Thursday, March 13, 2008

Mungkin suatu yang perlu kita fikirkan

Assalammulaikum dan salam sejahtera,


Kehidupan penuh dengan cabaran, tiada cabaran seolah-olah kehidupan ini tanpa ujian untuk melihat bagaimana kita percaya kepada tuhan. Setiap orang ada ujian yang tersendiri, kadangkala begitu sukar ujian tersebut dan kadang kala begitu senang. Tetapi senang atau susah adalah bergantung kepada tanggapan seseorang terhadap permasalahan tersebut. Ada seseorang menghadapi masalah yang begitu sukar sehingga untuk mencari makan pun terpaksa berkerja bersungguh membanting tulang empat kerat, sebaliknya ada orang yang diberikan kelebihan untuk tidak berkerja tetapi mendapat hasil pencarian yang begitu banyak.


Ini semua ujian untuk melihat manusia bagaimana mereka melihat kehidupan ini samada berbaik sangka dan bersyukur kepada Allah swt. Amat senang untuk memperkatakan syukur kepada allah tetapi adakah tindakan kita benar-benar merasakan akan kita hanya berharap kepada Allah dan merasakan allah swt sentiasa memerhatikan kita dan melakukan yang terbaik kerana percaya Allah swt sentiasa mengawasi dan tidak pernah lupa terhadap apa yang dilakukan oleh hamba-hambanya. Baik atau buruk sebenarnya semua daripada allah swt dan tentunya ada yang baik yang tersembunyi yang ingin diberikan untuk menguji akan keyakinan dan keiman seseorang.


Firman Allah swt “Jangan kamu menyatakan kamu beriman sebelum kamu di uji…”



Kita dimana ye? Allah hualam


posted on behalf of IAR


0 comments: