkara yang menyebabkan kita tidak dapat juga mengunakan duit yang kita terima. Semuga apa yang kita terima adalah berekat didalam kehidupan kita, insyaAllah.

TALQIN BUAT DIRIKU

Maksud (dalam RUMI) talqin yang selalu dibaca utk orang yang meninggal dunia. Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah.

Bismillah hir rah man nir rahim. Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala.

Dialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Subahana Taala. Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat..

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.

Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: 'La ila ha illallah, Muhammaddur rasulullah'.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar. Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin. Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - 'Kullu nafsin za iqatul maut' Firman Allah swt, 'Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.' Surah Al-A'sr . Dari Abdullah bin 'Amr R..A, Rasulullah S.A.W bersabda: 'Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat...'

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur 'masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN' dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?' Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.'

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati

1. Para Nabi

2. Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. 'Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237 Untuk renungan dan amalan bersama . 'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'

posted on behalf of IAR

Tuesday, March 25, 2008

Kesempatan adakah masih ada?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kesempatan atau peluang selalu datang dan pergi, tetapi adakah kita sentiasa mengambil kesempatan yang ada dan mengunakan kesempatan itu sebaik mungkin. Kita selalu menyesal diatas ketidak pekaan kita terhadap apa yang patut kita lakukan sehingga apabila telah tiada peluang masa itu baru kita cuba untuk melakukan yang sebaik mungkin terhadap apa yang boleh kita lakukan. Tetapi kita tidak boleh mengembalikan masa yang telah pergi.

Lanjutan daripada email pagi tadi, bagaimana kurusnya tubuh badan kanak-kanak ini dan tentu kita merasa kesian terhadap diri kanak-kanak tersebut, tetapi bagaimana pula Allah swt melihat diri kita, mungkinkan roh dan jiwa kita lebih kurus daripada kanak-kanak ini. Mungkin Allah memberikan begitu banyak peluang untuk kita memperbaiki diri kita tetapi kita tidak mengunakan peluang yang ada sebaik mungkin untuk membetulkan kesilapan yang ada pada diri kita untuk memperbaikinya.

Kita selalu sepi bila dibacakan Al-Quran kepada diri kita, kita tidak mahu untuk memahami dan membaca dengan penuh perasaan untuk mencari sesuatu pemberian daripada tuhan yang akan membetulkan diri kita dan akan menjaga keselamatan kita diakhirat nanti. Bagaimanakah perasaan kita sekiranya kita seperti kanak-kanak didalam gambar ini dan tiba-tiba ada tangan yang menghulurkan bantuan untuk membantu kita mendapatkan sedikit makanan dan merasai kenikmatan. Bagaimanakah perasaan terima kasih dan terharunya diatas sedikit pemberian daripada tuhan tersebut.

Bayangkan perasaan juru photo di atas yang telah membunuh diri kerana tidak melakukan sesuatu dimasa ia boleh melakukan sesuatu, bagaimana pula diketika kita boleh melakukan sesuatu buat diri kita, buat anak kita, buat isteri kita tetapi kita tidak mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu, Apakah yang mungkin untuk kita memperkatakan tentang diri kita? Adakah kita baik, adakah kita waras, adakah kita seorang yang patut dihormati, adakah kita seorang yang tahu erti terima kasih dan seorang manusia yang perlu disanjung atau dihina? Adakah kita mengunakan kesempatan hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit dan senang sebelum susah yang kita ada sekarang ini?

Semua jawapan kepada persoalan ini memerlukan tindakan sekarang dan kita perlu melakukan sekarang dan bukan menanti lima minit lagi tetapi sekarang dan sekarang. Setiap saat ada masa sekarang dan sekaranglah kita perlu melakukan semua perkara yang baik didalam kehidupan kita yang sementara ini. Semuga kita sama-sama dapat mencari redza Allah swt.

Wahai jiwa yang kerdil, wahai diri yang selalu alpa, wahai kehidupan yang sementara, apakah yang sebenarnya yang aku inginkan didalam kehidupan ini, mengapa hati ini masih keras dan tidak mahu mengaku akan kasih sayang Allah swt yang begitu banyak yang diberikan kepada diriku selama ini, mengapa aku terlalu takbur dan sombong, Ya allah ikhlaskanlah hati-hati kami dan jadikanlah kami hamba-hambaMu yang menyerah diri.

posted on behalf of IAR

Yang Miskin, Yang Kaya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar hari ini, maaf semalam outstation ke Taiping.

Saya ingin menulis kembali perbualan seorang ayah dengan anaknya yang saya dengar dalam majlis agama hujung mungggi lalu.

Si ayah berkata “ Nak, jika seorang tak makan beberapa hari bagaimana agaknya keadaannya?”

Si anak menjawab "tentulah lemah ayah, tak bertenaga atau mungkin nak bangun pun susah."

"Nak, bagaimana jika seorang yang tak beri makan kepada rohnya? Yang tak baca al Quran untuk santapan jiwanya tentu sekali jiwanya kosong atau kurus atau tidak mampu untuk melakukan yang terbaik didalam kehidupannya."

Si anak terdiam bila mendengar kata-kata tersebut kerana hamper seminggu anaknya begitu sibuk hingga tidak sempat membaca al Quran untuk memberikan santapan buat rohnya.

Bagaimana dengan diri kita, saya bertanya kepada diri saya sendiri kerana saya selalu lupa untuk mengisi hari-hari berlalu dengan didikan Al quran sehingga jika kita melihat diri sebalik jasad yang sihat mungkin kita mempunyai roh yang terlalu kurus, adakah kita hidup seperti sepohon kayu yang rimbun dan mempunyai daun yang banyak buat orang menumpang teduh dibawahnya atau pohon kayu yang mengeluarkan buah yang manis dan lazat untuk dikongsikan oleh semua orang atau sebaliknya.



Marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita denga bermula memahami daripada surah yang ke 114 untuk kita memberikan sedikit santapan kepada kehidupan kita untuk kita petik diakhirat nanti, kita perlu bermula kerana masa tidak menanti kita dan masa semalam telah berlalu dan tidak mungkin akan kembali lagi kepada kita.



Kita hanya ada masa sekarang dan masa esok belum tentu akan kita lalui. Marilah kita bermula SEKARANG.Bandingkan antara yang kenyang dan yang lapar dan bagaimana jiwa kita sebenarnya.

posted on behalf of IAR

Saturday, March 22, 2008

Apa kita tanam akan kita tuai....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hujung minggu tiba kembali, apa yang mungkin kita lakukan untuk kebaikan keluarga kita minggu ini, Adakah kita akan memanggil keluarga kita untuk duduk sebentar bagi membincangkan tentang kelahiran Rasul saw yang sepatutnya kita cintai dan kita kasihi, mungkin kita boleh membuka sirah rasul dan membacakan kisah-kisah yang terdapat didalamnya bagi mengembalikan semula pengorbanan yang telah dilakukan oleh rasul didalam menyampaikan dakwahnya.

Saya teringat akan perbualan seorang kanak-kanak yang bertanya kepada ayahnya, “ ayah tanam apa tu” ayah menjawab “pokok betik” Pokok apa yah “pokok betik TU apa yah” Ayah tersebut menjelaskan secara detail tentang pokok betik. Anak tu berkata “ Oh kalau kita tanam pokok betik, kita akan dapat buah betik lah nanti” Ya jawab si ayah.

Kemudian siayah menambah begitu juga kalau kita hidup di dunia ini apa yang kita tanam akan kita perolehi semasa di akhirat nanti. Kalau kita buat baik dan Allah akan beri yang baik di akhirat nanti, kalau kita buat jahat juga Allah akan beri yang jahat nanti.


Si anak terdiam dan kemudian berkata “Adik selalu ambil barang abang, adik dapat dosalah yah, dosa tu apa sebenarnya” Ayah berkata” Dosa itu adalah suatu balasan untuk menilai perbuatan yang salah yang kita lakukan, dan hanya alllah swt sahaja yang menentukan kiraan dosa itu, kalau kita marah kawan dan kita marah ibu walaupun perbuatannya sama tetapi kalau kita marah ibu dosanya lebih besar lagi daripada marah pada kawan.


Kita perlu mempunyai ilmu kerana orang yang mempunyai ilmu sahaja yang akan takut untuk melakukan dosa kepada Allah swt.” Kalau macam itu adik nak belajar sungguh supaya jadi orang yang berilmu dan tak akan buat dosa. Ayah berkata” kita bukan manusia yang tak buat dosa, kerana kita memang selalu buat dosa sebab Allah nak lihat samada kita mohon ampun tak selalu kepadaNya dan cuba tak mengulangi segala dosa yang telah kita lakukan.”


Semuga kita merenung perbualan di atas dan berusaha bersungguh untuk menjadi hamba-hamba yang benar-benar berserah dan mengharap pada tuhan bukan pada manusia. Kebahagian sebenarnya adalah apabila kita dapat merasai cinta Allah SWT dan mengasihi Rasulullah saw. Berapa jauhkah perjalanan yang perlu kita lalui lagi?


posted on behalf of IAR

Friday, March 21, 2008

Yang terbaik...?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Mungkin kita fikir kita telah melakukan yang terbaik tetapi ada orang boleh melakukan yang lebih baik fikir fikirkan. Tq


The Difference Between Focus on Problems and Focus on Solutions


When NASA began the launch of astronauts into space,they found out that the pens wouldn't work at zero gravity. (Ink won'tflow down to the writing surface) . In order to solve this problem, they hired Andersen Consulting (Accenture today). It took them one decade and 12 million dollars. They developed a pen that worked at zero gravity, upside down, under water, in practically any surface including crystal and in a temperature range from below freezing to over 300 degrees C. .....However, the Russians used a pencil...


posted on behalf of IAR

Wednesday, March 19, 2008

Apa erti bahagia? Dimanakan ku cari?

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Adakah kita mampu untuk membahagiakan diri kita sendiri, berfikirlah kita gembira kerana kegembiraan itu adalah bermula dari apa yang kita fikirkan, Don’t worry, be happy. Semuanya dalam ketentuan Allah swt, tidak kemana kalau itu rezeki kita dan tak akan kita perolehi sekiranya bukan hak kita, namum berusaha adalah tanda kita percaya allah swt melihat apa usaha kita tetapi allah swt yang menentukan keputusannya


BAHAGIAKAN PASANGAN


Salah satu kebahagiaan adalah ketika melihat orang yang kita cintai bahagia. Kebahagiaan jenis ini tingkatnya lebih tinggi dari kebahagiaan yang bersifatindividual. Boleh jadi, ini masuk dalam kategori kebahagiaan sosial.


Tidak mudah untuk memperoleh kebahagiaan jenis ini. Apalagi bagi mereka yang bersifat egois. Semua kebahagiaannya diukur dari kebahagiaan dirisendiri. Orang yang demikian adalah tipikal 'pemburu kebahagiaan' , yang justru tidak pernah menemukan kebahagiaan.


Berumah tangga adalah sebuah cara untuk memperoleh kebahagiaan, dengan cara membahagiakan pasangan kita. Partner kita. Isteri atau suami. Mampukah ituterjadi? Mampu, ketika berumah tangga dengan berbekal cinta. Bukan sekadar berburu cinta. Apakah ada bezanya?Berbekal cinta, bererti kita mencintai pasangan kita. Ingin memberikan sesuatu kepada pasangan agar ia merasa bahagia.


Sedangkan berburu cinta, bererti kita menginginkan untuk dicintai. Menginginkan sesuatu dari pasangan kita, sehingga kita merasa bahagia.Menurut anda, manakah yang lebih baik? Mengejar cinta atau memberikan cinta? Mengejar kebahagiaan ataukah memberikan kebahagiaan? Mengejar kepuasanataukah justru memberikan kepuasan? Mana yang bakal membahagiakan, yang pertama ataukah yang ke dua?


Ternyata, yang ke dua. Mengejar cinta hanya akan mendorong anda untuk berburu sesuatu yang tidak pasti. Yang tidak pernah anda raih. Kerana,keinginan adalah sesuatu yang tidak pernah ada habisnya. Apalagi keserakahan.


Hari ini Anda merasa memperoleh cinta dari pasangan Anda, maka berikutnya anda akan merasa tidak puas. Dan ingin memperoleh yang lebih dari itu. Sudahmemperoleh lagi, berikutnya anda akan ingin lebih lagi.


Ini hampir tak ada bezanya dengan ingin mengejar kesenangan dengan cara memiliki kereta atau rumah. Ketika kita masih miskin, kita mengira akan senang memiliki motorsikal berharga 2-3 ribu ringgit. Kita berusaha mengejarnya. Lantas memperolehnya. Dan kita memang senang.


Tapi, tak berapa lama kemudian, kita menginginkan untuk memiliki kereta yangberharga puluhan ribu. Motorsikal yang telah kita miliki itu tidak lagimenyenangkan, atau apalagi membahagiakan.


Benak kita terus menerus terisi oleh bayangan betapa senangnya memiliki kereta berharga puluhan ribu. Jika kemudian kita MAMPU memenuhi keinginan itu, kita pun merasa senang. Tetapi, ternyata itu tidak lama.Benak kita bakal segera terisi oleh bayangan-bayangan, betapa senangnya memiliki kereta yang lebih besar dan harganya lebih juga ya. Begitulah seterusnya. Cubarasakan hal ini dalam kehidupan anda, maka anda akan merasakan dan membenarkannya.


Kesenangan dan kebahagiaan itu bukan anda peroleh dengan cara mengejarnya, melainkan dengan cara merasakan apa yang sudah anda miliki. Dan jika andamensyukurinya, maka kebahagiaan itu akan datang dengan sendirinya pada perubahan yang datang berikutnya.


Anda tak perlu mengejar kebahagiaan, kerana anda sudah menggenggamnya. Yang perlu anda lakukan sebenarnya adalah memberikan perhatian kepada apa yang sudah anda miliki. Bukan melihat dan mengejar sesuatu yang belum anda punyai. Semakin anda memberikan perhatian kepada apa yang telah anda miliki, maka semakin terasa nikmatnya memiliki. Jadi, kuncinya bukan mengejar, melainkan memberi.


Demikian pula dalam berumah tangga. Jika kita ingin memperoleh kebahagiaan, caranya bukan dengan mengejar kebahagiaan itu. Melainkan dengan memberikan kebahagiaan kepada pasangan kita. Bukan mengejar cinta, melainkan memberikan cinta. Bukan mengejar kepuasan, melainkan memberikan kepuasan.


Maka anda bakal memperoleh kebahagiaan itu dari dua arah. Yang pertama, andaakan memperolehnya dari pasangan anda. Kerana merasa dibahagiakan, ia akanmembalas memberikan kebahagiaan.


Yang ke dua, kebahagiaan itu bakal muncul dari dalam diri anda sendiri.Ketika kita berhasil memberikan kepuasan kepada pasangan kita, maka kitabakal merasa puas. Ketika berhasil memberikan kesenangan kepada partnerkita, maka kita pun merasa senang. Dan ketika kita berhasil memberikankebahagiaan kepada isteri atau suami kita, maka kita pun merasa bahagia.


Ini, nikmatnya bukan main. Jumlah dan kualitinya terserah pada anda. Ingin lebihbahagia, maka bahagiakanlah pasangan anda. Ingin lebih senang, makasenangkanlah pasangan anda lebih banyak lagi. Terserah anda, minta kesenangan, kepuasan, ataupun kebahagiaan sebesar apa. Kerana kuncinya ada di tangan anda sendiri.Semakin banyak memberi semakin nikmat rasanya.


Anda yang terbiasa egois dan mengukur kebahagiaan dari kesenangan peribadi,akan perlu waktu untuk menyelami dan merenungkan kalimat-kalimat di atas.


Contoh yang lebih konkrit adalah perkahwinan dengan cinta yang bertepuksebelah tangan. Perkahwinan semacam ini sungguh membuat menderita pihak yangtidak mencintai. Padahal ia dicintai. Segala keperluannya dipenuhi olehpasangannya.


Katakanlah ia pihak wanita. Segala keperluan sang wanita selalu dipenuhi oleh suaminya. Rumah ada. Kereta tersedia. Pakaian, perhiasan, dan segala keperluan semuanya tercukupi. Tetapi ia tidak pernah merasa bahagia. Kenapa? Kerana tidak ada cinta dihatinya. Sebaliknya, sang suami merasa bahagia, kerana ia mencintai isterinya. Ia merasa senang dan puas ketika mapu membelikan rumah. Ia juga merasa senang dan puas ketika mampu membelikan kereta. Dan ia senang serta puas ketika mampu memenuhi segala keperluan isteri yang dicintainya itu. Semakin cinta ia, dan semakin banyak ia memberikan kepada isterinya, maka semakin bahagialah sang suami. Kalau ia benar-benar cinta kepada isterinya, maka ukuran kebahagiaannya berada pada kebahagiaan siisteri. Jika isterinya bahagia, ia pun merasa bahagia. Jika isterinya menderita, maka ia pun merasa menderita.


Akan berbeza halnya, jika si suami tidak mencintai isteri. Ia sekadar menuntut isterinya agar mencintainya. Memberikan kesenangan, kepuasan dan kebahagiaan kepadanya. Ketika semua itu tidak sesuai dengan keinginannya,maka ia bakal selalu merasa tidak bahagia. Sebaliknya, jika isteri tersebut kemudian mampu mencintai suaminya - kerana kebaikan yang diberikan terus menerus kepadanya - maka si isteri itu jugabakal memperoleh kebahagiaan kerananya.


Pelayanan yang tadinya dilakukan dengan terpaksa terhadap suaminya, kini berganti dengan rasa ikhlas dan cinta. Tiba-tiba saja dia merasakan kenikmatan dan kebahagiaan yang tiada terkira. Kalau dulu ia memasakkan suami dengan rasa enggan dan terpaksa, misalnya,kini ia melakukan dengan senang hati dan berbunga-bunga. Kalau dulu ia merasa tersiksa ketika melayani suami di tempat tidur, kini ia merasakan cinta yang membara. Ya, tiba-tiba saja semuanya jadi terasa berbeza. Penuh nikmat dan bahagia. Padahal seluruh aktiviti yang dia lakukan sama saja.


Apakah yang membezakannya? Rasa cinta! Ketika 'berbekal cinta', semakin banyak ia memberi, semakin banyak pula rasabahagia yang diperolehnya. Hal ini memberikan gambaran kepada kita bahawa yang bahagia itu sebenarnya bukanlah orang yang dicintai, melainkan orang yang mencintai. Orang yang sedang jatuh cinta...Kerana itu keliru kalau kita ingin dicintai. Yang harus kita lakukan adalah mencintai pasangan. Semakin besar cinta kita kepadanya, semakin bahagia pulakita kerananya. Dan yang ke dua, semakin banyak kita memberi untuk kebahagiaan dia, maka semakin bahagialah kita.


Begitulah mestinya rumah tangga kita. Bukan saling menuntut untuk dibahagiakan, melainkan saling memberi untuk membahagiakan. Kerana disitulah kunci kebahagiaan yang sebenar-benarnya memberikan kebahagiaan.


posted on behalf of IAR

Apa yang kita beri akan kita dapat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Maaf semalam tiada berita, bercuti segera.


Apabila melihat generasi muda sekarang yang begitu sibuk dengan tugas masing-masing dan tiada masa untuk berbual mesra dengan orang tua saya tertarik untuk membawa kita berfikir tentang bagaimana kita suatu hari nanti, mungkin telah saya perkatakan sebelum ini tapi sekadar untuk memperingatkan kembali.


Pada 1962 tahun kelahiran saya di Batu Pahat hanya ada satu taman asuhan untuk kanak-kanak, tetapi bagi sesiapa yang menghantar anak ke sana semua orang mencemuh dengan berkata “hai anak sendiri jagalah sendiri tak kan nak hantar kat orang lain jaga, tiada ahli keluarga yang boleh membantu ke? Mana adik beradik atau emak dan emak mertua? Tak boleh bantuke?


Tetapi hari ini setelah 40 tahun berlalu, kita dapati setiap taman di Batu Pahat mempunyai taman asuhan untuk menjaga bayi-bayi dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Bila berbual bagi ibu-ibu akan bertanya u hantar nak ke nesery mana, best tak, jagaan baik tak dan pelbagai lagi perbincangan tentang taman asuhan.


Tetapi hari ini telah ada sebuah rumah asuhan untuk orang tua-tua, bukan rumah orang tua tetapi mereka yang tua dihantar oleh anak-anak mereka ke rumah tersebut untuk mendapatkan penjagaan yang baik daripada rumah asuhan tersebut. Cemuhan juga telah kita dengar dengan kata-kata” hai emak dan ayah sendiri pun tak boleh jaga sendiri ke, tiada pembantu ke? Anak macam mana ni? Tak boleh ke adik beradik bincang dan jaga orang tua? Tetapi mereka berpakat kumpul duit sikit-sikit seorang untuk hantar orang tua kerumah asuhan sebab sibuk tiada masa untuk menjaga orang tua mereka. Mengapa begitu? Adakah sebab hari ini kita tiada masa untuk anak kita dan tiba masanya pula anak kita tiada masa untuk kita.


Rumah asuhan untuk orang tua sekarang ini telah ada di shah alam, ceras dan beberapa tempat lagi dan ini tahun 2008 dan bagaimana agaknya pada tahun 2040, 30 tahun akan datang mungkin kita dengan hanphone masing-masing akan berhubung antara satu sama lain dan bertanya “ hai, u kat taman asuhan mana sekarang? Ok tak kat situ, dan banyak lagi perbincangan tentang taman asuhan yang akan kita bincangkan seperti hari ini kita berbincang tentang taman asuhan untuk anak-anak kita.


Dunia berubah dan kita perlu melakukan perubahan dengan mendekati anak kita supaya apa yang mereka fikirkan akan diubah untuk menjadi manusia yang takutkan Allah swt dan kembali kepada allah swt. Ini tidak akan berlaku sekiranya kita sendiri tidak takut kepada allah dan memulakan perjalanan untuk mengenali allah swt dan juga rasulnya. Marilah sama-sama kita memulakan dengan meneliti sirah-sirah perjuangan rasulullah saw. Insaallah.




posted on behalf of IAR


Selamat Menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1429

Kepada semua, sama-sama kita mengingati hari kelahiran Rasullallah dengan banyak berselawat dan jika ada senang menghadiri majlis-majlis anjuran masjid dan surau berdekatan kediaman.

Tuesday, March 18, 2008

Buta mata atau buta hati

Assalamulaikum


Sunyi nampknya pagi ini bila En. Ibrahim tidak menghantar tazkirah....mungkin beliau cuti atau sebuk. Untuk itu sebagai mengantikan pengisian beliau, saya sertakan artikal yg menarik untuk dibaca, difikirkan serta diamalkan untuk kita merenung siapa diri kita, bagimana kita melihat Allah yg ada dlm diri kita….adakah mata kita yang buta atau hati kita yang buta. Pertanyaan ini adalah untuk diri saya sendiri dan juga untuk kulaan semua.


Terima kasih


Buta Mata Atau Buta Hati
January 28th, 2008 by Abu Saif



“Masya Allah… tulisan ‘Allah’ jelas kelihatan di puncak gunung itu!”, terpegun sebahagian kita dengan berita sebegini.


“Kalimah Allah jelas kelihatan di benua Afrika, jika dilihat dengan imej satelit. Subhanallah!” , terlopong segelintir kita dibuatnya.


“Ishh… dahsyatnya. Budak itu lahir dengan tanda ‘Allah’ di telinganya. Mesti budak tu luar biasa dan ajaib!”, komen seorang daripada kita kepada suatu laporan akhbar.


“Subhanallah, lihat tu… Ikan Allah!”


Saya masih tidak faham. Sejak dulu lagi saya memang kehairanan. Mengapakah masyarakat kita sangat obses dengan kemunculan imej yang dilihat sebagai lafz al-jalalah ‘Allah’ di pelbagai tempat. Di langit, di perut lembu, di dalam isi tembikai, di kepala budak, di batang pokok di hutan, di sarang lebah dan entah di mana lagi…



Apakah semua itu keajaiban?



Mungkin ya, tetapi mungkin sangkaan semata.



Tetapi apa yang pasti ialah, mengapa hanya dengan kemunculan benda-benda sebegitu baru kita dapat ‘melihat Allah’. Mengapa tanda-tanda atau ayat Allah itu hanya mampu kita kesan apabila ia muncul sedemikian rupa? Yang sebahagiannya mungkin hanya sangkaan kita semata?



Mengapa kita tidak mampu ‘melihat Allah’ pada hari-hari biasa? Pada kelahiran biasa? Pada awan biasa? Mengapa harus menanti yang luar biasa baru tergerak hati untuk percaya dan peduli kepada-Nya?




Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga Kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.[Al-Baqarah 2: 55]


Apakah kita telah dijangkiti dengan penyakit yang sama sebagaimana penyakit yang menimpa Bani Israel? Tidak mampu mendatangkan percaya kecuali dengan garapan pancaindera? Hilang deria melihat apa yang di luar upaya mata? Hanya mahu mempercayai Allah jika Musa memperlihatkan- Nya, sebagaimana mereka memperlihatkan patung anak lembu itu sebagai sembahan?


Atau seperti penganut Kristian yang sentiasa ternganga melihat ‘Virgin Mary’ yang berdarah lantas disangka ‘Bloody Mary’?


Apakah begitu sekali rendahnya nilai iman kita, hingga hanya mampu percaya selepas melihat?


Lupakah kita kepada segala-gala benda biasa yang luar biasa ini? Lihat diri kamu sendiri… tidakkah kamu mampu melihat Dia? Hanya jika di dahimu tertulis kedut yang disangka kalimah Allah, baru kamu akui kebesaran Dia? Lupakah kamu kepada peringatan-Nya:


“Dan pada dirimu itu, mengapakah kamu tidak perhatikan tanda-tanda dan bukti kebesaran Dia?” [Adz-Dzaariyaat 51: 21]


Lihat dengan mata hatimu jari jemari yang sepuluh di tanganmu itu. Ia jari jemari biasa yang luar biasa. Panjang pendeknya menyerlahkan kesempurnaan penciptaan Dia. Lihat tubuh badanmu, jantungmu, matamu, kulitmu… semua yang biasa-biasa itu sebenarnya bukan biasa malah luar biasa. Mengapa harus dinanti sesuatu yang di luar kebiasaan untuk menyedari kehebatan Dia? Dangkal sungguh keupayaan kamu mengimani Dia..


Renung langit… lihat bulan dan bintang, perhatikan pertukaran malam dan siang… segala kejadian biasa itu bukan biasa-biasa. Semuanya luar biasa. Lupakah kita semua kepada sebutan Dia dalam firman-Nya:


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. [Aal Imraan 3:190-1]


Mengapa yang luar biasa juga yang dicari, sedangkah segala-galanya terbentang di depan mata. Setiap kejadian sekecil atau sebesar mana sekali pun, tetap padanya ada tanda dan bukti kebesaran-Nya.


Tetapi dengan tanggapan manusia kaku yang gagal mengesan kehadiran-Nya hinggalah nama-Nya muncul (disangka muncul) di sana sini, kita sia-siakan mesej Allah yang disampaikan terus menerus pada penciptaan alam ini. Juga kita sering terkejut tidak tentu hala.


Bukan sahaja terkejut dengan terpahatnya jalur-jalur yang ditafsir sebagai ‘mesej dari-Nya’, malah menganggap pula ikan itu ikan Allah, budak ini budak Allah… apa semua ini?

Kita lupa kepada hakikat segala yang ada di sekitar ini, sedang dan sentiasa berhubung dengan Allah, melihatnya mendatangkan tenang, mendengar suaranya mendatangkan harmoni di dalam jiwa. Semuanya zikrullah..

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun [Al-Israa’ 17: 44]


Sesungguhnya paradigma tahyul (takhayyul barangkali) menjadikan kita gagal melihat yang tersirat di sebalik yang tersurat, pada hari-hari biasa, kejadian-kejadian biasa… yang di sebalik semua itu tersimpan makna yang agung dan luar biasa.

Sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada [Al-Hajj 22: 46]

Buta mata hilang warna… buta hati hilang makna dan erti.

Buta mata tak nampak jalan di dunia, buta hati tak nampak jalan menuju ke Syurga.

ABU SAIF @ www.saifulislam. com, 56000 Kuala Lumpur

sumbangan dari Norhayati I

Wasiat adakah kita telah bersedia.

Assalamualikum dan salam sejahtera,


Wasiat mungkin tidak pernah terlintas untuk kita menulisnya, kita rasa mungkin bukan untuk kita kerana kita tidak rasa yang kita akan pergi dalam masa yang terdekat ini. Tetapi kematian tidak pernah lupa kepada kita, hanya kita yang selalu lupa kepada kematian yang tentunya pasti akan kita lalui. Marilah kita renungkan pengalaman yang diceritakan ini, mungkin akan memberikan suatu pengajaran untuk kita merasakan bahawa kita perlu melakukan banyak perkara sebelum tibanya kematian yang sentiasa tidak pernah lupa kepada diri kita.


Orang yang bijak adalah mereka yang belajar daripada pengalaman orang lain, tetapi orang yang belajar dari kesilapannya sendiri adalah orang yang mengunakan akal untuk memperbaiki diri sendiri tetapi orang yang tidak belajar dari kegagalan diri sendiri dan juga tidak belajar daripada kegagalanan orang lain adalah orang yang betul-betul bodah dan sombong.


Semuga kita menjadi orang yang ingin memperbaiki diri sendiri, keluarga dan masyarakat kearah yang lebih cemerlang. Andalah orang yang akan Berjaya didalam kehidupan ini sekiranya kita bersedia untuk menghadapi kesukaran dan merasai kita mampu untuk membina kejayaan tersebut. Insyaallah.


BAGAIMANAKAH RUPA WASIATKU?


Jam 4 pagi, wisel berbungi bertalu-talu menandakan semua peserta perlu berkumpul untuk aktiviti-aktiviti seterusnya, saya turut serta berkumpul dikawasan lapang untuk aktiviti seterusnya, hatiku berdetik apa pula kali ini tentunya suatu pengalaman baru yang akan aku tempuhi tapi apa ye?


Ketua dipanggil oleh kem komandan untuk tugasan seterusnya, apabila ketua kembali beliau bertanya ada tak sesiapa yang membawa tisu golong dan juga kain sarong. Beberapa orang menyatakan ada membawanya seperti yang diarahkan sebelum kami datang ke kem tersebut.


Ketua membacakan tugasan seterusnya kepada kami, Kami telah pergi melancong kesebuah negara timur tengah dan salah seorang daripada kita telah mengalami sakit tiba-tiba dan telah menemui kematian. Jenazah tersebut perlu diuruskan dan kumpulan perlu mengkapankan jenazah tersebut mengunakan kertas tisu dan menyenaraikan apakah wasiat-wasiat yang akan disampaikan kepada keluarga simati apabila pulang nanti.


Semasa memilih siapakah ingin menjadi mayat, masing-masing rasa keberatan untuk menjadi mayat yang sementara sebab tak tahu apa yang mungkin berlaku selepas itu, mungkin perlu dimasukkan kedalam liang lahat dan tentunya rasa gerun. Namun akhirnya aku terpilih untuk merasai menjadi mayat, tubuhku dibalut daripada bawah hingga ke kepala dan hanya mata serta mulut yang tidak ditutup.


Aku dibaringkan dan untuk memastikan tisu-tisu tidak terkoyak maka tali digunakan untuk mengikat tubuh ku, rasanya begitu sukar sekali untuk aku bergerak, aku terbujur kaku tidak dapat untuk aku mengerakkan tubuhku. Aku diletakkan diatas pengusung yang diperbuat dari kain sarong dan dua batang kayu, aku diangkat dan aku merasai kenderaan yang dipandu sekurang-kurangnya oleh empat orang tersebut. Aku merasai terlalu jauhnya perjalanan, diusung oleh rakan kumpulan ku ke suatu tempat yang tidak aku ketahui.


Aku diletakkan kembali dan semua rakan kumpulan ku duduk disekelilingku, mereka mula berbincang sekiranya mereka diriku apakah yang mungkin akan aku wasiatkan buat orang-orang yang mungkin aku tinggalkan.


Antara wasiat yang mereka bicarakan:
Aku berharap agar keluargaku menyelesaikan hutang-hutang ku, maka aku terfikir berapa banyak hutang yang telah aku tinggalkan buat keluarga mampukah untuk mereka menyelesaikan hutang-hutangku, apakah yang akan ku hadapi apabila mereka gagal untuk membayar hutang-hutangku mungkin aku terpaksa mengambil dosa-dosa orang lain sebagai ganti kerana aku telah berhutang kepada mereka. Adakah mereka tahu hutang-hutangku takut-takut mereka tidak tahu kerana aku sendiri tidak memaklumkan hutang tersebut kepada mereka. Alangkah ruginya diriku.


Apakah yang mungkin aku pesan atau wasiatkan buat isteriku? Masing-masing tidak tahu untuk mencatitkan apa yang perlu, aku sendiri buntu akal apakah yang mungkin akan aku wasiatkan buat isteriku, akhirnya merka mencadangkan mungkin aku mahu untuk isteriku mendidik anak-anakku agar menjadi anak yang soleh, ya aku bersetuju dengan pandangan mereka. Tetapi aku mula berfikir pula adakah isteriku mampu untuk mendidik anak-anakku, apakah yang telah aku sediakan buat dirinya untuk menjadi seorang ibu yang baik yang akan mendidik anak-anakku nanti, aduh aku mula berfikir lagi banyaknya tugas-tugas yang perlu aku lakukan didalam kehidupan ini.


Rakan-rakan ku berkata perlu kita membantu untuk mendidik anak-anakku, aku pula berkata adakah aku mempunyai rakan yang begitu baik sanggup mendidik anak-anakku, adakah sama seperti aku mendidik mereka, tapi aku mula bertanya adakah aku telah mendidik anakku sebaik mungkin, adakah aku telah mengajar anak-anakku untuk mengenal allah swt yang maha berkuasa, adakah aku benar-benar mengajar anakku mengenal dosa dan pahala, adakah mereka akan menjadi manusia yang benar-benar takut kepada allah dan mencintai allah dan rasul didalam kehidupan mereka nanti.


Rasa panas mula menyelubungiku, walaupun jam mungkin baru jam 5 pagi dan suasana bukit yang begitu sejuk tetapi dengan hanya dibalut oleh kertas tisu terasa panasnya, aku mula berpeluh namun untuk bergerak tidak mampu kerana aku terikat. Aku pasrah diatas apa yang berlaku.


Rakan-rakan ku seorangdemi seorang memberikan pandangan wasiat yang mungkin aku berikan buat isteri, anak, ibu, ayah, adik beradik, rakan, jiran dan semua yang mungkin aku kenali. Fikiranku terbayang lagi betapa banyak yang perlu aku lakukan didalam kehidupan ini. Ini belum lagi, apa yang mungkin diperkatakan oleh mereka kepadaku apabila melihat mayatku, apakah yang mungkin diperkatakan oleh isteriku terhadap diriku, apa pula yang mungkin diperkatakan oleh anak ku, apa pula yang mungkin diperkatakan oleh ibuku, ayahku, jiran-jiranku, rakan-rakanku dan mungkin mereka yang pernah mengenali diriku ini. Apa yang mungkin mereka katakan terhadapku?


Aku tersentak dari lamunanku apabila aku terfikir apa pula yang mungkin Allah swt memperkatakan tentang diriku, adakah aku seorang yang baik, adakah mungkin aku akan dilihat dengan penuh rasa kasihnya, adakahaku akan disambut olah para suhadak, atau adakah aku tidak dipandang oleh allah swt. (Ya allah lindungilah diri ku)


Ya allah terlalu banyak tugas yang perlu ku lakukan, aku kira aku telah banyak melakukan tugas dipejabatku, tapi itu semua tidak memberikan apa-apa erti jika aku gagal mendidik anak-anakku, tidak bererti jika aku gagal mendidik isteriku, tidak bererti sekiranya aku tidak dapat memberikan kebaikan kepada orang lain. Rupanya peranan dan tanggung jawabku bukan dipejabat sahaja tetapi aku juga mempunyai pejabat dirumah, pejabat yang perlu diuruskan dirumahku. Aku mempunyai ramai pekerja dipejabat, aku jaga kepentingan mereka, aku harapkan agar mereka melakukan yang baik dan amanah tetapi adakah pejabat ku dirumah telah aku uruskan dengan baik, Ah besarnya tanggungjawabku sebagai manusia yang diberikan oleh Allah swt kepada diriku.


Aku pasrah lagi, aku rasa inilah kesempatan yang perlu aku ambil dan aku perlu lakukan yang terbaik didalam kehidupan kerana kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan diakhirat nanti.


Berapa banyak dosa-dosa ku dan berapa banyak pula aku memohon keampunan kepada allah swt. Berapa banyak aku membaca al quran dan berapa banyak pula aku memahaminya, berapa banyak aku besedekah, rasanya terlalu sedikit sekali aku melakukannya. Apakah yang akan aku bawa nanti? Ikhlaskah segala amalku, jujurkah tindakanku, rasanya tidak mampu untuk aku mengangkat wajah ini untuk berhadapan dengan allah swt yang begitu banyak memberikan nikmat kepada diriku semasa aku hidup didunia ini. Ya allah ampunkanlah dosa-dosaku, ampunkanlah dosa-dosaku ampunkanlah dosa-dosaku.


Ya Allah, berikanlah aku kesempatan, agar aku mampu melakukan yang terbaik buat hidup ini. Sesungguhnya apabila seseorang itu meningal dunia hanya tiga perkara yang akan terus dapat membantunya iaitu anak yang soleh, ilmu yang diajarkan dan harta yang diwakafkan.


posted on behalf of IAR


Monday, March 17, 2008

Zikir suatu tuntutan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Zikir, bagaimana kita lakukan hari ini, adakah sentiasa bermain didalam pemikiran, lisan dan tindakan kita? Mengapa kita perlu berzikir? Tidakkah begitu besar pemberian Allah swt keatas kita selama ini, perhatikanlah kejadian kita, bagaimana tuhan menjadikan begitu sempurna kejadian yang telah diberikan kepada kita, jika kita pergi melihat orang kurang upaya di kuala kubu baru, kita akan mendapati betapa beruntungnya kita yang dijadikan begitu sempurna oleh allah swt, bahkan ada yang dijadikan bukan sahaja sempurna malah diberikan kecantikan rupa paras, kebijaksanaan dan juga pangkat serta kedudukan diatas muka bumi ini.


Tidakkah kita patut memuji Allah swt? Bukankah sombong namanya jika kita tidak tahu untuk mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah memberikan sesuatu yang begitu baik buat diri kita. Mari kita lihat suatu kebesaran Allah yang menjadikan alam ini, kejadian bulan yang begitu unik, tiada siapa yang tahu suatu masa dahulu bahawa bulan tidak mengeluarkan cahaya tetapi hanya pantulan cahaya matahari tetapi perkara ini telah diceritakan oleh al quran dengan begitu jelas sekali. Tiada orang yang tahu bagaimana kejadian manusia 1400 tahun dahulu tetapi alquran telah menceritakan perkara tersebut dengan jelas dan teliti dan sekarang sain telah membuktikan dengan kajiannya.


Tetapi kenapa kita terlalu angkuh untuk merendahkan hati kita untuk benar-benar beriman kepada allah swt, Tiada air mata kesyukuran yang mengalir kerana pemberian tuhan yang begitu besar buat diri kita, tiada tercetus rasa rendah diri, alangkah baiknya jika hati ini dapat merasakan bahawa hanya engkau YA ALLah yang telah memberikan nikmat yang begitu besar buat diri ini, ampunkan dosa-dosa kami, berikanlah kecintaan kepadu Mu ya allah, berikan lah kecintaan kepada rasul Mu Ya Allah, berikanlah kami hati-hati yang ikhlas, jauhkanlah kami dari godaan saitan, ya Allah kami tahu bahawa terlalu banyak dosa-dosa yang telah kami lakukan samada kami sedar dan tidak kami sedari, Ya Allah berikan lah kami ilmuMu, dan dengan ilmu itu jadikanlah kami manusia yang mengenali Mu ya Allah. Ya Allah siksa mu terlalu keras dan tidak mampu untuk kami melaluinya namun terlalu banyak dosa-dosa yang telah kami lakukan, ampunilah kami ya Alllah sesungguhnya engkau maha pengampun lagi maha pemberi ampun, ampunkah dosa-dosa kami.


posted on behalf of IAR

Saturday, March 15, 2008

Perlunya kepada tanggapan yang benar

Bagaimana untuk menentukan samada tanggapan kita betul atau tidak, mungkin kita berkata apa yang kita fikirkan itu betul dan orang lain salah tetapi adakah apa yang kita fikirkan itu betul, memang sukar untuk menentukan mana tanggapan yang betul dan mana yang salah dan selalunya kita hanya akAssalamualaikum dan salam sejahtera,

an sedar apabila akibat daripada tanggapan yang salah itu memberikan kesan kepada diri kita.


Islam memberikan panduan didalam kita mengunakan pemikiran kita dengan berpandukan Alquran dan sunnah rasulullah saw. Sekiranya kita mengambil rujukan daripada Al Quran dan Sunnah rasulullah saw maka disitu kemungkinan untuk lari dari jalan yang benar kecil sekali tetapi sekiranya kita hanya mengunakan akal pemikiran semata-mata mungkin kita akan melakukan kesilapan yang mungkin mengakibatkan kehidupan itu penuh dengan kerugian.

Seorang ayah sekiranya mendapati anaknya tidak pandai matematik dan menghantar anaknya tyuisen tetapi didalam hatinya berkata anak aku tak akan lulus, sebenarnya ayah tersebut tidak perlu menghantar anaknya tyuisen kerana anak itu tidak akan mungkin Berjaya kerana ayah tersebut tanpa disedarinya sentiasa mendoakan akan kegagalan anaknya. Alangkah ruginya kehidupan tersebut kerana kita berfikir begitu.

Oleh sebab itu begitu penting berfikir positif dan berbaik sangka terhadap Allah swt kerana Dia menentukan segalanya untuk melihat sejauh mana kita menaruh harap kepadanya. Sekiranya anda berkeinginan sesuatu dan tidak mendapatkannya, berusahalah bersungguh-sungguh, tidak dapat juga maka berharaplah sentiasa kepada Allah swt kerana mungkin ada baiknya anda tidak mendapatkannya kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat diri anda. Kita perlu belajar untuk redza diatas ketentuan allah swt. Amin


posted on behalf of IAR


Memahamami perbezaan tanggapan penting bagi semua..

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tanggapan, seringkali kita mempunyai tanggapan yang berbeza didalam kehidupan kita dengan orang lain, kita berbeza pandangan dengan isteri, anak, kawan dan masyarakat kerana kita mempunyai tanggapan yang berbeza dengan mereka. Semua tanggapan akan memberikan kesan kepada apa yang perlu kita fikirkan kemudian memberikan kesan juga kepada perasaan kita dan akhirnya di tunjukkkan didalam tindakan kehidupan kita.


Apakah tanggapan kita apabila dikatakan tentang neraka, begetar atau tidak hati kita, takut atau tidak perasaan kita, atau kita melihatnya sebagai suatu perkara biasa seperti kita berjalan-jalan di tepi pantai yang indah dimana hati kita penuh dengan ketenangan seolah-olah tiada apa yang perlu dirisaukan. Begitu juga apabila dikatakan tentang surga, adakah kita merasai suatu yang amat-amat kita perlukan dan tiada ruang, masa atau kesempatan yang perlu di buang. Adakah kita benar-benar cuba untuk mendapatkanya sehingga kita terpaksa berkorban apa sahaja dan cuba melakukan apa yang termampu untuk mendapatkanya.


Mengapa apabila dikejar oleh seekor anjing kita lari sekuat hati kita kerana takut akan digigit oleh anjing tersebut. Ini mungkin tanggapan kita anjing akan mengigit kita dan kita perlu lari tetapi apabila kita bertanggapan bahawa anjing itu perlu lebih takut kepada kita mungkin kita akan duduk dan cuba mengambil atau seolah-olah mengambil batu dan pada ketika itu anjing pula akan bertanggapan ini suatu yang bahaya dan perlu menjauhkan diri daripada kita.


Begitu juga apakah tanggapan kita apabila melihat anak, isteri, ibu, rakan dan masyarakat, apa tanggapan kita? Kita perlu melakukan sesuatu demi kebaikan kehidupan kita, Allah tidak melihat keputusan dari apa yang kita lakukan kerana dia tahu keputusannya adalah dariNya tetapi allah swt ingin melihat sejauh mana kita berusaha untuk kebaikan, marilah kita bermula untuk melakukan yang terbaik buat anak, isteri, ibu dan sesiapa sahaja hamba allah swt. Allah hualam.


posted on behalf of IAR

Thursday, March 13, 2008

Jadikan anak sebagai pemenang

Assalammulaikum dan salam sejahtera,


Kadang kala kita tidak sedar dunia anak kita tidak sama dengan dunia kita semasa kita masih kecil. Cabaran yang kita hadapi berbeza dengan cabaran yang mereka hadapi hari ini numun kita hendak mereka melalui seperti apa yang kita telah lalui. Mungkin kita perlu melihat kembali apa yang telah kita lakukan kepada mereka disebabkan jika hari ini kita tiada masa untuk mereka akan tiba suatu hari nanti, bila kita ada banyak masa untuk mereka tetapi mereka tiada masa untuk kita pula. Apab yang kita berikan akan kita terima pula kemudian hari. TQ


Esok i cuti. So tiada bahan akan dihantarkan. Bagi yang pertama kali menerima di Bcc, renungan dan bahan akan dihantar sekali disebelah pagi dan sekali sebelum pulang, mungkin dapat menambahkan ilmu untuk merubah diri kearah yang lebih cemerlang. TQ


JADIKAN ANAK SEBAGAI PEMENANG


Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!


1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . – bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu sangat… rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.


2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari – ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.


3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak…


4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…


5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.


6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga – Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.


7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.


8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.


9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya – ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.


10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.


11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya . Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.


12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali – ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.


13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.


14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.


15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.


16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam – biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.


17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sebenarnya dia menegur so, ubahlah. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.


18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.


19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita
"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggupkeNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggaldunia"



"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggupkeNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.


posted on behalf of IAR

Apa yang kita fikirkan

Assalammulaikum dan salam sejahtera,


Apa khabar semua, maaf lama tak hantar berita sebab bercuti (jumaat hingga isnin) untuk pilihan raya – mengundi di johor.


Didalam kehidupan yang begitu pantas berlalu bagaimana kita melihat kehidupan ini, adakah kita dapat berfikir untuk melihat kehidupan ini dengan kemanisan dan penuh kegembiraan atau kita melihat sebaliknya. Adakah kita rasa sakit hati apabila orang tidak menghormati kita, atau sakit hati bila orang tidak memuji kita atau tidak memberikan kerjasama kepada kita. Kemarahan itu bermula bila kita menuntut agar orang lain menghormati kita tetapi mereka tidak memberikanya kepada kita, kita mula menghidupkan api kemarahan itu sedikit demi sedikit dan akhirnya ia begitu besar dan memusnahkan segala yang ad adi sekeliling kita.


Bagaimana jika kita ambil secubit salji dan memadamkan api yang baru bermula untuk menyala, tentu api yang besar tidak akan berlaku. Jika kita boleh memaafkan maka segalanya akan bertukar dari marah kepada kasih, Apabila orang bertindak lain daripada apa yang kita kehendaki mungkin ada yang baik daripadanya sebab itu semua adalah dpd Allah swt. Fikirkanlah agar kita dapat melahirkan fikiran yang sentiasa berbaik sangka terhadap Allah swt.


Sedikit teka teki untuk difikirkan,


1. Ada sebuah kenderaan yang unik dengan mempunyai sekurang-kurangnya empat pemandu,tetapi jarang-jarang dinaiki lebih dpd seorang, jika nak naik selalunya memerlukan bantuan orang lain. Apakah dia?


2. Apakah bendanya sekiranya kita beli, kita tak gunakan. Apabila kita gunakan kita tak sedar bila kita gunakan?


Selamat berfikir dan berfikir menjadikan kita sentiasa diberika kebaikan oleh Allah swt. tq


Posted on behalf of IAR

Tarbiyah imaniyah buat anak tercinta

Assalammulaikum,


Mungkin kita perlu memerhatikan sejauh mana kita dapat memberikan hadiah kepada anak kita, mungkin kita tidak sedar bilakah pujian yang telah kita berikan kepada mereka sebelum ini, atau mungkin kita lebih selalu memarahi daripada memuji mereka. Bilakah agaknya kali terakhir kita duduk bersama untuk menasihati mereka atau bilakah kita kali terakhir bermesra dan berbual-bual dengan mereka, Semua ini hanya kita sahaja yang mampu untuk memperbetulkan segala kesilapan yang mungkin telah kita lakukan. Marilah sama-sama kita berfikir untuk melakukan yang terbaik. tq


http://usrahkeluarga.blogspot.com/2007/04/tarbiyah-imaniyah-buat-anak-tercinta.html


posted on behalf of IAR


Terus memperbaiki diri

Assalammulaikum dan salam sejahtera,


Lampiran hari ini di tujukan buat diri saya sendiri yang selalu lalai didalam melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah swt, semuga saya dapat memperbaiki diri sendiri dan terlalu banyak perkara yang boleh kita perbaiki didalam kehidupan yang terlalu singkat ini. Kita terlalu sibuk dan kadang-kadang terlupa apakah yang perlu kita berikan keutamaan didalam kehidupan ini.


Semuga kita tergolong didalam orang-orang yang mencari redza Allah swt dan mendapat keredaan daripada Allah swt. TQ


CARA ANDA MENGETAHUI SAMADA “ADAKAH ANDA GOLONGAN YANG DERHAKA KEPADA ALLAH ”



APAKAH PERASAAN ANDA APABILA ANDA MEMANGGIL ANAK @ ISTERI @ PEKERJA ANDA?



TETAPI MEREKA BUAT TIDAK DENGAR DAN CUMA DATANG KEPADA ANDA SELEPAS 1 @ 2 JAM SELEPAS ANDA PANGGIL DENGAN BERKATA “ADA APA AYAH @ ABANG @ BOS ?. TADI AYAH @ ABANG @ BOS PANGGIL SAYA KAN ?”


- Sediakan jawapan anda terlebih dahulu sebelum pergi ke muka seterusnya.


Mungkin anda akan lempang anak/isteri anda atau pecat pekerja anda. Didalam kepala anda anak/isteri/pekerja derhaka tak guna di simpan. Sesia aku bela/jaga atau beri gaji selama ni.Mungkin anda ada definasi lain yang lebih baik atau lebih buruk.


Soalannya : Setakat apakah yang anda telah berikan kepada anak/isteri/pekerja anda ? Makan ? Minum ? Rumah ? Wang ?


Lihat lah fakta ini dan renungilah kebenarannya………semoga kita sama sama beroleh manfaat daripadanya.

•Allah memanggil kita 5 kali sehari semalam melalui muazzin ( Azan waktu ).


•Adakah kita pergi menyahut seruan Allah itu atau kita sebuk dengan urusan kita dengan alasan waktu solat masih panjang lagi, ada mesyuarat dan lain lain alasan lagi.


•Ingatlah Allah memberikan kita semuanya. Dari jari, tangan, kaki, mata, kepala dan segala galanya yang ada ditubuh kita. Tak pernah minta di bayar. Rasa rasa kalau dia minta bayar sewa tangan atau mata camne ?? Ataupun dia kata nak buang air kena sewa setiap kali pakai ???


•Dia (Allah) Cuma minta kita syukur kepada nya dan taat apa yang disuruhnya seperti yang tercatit didalam al-Quran.


•Datang Solat berjemaah setiap waktu apabila di panggil oleh Raja sekalian Alam.


•Gunakan hukum Allah sepenuhnya didalam kehidupan ini dan lain lain lagi.


•Kalau “anak/isteri/pekerja” kita panggil tak guna/derhaka kerana ingkar bila dipanggil mengadap kita ….apakah pula status kita disisi Allah bila dipanggil (AZAN) tapi kita buat pekak / bodoh


•KITA DATANG SOLAT 1 @ 2 JAM KEMUDIAN SEDANGKAN ALLAH NAK KITA SOLAT JEMAAH (INGAT DIA) LEPAS SAJA AZAN HABIS.


•BUKANKAH ITU MAKNANYA KITA TERAMAT DERHAKA KEPADA ALLAH SEPANJANG HARI. SUBHANALLAH… INGATLAH semua yang ada didalam diri kita ini kita pinjam daripada Allah taala tanpa bayaran sesenpun.



posted on behalf of IAR

Berfikiran Positif

Assalammulaikum dan salam sejahtera,


Kita selalu melihat yang kita terima suatu yang kadang kala buruk buat kita, tetapi sebenarnya Allah ingin melihat bagaimana kita berbaik sangka terhadapnya. Keindahan itu adalah apabila kita Berjaya mencipta kegembiraan didalam pemikiran kita, kita adalah apa yang kita fikirkan. Ithink , ifeel and I do. Apakah kita perlu marah kerana kemarahan itu hanya sebentar, apa yang kita perolehi adalah suatu yang perlu kita lihat dengan positif kerana kita sahaja yang mampu mengubahnya sekiranya kita mahu.


Apabila mempunyai anak yang kurang bijak, adakah kita perlu menyesali apa yang telah kita terima, atau kita perlu lebih bersungguh-sungguh lagi untuk menjadikan ia Berjaya, dekati mereka, hormati mereka, bersama-sama dengan mereka, puji mereka, bantu mereka dan jadikan mereka sebagai peluang untuk kita menjadi guru yang terbaik buat mereka sehingga mereka merasakan alangkah beruntung mempunyai ayah, ibu yang amat bersedia untuk berkorban demi kejayaan mereka.


Sentuh hatinya bukan pemikirannya. Doakan agar mereka turus Berjaya dan Berjaya.



posted on behalf od IAR

Adakah aku sudah beriman?

Assalammulaikum dan salam sejahtera,

Maaf tiada issu semalam sebab outstation, kita perlu melihat segala-galanya dengan rasa yang penuh positive sebab semua yang datang adalah dari allah dan yang baik atau yang buruk juga dari allah swt. Oleh sebab itu kita perlu melakukan yang terbaik sebab kita percaya allah swt maha melihat apa yang kita lakukan, maha mengetahui apa yang hendak kita lakukan dan maha mendengar baik secara sembunyi atau terang-terang apa yang kita perkatakan. Kita tidak mampu untuk melarikan diri kita dpd allah swt.

Semuga kita berusaha untuk menghampirkan diri kita kepada pencipta yang maha agong dan sempurna. tq


ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN ?

"Apakah manusia itu mengira bahaa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepada Nya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129


ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


posted on behalf if IAR