Hujung minggu tiba kembali, apa yang mungkin kita lakukan untuk kebaikan keluarga kita minggu ini, Adakah kita akan memanggil keluarga kita untuk duduk sebentar bagi membincangkan tentang kelahiran Rasul saw yang sepatutnya kita cintai dan kita kasihi, mungkin kita boleh membuka sirah rasul dan membacakan kisah-kisah yang terdapat didalamnya bagi mengembalikan semula pengorbanan yang telah dilakukan oleh rasul didalam menyampaikan dakwahnya.
Saya teringat akan perbualan seorang kanak-kanak yang bertanya kepada ayahnya, “ ayah tanam apa tu” ayah menjawab “pokok betik” Pokok apa yah “pokok betik TU apa yah” Ayah tersebut menjelaskan secara detail tentang pokok betik. Anak tu berkata “ Oh kalau kita tanam pokok betik, kita akan dapat buah betik lah nanti” Ya jawab si ayah.
Kemudian siayah menambah begitu juga kalau kita hidup di dunia ini apa yang kita tanam akan kita perolehi semasa di akhirat nanti. Kalau kita buat baik dan Allah akan beri yang baik di akhirat nanti, kalau kita buat jahat juga Allah akan beri yang jahat nanti.
Si anak terdiam dan kemudian berkata “Adik selalu ambil barang abang, adik dapat dosalah yah, dosa tu apa sebenarnya” Ayah berkata” Dosa itu adalah suatu balasan untuk menilai perbuatan yang salah yang kita lakukan, dan hanya alllah swt sahaja yang menentukan kiraan dosa itu, kalau kita marah kawan dan kita marah ibu walaupun perbuatannya sama tetapi kalau kita marah ibu dosanya lebih besar lagi daripada marah pada kawan.
Kita perlu mempunyai ilmu kerana orang yang mempunyai ilmu sahaja yang akan takut untuk melakukan dosa kepada Allah swt.” Kalau macam itu adik nak belajar sungguh supaya jadi orang yang berilmu dan tak akan buat dosa. Ayah berkata” kita bukan manusia yang tak buat dosa, kerana kita memang selalu buat dosa sebab Allah nak lihat samada kita mohon ampun tak selalu kepadaNya dan cuba tak mengulangi segala dosa yang telah kita lakukan.”
Semuga kita merenung perbualan di atas dan berusaha bersungguh untuk menjadi hamba-hamba yang benar-benar berserah dan mengharap pada tuhan bukan pada manusia. Kebahagian sebenarnya adalah apabila kita dapat merasai cinta Allah SWT dan mengasihi Rasulullah saw. Berapa jauhkah perjalanan yang perlu kita lalui lagi?
posted on behalf of IAR
0 comments:
Post a Comment