Maaf semalam tiada berita, bercuti segera.
Apabila melihat generasi muda sekarang yang begitu sibuk dengan tugas masing-masing dan tiada masa untuk berbual mesra dengan orang tua saya tertarik untuk membawa kita berfikir tentang bagaimana kita suatu hari nanti, mungkin telah saya perkatakan sebelum ini tapi sekadar untuk memperingatkan kembali.
Pada 1962 tahun kelahiran saya di Batu Pahat hanya ada satu taman asuhan untuk kanak-kanak, tetapi bagi sesiapa yang menghantar anak ke sana semua orang mencemuh dengan berkata “hai anak sendiri jagalah sendiri tak kan nak hantar kat orang lain jaga, tiada ahli keluarga yang boleh membantu ke? Mana adik beradik atau emak dan emak mertua? Tak boleh bantuke?
Tetapi hari ini setelah 40 tahun berlalu, kita dapati setiap taman di Batu Pahat mempunyai taman asuhan untuk menjaga bayi-bayi dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Bila berbual bagi ibu-ibu akan bertanya u hantar nak ke nesery mana, best tak, jagaan baik tak dan pelbagai lagi perbincangan tentang taman asuhan.
Tetapi hari ini telah ada sebuah rumah asuhan untuk orang tua-tua, bukan rumah orang tua tetapi mereka yang tua dihantar oleh anak-anak mereka ke rumah tersebut untuk mendapatkan penjagaan yang baik daripada rumah asuhan tersebut. Cemuhan juga telah kita dengar dengan kata-kata” hai emak dan ayah sendiri pun tak boleh jaga sendiri ke, tiada pembantu ke? Anak macam mana ni? Tak boleh ke adik beradik bincang dan jaga orang tua? Tetapi mereka berpakat kumpul duit sikit-sikit seorang untuk hantar orang tua kerumah asuhan sebab sibuk tiada masa untuk menjaga orang tua mereka. Mengapa begitu? Adakah sebab hari ini kita tiada masa untuk anak kita dan tiba masanya pula anak kita tiada masa untuk kita.
Rumah asuhan untuk orang tua sekarang ini telah ada di shah alam, ceras dan beberapa tempat lagi dan ini tahun 2008 dan bagaimana agaknya pada tahun 2040, 30 tahun akan datang mungkin kita dengan hanphone masing-masing akan berhubung antara satu sama lain dan bertanya “ hai, u kat taman asuhan mana sekarang? Ok tak kat situ, dan banyak lagi perbincangan tentang taman asuhan yang akan kita bincangkan seperti hari ini kita berbincang tentang taman asuhan untuk anak-anak kita.
Dunia berubah dan kita perlu melakukan perubahan dengan mendekati anak kita supaya apa yang mereka fikirkan akan diubah untuk menjadi manusia yang takutkan Allah swt dan kembali kepada allah swt. Ini tidak akan berlaku sekiranya kita sendiri tidak takut kepada allah dan memulakan perjalanan untuk mengenali allah swt dan juga rasulnya. Marilah sama-sama kita memulakan dengan meneliti sirah-sirah perjuangan rasulullah saw. Insaallah.
posted on behalf of IAR
0 comments:
Post a Comment