Tanggapan, seringkali kita mempunyai tanggapan yang berbeza didalam kehidupan kita dengan orang lain, kita berbeza pandangan dengan isteri, anak, kawan dan masyarakat kerana kita mempunyai tanggapan yang berbeza dengan mereka. Semua tanggapan akan memberikan kesan kepada apa yang perlu kita fikirkan kemudian memberikan kesan juga kepada perasaan kita dan akhirnya di tunjukkkan didalam tindakan kehidupan kita.
Apakah tanggapan kita apabila dikatakan tentang neraka, begetar atau tidak hati kita, takut atau tidak perasaan kita, atau kita melihatnya sebagai suatu perkara biasa seperti kita berjalan-jalan di tepi pantai yang indah dimana hati kita penuh dengan ketenangan seolah-olah tiada apa yang perlu dirisaukan. Begitu juga apabila dikatakan tentang surga, adakah kita merasai suatu yang amat-amat kita perlukan dan tiada ruang, masa atau kesempatan yang perlu di buang. Adakah kita benar-benar cuba untuk mendapatkanya sehingga kita terpaksa berkorban apa sahaja dan cuba melakukan apa yang termampu untuk mendapatkanya.
Mengapa apabila dikejar oleh seekor anjing kita lari sekuat hati kita kerana takut akan digigit oleh anjing tersebut. Ini mungkin tanggapan kita anjing akan mengigit kita dan kita perlu lari tetapi apabila kita bertanggapan bahawa anjing itu perlu lebih takut kepada kita mungkin kita akan duduk dan cuba mengambil atau seolah-olah mengambil batu dan pada ketika itu anjing pula akan bertanggapan ini suatu yang bahaya dan perlu menjauhkan diri daripada kita.
Begitu juga apakah tanggapan kita apabila melihat anak, isteri, ibu, rakan dan masyarakat, apa tanggapan kita? Kita perlu melakukan sesuatu demi kebaikan kehidupan kita, Allah tidak melihat keputusan dari apa yang kita lakukan kerana dia tahu keputusannya adalah dariNya tetapi allah swt ingin melihat sejauh mana kita berusaha untuk kebaikan, marilah kita bermula untuk melakukan yang terbaik buat anak, isteri, ibu dan sesiapa sahaja hamba allah swt. Allah hualam.
posted on behalf of IAR
0 comments:
Post a Comment