Wasiat mungkin tidak pernah terlintas untuk kita menulisnya, kita rasa mungkin bukan untuk kita kerana kita tidak rasa yang kita akan pergi dalam masa yang terdekat ini. Tetapi kematian tidak pernah lupa kepada kita, hanya kita yang selalu lupa kepada kematian yang tentunya pasti akan kita lalui. Marilah kita renungkan pengalaman yang diceritakan ini, mungkin akan memberikan suatu pengajaran untuk kita merasakan bahawa kita perlu melakukan banyak perkara sebelum tibanya kematian yang sentiasa tidak pernah lupa kepada diri kita.
Orang yang bijak adalah mereka yang belajar daripada pengalaman orang lain, tetapi orang yang belajar dari kesilapannya sendiri adalah orang yang mengunakan akal untuk memperbaiki diri sendiri tetapi orang yang tidak belajar dari kegagalan diri sendiri dan juga tidak belajar daripada kegagalanan orang lain adalah orang yang betul-betul bodah dan sombong.
Semuga kita menjadi orang yang ingin memperbaiki diri sendiri, keluarga dan masyarakat kearah yang lebih cemerlang. Andalah orang yang akan Berjaya didalam kehidupan ini sekiranya kita bersedia untuk menghadapi kesukaran dan merasai kita mampu untuk membina kejayaan tersebut. Insyaallah.
BAGAIMANAKAH RUPA WASIATKU?
Jam 4 pagi, wisel berbungi bertalu-talu menandakan semua peserta perlu berkumpul untuk aktiviti-aktiviti seterusnya, saya turut serta berkumpul dikawasan lapang untuk aktiviti seterusnya, hatiku berdetik apa pula kali ini tentunya suatu pengalaman baru yang akan aku tempuhi tapi apa ye?
Ketua dipanggil oleh kem komandan untuk tugasan seterusnya, apabila ketua kembali beliau bertanya ada tak sesiapa yang membawa tisu golong dan juga kain sarong. Beberapa orang menyatakan ada membawanya seperti yang diarahkan sebelum kami datang ke kem tersebut.
Ketua membacakan tugasan seterusnya kepada kami, Kami telah pergi melancong kesebuah negara timur tengah dan salah seorang daripada kita telah mengalami sakit tiba-tiba dan telah menemui kematian. Jenazah tersebut perlu diuruskan dan kumpulan perlu mengkapankan jenazah tersebut mengunakan kertas tisu dan menyenaraikan apakah wasiat-wasiat yang akan disampaikan kepada keluarga simati apabila pulang nanti.
Semasa memilih siapakah ingin menjadi mayat, masing-masing rasa keberatan untuk menjadi mayat yang sementara sebab tak tahu apa yang mungkin berlaku selepas itu, mungkin perlu dimasukkan kedalam liang lahat dan tentunya rasa gerun. Namun akhirnya aku terpilih untuk merasai menjadi mayat, tubuhku dibalut daripada bawah hingga ke kepala dan hanya mata serta mulut yang tidak ditutup.
Aku dibaringkan dan untuk memastikan tisu-tisu tidak terkoyak maka tali digunakan untuk mengikat tubuh ku, rasanya begitu sukar sekali untuk aku bergerak, aku terbujur kaku tidak dapat untuk aku mengerakkan tubuhku. Aku diletakkan diatas pengusung yang diperbuat dari kain sarong dan dua batang kayu, aku diangkat dan aku merasai kenderaan yang dipandu sekurang-kurangnya oleh empat orang tersebut. Aku merasai terlalu jauhnya perjalanan, diusung oleh rakan kumpulan ku ke suatu tempat yang tidak aku ketahui.
Aku diletakkan kembali dan semua rakan kumpulan ku duduk disekelilingku, mereka mula berbincang sekiranya mereka diriku apakah yang mungkin akan aku wasiatkan buat orang-orang yang mungkin aku tinggalkan.
Antara wasiat yang mereka bicarakan:
Aku berharap agar keluargaku menyelesaikan hutang-hutang ku, maka aku terfikir berapa banyak hutang yang telah aku tinggalkan buat keluarga mampukah untuk mereka menyelesaikan hutang-hutangku, apakah yang akan ku hadapi apabila mereka gagal untuk membayar hutang-hutangku mungkin aku terpaksa mengambil dosa-dosa orang lain sebagai ganti kerana aku telah berhutang kepada mereka. Adakah mereka tahu hutang-hutangku takut-takut mereka tidak tahu kerana aku sendiri tidak memaklumkan hutang tersebut kepada mereka. Alangkah ruginya diriku.
Apakah yang mungkin aku pesan atau wasiatkan buat isteriku? Masing-masing tidak tahu untuk mencatitkan apa yang perlu, aku sendiri buntu akal apakah yang mungkin akan aku wasiatkan buat isteriku, akhirnya merka mencadangkan mungkin aku mahu untuk isteriku mendidik anak-anakku agar menjadi anak yang soleh, ya aku bersetuju dengan pandangan mereka. Tetapi aku mula berfikir pula adakah isteriku mampu untuk mendidik anak-anakku, apakah yang telah aku sediakan buat dirinya untuk menjadi seorang ibu yang baik yang akan mendidik anak-anakku nanti, aduh aku mula berfikir lagi banyaknya tugas-tugas yang perlu aku lakukan didalam kehidupan ini.
Rakan-rakan ku berkata perlu kita membantu untuk mendidik anak-anakku, aku pula berkata adakah aku mempunyai rakan yang begitu baik sanggup mendidik anak-anakku, adakah sama seperti aku mendidik mereka, tapi aku mula bertanya adakah aku telah mendidik anakku sebaik mungkin, adakah aku telah mengajar anak-anakku untuk mengenal allah swt yang maha berkuasa, adakah aku benar-benar mengajar anakku mengenal dosa dan pahala, adakah mereka akan menjadi manusia yang benar-benar takut kepada allah dan mencintai allah dan rasul didalam kehidupan mereka nanti.
Rasa panas mula menyelubungiku, walaupun jam mungkin baru jam 5 pagi dan suasana bukit yang begitu sejuk tetapi dengan hanya dibalut oleh kertas tisu terasa panasnya, aku mula berpeluh namun untuk bergerak tidak mampu kerana aku terikat. Aku pasrah diatas apa yang berlaku.
Rakan-rakan ku seorangdemi seorang memberikan pandangan wasiat yang mungkin aku berikan buat isteri, anak, ibu, ayah, adik beradik, rakan, jiran dan semua yang mungkin aku kenali. Fikiranku terbayang lagi betapa banyak yang perlu aku lakukan didalam kehidupan ini. Ini belum lagi, apa yang mungkin diperkatakan oleh mereka kepadaku apabila melihat mayatku, apakah yang mungkin diperkatakan oleh isteriku terhadap diriku, apa pula yang mungkin diperkatakan oleh anak ku, apa pula yang mungkin diperkatakan oleh ibuku, ayahku, jiran-jiranku, rakan-rakanku dan mungkin mereka yang pernah mengenali diriku ini. Apa yang mungkin mereka katakan terhadapku?
Aku tersentak dari lamunanku apabila aku terfikir apa pula yang mungkin Allah swt memperkatakan tentang diriku, adakah aku seorang yang baik, adakah mungkin aku akan dilihat dengan penuh rasa kasihnya, adakahaku akan disambut olah para suhadak, atau adakah aku tidak dipandang oleh allah swt. (Ya allah lindungilah diri ku)
Ya allah terlalu banyak tugas yang perlu ku lakukan, aku kira aku telah banyak melakukan tugas dipejabatku, tapi itu semua tidak memberikan apa-apa erti jika aku gagal mendidik anak-anakku, tidak bererti jika aku gagal mendidik isteriku, tidak bererti sekiranya aku tidak dapat memberikan kebaikan kepada orang lain. Rupanya peranan dan tanggung jawabku bukan dipejabat sahaja tetapi aku juga mempunyai pejabat dirumah, pejabat yang perlu diuruskan dirumahku. Aku mempunyai ramai pekerja dipejabat, aku jaga kepentingan mereka, aku harapkan agar mereka melakukan yang baik dan amanah tetapi adakah pejabat ku dirumah telah aku uruskan dengan baik, Ah besarnya tanggungjawabku sebagai manusia yang diberikan oleh Allah swt kepada diriku.
Aku pasrah lagi, aku rasa inilah kesempatan yang perlu aku ambil dan aku perlu lakukan yang terbaik didalam kehidupan kerana kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan diakhirat nanti.
Berapa banyak dosa-dosa ku dan berapa banyak pula aku memohon keampunan kepada allah swt. Berapa banyak aku membaca al quran dan berapa banyak pula aku memahaminya, berapa banyak aku besedekah, rasanya terlalu sedikit sekali aku melakukannya. Apakah yang akan aku bawa nanti? Ikhlaskah segala amalku, jujurkah tindakanku, rasanya tidak mampu untuk aku mengangkat wajah ini untuk berhadapan dengan allah swt yang begitu banyak memberikan nikmat kepada diriku semasa aku hidup didunia ini. Ya allah ampunkanlah dosa-dosaku, ampunkanlah dosa-dosaku ampunkanlah dosa-dosaku.
Ya Allah, berikanlah aku kesempatan, agar aku mampu melakukan yang terbaik buat hidup ini. Sesungguhnya apabila seseorang itu meningal dunia hanya tiga perkara yang akan terus dapat membantunya iaitu anak yang soleh, ilmu yang diajarkan dan harta yang diwakafkan.
posted on behalf of IAR
0 comments:
Post a Comment