Tuesday, March 25, 2008

Kesempatan adakah masih ada?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kesempatan atau peluang selalu datang dan pergi, tetapi adakah kita sentiasa mengambil kesempatan yang ada dan mengunakan kesempatan itu sebaik mungkin. Kita selalu menyesal diatas ketidak pekaan kita terhadap apa yang patut kita lakukan sehingga apabila telah tiada peluang masa itu baru kita cuba untuk melakukan yang sebaik mungkin terhadap apa yang boleh kita lakukan. Tetapi kita tidak boleh mengembalikan masa yang telah pergi.

Lanjutan daripada email pagi tadi, bagaimana kurusnya tubuh badan kanak-kanak ini dan tentu kita merasa kesian terhadap diri kanak-kanak tersebut, tetapi bagaimana pula Allah swt melihat diri kita, mungkinkan roh dan jiwa kita lebih kurus daripada kanak-kanak ini. Mungkin Allah memberikan begitu banyak peluang untuk kita memperbaiki diri kita tetapi kita tidak mengunakan peluang yang ada sebaik mungkin untuk membetulkan kesilapan yang ada pada diri kita untuk memperbaikinya.

Kita selalu sepi bila dibacakan Al-Quran kepada diri kita, kita tidak mahu untuk memahami dan membaca dengan penuh perasaan untuk mencari sesuatu pemberian daripada tuhan yang akan membetulkan diri kita dan akan menjaga keselamatan kita diakhirat nanti. Bagaimanakah perasaan kita sekiranya kita seperti kanak-kanak didalam gambar ini dan tiba-tiba ada tangan yang menghulurkan bantuan untuk membantu kita mendapatkan sedikit makanan dan merasai kenikmatan. Bagaimanakah perasaan terima kasih dan terharunya diatas sedikit pemberian daripada tuhan tersebut.

Bayangkan perasaan juru photo di atas yang telah membunuh diri kerana tidak melakukan sesuatu dimasa ia boleh melakukan sesuatu, bagaimana pula diketika kita boleh melakukan sesuatu buat diri kita, buat anak kita, buat isteri kita tetapi kita tidak mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu, Apakah yang mungkin untuk kita memperkatakan tentang diri kita? Adakah kita baik, adakah kita waras, adakah kita seorang yang patut dihormati, adakah kita seorang yang tahu erti terima kasih dan seorang manusia yang perlu disanjung atau dihina? Adakah kita mengunakan kesempatan hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit dan senang sebelum susah yang kita ada sekarang ini?

Semua jawapan kepada persoalan ini memerlukan tindakan sekarang dan kita perlu melakukan sekarang dan bukan menanti lima minit lagi tetapi sekarang dan sekarang. Setiap saat ada masa sekarang dan sekaranglah kita perlu melakukan semua perkara yang baik didalam kehidupan kita yang sementara ini. Semuga kita sama-sama dapat mencari redza Allah swt.

Wahai jiwa yang kerdil, wahai diri yang selalu alpa, wahai kehidupan yang sementara, apakah yang sebenarnya yang aku inginkan didalam kehidupan ini, mengapa hati ini masih keras dan tidak mahu mengaku akan kasih sayang Allah swt yang begitu banyak yang diberikan kepada diriku selama ini, mengapa aku terlalu takbur dan sombong, Ya allah ikhlaskanlah hati-hati kami dan jadikanlah kami hamba-hambaMu yang menyerah diri.

posted on behalf of IAR

0 comments: