Zikir, bagaimana kita lakukan hari ini, adakah sentiasa bermain didalam pemikiran, lisan dan tindakan kita? Mengapa kita perlu berzikir? Tidakkah begitu besar pemberian Allah swt keatas kita selama ini, perhatikanlah kejadian kita, bagaimana tuhan menjadikan begitu sempurna kejadian yang telah diberikan kepada kita, jika kita pergi melihat orang kurang upaya di kuala kubu baru, kita akan mendapati betapa beruntungnya kita yang dijadikan begitu sempurna oleh allah swt, bahkan ada yang dijadikan bukan sahaja sempurna malah diberikan kecantikan rupa paras, kebijaksanaan dan juga pangkat serta kedudukan diatas muka bumi ini.
Tidakkah kita patut memuji Allah swt? Bukankah sombong namanya jika kita tidak tahu untuk mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah memberikan sesuatu yang begitu baik buat diri kita. Mari kita lihat suatu kebesaran Allah yang menjadikan alam ini, kejadian bulan yang begitu unik, tiada siapa yang tahu suatu masa dahulu bahawa bulan tidak mengeluarkan cahaya tetapi hanya pantulan cahaya matahari tetapi perkara ini telah diceritakan oleh al quran dengan begitu jelas sekali. Tiada orang yang tahu bagaimana kejadian manusia 1400 tahun dahulu tetapi alquran telah menceritakan perkara tersebut dengan jelas dan teliti dan sekarang sain telah membuktikan dengan kajiannya.
Tetapi kenapa kita terlalu angkuh untuk merendahkan hati kita untuk benar-benar beriman kepada allah swt, Tiada air mata kesyukuran yang mengalir kerana pemberian tuhan yang begitu besar buat diri kita, tiada tercetus rasa rendah diri, alangkah baiknya jika hati ini dapat merasakan bahawa hanya engkau YA ALLah yang telah memberikan nikmat yang begitu besar buat diri ini, ampunkan dosa-dosa kami, berikanlah kecintaan kepadu Mu ya allah, berikan lah kecintaan kepada rasul Mu Ya Allah, berikanlah kami hati-hati yang ikhlas, jauhkanlah kami dari godaan saitan, ya Allah kami tahu bahawa terlalu banyak dosa-dosa yang telah kami lakukan samada kami sedar dan tidak kami sedari, Ya Allah berikan lah kami ilmuMu, dan dengan ilmu itu jadikanlah kami manusia yang mengenali Mu ya Allah. Ya Allah siksa mu terlalu keras dan tidak mampu untuk kami melaluinya namun terlalu banyak dosa-dosa yang telah kami lakukan, ampunilah kami ya Alllah sesungguhnya engkau maha pengampun lagi maha pemberi ampun, ampunkah dosa-dosa kami.
posted on behalf of IAR
0 comments:
Post a Comment