Thursday, March 13, 2008

Kata-kata Loqman kepada anaknya

Assalammulaikum,
Semuga dapat merenung untuk kebaikan bersama. tq
Renungilah dan hayatilah kata-kata Luqman Al-Hakim ini. Umpamakan juga “anakku” itu diri kita sendiri.

Kata Lukman Al-Hakim kepada anaknya :

"Wahai anakku! apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaan.Semua anggota badanmu akan menjadimalas untuk melakukan ibadah,dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya dimana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat(mengahdapi Allah) dan manfaat berzikir (ingat kepada Allah).

"WAhai anakku ! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya,maka apabila kamu dewasa kelak (dihari tua) kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya".

"Wahai anakku ! kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah,dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan.Kerana jenazah itu mengingatkan kamu akan kesudaahan dari hidupmu didunia yang fana ini.Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuatkan kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia". kata-kat loqman kepada anaknya

"Wahai anakku! aku sudah memikul batu2 yang besar, aku juga sudah mengangkat besi2 yang berat.Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya".

"Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda2 pahit,tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan"

"Wahai anakku ! aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang"

"Wahai anakku! sepanjang hidupku aku hanya dapat memilih kalimah dari pusaka para nabi2 yang lalu, sabda mereka :

1. Apabila engkau mengerjakan sembahyang, beribadah kepada Allah swt, maka jagalah baik2 fikiranmu.
2. Apabila engkau berada dirumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu (pandangan matamu).
3. Apabila engkau berada ditengah2 majlis,hendaklah kamu menjaga lidahmu (perkataanmu).
4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan,hendaklah kamu menjaga perangaimu. 5.Ingatlah kepada Allah SWT
6.Ingatlah akan mati.
7. Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.
8. Lupakanlah semua kesalahan orang terhadap dirimu.

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan ygdalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agarjangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInyaialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedarsetalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliandari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalamberibadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akanlebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepadaALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yangdilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanamtanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu bolehmenjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuktidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut (takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmatALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya keranatidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasabanyak melamunkan hal hal yg tidak benar.Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpdmemberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batubesar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalahbilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagaiutusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah sajayang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikanmemakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikanakibat yg berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atauhadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orangmati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kanmenghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenanganduniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, keranasesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makananitu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnyabarang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu,kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentumenimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa danmusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihatdari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalumencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubahbagaikan orang yg mencari kayu bakar, makasetelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahumenambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalamkemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkaumengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu,dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorangterhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, = tempatkanlah dirimu padanya sebagaiorang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia ygmengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidakingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalahsifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimuselalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlahuntuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhlukyang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata ygbusuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiamdiri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagiorang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatuyg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlahengkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensiasiakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiamakan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidakdapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu.Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati inimendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah darimutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dannafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendangdunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadipengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau pelukdunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makandan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan denganorang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

posted on behalf of IAR

0 comments: