Thursday, March 13, 2008

Kewajiban pertama seorang hamba

Assalammulaikum dan salam sejahtera,


Adakah kita adil terhadap tubuh badan kita, berapa lama kita tidak melakukan senaman, sekiranya kita tidak ada masa untuk melakukan senaman nanti kita terpaksa memberikan masa untuk tubuh badan kita bila badan itu sakit. Hari ini kita tiada masa untuk bersenam nanti kita terpaksa ada masa untuk merawat tubuh yang mempunyai banyak sakit.


Begitu juga jika kita tiada masa untuk anak kita maka akan sampai suatu hari nanti apabila kita ada banyak masa tetapi anak kita tiada masa pula untuk kita. Kita akan keseorangan kerana kita memilih untuk begitu di dalam kehidupan kita. Kita apa yang kita fikirkan dengan izin Allah swt. Apakah yang kita mahu didalam kehidupan ini? Kita mahu keluarga yang bahagia? Tetapi adakah kita bahagia sekarang? Kita mahukan kekayaan? Tetapi adakah kita kaya sekarang? Kita mahukan kenikmatan tetapi adakah kita telah memperolehinya sekarang? Jadi apakah yang kita mahukan sekarang?


Persoalan dari mana kita datang, apa tujuan kita dilahirkan dan kemana akhirnya penghidupan dan kesudahan untuk kehidupan ini. Adakah persoalan ini bermain didalam pemikiran kita? Semuga kita menjadi hamba-hamba allah yang mengunakan akal untuk berfikir tentang kebesaran tuhan (Allah swt). tq


http://usrahkeluarga.blogspot.com/2007/06/apa-kewajiban-pertama-seorang-hamba.html


posted on behalf of IAR

0 comments: