BERKONGSI, suatu yang mungkin jarang-jarang atau mungkin kerap kita lakukan didalam kehidupan terutama apabila kita mempunyai apa sahaja yang kita perlukan. Hanya orang yang sedang bercinta sahaja tidak kisah untuk berkongsi apa yang dia ada buat kekasihnya. Berkongsi perasaan, berkongsi makanan, berkongsi kesukaran dan kepayahan untuk sama-sama melalui kehidupan ini dengan perasaan kasih dan menyayangi.
Daripada kisah disertakan dapat kita bayangkan betapa indahnya kehidupan yang dilalui oleh pasangan tersebut dan mungkin kita mahu untuk mersai perasaan seperti itu apabila kita tua nanti. Apakah mungkin berlaku? Ianya berbalik semula kepada persoalan kenapa kita berumah tangga dahulu? Adakah kita berumah tangga untuk mecari sesuatu yang agung atau sesuatu yang sementara buat hidup ini. Sekiranya kita memilih pasangan kerana kecantikan, kecantikan akan hilang dengan masa berlalu, sekiranya kita pilih kerana kekayaan, kekayaan bila-bila sahaja boleh diambil oleh Allah swt. Tetapi sekiranya kita memilih mereka kerana mencari redza allah swt maka kita mungkin akan diberikan oleh Allah swt rahmatNya dan Berjaya didunia dan akhirat.
Teringat kata-kata seorang sahabat nabi yang ketika itu berusia 80 tahun dan ingin mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis, “ Sesungguhnya aku memilih dirimu kerana cinta kepada alllah dan ingin melihat dirimu selamat di kehidupan di akhiratmu nanti.” Atas dasar yang jelas maka kehidupan itu penuh dengan keindahan yang sebenarnya. Adakah kita bahagia sekarang ini. Sebenarnya kebahagian adalah apabila kita dapat menghubungkan apa sahaja yang kita lakukan dengan Allah swt, mudah untuk ditulis tetapi amat sukar untuk merasainya, seorang itu akan merasa bahagia walaupun dihina kerana dia sedar apa yang dilakukan adalah kerana mencari pujian daripada Allah swt dan mengapalah perlu marah kepada manusia kerana manusia yang menghina kita adalah seorang yang telah dipilih oleh Allah swt untuk menguji kita sejauh mana kita merasai kesungguhan kita untuk melakukan yang hak didalam kehidupan ini.
Apakah sebenarnya yang kita inginkan apabila kita berkeluarga, adakah kita inginkan anak untuk zuriat kita nanti? Tapi apakah gunanya zuriat sekiranya ia tidak dapat membantu kita untuk kehidupan kita diakhirat nanti. Apa guna anak sekiranya ia menyusahkan kita semasa kita tua nanti? Tetapi mengapa mereka boleh menyusahkan kita? Tentunya kerana sikap mereka yang tidak mengenal Allah didalam kehidupan menyebabkan mereka tiada peduman dan tiada dasar yang betul. Mengapa boleh berlaku begitu? Tentunya kerana kita gagal mencorak kehidupan mereka daripada kecil agar lebih baik. Kita pencorak dan mewarna kain putih tersebut samada ingin dijadikan indah atau sebaliknya.
Namun bolehkah kita mencorakkan kain putih tersebut dengan keindahan corak batik sekiranya kita tidak tahu bagaimana untuk melukiskanya. Tugas dan peranan kita terlalu besar untuk mencorakkan diri kita sendiri dahulu supaya corak yang kita warnakan adalah sama dengan corak yang Allah swt kehendaki. Apakah corak yang Allah inginkan? Jawapan ini kembali semula kepada apa yang di tinggalakan oleh rasululllah saw iaitu Al Quran dan sunnahnya. Sejauh mana kita cuba untuk memahaminya, cuba untuk mempelajarinya dan mencari peduman untuk melalui kehidupan daripadanya. Kita tiada masa dan kita sentiasa terdesak untuk melakukan banyak perkara, tetapi adakah kita merasainya?
Walau apa pun yang berlaku, sekarang adalah masa untuk merubah dan kita mampu melakukanya sekiranya kita mahu merubahnya. Marilah kita sama-sama bermula untuk membina apa yang ingin kita laksanakan. insyaAllah
.................Dari petikan buku setengah berisi, setengah kosong
BERKONGSI
Pada suatu hari, sepasang suami isteri yang sudah lanjut usianya mengunjungi pejabat lama mereka bagi mengingati kembali nostalgia semasa mereka berkerja dahulu. Kesempatan ini digunakan oleh mereka untuk menikmati sup ekor yang terkenal di kantin masa itu. Kebetulan pada masa makan itu ramai pegawai yang turut serta makan melihat pasangan tersebut dan melihat kemesraan mereka.
Si suami dan isteri berbaris memesan sup ekor mereka tetapi mereka hanya memesan satu mangkok sup ekor, sepinggan nasi dan dua gelas the ais serta satu pinggan dan mangkok kosong. Semua orang memerhatikan gelagat pasangan suami isteri dengan rasa hairan. Mengapa mereka hanya membeli satu pesanan sup dan ansi sahaja? Malah beberapa orang pekerja sedih melihat kedaifan kedua orang tua itu kerana hanya mampu membeli makan untuk seorang sahaja. Si suami mula membahagikan nasi dan sup ekor itu kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk dirinya dan satu lagi diserahkan kepada isterinya. Kemudian mereka pun makan dan sisuami terus makan dan si ieteri tersenyum melihat sisuami makan tanpa makan walaupun sedikit.
Seorang pekerja tiba-tiba berdiri dan berjalan menuju kemeja mereka> Dengan rasa sedih, pekerja itu mempelawa mahu membelanja pasangan berkenaan semangkuk sup ekor lagi. Dia terharu melihat pasangan suami isteri yang difgikirkannya hanya mampu membeli satu hidangan sahaja. Namun pelawaan itu di tolak dengan lembut oleh pasangan tersebut dengan mengunakan bahasa isyarat, sambil keduanya tersenyum mesra.
Si suami kembali menyambung menikmati makananya sementara isterinya memandang sambil tersenyum sehinggalah sup ekornya sendiri menjadi sejuk. Selepas beberapa lama, pekerja tadi datang semula kemeja pasangan berkenaan kerana gelisah melihat gelagat mereka berdua. Si isteri masih tidak makan hanya menunggu suaminya menghabiskan makanan. Betapa besarnya cinta isteri kepada suami sehingga rela berkorban menunggu suaminya selesai makan.
Pekerja tadi sudah tidak dapat menahan rasa hairanya lalu bertanya, ”Makcik, saya lihat dari tadi makcik tidak makan tetapi hanya menunggu dan melihat pakcik makan. Boleh saya tahu, mengapa makcik tidak makan dan apa yang makcik tunggu?” Dengan tersenyum, si isteri menjawab, ”Makcik tunggu gigi palsu, yang sedang dipakai oleh pakcik tu”.
posted on behalf of IAR
0 comments:
Post a Comment