Monday, March 16, 2009

Kematian Yang Sentiasa Dinanti

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Kematian suatu yang pasti, namun bagaimanakan kematian yang kita cita-citakan, ada orang yang tidak memikirkan saat-saat kematian dan ramai yang mungkin tidak mengambarkan bilakah akan berlaku kematian dan kerana kematian adalah yang memisahkan segala kemanisan yang ada didunia ini. Ia akan memusnahakan segala kegembiraan, memutuskan segala hubungan dan akan menyebabkan kita bersendirian di dalam dunia baru iaitu di alam kubur.



Bagaimana kita jika kita memikirkan akan kematian yang akan kunjung tiba, apakah kita mahukan kematian yang baik iaitu kematian yang akan memberikan suatu perubahan kepada diri kita dari hidup di dunia kepada suatu kehidupan yang lain dialam kubur. Adakah kita berfikir apakah kehidupan di alam kubur yang akan kita perolehi nanti, adakah kita akan diperluaskan atau disempitkkan kubur kita. Ada diceritakan yang merasai suatu siksaan di alam kubur sehinggakan tulang-tulang menjadi patah sebab himpitan bumi dan sebagainya.



Ianya bermula dari apa yang kita fikirkan dan apakah yang kita mahukan di akhir nanti. Jika kita sentiasa berfikir untuk mendapatkan yang terbaik di akhir kehidupan kita mungkin kita akan berusaha untuk mendapatkannya walaupun kesukaran yang kita rasai dan lalui di dunia ini. Pengorbanan demi pengorbanan akan sedia kita lakukan sekiranya kita benar-benar berusaha untuk mendapat kebaikan diakhirat nanti. Sebaliknya sekiranya kita tidak memikirkan langsung akan kehidupan di akhirat nanti mungkin kita akan mengambil sikap sambi lewa atas apa yang berlaku sekarang kerana kita tidak kisah akan apa yang berlaku selepas kematian diri kita.



Banyak kisah-kisah yang berlaku kepada mayat-mayat yang tidak mentaati allah swt di masa hidupnya, kita mungkin mendengar atau membaca atau melihat sendiri namun adakah hati kita tersentuh dan menginsafi apa yang berlaku atau hati kita tidak kisah dan tidak menangis pun terhadap apa yang berlaku kerana itu semua belum berlaku kepada diri kita dan kematian masih jauh buat diri kita. Kita sebenarnya tidak tahu bila kita akan mati tetapi yang pasti kematian akan tetap tiba dan diharapkan ianya masih jauh. Jauh atau dekan hanya Allah swt yang tahu dan kita hanya ada 3 saat yang perlu kita fikirkan, satu saat yang telah berlalu, satu saat yang sedang berlaku dan satu saat yang akan datang. Apakah saat yang berlalu telah kita lakukan yang terbaik buat kehidupan kita? Adakah kita sedang melakukan yang terbaik sekarang dan apakah saat mendatang telah kita rancang untuk mendapatkan yang terbaik buat kehidupan yang sementara ini.



Semuga kita dapat mempergunakan waktu yang ada untuk mendapatkan keredaan dari Allah swt. Amin



____________________________________________________________________

Apabila dosa tidak ditakuti

Assalammualikum dan salam sejahtera,



Apakah dosa dalam pemahaman diri kita, adakah ia hanya sebagai suatu titik hitam didalam kehidupan kita yang mungkin boleh dibersihkan pada bila-bila masa sahaja. Apakah pengertian yang kita yakini atau kita sedari didalam kehidupan kita berhubung dengan perkataan dosa. Ramai yang menyedari telah melakukan dosa tetapi tidak ambil kisah kerana tidak merasai akan akibat yang akan ditanggung dengan dosa yang dilaksanakan.



Kita boleh menipu seseorang begitu mudah dan tidak kisah akibat dari penipuan yang dilaksanakan, kita boleh mengumpat seseorang dengan tidak takut akan akibat terhadap apa yang kita lakukan, kita boleh menginaya seseorang tanpa rasa bersalah dan kita boleh melanggar perintah Allah swt tanpa merasai akan kehadiran Allah swt dimana sahaja kita berada. Ini semua kerana kekurangan ilmu yang ada didalam diri kita. Sekiranya kita menyedari bahawa dosa itu adalah antara sebab-sebab kita boleh dibakar dengan suatu kepanasan sehingga mencapai ribuan darjah C. mungkin kita berfikir kembali samada akan melakukan dosa atau tidak, sekiranya kita menyedari bahawa kulit-kulit kita akan dibakar sehingga hangus dan kemudian akan dipulihkan kembali dan kemudian dibakar kembali bagi membolehkan kita merasai akan hebatnya siksaan dari Allah swt.



Tanpa ilmu kita tidak kisah tentang apa yang akan berlaku di masa hadapan, kita tidak risau dan takut malah mengambil mudah segala yang berlalu seakan-akan kita tidak tergulung dengan apa yang akan berlaku diakhirat nanti. Kita merasakan akan mendapat yang mudah dan mendapat surga allah swt. Apakah yang memastikan yang kita akan mendapatkan surga dari Allah swt, apakah yang telah kita lakukan yang mungkin menjanjikan kita akan mendapat Rahmat dari Allah swt dan Berjaya akan dapat memasuki surga Allah swt.



Sekiranya kita tidak memberikan jawapan yang tepat kepada persoalan dimanakah pengakhiran kita, maka kita perlu mencari ilmu untuk membantu kita agar dapat menyelamatkan hidup di akhirat kelak, berapa banyak buku yang kit abaca untuk menyelamatkan diri kita? Berapa banyak al Quran yang telah kita baca, berapa banyak pula yang kita amalkan dan berapa banyak pula kita pandang dengan sepi da biarkan tanpa mengerakkan hati agar menjadi cinta kepada Allah swt dan cinta kepada rasulullah saw. Marilah kita sama-sama mencari ilmu untuk menjadikan diri kita berbeza untuk menjadi hamba-hamba yang akan diredai Allah swt. Amin.

Sekuat mana kita berusaha

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Ujian merupakan lumrah didalam kehidupan, ada yang diuji dengan sedikit penderitaan di segi kekayaan, ada yang di uji dengan kerenah anak-anak, ada yang diuji dengan kesukaran pekerjaan, ada yang di uji dengan rakan yang mengambil kesempatan, ada yang diuji perasaannya dan ada yang di uji dengan kekurangan anggota tubuh badan. Namun semuanya adalah dari Allah swt yang maha berkuasa dan Allah swt mahu melihat sejauh mana kita bersyukur menerima apa sahaja yang telah ditentukannya kepada kita sebagai hambanya.



Adakah kita bersedia menerima ujian dengan penuh ketabahan atau kita menyesali apa yang berlaku? Begitu banyak perkara yang berlaku didunia ini ada penuh dengan kegembiraan dan ada juga penuh dengan kedukaan kerana itulah sebenarnya warna-warna kehidupan yang mencorakkan dunia ini. Kita perlu mencari yang terbaik dan yang terbaik itu hanya akan dapat di jadikan sebagai reality sekiranya kita berusaha untuk mendapatkannya dengan bersungguh-sungguh. Kita hanya mampu untuk berusaha dan yang menentukan samada kita Berjaya atau tidak adalah sebenarnya Allah swt. Kita hanya menyediakan sebab dan natijah atau keputusan adalah milik Allah swt.


Apa ertinya seorang yang tidak berjari apabila diberikan cincin, mungkin itu yang kita bayangkan tetapi jika sikudung mengambilnya ia mungkin tidak dapat memakai di jari tetapi boleh menjual untuk mendapatkan keewangan, yang penting apakah kebaikan yang mungkin dapat diperolehi dari apa sahaja yang berlaku. Bukan hidup ini untuk mengeluh, tetapi hidup ini untuk memberikan yang terbaik agar kita dapat merasai akan kebesaran ilahi merasakan walaupun serba kekurangan kita mampu untuk terus hidup seperti seorang yang sempurna.



Sekiranya apa sahaja yang diminta akan termakbul atau tertunai, mungkin manusia tidak akan dapat merasai erti kegembiraan, kesukaran demi kesukaran yang kita lalui akan memberikan perasaan kegembiraan setelah kita Berjaya melepasi kesukaran tersebut. Setiap kesukaran pasti ada kesenangan, setiap kesukaran pasti ada kesenangan adalah dua ayat allah di dalam al Quran untuk mengajar kita sebagai manusia yang lemah agar terus berusaha tanpa putus asa, kerana janji Allah swt pasti benar dan kita selalu dapat mengatasi segala kesukaran setelah kita berusaha bersungguh-sungguh.



Persoalannya sejauh mana kita bersedia untuk mendapatkan apa yang kita mahukan? Sejauh mana kita sanggup untuk merasai kesukaran demi kesukaran yang ada, sejauh mana kita bersedia melangkah untuk membina ribuan langkah seterusnya, sejauh mana kita sangguh di hina sehingga kita membukti kejayaan yang ingin digapai, sejauh mana kita sanggup berkorban untuk mencapai cita-cita dan harapan. Sekiranya kita takut kesukaran, kesukaran pasti akan datang jua, bukan senang nak senang, kalau takut susah, susah nak senang. Kita perlu berusaha dan Allah swt akan menentukannya, yang penting kita terus berusaha dan berusaha tanda kita percaya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan atau tidak kepada kita sebagai manusia yang penuh dengan ujian untuk menguji keimanan. Allah hu alam.

Ibu..kemaafan mu diperlukan

Assalammualikum dan salam sejahtera,


Ibu maafkan dosa mu, kau anak yang baik, namun disebalik kata-kata itu mungkin ada yang masih belum diluahkan untuk membersihkan segala kesilapan yang telah dilakukan. Hati begitu unik, mungkin kata-kata yang dilahirkan tidak sama seperti apa yang dirasai, mungkin kata-kata kemaafan yang diberikan tidak serupa dengan perasaan kemaafa yang sebenarnya.


Kita perlu benar-benar belajar dari sejarah, ada seorang ibu yang berkecil hati dengan anaknya yang mengutamakan menantu lebih dari dirinya dan rasululah saw mengarahkan para sahabat membakar anak tersebut sebelum anak tersebut mati bagi mengampunkan dosa-dosanya kerana ibu tidak mengampunkan dosanya. Maka apabila api telah dinyalakan siibu masih merasakan tidak mahu mnegmpunkan dosa anaknya tetapi apabila arahan rasul untuk menghumbankan anaknya kedalam api dan apa yang dikatakan oleh rasul pasti akan dilaksanakan barulah ibu tersebut memaafkan anak tersebut dan ketahuilah hati ibu terlalu sensitive, sukar untuk ibu mengampunkan dosa-dosa kita sekiranya kita tidak berharap dengan melakukan permohonana bersungguh-sungguh kepadanya.



Tiada yang lebih berharga didalam hidup ini selain kita mendapat kecintaan dari Allah swt dan Rasulnya, keredaan ibu juga memainkan peranan yang begitu besar dan tidak salah jika kita memohon dan terus bermohon untuk mendapatkan keampunan dari seorang wanita yang bergelar ibu. Hidup kita mungkin terlalu rapat sehingga kita tidak merasai kesilapan yang pernah kita lakukan, kita merasai kasih dan sayang sehingga kita merasakan tiada perkara yang silap yang telah kita lakukan. Namun bagi seorang ibu mungkin apa yang kita lakukan selalu akan dimaafkan tetapi mungkin ada satu atau dua yang begitu menguriskan hati tidak akan dapat dimaafkan sama sekali, apakah yang mungkin akan berlaku sekiranya apabila mereka meninggal dunia dengan tidak memaafkan diri kita dan kita terus hidup sebagai anak yang dehaka, alangkah ruginya hidup kita sekiranya tiada kemaafan terhadap diri kita dari seorang yang mengasihi dan menyayangi kita kerana kita tidak sangguh menghadapi reality untuk memohon maaf kepada ibu sendiri.



Marilah kita menyemak kembali kehidupan yang begitu sementara ini agar ia benar-benar akan memberikan erti yang terbaik buat kehidupan yang sementara ini. Amin

Ibu Mithasali

Assalammualikum dan salam sejahtera,



Ibu, mak, ama, mama dan apa sahaja perkataan yang digunakan untuk memanggil seorang wanita yang begitu agung bagi seorang anak. Ibu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memberikan yang terbaik buat anaknya, tidak kira apakah akibat yang akkan ditanggung olehnya, seorang ibu tetap akan cuba melakukkan yang terbaik buat anak-anaknya.



Adakah kita pernah di uji didalam kehidupan yang kita lalui untuk mempertahankan seorang yang kita kasihi dan cintai? Pernahkah kita melalui suatu pengorbanan yang begitu besar didalam kehidupan diri kita? Pernahkah kita merasai betapa nikmatnya apabila kita dapat melakukkan sesuatu yang mungkin dirasakan sukar oleh orang lain tetapi begitu mudah buat diri kita kerana kita benar-benar mencintainya. Ibu pengorbanan yang telah engkau lakukan adalah suatu yang tidak dapat dibalas dengan nilai wang dan hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya.



Bagaimana sikap kita terhadap seorang wanita yang bergelar ibu didalam kehidupan kita? Adakah kita benar-benar mengutamakan dirinya? Adakah kita benar-benar mencintainya sehingga kita sanggup melakukan apa sahaja demi untuk melihat wanita ini sentiasa gembira didalam kehidupannya? Adakah kita sanggup mengambil cuti hanya untuk duduk disisinya dan berbual mesra dan mengingati saat-saat lalu untuk mengembalikan detik-detik pengorbanan yang telah mereka lakukan keatas diri kita yang tidak mungkin mampu untuk kita membalasnya.



Apakah yang telah terjadi kepada dunia hari ini? Dunia dipenuhi oleh anak-anak yang lebih memetingkan diri sendiri berbanding dengan ibu-ibu mereka, dunia dipenuhi oleh anak-anak yang mencintai kerjaya, mencintai kekayaan, mencintai nafsu berbanding dengan ibu dan ayah mereka, Mengapa duai begini? Ini disebabkan ramai anak-anak telah tiada nilai yang sebenarnya terterap dalam diri mereka, mereka tidak dapat mengenal Allah swt didalam kehidupan, mereka lebih mengenali artis, lebih mengenali pelakun, lebih mengenali pemain bola sepak berbanding dengan mengenali Rasulullah saw. Adakah kita sedar apakah yang telah kita terapkan agar anak-anak kita mempunyai nilai-nilai yang sebenarnya yang dikehendaki oleh Allah swt. Tanpa kita dapat kembali kepada nilai yang sebenar maka kehidupan ini akan lebih bermasalah dan kehidupan tanpa tujuan.



Dunia memerlukan diri kita untuk mengubahnya, apa yang kita lakukan sekarang akan mengubah segala yang berlaku dimasa akan datang, tanpa kita bersungguh-sungguh melakukannya tiada perubahan yang berlaku, kita hanya mampu melakukan yang terbaik dan keputusan adalah milik Allah swt. Marilah kita mempersoalkan apakah yang terbaik yang telah kita lakukan untuk memberikan keputusan yang terbaik di kemudian hari nanti. Walau apapun keputusan terhadap usaha yang kita lakukan adalah milik Allah swt untuk melihat sejauh mana kita percaya Allah swt mampu melakukan apa sahaja yang Dia ingini.



Semuga kita sentiasa menjadi anak-anak yang diredai oleh Allah swt. Amin

Wanita..mengasyikkan atau menyelamatkan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Wanita seorang yang amat bermakna bagi seorang lelaki kerana setiap orang anak lelaki perlu untuk mentaati ibunya, sebaliknya seorang wanita pula amat perlu mentaati suaminya. Suatu yang perlu dan saling memerlukan untuk mendapat keredaan Allah swt. Kebagahagian adalah suatu yang ingin diperolehi oleh setiap manusia, Rasulullah bersabda yang bermaksud beruntunglah bagi sesiapa yang mempunyai seorang isteri yang soleh. Rosak sesebuah Negara apabila wanita-wanitanya rosak, dan ini bermakna keperluan untuk kita melihat kembali apakah peranan yang boleh dilakukan untuk memperbaiki diri kita dan anak-anak perempuan kita agar akan lahir suatu jenerasai yang memuliakan Allah swt didalam kehidupanya.



Sejauhmana kita mengunakan akal untuk memberikan yang terbaik bagi memastikan perasaan seorang yang bernama wanita dapat merasai akan keperluan mereka untuk bersyukur untuk menjadi seorang wanita. Suatu hadiah pemberian Allah swt untuk wanita kerana perasaan yang ada pada diri mereka mampu untuk menjadikan seorang lelaki akan berkerja bersungguh untuk menjadi pejuang agama dan wanita juga mampu menjadikan seorang lelaki menjadi hamba kepada dunia. Apakah yang perlu dilakukan oleh para wanita agar segala yang anda lakukan anan memberikan kebaikan di kehidupan diakhirat kelak.



Banyak cerita-cerita indah yang diukirkan oleh sejarah tentang para wanita yang begitu agung sekali didalam kehidupan diri rasululah saw. Para isterinya yang mampu membantu dan memberikan kasih sayang sehingga menenangkan dan mengembirakan diri rasulullah saw. Perjuangan yang jika dilihat tidak begitu besar tetapi jika diteliti ianya adalah suatu pengorbanan yang telah Berjaya mengubah dunia sebenarnya.



Taanggung jawab kita begitu besar dan kita hanya akan Berjaya melakukan sekiranya kita merasakan kita mahu melaksanakannya didalam kehidupan kita. Kita akan terus gagal sekiranya kita meletakkan halangan didalam perjalanan kita dan kita terus tidak akan mampu kerana halangan itu sebenarnya berada didalam pemikiran kita dan kita menolak segalanya untuk terlaksana didalam kehidupan kita. Mari kita merenung dan berusaha untuk terus mendidik hati kita untuk mengenal Allah swt dan dengan pengenalan yang sebenarnya akan mendorong untuk kita berjuang dan berkorban bagi mendapatkan apa-apa yang kita citi-citakan. Allah hu alam

________________________________________________________________

TIPS6: RUMAHTANGGA BAHAGIA


Rahsia Memimpin Wanita


Tidak dapat dinafikan bahawa hidup wanita dipengaruhi dan dikuasai oleh perasaannya. Ini kerana wanita kaya dengan perasaannya. Sembilan persepuluh (90%) daripada wanita adalah perasaannya. Hanya satu persepuluh (10%) adalah pertimbangan akalnya. Justeru itu, untuk menghadapi dan memimpin mereka agar tunduk kepada Allah SWT, maka kaum lelaki hendaklah bermain dengan perasaan mereka sebanyak yang mungkin.


Jenis-jenis perasaan yang ada pada wanita amatlah banyak, antaranya perasaan marah, dendam, rasa malu, jemu, kecewa dan banyak lagi. Perasaan-perasaan ini boleh digunakan untuk kepentingan agama, dunia dan akhirat.


Bahasa sama ada dalam lisan atau tulisan adalah alat bagi membangkitkan rasa bagi setiap perasaan di dalam dada wanita. Dalam memimpin kaum wanita, kaum lelaki hendaklah cekap menggunakan daya fikir untuk mengolah bahasa dengan lidah yang petah supaya tercetus apa sahaja perasaan yang dikehendaki dalam hati perempuan.


Sekiranya lelaki inginkan perasaan kasih dan sayang berbunga dalam dada mereka, maka bawalah cerita-cerita kasih mesra dengan kata-kata hukamak (hikmah) mengenai kasih sayang. Sekiranya lelaki mahu perasaan rindu bertapak di hati mereka, maka bawalah kisah-kisah rindu dengan kata-kata yang berunsur kerinduan. Jikalau hendak membangkitkan rasa marah mereka, itu amatlah mudah kerana semua orang tahu caranya.


Dalam membimbing dan memimpin wanita, lelaki hendaklah merancang untuk mengubah dan mewujudkan setiap rasa yang dikehendaki dalam dada wanita yang bergelar anak, isteri dan ibu. Untuk itu seharusnya, kaum lelaki tahu dan mempunyai daya kekuatan yang tinggi supaya dapat merancang apa yang diingini pada diri setiap wanita sebelum memiliki mereka.


Disinilah antara kejayaan para Rasul, Nabi dan wali Allah swt dalam memimpin umat manusia. Mereka dapat menguruskan hati manusia kerana berjaya mencetak perasaan mereka hingga menjadi umat yang patuh dan taat kepada Allah swt.

Sejauh mana kita berusaha untuk menjadi yang terbaik

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Kesukaran selalu kita fikirkan di dalam kehidupan diri kita, kita selalu rasa betapa sukarnya kita untuk pulang berhari raya dikampong, betapa sukarnya kita untuk membaca beberapa buah buku agama yang baru kita beli dan akhirnya buku itu menjadi antara beberapa buah koleksi buku yang kita ada tanpa kit abaca pun isi kandungannya. Namun kita boleh pula membaca beberapa buah cerpin yang tidak kurang tebalnya berbanding buku agama yang begitu nipis sekali. Mengapa kita boleh melakukannya dan tidak mampu membaca buku agama walalu pun begitu nipis?



Persoalan perkara diatas hanya boleh dijawab oleh hati kita sendiri, bagaimana perasaan kita bila memegang buku cerpin atau novel, adakah kita merasai untuk mengetahui akan cerita yang di tulis di dalam novel tersebut? Kita menyediakaan perasaan, jiwa dan keseluruhan perasaan kita untuk menjiwa apa yang di tuliskan oleh penulis. Kita membacanya seolah-olah kita turut serta didalam novel tersebut dan sedang menghayati jalan cerita tersebut. Segala perasaan kita, kita berikan sehinggakan kadang kala kita terlupa untuk makan atau kita tidak sedar waktu telah menunjukkan jam 1 pagi, apabila kita sedar sudah pukul 1 pagi kita boleh bertolak ansur dengan diri kita sendiri untuk memberikan sedikit masa untuk kita terus membaca novel tersebut sebelum kita tidur, sedar-sedar sudah menunjukkan jam 3 pagi. Kita mungkin berhenti membaca kerana terlalu lewat dan sebaik-baik sahaja terjaga dari tidur setelah solah mungkin akan menyambung kembali membaca novel tersebut. Setelah habis membaca mungkin kita akan mencari muka-muka tertentu untuk diulang kembali pembacaan tersebut kerana kita begitu menghayati jalan cerita novel tersebut.



Mengapa begitu sikap kita terhadap pembacaan yang kita minati dan sebaliknya begitu sukar apabila membaca buku-buku agama? Mari kita merenung perjalanan didalam highway yang terlampir, jika kita rasa sukar, maka sukarlah kita, tetapi mereka yang terpaksa melaluinya akan menghadapi dengan penuh kesediaan dan mereka akan melalui dengan tabah walaupun begitu sukar pada pandangan kita. Bagi kita yang mempunyai highway yang cantik dan sempurna selalu merunggut kerana kesesakan lalu lintas, sebenarnya bagaimana kita mengawal diri kita adalah begitu penting sekali, sekiranya kita tidak terpengaruh dengan keadaan maka kita tidak akan tertekan dan segala yang berlaku adalah suatu yang baik buat diri kita. Mungkin kesesakan akan menjadikan kita lebih sabar menghadapi segala masalah, mungkin akan menjadikan kita seorang yang banyak berfikir, atau menjadikan kita seorang yang mencari ketenangan disebalik kesukaran atau menjadikan kita lebih matang dan mampu menghadapi apa sahaja situasi yang akan berlaku.



Sekiranya kita merasakan untuk mencapai kepada sesuatu kejayaan perlu menghadapi kesukaran mungkin ini akan menukarkan cara kita berfikir untuk mendapatkan iman perlu melalui begitu banyak kesukaran dan apa yang kita lalui selama ini belum cukup sukar untuk kita diberikan iman oleh Allah swt. Kita perlu berusaha dan terus berusaha untuk mendapatkan kemanisan keimanan. Apa yang kita lakukan mungkin terlalu sedikit dan kita perlu membuktikan yang kita benar-benar berhajat untuk mendapat erti iman yang sebenarnya dari Allah swt. Allah hu alam.

Cemburu tanda ikatan cinta

Assalammualaikum dan salam sejahtera


Kasih dan cinta selalunya akan mencorakkan kebahagian sesebuah rumah tangga, namun cemburu juga menandakan bahawa ikatan kasih yang begitu tinggi yang ad adi antara dua insan untuk memastikan akan ikatan kasih sayang terus menerus dapat di jaga dengan sesempurna yang boleh.


Tiada cemberu adalah suatu sifat yang buruk kerana hanya binatang henzir sahaja yang tiada sifat-sifat cemburu didalam kehidupannya. Oleh sebab itu islam amat melarang dan mengharamkan umatnya memakan daging henzir kerana akan lahir sifat tiada malu dan cemburu didalam kehidupan seseorang dengan memakannya dan juga banyak lagi contoh keburukan yang akan berlaku sekiranya seseorang itu memakan henzir. Sejauh mana kebenarannya perlu diteliti melalui kajian sain dan tidak dapat untuk disertakan dalam tulisan ini.



Cemburu untuk tidak melakukan amalan Allah perlu kita rasakan didalam kehidupan kita dan kita perlu merasakan untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan yang terbaik apabila kita melakukan perintah Allah swt. Kita cemburu kepada isteri kita kerana kita mahukan mereka melakukan yang terbaik buat diri kita dan bukan kepada orang lain. Persoalannya adakah kita telah melakukan yang terbaik untuk mendapatkan Rahmat dari Allah swt. Jika kita menjaga diri kita insaallah Allah swt akan menjaga diri-diri orang yang kita kasihi dan memberikan ketenangan di dalam kehidupan kita.



Hidup ini sungguh tenang dan bahagia apabila seseorang itu memilih islam didalam kehidupannya kerana semua yang berlaku samada yang dikatakan baik atau yang dikatakan buruk adalah dari Allah swt, mereka menerima segalanya dan merasakan bahawa apa yang berlaku adalah dari allah swt yang penting kita hanya berusaha terbaik mungkin, jika keputusan tetap tidak baik tentunya ada disebalik perkara yang berlaku ada sesuatu yang disediakan oleh Allah swt untuk melihat sejauh mana keikhlasan kita atau untuk melihat kita sejauh mana berserah diri kepada ketentuan Allah swt. Allah swt maha bijak sana dan menentukan sesuatu untuk menguji hamba-hambanya. Allah hu alam

***********************************************************

TIPS5: RUMAHTANGGA BAHAGIA



Cemburu keterlaluan boleh bawa padah
KATA orang, cemburu itu tandanya sayang. Namun, sedar atau tidak, perasaan cemburu itu ada kalanya boleh menjadi musuh yang membawa kepada kehancuran sesebuah rumah tangga.
Dari sudut psikologi, cemburu adalah perasaan sakit hati, marah, tidak percaya, dan kurang yakin seseorang terhadap pasangan yang dicintai. Selalunya, perasaan ini timbul lantaran sikap suami atau isteri yang gemar membayangkan pasangannya mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang di luar pengetahuannya.


Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Suradi Salim, berkata masalah cemburu di kalangan suami isteri sebenarnya berkait rapat dengan tindakan seseorang dari sudut dalaman dan luaran.


Penilaian dari kedua-dua sudut itu akan menentukan sama ada seseorang yang berperasaan cemburu itu mengalami masalah psikologi atau tidak.


“Jika masalah itu berpunca daripada aspek dalaman, psikologi seseorang itu mungkin terganggu dan sering kali menimbulkan perasaan bimbang, resah, gelisah dan syak wasangka terhadap pasangan. Sebaliknya, jika pasangan mempamerkan tindakan negatif antaranya mengecam dan memberontak, mereka dikatakan menunjukkan sifat cemburu itu dari aspek luaran.


“Dari situ kita boleh nilai sama ada cemburu yang ada itu mendatangkan masalah atau tidak. Faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah ini tidak banyak kaitannya dengan keegoan suami. Sebaliknya, kurangnya keyakinan, dan kepercayaan kepada pasangan menyumbang kepada masalah ini. Ini lebih berkaitan dengan psikologi seorang itu,” katanya.
Beliau berkata, kurang persefahaman dan interaksi kedua-dua belah pihak membuatkan masalah itu semakin meruncing. Kesan positif dan negatif boleh timbul daripada sifat cemburu ini.


Positif jika perasaan berkenaan dapat menghalang seseorang itu daripada berlaku curang terhadap pasangannya. Namun, kesan negatif daripada sifat itu tidak boleh dipandang enteng.
Perasaan cemburu yang tidak terkawal sering kali membawa kepada perlakuan di luar batas kemanusiaan antaranya bertindak memukul, mendera dan membunuh isteri jika hilang pertimbangan.


Dalam hubungan ini, Prof Suradi berkata, apabila seseorang itu sudah berkahwin perlu menanamkan sifat kesetiaan kepada pasangannya. Keyakinan, perhatian dan kasih sayang yang dicurahkan serba sedikit mengurangkan perasaan cemburu suami.
Tingkah laku sebagai isteri atau suami dan batas pergaulan dengan bukan mahram perlu dijaga dan diawasi setiap masa.


“Ikatan perkahwinan perlu ada sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Oleh itu, sebelum seseorang berkahwin, terlebih dulu kita digalakkan mengenali pasangan yang bakal dikahwini. Ini serba sedikit membantu wanita supaya tidak mengalami pelbagai masalah selepas berkahwin kelak.


“Jika bakal suami anda menunjukkan sikap cemburu keterlaluan, elok wanita itu berfikir panjang jika ingin membina hubungan yang lebih serius kerana bimbang banyak perkara buruk boleh berlaku selepas mereka berkahwin.


“Suami juga tidak boleh ambil sikap lepas tangan dan hanya menyalahkan wanita semata-mata. Mereka seharusnya bertindak menyiasat dulu perkara yang menjadi punca kepada perasaan cemburu itu.


“Sewajarnya, suami tidak boleh bertindak melulu tanpa sebarang bukti kerana ini akan memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang terhadap hubungan perkahwinan,” katanya.
Beliau berkata, dari aspek psikologi psikologi seseorang yang bersikap sebegitu biasanya kurang yakin kepada diri sendiri dan sering kali berprasangka buruk serta was-was kepada pasangannya.


Selain itu, seseorang yang mempunyai pengalaman masa lampau yang buruk akan sentiasa menganggap pasangannya tidak boleh dipercayai. Faktor keistimewaan yang dimiliki isteri antaranya berpendidikan tinggi dan mempunyai daya tarikan fizikal menarik juga menjadi punca kepada masalah ini.


“Dalam Islam, suami perlu ada sifat cemburu dan sentiasa was-was kepada isteri. Begitu juga isteri. Namun, ia perlu berada pada keadaan terkawal dan tidak memudaratkan diri sendiri serta hubungan suami isteri.


“Kedua-dua pihak harus menjaga hubungan dengan sebaiknya untuk mengelak masalah cemburu ini,” katanya.

Sejauh Mana Kita Percaya dan Yakin

Assalammualikum dan salam sejahtera,



Siapakah yang menciptakan bumi, satu persoalan yang rata-rata akan dijawab oleh manusia adalah tuhan dan Islam menjelaskan Allah swt. Tidak dapat dipertikaikan atau diragui bahawa Allah swt yang mencipta BUMI dan alam semesta ini. Begitu jugalah jawapan yang diberikan oleh kaum kafirun mekah apabila ditanya kepada mereka siapakah yang menjadikan BUMI. Persoalannya apabila kita membeli sebuah kereta yang cantik dan kita menghadapi masalah terhadap kenderaan itu tentu sekali kita mat-amat memerlukan panduan cara mengunakanya, atau kita akan bertanya kepada orang yang arif terhadap kenderaan itu untuk mengetahui bagaimana mengunakan atau mengatasi masalah yang sedang kita hadapi. Orang yang arif itu tentu mungkin ada pengalaman terhadap kenderaan tersebut atau perkerja kilang kenderaan tersebut atau pernah berpengalaman membaiki kenderaan tersebut.



Apabila kita diberikan kesempatan untuk hidup dan Allah swt yang memberikan kesempatan untuk kita menikmati segala-galanya adakah kita terfikir untuk mencari panduan untuk melalui kehidupan ini agar ianya sempurna seperti yang dikehendaki oleh pencipta manusia itu sendiri. Kehidupan kita terlalu sempurna dan tidak mungkin ianya dilakukan atau tercipta dengan sendirinya. Didalam alquran yang telah diturunkan 1400 tahun dahulu tercatit segala rahsia penciptaan manusia, di gambarkan dengan jelas bagaimana manusia di ciptakan terperinci daripada seperma sehinggalah keluar sebagai bayi. Adakah mungkin manusia biasa 1400 tahun lalu dapat menceritakan segalanya dengan tepat tanpa bersalahan dengan sain sekarang. Tentunya ini adalah suatu kebenaran yang datang dari Allah swt dan kita perlu banyak berhubung dengan Allah swt untuk membetulkan segala kesilapan yang telah kita lakukan didalam kehidupan ini.



Sekiranya kita mahu mencari pandangan dan berbincang tentu sekali kita perlu mencari Allah swt untuk kita berkata-kata dan mendapatkan jawapan melalui kitabnya. Sesungguhnya Allah swt menjelaskan kitab Al Quran itu sebuah kitab yang tiada keraguan didalamnya dan merupakan petunjuk kepada orang-orang yang beriman. Tiada sebuah buku pun yang ditulis oleh seorang manusia yang menyatakan bahawa segala yang di tulis adalah benar dan tepat, tentu ada sahaja pandangan dan kesilapan yang dinyatakan atau boleh dikesan oleh penulis atau pembaca yang lain. Tetapi Al Quran yang telah berada 1400 tahun tidak pernah ada kesilapan dan ianya merentasi Zaman, semua penemuan yang diperolehi sentiasa membenarkan apa yang terkandung didalamnya.



Marilah kita merenung tindakan kehidupan seharian kita sejauh mana kita telah berusaha untuk mengenal Allah swt dan menjadi hamba-hambaNya yang menyerahkan diri kita untuk benar-benar takut dan mencari surga serta cuba menjauhkan dari siksaan Api neraka. Mari kita belajar untuk berkata-kata dengan Allah swt agar kita sentiasa insaf dan merasakan rendah diri serta hanya berharap untuk mendapat keredaan Allah swt didalam kehidupan yang sementara ini. Segala yang ada akan kita tinggalkan dan yang ada adalah apa yang kita lakukan untuk mendapat Rahmat seperti sedekah yang ikhlas, ilmu yang diajarkan dengan rendah diri serta keikhlasan semata-mata. Semuga anak-anak yang akan kita tinggalkan akan menjadi penambah pahala yang berterusan didalam kehidupan kita nanti di alam kubur yang tidak tahu berapa lama perlu kita laluinya. Allah hu alam

Kesempurnaan Bermula Dari Diri Sendiri

Assalammualikum dan salam sejahtera,



Solah salah satu kewajipan yang perlu dilakukan oleh setiap umat Islam, adakah solat yang kita lakukan ini sama seperti ibadat yang dilakukan oleh orang yang tidak beragama islam? Jika orang keristian ke Gereja, orang hindu ke kuil dan orang islam kemasjid. Apakah perbezaan di antara ketiga-tiga perkara ini? Pertama yang perlu kita fikirkkan adakah solah yang kita lakukan akkan memberikan kesan kepada kehidupan kita? Adakah dengan melakukan solah ini akan menyebabkan kita dijauhkan dari melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah swt?



Bagaimanakah kita melaksanakan ibadah kita, adakah kita bersungguh-sungguh melaksanakanya atau sekadar untuk menunaikan kerana kita seorang Islam. Adakah kita benar-benar merasakan ini suatu tanggung jawab kepada Allah swt kerana begitu banyak kebaikan yang telah diberikan oleh Allah swt kepada kita atau sekadar menunaikan kerana kita telah melaksanakan sekian lama sebelum ini. Apakah keyakinan kita semasa kita melaksanakan solah, adakah kita merasakan betapa bersyukurnya kita dapat menghadapkan diri kita kehadapan Allah swt untuk memuji dengan sebenar-benar pujian, menyerah dengan sebenar-benar penyerahan agar segala apa sahaja yang kita lakukan akan kita letakkan Allah swt dihadapan kita. Adakah kita solah untuk mengucapkan kesyukuran dan pengakuan yang kita adalah benar-benar hamba Allah swt yang sebagai hamba kita bersedia untuk menyerahkan jiwa dan perasaan ini untuk Allah swt dan mahukan kebesaran, keyakinan dan keagungan Allah swt akan kita lahirkan didalam kehidupan ini.



Apabila kita dipanggil oleh seorang raja untuk menhadiri majlis yang diadakan, bagaimanakah persiapan diri yang kita telah lakukan? Tentu sekali kita mempunyai perasaan yang begitu gembira kerana telah diberikan penghormatan untuk hadir, kita tunjukkan dengan memilih pakaian yang terbaik, kita jika boleh mahu memberitahu kepada dunia bahawa kita telah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut. Mungkin kita tidak sabar-sabar untuk menanti saat yang bergitu bersejarah didalam kehidupan kita. Mari kita berbalik semula kepada panggilan Alllah swt yang telah menjadikan diri kita, yang mampu mematikan diri kita, yang telah memberikkan segala-gala di dalam kehidupan kita, kita terlalu sibuk sehingga tergesa-gesa melaksanakan suruhannya, kadang kala hampir terlupa kerana kesibukan yang ada. Kita laksanakan tanpa perasaan sehinggakan kita lupa berapa rakaat atau tidak sedar kerana fikiran sentiasa berputar memikirkan kerja yang ditinggalkan tadi sehingga tersentak apabila imam memberikan salam.



Dimanakah kesungguhan kita? Dimana kesediaan kita, dimana hati kita? Ianya bermula dari apa yang kita fikirkan tentang Islam itu sendiri, adakah kita benar-benar berfikir tentang kebesaran Allah swt didalam kehidupan kita, adakah kita sentiasa bertanya atau tertanya apakah sebenarnya tujuan kita dilahirkan, dari mana kita datang, apa yang perlu kita lakukan dan kemana tujuan penghidupan ini, adakah persoalan ini sentiasa bermain didalam pemikiran kita yang akan melahirkan suatu perasaan didalam hati kita untuk mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah swt dan dilaksanakan segala kepercayaan itu didalam tindakan kehidupan diri kita. Sesungguhnya rasulullah saw adalah pesuruh Allah swt. Apakah perasaan cinta telah berputik terhadap Allah swt dan rasulnya? Sehingga cinta itu yang akan mengikat hati yang ada untuk mengutamakan yang dicintainya (Allah dan Rasul) didalam kehidupan ini. Semuga kita sentiasa berdoa dan berharap untuk mendapat cinta allah swt dan sentiasa mencintai rasulullah saw. Amin

Ibu..didikanmu amat diperlukan

Assalammualikum dan salam sejahtera,



Apakah peranan seorang ibu? Apakah seorang ibu hanya bertanggung jawab untuk melahirkan anak dan memastikan anak tersebut akan menjadi dewasa dengan sempurna apabila diberikan cukup pakaian dan makanan untuk kehidupannya. Adakah dengan ini telah menjadikan segala peranan sebagai ibu telah terlaksana? Sejauh mana kita menyedari dan menginsafi apakah tanggung jawab tersebut maka ianya akan dilaksanakan didalam kehidupan kita.



Ramai ibu yang kadang kala terlupa bahawa anak mereka masih kecil lagi dan amat-amat memerlukan bantuan dan pertolongan dari ibu mereka, ramai yang marah kepada anak mereka seolah-olah anak yang masih kecil itu telah melakukan kesalahan yang begitu besar dan tidak boleh dimaafkan langsung. Mereka marah kepada anak-anak kecil yang memerlukan kasih sayang dengan perasaan yang tidak terkawal, kita tidak cuba memahami apakah yang berlaku kepada anak-anak tersebut mengapa mereka melakukan perkara tersebut.



Saya teringat seorang ulamak berinteraksi dengan anaknya apabila ada tetamu datang kerumahnya. Anak tersebut membuka pintu dan bertanya nak jumpa siapa, tetamu berkata nak jumpa ayah kamu, maka sianak pun menutup pintu dan memberitahu kepada ayahnya bahawa kawan-kawan ayah datang untuk bertemu ayah. Ulamak ini berkata kepada anaknya selepas tetamu pulang, abang boleh tak kita bincang sedikit? Jika tetamu abang yang datang, hendaktak abang jika ayah menghormati tetamu abang, jawab anak tersebut tentu sekali, begitu juga ayah hendak jika abang menghormati tetamu ayah. Maka lahirlah suatu perjanjian untuk saling hormat menghormati tetamu yang akan datang.



Semua perkara tentu ada jalan yang baik untuk mendapat keputusan yang terbaik, ianya bergantung sejauh mana kita menyediakan diri kita untuk mendapatkan yang terbaik dan bersedia untuk melakukannya. Kita boleh memarahi anak kita, tetapi adakah dengan memarahi anak tersebut akan memberikan kebaikan kepada dua-dua pihak. Jika dengan marah akkan memberikan hasil yang baik maka kita perlu mengunakan pendekatan itu, tetapi sebaliknya dengan marah tidak memberikan apa-apa kebaikan maka kita perlu mengunakan pendekatan lain yang akan memberikan kesan kepada sesuatu perkara yang ingin kita memperbaikinya.



Bayangkan anak yang kita mahu menjadikan contoh yang terbaik kepada manusia dapat melaksanakan harapan kita tentu sekali pengorbanan yang kita lakukan akan memberikan kemanisan bagi kehidupan yang sementara ini. Pengorbanan memerlukan kesungguhan dan kekuatan kepada diri kita untuk Berjaya memerintah diri sendiri, tanpa Berjaya memerintah diri sendiri kita tidak akan Berjaya untuk memerintah orang lain dengan penuh hikmah dan kebaikan. Allah hu alam

Kekuasaan Allah Sejauh Mana Kita Merasainya

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Sebuah kitab telah diturunkan kepada seorang lelaki yang buta huruf, menyatakan begitu banyak fakta-fakta yang tidak dapat difikirkan oleh manusia pada ketika itu apa maknanya, tidak dijangkau oleh pemikiran manusia hanya dapat digambarkan sebagai suatu cerita yang harus dipercaya sebab ianya adalah datang dari Allah swt. Namun hari ini segala yang tidak dapat dibayangkkan oleh fikiran manusia dapat di ketahui dan dengan jelas apa yang di gambarkan oleh sain hari ini sentiasa menceritakan kebenaran demi kebenaran dan tidak mungkin suatu yang terjadi sebab kebetulan kerana tiada suatu pun yang didapati bersalahan kebenarannya.



Tetapi hati begitu sombong dan bongkak untuk menundukkan kebebasan dan penyerahan kepada Allah swt yang mengatur segala-galanya, hati masih memilih tuhan-tuhan yang selain daripada Allah swt. Mengapa tidak mahu mempercayai Allah swt yang maha bijaksana mengaturkan segalanya. Jika kita melihat banyak buku-buku tulisan manusia tentu sekali ada dituliskan bahawa kajian ini adalah suatu kajian semata-mata dan mungkin terdapat kelemahan didalamnya yang mungkin boleh diperbaiki. Tetapi apabila melihat di dalam Al Quran dicatitkan bahawa tiada keraguan atau kesilapan yang terdapat didalam Al Quran.



Tentu sekali ia tidak di tulis oleh seorang manusia kerana jika manusia tentu sekali ia akan merasai akan berlaku kesilapan didalam tulisannya. Tetapi apabila ianya diturunkan kepada seorang rasul daripada Allah swt, ia boleh menyebautkan anak isi kandungan yang terdapat didalamya tidak mungkin ada keraguan dan semuanya benar dan hanya masa yang akan menentukan apa yang tidak dipaham oleh manusia dan ianya adalah suatu kebenaran yang tidak boleh dipertikaikan.



Mengapakah kita masih sombong untuk tidak mahu mengikuti akan ajaran yang terdapat didalamnya? Adakah kita masih tidak mengerti atau tidak mahu cuba untuk mengerti akan ancaman dan juga kebaikan yang akan diberikan kepada mereka-mereka yang benar-benar mempercayai apa yang akan diberikan kepada manusia yang memberikan penyerahan diri mereka kepada Allah swt yang mampu untuk melakukan apa sahaja bagi kehidupan kita di dunia ini.



Marilah kita mula berfikir sebentar dengan akal yang diberikan oleh Allah swt ini, apakah kita tidak mempercayai bahawa Allah swt mampu untuk mengambil pemikiran kita atau mengambil nyawa kita pada bila-bila masa sahaja, Allah swt memberikan kita peluang dan waktu untuk kita mempergunakan akan dan pemikiran kita untuk kita merasai akan kebesaran Allah swt dan juga peluang untuk kita menyerahkan jiwa, pemikiran dan kehidupan untuk meletakkan Allah di hadapan kita dan mengambil hanya nilai Allah swt didalam kehidupan kit adi dunia ini.



Sebentar tadi saya berkesempatan melawat jenazah adik seorang kawan kita yang telah dipanggil oleh Allah swt ketika berumur 37 tahun, siapakah menyangka yang dia akan kembali pada usia semuda itu, namun apabila telah ditentukan tiada siapa yang dapat menghalangnya, bilakah akan tiba untuk diri kita? Alangkah beruntungnya bagi sesiapa yang mempersediakan diri mereka untuk mencari kebaikan yang dijanjikan oleh Allah swt dengan sentiasa ingat kepadanya dan mengutamakan nilai Allah swt didalam kehidupannya. Amin

Pengorbanan persediaan menuju kematian

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Pengertian dan kepahaman akan memberikan suatu tanggapan yang akan dirasai dan dilahirkan didalam tindakan. Mari kita meneliti apakah kepahaman kita tentang kematian, apakah ianya suatu perjalanan dalam kehidupan kita semata-mata dimana setiap orang akan mati dan itu adalah akhirnya kehidupan? Atau adakah kematian suatu permualan kehidupan untuk kita dinilai baik buruk yang telah kita lakukan dan anak mendapat balasan diatas apa yang telah kita lakukan.


Sejauh mana kita yakin diatas balasan dari Allah swt ini? Sejauh mana kita benar-benar takut akan saat ini sehingga kita benar-benar mahu menyediakkan diri untuk saat-saat ini dan segala sesuatu yang kita lakukan adalah untuk mencari keredaan Allah swt. Sudah tiada ketakutan kecuali ketakutan kepada Allah swt, sudah tiada pengharapan kecuali pengharapan kepada Allah swt. Adakah kita meletakkan penilaian Allah swt didalam apa sahaja yang ingin kita lakukan, apakah kita berfikir sekiranya kita melakukan sesuatu, Allah swt benarkan atau dilarang oleh Allah swt.



Apakah kita paham tentang siksa yang akan berlaku keatas diri kita sekiranya kita melakukan kesilapan adalah suatu siksa yang mungkin tidak dapat digambarkan ada di dunia ini, tetapi di akhirat nanti siksa sebegitu akan berlaku dan ianya adalah suatu siksa yang bergitu pedih dan menyebabkan kita merasakan alangkah baiknya jika kita diberikan peluang untuk kembali ke dunia dan melakukan yang terbaik sepanjang peluang kehidupan yang diberikan kepada kita.


Kita sering terlupa dan sering menyesali peluang yang ada. Namun peluang itu tidak akan datang lagi selepas kematian diri kita, sekarang peluang masih terbentang luas untuk kita melakukan sesuatu untuk kehidupan yang pasti akan menemui kematian. Marilah kita memperbetulkan yang silap, yang berlalu telah berlalu dan yang ada hanya masa sekarang dan bukan esok yang belum tentu tiba untuk kita.



HARAPAN



Marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita dan juga ahli keluarga kita serta rakan-rakan kita. Marilah kita menyampaikan walau pun satu ayat untuk menjadikan diri kita dan mereka-mereka yang kita kasihi dan cintai merasakan akan nikmatnya Islam dan mendapat kasih sayang dari ALLAH swt. Harapan saya agar saudara dan saudari dapat memanjangkan email seperti ini dari masa kesemasa kepada ahli keluarga dan rakan-rakan agar ianya menjadi sedikit amal kita untuk kita menyelamatkan diri kita dihadapan Allah swt nanti. Sesungguhnya yang memberikan hidayah bukan tulisan-tulisan atau kata-kata atau sebaran-sebaran yang kita lakukan tetapi yang memberikan hidayah adalah ALLAH swt, tugas dan peranan kita adalah menyampaikan, maka marilah kita menyampaikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi semuga kematian yang akan kita hadapi penuh dengan kebaikan yang akan diberikan oleh Allah swt. Marilah kita bermula dari sekarang untuk mendidik hati-hati kita agar benar-benar dapat merasakan akan cinta kepada ALLAH swt dan juga diri Rasulullah saw. Amin

Tanggungjawab Menuju Akhirat

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Ayah-ayah! suatu pangilan mesra dari seorang anak, apakah dengan memenuhi segala kehendak anak akan melengkapkan segala peranan seorang ayah. Apakah dengan memberikan tempat tinggal yang sempurna, makan minum dan segala kelengkapan permainan sudah menjadikan seorang lelaki yang mmempunyai zuriat telah sempurna tanggungjawabnya kepada zuriat tersebut.



Peranan dan tangung jawab ayah begitu besar untuk menjadikan anak-anak yang dilahirkan dari isteri-isteri meraka sebagai manusia yang mengenal Allah swt. Para Ayah perlu menyedari bahawa mereka memainkan peranan yang besar untuk memastikan anak-anak yang diberikan oleh Allah swt itu tidak disia-siakan sehingga menjadi manusia yang tidak berguna kepada diri mereka sendiri, masyarakat dan alam. Kita mempunyai tanggung jawab untuk memastikan yang anak-anak ini boleh memainkan peranan mereka menjadi manusia yang boleh menjalankan tanggungjawab sebagai manusia seperti yang dikehendaki oleh Allah swt.



Apakah tanggungjawab yang telah diberikan kepada manusia? Pertama sekali kita perlu benar-benar merasakan hubungan dengan ALLAH swt. Kita perlu tahu apakah hubungan yang perlu kita lakukan dengan Allah swt. Kita perlu mempunyai akidah yang sempurna, tetapi sejauh mana kita paham tentang akidah yang sempurna. Banyak buku-buku yang menjelaskan tentang akidah dipasaran dan berapa banyak pula buku-buku itu pernah kita baca atau adakah kita memilikinya.


Jika kita masih belum memilikinya, sekaranglah masa yang terbaik untuk kita bermula menghimpun buku-buku yang memberikan kebaikan kepada diri kita untuk kehidupan akhirat nanti. Mengapa kita mampu menghabiskan wang membeli surat khabar tetapi sukar untuk membeli buku-buku untuk mendidik anak-anak kita.



Mungkin kita perlu bermula dengan tafsir-tafsir Al Quran dari ayat-ayat yang mudah untuk kita menyemak sejauh mana kita memahami makna Al Quran untuk memandu kehidupan kita. Jika semua peralatan yang kita beli ada buku panduan mengunakanya, maka sudah tiba masanya untuk kita mengunakan manual panduan Al Quran untuk memandu kehidupan kita agar kita sentiasa berada dijalan yang lurus. Apa yang telah berlalu tidak mungkin untuk ditarik balik tetapi apa yang ada sekarang perlu untuk kita lakukan yang terbaik. Apakah kita tidak mahu mendapatkan yang terbaik, hadiah yang terbaik dan apa sahaja yang terbaik. Peluang masih ada dan kita perlu lakukan sekarang bukan menanti hari esok.



Saya masih teringat pemergian seorang guru yang amat saya kasihi seminggu yang lalu, semasa jenazah diletakkan diliang lahat, saya lihat wajahnya penuh dengan suatu kepuasan mungkin kerana telah melaksanakan suatu tanggung jawab, ramai pelajar-pelajarnya hadir semasa pengkebumian tersebut, ini adalah hasil dari didikan dan cetusan kasih sayang mendidiknya sehingga kami dapat merasai kemanisan iman, semuga pahala yang berterusan akan diperolehi oleh beliau dialam barzah nanti.



Saya tertanya-tanya adakah apabila saya dimasukkan kedalam kubur nanti, saya akan meninggalkan anak-anak yang soleh dan sentiasa mendoakan diri saya agar mendapat rahmat dari Allah swt. Apakah amal yang mungkin akan dapat menyelamatkan kita dari suatu perhitungan yang begitu teliti untuk melihat kesungguhan dan kebersihan hati yang penuh keikhlasan. Semuga kita semua berusaha bersungguh untuk suatu hari perhitungan yang tidak mungkin kita dapat melarikan diri kita. Marilah kita bermula sekarang, saat ini kerana saat sentiasa berlalu tanpa menanti apakah yang ingin kita lakukan. Allah hu alam.

Pengertian Family Kepada Kita

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Kehidupan keluarga saling merlu memerlukan antara satu sama lain, kehilangan seorang sahaja tentu sahaja amat dirasai oleh ahli keluarga, jika seorang dari ahli keluarga di panggil oleh ilahi tentu sahaja pemergian yang tidak akan kembali itu amat-amat dirasai, sekiranya kita tahu bilakah mereka akan pergi tentu sekali kita akan cuba untuk memberikan yang terbaik buat kehidupan yang tinggal untuk kita membuktikan akan erti kasih sayang kita kepada mereka.


Tidakkah kita sedar walau bagaimana kita marah dan tidak sependapat, persaudaraan yang kita bina ini akan memberikan suatu ikatan kemesraan mereka akalah yang sepatutnya kita kasihi dan memberikan perhatian utama untuk kehidupan kita. Adakah kita memberikan masa kita buat mereka ini? Adakah kita menyayangi mereka sehinggakan kita tidak mahu mereka mendapat yang buruk didalam kehidupan mereka. Adakah kita benar-benar berusaha agar mereka akan mendapatkan keselamatan agar tidak terjerumus kedalam API NERAKA. Apakah kita benar-benar berusaha untuk memberikan ilmu pengetahuan agama agar mereka mengenali Allah swt dan mengenali Rasulullah saw. Atau kita lebih takut jika mereka tidak mengenali tokoh-tokoh sain, atau kurang pandai metametik atau tidak berapa baik didalam pelajaran mereka.


Kita perlu jelas apakah yang kita inginkan buat mereka-mereka yang kita kasihi, kita mahu menjadikan diri mereka seperti diri kita atau jika boleh lebih baik dari diri kita didalam memahami hubungan dan perhambaan kepada Allah swt. Adakah ini yang kita fikirkan? Apa yang kita fikirkan akan kita rasa didalam hati kita dan akan dilaksanakan didalam tindakan kita. Apa yang ada didalam hati kita dan apa yang kita lahirkan selalunya tidak dapat kita pisahkan.


Bayangkan sekiranya suatu hari anak kita yang berumur 7 tahun bertanya berapakah gaji kita sejam dan seminggu kemudian anak kita membawa sejumlah wang dari tabungnya untuk diberikan kepada diri kita dengan berkata ” Ayah abang kumpul duit ini untuk ayah, abang rasa abang nak duduk berbual dengan ayah satu jam dan duit ini adalah sama dengan gaji ayah untuk satu jam” Kita terlalu sibuk sehingga kita tiada masa untuk mereka. Sekiranya kita tiada masa untuk mereka yang kita sepatutnya kasihi hari ini, akan tiba suatu masa nanti apabila kita ada banyak masa untuk mereka tetapi mereka pula tiada masa untuk diri kita. Kita perlu berubah dan memulakan kehidupan yang benar-benar mengenali erti FAMILY untuk kehidupan di akhirat kelak. Allah hu alam

Setiap Saat Perlu Menjanjikan Kebahagiaan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Perkahwinan suatu permulaan perkongsian untuk mengenal erti kebahagiaan. Ramai orang yang apabila ikat nikah dilafaskan merasakan erti kebahagian didalam kehidupan, namun kebahagian itu semakin kurang dari masa ke masa. Dari hari ke hari perasaan kebahagian semakin kurang kerana merasakan sudah tiada kesepahaman di dalam kehidupan. Bukankah si Dia itu idaman hati, kerinduan yang dahulunya bertahta di hati kian luput dengan masa berlalu, Dia yang selalu di puja dan di ingati didalam pemikiran mula luput sedikit demi sedikit. Mengapa ini perlu berlaku?



Apakah sebenarnya tujuan perkahwinan dilakukan? Adakah hanya untuk melepaskan hawa nafsu semata-mata? Atau apakah disebalik ikatan tersebut ada sebab yang kukuh yang akan menyebabkan semarak cinta akan tetap utuh walau apa sekali badai yang mengamuk. Bila dikata suami ingin kawin seorang lagi, maka si isteri mula sangsi kerana tidak dapat memastikan dimanakah hati suami selepas ini, adakah aku tetap dihatinya atau segalanya akan pergi seperti angin yang berlalu, tiada kegembiraan dan yang ada hanya kenangan yang mengusik jiwa menjadi lara.



Hari ini sudah tiada contoh keluarga bahagia yang dapat mewarnai kehidupan kekeluargaan, tiada cerita-cerita indah yang boleh di amalkan untuk mencari suatu keredaan Allah swt, ramai isteri-isteri yang bergitu takut kepada suatu ketentuan Allah swt yang membenarkan untuk suami berkahwin lagi. Tetapi adakah kita sedar bahawa semua itu ujian untuk melihat sejauh mana kita percaya Allah swt mampu menguji hambanya mengikut yang dikehendakinya. Kita lebih mudah menyatakan seorang lelaki itu mencari pasal dan berlakulah seperti yang telah berlaku, mengapa kita tidak melihat disebaliknya kerana mungkin ujian itu diberikan kepada seorang isteri yang telah di takdirkan akan bermadu.



Namun hakikatnya apabila berlaku ianya adalah ujian untuk si suami dan juga si isteri untuk melihat sejauh mana kita merasakan Allah swt yang maha adil, bijaksana, sempurna telah menyusun semuanya untuk menguji kita agar dapatkah berhubung dengan Allah swt. Berbahagialah sesiapa yang mampu menghadapi semua ujian di muka bumi sebelum kematian ini dengan kejayaan, yang pasti samada kita bersedia atau tidak, ujian yang datang dari Allah swt untuk kita perlu kita lalui dengan mencari yang terbaik kerana apa yang berlaku adalah khas untuk kita menghadapinya, kita tentu sekali tidak boleh untuk mempersoalkan Allah swt kerana memberikan kita sebarang persoalan kerana apabila kita mendapat ujian tentu sekali kita adalah yang terpilih untuk mendudukinya dan perlu lulus dengan sempurna.


Ujian berlaku setiap saat kehidupan, kita perlu melakukan yang terbaik setiap saat yang tiba, hanya satu saat dan ianya tidak lama. Yang penting setiap saat pasti akan datang dan pergi, pergi tanpa boleh dikejar kembali. Meninggalkan kita dengan suatu sejarah untuk saat tersebut bagi bertemu kembali di akhirat kelak untuk dipertanggungjawabkan atas tindakan dan keputusan yang telah kita lakukan. Ianya hanya satu saat yang membina suatu kehidupan untuk berhadapan dengan Allah swt. Semuga kita melalui saat demi saat dengan penuh kejayaan dan keredaan Allah swt. Amin

Pengorbanan Didalam Pencarian Kebahagiaan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Kehidupan suatu keindahan yang perlu dicari bukan hanya menanti dan menunggu akan kehadirannya. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lidah mana yang tidak tergigit, adat resam kehidupan berumah tangga yang memerlukan penuh dengan kesabaran dari kedua-dua belah pihak. Masing-masing sentiasa ada kelemahan dan kita bukan manusia yang terbaik, tetapi bercita-cita untuk memberikan yang terbaik.


Kita lebih hampir kepada apa yang kita fikirkan. Jika kita mahukan yang terbaik kepada keluarga kita, walaupun ribut taupan mana sekalipun yang mendatang segalanya akan dapat dihadapi dengan penuh kemanisan dan kesyukuran kepada Allah swt. Tidakkah semuanya yang berlaku adalah merupakan ujian untuk melihat kita sejauh mana kita berbaik sangka kepada Allah swt. Untuk melihat sejauh mana kita boleh bersabar dan merasakan yang Allah swt sentiasa melihat diri kita dan kita mahu melakukan yang terbaik yang mampu kita lakukan.


Bagi isteri yang tengah membara marahnya, suami perlulah bersabar dengan kerenahnya, mungkin ada kebenaran di atas marahnya dan mungkin melulu kerana hasutan saitan, kesabaran akan lebih memberikan kebaikan kepada diri kita. Wahai suami, cepat-cepatlah pegang tangannya, atau pegang bahunya atau sentuh dimana sahaja kerana sentuhanmu lelaki bak air batu yang akan memadamkan kemarahan yang membara. Katakan ’Semuga Allah swt merahmatimu, apa silap abang sayang’ atau ’Sayang, abang manusia biasa, apakah yang abang perlu baiki’ atau ajak duduk sebentar pegang tangannya, mungkin itu sudah cukup untuk meredakan kemarahan yang membara.



Bagi suami yang tengah marah membara, isteri perlu cepat untuk menyediakan makanan agar perut yang lapar dapat diisi, tidak menyentuh suami yang membara kerana kemarahan makin membara jika disentuh oleh isteri yang setia. Biarkan mereka makan sekenyang-kenyangnya kerana darah yang banyak dikepala akan turun keperut untuk memproses makanan yang ada. Bila kemarahan telah reda dek makanan yang ada, baru boleh duduk bersama dapatkan fakta kemarahan mungkin kerana berita yang didengar, mungkin kerana kerja yang banyak, mungkin kerana ego tidak dihormati atau mungkin kerana berbagai perkara yang tidak disenangi yang telah si isteri lakukan.



Yang penting semangat untuk saling paham memahami, saling hormat menghormati kerana kita diikat oleh suatu tujuan untuk mencari redza Allah swt di dalam penghidupan, mencari kemanisan untuk suatu perjalanan yang singkat sebelum kematian, membina dan terus membina sehingga surga dunia dapat diadakan dan surga akhirat pemberian Allah swt. Surga dunia dan akhirat memerlukan pengorbanan yang mungkin tidak dapat digambarkan oleh kata-kata tetapi memerlukan tindakan keikhlasan yang di nilai hanya oleh Allah swt. Marilah kita bina mahligai-mahligai keluarga bahagia yang dapat mencorakkan dunia agar menjadi contoh umat manusia akan datang. Allah hu Alam.

Ibu..tanganmu terlalu indah

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Ibu, Emak, Umi dan Mama suatu panggilan yang sering kedengaran dari seorang kanak-kanak. Panggilan manja untuk mendapatkan bantuan dan pertolongan dan sentiasa mengharap dengan penuh kasih sayang. Sekiranya tiada seorang yang kita panggil ibu atau mama atau emak atau umi mungkin kehidupan kita tidak semudah dan seindah sekarang. Merekalah yang telah berkorban untuk kepentingan diri kita, bersusah payah untuk melihat kita Berjaya didalam kehidupan dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan keriangan akan kita perolehi didalam kehidupan kita.


Namun apakah kita menyedari bahawa tangan-tangan yang menjaga kita, wajah-wajah yang memberikan kegembiraan kepada kita sikit demi sedikit telah dimamah usia, wajah yang jelita sebelum ini telah menjadi semakin tua. Tenaga yang begitu kuat sebelum ini sudah semakin lemah namun kasih sayang yang telah diberikan semasa kita masih kecil sehingga sekarang tetap tidak berubah, malah kasih tersebut semakin besar dan kuat buat diri kita. Tetapi apakah perasaan yang dirasakan oleh anak tersebut, mungkin semasa kecil tidak menyedari apakah perasaan kasih dan sayang, yang kita sedari hanya kita mahu ayah dan ibu memenuhi segala keperluan dan kehendak kita. Kita merasakan bahawa seorang ayah dan ibu perlu memberikan apa yang perlu dan dikehendaki oleh diri kita. Ini satu tanggung jawab mereka.


Hari ini bagaimana pula perasaan kita terhadap mereka, bila cuti adakah kita melapangkan waktu untuk bertemu dan menziarahi mereka yang telah kesunyian, tiada lagi suara-suara kecil yang memanggil mereka, tiada lagi kedengaran suara nakal yang mahukan dan meminta-minta, kehidupan mereka mula dengan mengisi hari-hari yang berlalu dengan mengingatkan natogia dan pengalaman lama untuk mengembirakan hati yang lara. Mereka mengulang tayang peristiwa-peristiwa lama semasa kita kecil untuk mengembirakan hati mereka, mereka amat-amat berharap agar tangan-tangan kecil suatu masa dahulu dapat memeluk diri mereka untuk mereka mengimbau kembali suasana bagaimanakah dengan penuh kasih sayang mereka telah membesarkan diri kita dan menjadikan kehidupan itu penuh bermakna.



Namun hari ini begitu ramai anak-anak yang telah lupa, lupa bahawa mereka telah pernah dibesarkan oleh seorang wanita yang di panggil ibu atau emak atau umi dan mama. Mereka telah tidak menghiraukan diri yang telah dimamah usia ini, membiarkan mereka kesunyian, menanti kehadiran anak-anak yang tak tentu akan kunjung tiba. Anak-anak sibuk dengan berbagai kerja yang tidak pernah habis dan sentiasa berkejar-kejar untuk mendapatkan kehidupan yang sementara.



Apabila mereka telah pergi baharu kita merasai akan kehilangan dan pada masa itu segala penyesalan sudah tidak bererti lagi, dunia kita telah berbeza, walau bagaimana kita merintih untuk menyatakan yang kita sayang akan diri mereka, namun dunia kita telah berbeza, mereka tidak akan mampu mendengar apa yang ingin kita katakan, katakanlah sekarang semasa mereka boleh mendengar lagi, peluklah mereka sekarang semasa mereka boleh merasainya, ciumlah mereka sekarang walaupun pipi tersebut telah berkedut kerana sekarang mereka amat-amat memerlukan sentuhan dari diri kita yang bergelar ANAK.


Semuga kita menjadi seorang anak yang soleh dan solehah. AMIN

Aku tidak meminta dilahirkan di Palestin,tapi ini satu ujian

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Perjuangan suatu yang memberikan erti kehidupan, namun apa yang berlaku adalah suatu ketentuan Allah swt untuk melihat apakah yang mampu untuk kita melakukannya. Walaupun jauh dari tempat pertempuran namun apakah rasa hati kita kini? Adakah kita mahu untuk turut serta atau merasai bahawa kita juga mahu untuk bersama mereka yang berjuang untuk mencari kebenaran.



Apakah anak-anak kecil itu meminta untuk dilahirkan di bumi palastin? Apakah kita telah meminta untuk dilahirkan di Malaysia? Jawapannya tentu tidak namun semua yang berlaku adalah suatu yang telah ditentukan oleh Allah swt dan Allah swt yang maha adil, maha bijaksana, maha sempurna tentu menjadikan apa yang berlaku penuh dengan kebaikan yang tersurat disebaliknya. Apakah kita merasai apakah yang telah di kehendaki oleh Allah swt untuk kita melakukannya. Mungkin dengan peristiwa ini memberikan peluang untuk kita melakukan amal seperti bersedekah, berkorban untuk menyumbangkan harta yang ada untuk membantu orang lain di bumi pelastin.


Baru-baru ini didalam majlis penerangan peperangan bumi pelastin, saya mendapat tahu ada dikalangan ibu-ibu yang sanggup membuka perhiasan emas mereka untuk didermakan dan hasilnya hampir sekilo lebih emas telah terkumpul. Duhai ibu-ibu yang berhati mulia, pengorbanan yang engkau lakukan pasti akan di lihat oleh Allah swt dan pasti akan mendapat rahmatNya. Mungkin ini sebabnya Allah swt menjadikan segala-gala untuk melihat siapakah yang sanggup berkorban dan mahukan hamba-hambaNya merasakan bahawa Allah swt sentiasa melihat apa yang mereka lakukan dan sentiasa berharap dan berdoa agar kemenangan akan berpihak kepada Islam.



Allah swt mampu untuk menjadikan yang terbaik buat umat-umat Islam, namun apa yang kita perhatikan sekarang banyak yang tidak memihak kepada Islam. Mungkin ini tanda yang mahu diberikan oleh Allah swt untuk menyedarkan kepada diri kita yang kita terlalu jauh dari hakikat kebenaran Islam. Kita terlalu jauh dari Islam yang dibawa oleh Rasulullah dan dengan sedikit cubaan ini akan memberikan kesedaran untuk kita memulakan suatu penghidupan baru yang berdasarkan dengan agama Islam yang sebenarnya. Telah terlau jauh mungkin kita meninggalkan agama kita dan telah tiba masanya untuk kita mencintai Allah swt dan mencintai rasulullah saw, kita perlu merasakan apa yang berlaku adalah suatu teguran kasih sayang Allah swt untuk kita memperbaiki segala kesilapan yang lalu dan melakukan suatu yang baru yang akan menyebabkan kita dikasihi dan di redai oleh Allah swt. Tiada kesenangan tanpa kesukaran dan keindahan hanya akan kita capai jika kita mahukan didalam kehidupan kita. Insaallah.

Keindahan tetap ada kita boleh mendapatkannya

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Keindahan yang dicari-cari mungkin terlalu sukar untuk digapai, mungkin ia datang tanpa di minta, mungkin ia selalu saling berganti didalam kehidupan yang sementara, keindahan akan memberikan ketenangan di dalam kehidupan. Semuanya adalah suatu ujian yang diberikan untuk melihat sejauhmana kita mampu untuk merasai nikmat Allah swt yang begitu banyak untuk menguji sejauh mana kita dapat bersyukur.



Apabila kita melihat keindahan atau melukiskan keindahan didalam pemikiran, kita akan dapat merasainya kerana kita mahukan keindahan itu bersama-sama dengan kita. Apakah seorang yang hodoh telah tidak ada peluang untuk merasai kemanisan keindahan? Tentu sekali tidak, begitu juga yang buta apakah tidak akan merasai kemanisan keindahan hidup di dunia ini? Oleh sebab itu keindahan ini apabila kita menerima segala pemberian Allah swt dengan perasaan bersyukur dan mahukan agar apa yang diberikan memberikan kebaikan kepada kehidupan.


Allah swt yang maha sempurna dan maha adil tentu sekali akan memberikan segala-gala yang ada di bumi ini untuk kebaikan dan memberikan peluang untuk kita mempelajari dan memperbetulkan kehidupan kita. Cara kita memandang apa yang berlaku perlu mencari kemanisan dan kegembiraan. Sebagai contohnya peperang yang berlaku sekarang di gaza ? Apakah yang kita fikirkan? Suatu malapetaka? Suatu penginayaan? Suatu kezaliman? Kita perlu melihat segalanya adalah datang dari Allah swt dan Allah mahu kita melihat bagaimana janji Allah swt adalah benar dan kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu saudara-saudara kita dan kematian yang berlaku adalah satu anugerah Allah swt untuk mereka yang berjuang bagi mendapatkan surga Allah swt.



Alangkah beruntungnya mereka yang sahid kerana mereka disambut oleh bidadari yang disediakan oleh Allah swt bagi pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka. Mengapa kita perlu menangis tetapi kita perlu mengucapkan tahniah kerana mereka berjaya mendapatkan surga Allah swt dan berharap agar kita juga diberikan peluang suatu hari nanti untuk mendapat surga Allah apabila kita telah bersedia untuk menghadapai ujian yang disediakan oleh Allah swt.


Kesedihan suatu yang ada dalam diri manusia tetapi apabila kita hubungkan kepada Allah swt maka kesediahan akan pergi dan kegembiraan akan menyelubungi kehidupan kerana siapalah kita yang boleh mempertikaikan apa yang telah ditentukan oleh Allah swt. Kita perlu berharap dan berdoa agar kita mendapatkan yang terbaik dan segala yang diperolehi adalah pemberian dari Allah swt dan tugas kita adalah melakukan yang terbaik mungkin yang boleh kita lakukan didalam kehiduapan ini. Kita perlu berusaha-berusaha dan berharap agar apa yang kita usahakan akan mendapat ganjaran yang terbaik dari Allah swt. Allah hu alam

Kesedaran menuntut tindakan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Makanan adalah suatu yang perlu kepada kehidupan kita, namun apakah makanan yang akan memberikan kebaikan kepada kehidupan kita sehingga mendapatkan keredaan dari Allah swt. Hari ini arahan telah dikeluarkan agar kita memboikot makanan yang di keluarkan oleh Yahudi dan juga barangan keluaran syarikat yang berhubung kait dengan syarikat-syarikat yang membantu Negara Yahudi tersebut. Namun sejauh mana perasaan yang ada didalam hati kita sanggup meninggalkan dan mencari altenatif lain untuk keperluan diri kita.



Makanan halal atau haram suatu yang ada di sekeliling kita. Adakah kita mempersoalkan apakah makanan yang akan kita makan sentiasa halal bagi mendapatkan keberkataan dari Allah swt. Kita berharap asal orang islam yang menjual makanan tersebut pasti semuanya halal dan tidak perlu bersusah untuk menyelidiki dari manakah makanan itu datang. Mungkin ada kebenarannya tetapi jika jelas seorang yang bukan Islam menghantarkan dan membekalkan makanan seperti ayam ke restoren tersebut tentu kita akan merasakan was-was samada makanan itu disembelih seperti yang dikehendaki oleh Allah swt. Hari ini kita dapati ramai peniaga mahukan keuntungan dan mereka akan mendapatkan keuntukan tanpa mengira samada sumber itu halal atau tidak.



Mengapa perkara ini berlaku adalah kerana kita sendiri sebagai seorang islam tidak peka dan tidak kisah sangat berhubung makanan yang kita makan. Saya ingin berkongsi tentang me hoon EKA yang dikatakan disediakan di sebelah kawasan pemeliharaan babi di suatu tempat di utara. Jenama mee tersebut berbagai-bagai seperti Fatima, bersatu dan lain-lain nama. Semuanya menunjukkan nama yang mungkin kita rasakan akan memberikan kebaikan kepada diri kita dan harganya amat murah jika dibandingkan dengan jenama lain. Tetapi keperluan untuk mendapat yang terbaik perlu difikirkan agar kita mendapatkan keberkatan daripada makanan yang kita makan.



Ia berbalik sejauh mana hati kita berhubung dengan Allah swt, semakin kita berhubung dengan Allah swt semakin itu kita akan memastikan apa yang kita makan perlu mendapatkan keberkatan yang akan memberikan hati yang bersih dan sentiasa berharap kepada Allah swt. Mungkin dengan sedikit kesedaran ini akan memberikan kita semangat untuk membantu para peniaga muslim yang begitu bersungguh-sungguh untuk menyediakan makan halal untuk keperluan umat Islam. Mungkin harganya sedikit mahal namun dengan harga yang mahal itu mungkin akan menambahkan keberkatan hidup, itu lebih bererti buat kehidupan yang sementara ini.



Marilah kita renungkan apa yang telah berlaku dan semuanya adalah suatu yang baik untuk kita menyedarkan diri kita bahawa ujian dari Allah swt di tujukan kepada kita untuk melihat sejauh mana kita bersedia untuk mencari redzaNya. Setiap kesukaran pasti ada kesenangannya. Bukan senang nak senang kalau takut susah, susah nak senang. Semuga makanan yang kita makan akan sentiasa halal dan endapat keberkatan dari Allah swt. Amin

Mencari Redha Bermula Dari Diri Sendiri

Assalammualikum dan salam sejahtera,



Apabila kita memperkatakan tentang sabar, sejauh mana kita boleh bersabar? Ada orang yang kelihatan sabar dia kita katakan ia memang dilahirkan untuk sabar dan sukar untuk melihat ia marah. Adakah sabar boleh di bentuk didalam diri kita? Semua orang boleh sabar, tetapi peringkat sabar sahaja yang berbeza-beza. Ada orang sanggup menendang, memukul kenderaan yang menghalangi tempat letak kereta beliau, tetapi ia mampu juga untuk mengeluarkan kenderaan dari tempat letak kereta tanpa mengalihkan kenderaan yang menghalangnya.



Ada orang mampu untuk memaafkan seseorang yang tidak dikenali apabila terlanggar apabila sedang berjalan, tetapi menengking anak yang terlanggar dirinya apabila baru masuk rumah. Orang yang tidak dikenali lebih dihormati dari anak yang sepatutnya dikasihi dan disayangi. Ada orang mampu untuk menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual kosong tetapi begitu sukar untuk memerhatikan akan kebesaran Allah swt yang ada di muka bumi ini, kebesaran Allah swt yang ada di dalam diri kita sendiri.


Kita selalu merasakan apa yang berlaku diatas hasil usaha kita sendiri, amat jarang kita merasakan apa yang berlaku adalah pemberian dari Allah swt. Kita mendapat pangkat, kekayaan kebahagian sebenarnya adalah dari Allah swt untuk melihat sejauh mana kita boleh merasakan dan menghubungkan diri kita kepada Allah swt. Mari kita semak apa yang telah kita perolehi? Adakah kenderaan yang cantik yang ada pada kita boleh diambil oleh Allah swt bila-bila masa sahaja? Adakah kesihatan yang ada pada diri kita sekarang boleh kita pertahankan? Adakah kekayaan yang ada pada diri kita boleh kita pastikan tidak akan berkurang dan hilang dari diri kita? Adakah kecantikan dan kecergasan yang ada pada diri kita akan terus kekal sampai kita tua nanti.


Jawapannya tentu sekali kita tidak mampu untuk memastikannya, yang boleh kita berusaha dan setiap usaha yang kita lakukan mungkin akan diberikan oleh Allah swt keputusan yang kita harapkan, namun hanya Allah swt yang menentukan samada kita akan memperolehinya atau tidak. Kita tidak lebih dari berusaha dan berusaha, keputusan milik Allah swt. Lihatlah orang yang sedang melalui pembedahan dan rawatan di hospital, masing-masing berharap kepada Allah swt agar diberikan kebaikan, para doktor juga hanya boleh berkata mereka hanya mampu melakukan pemedahan dan hanya Allah swt sahaja yang mampu untuk menentukan samada selamat atau tidak. Tidak ada doktor yang sanggup memberikan jaminan keselamatan 100% apabila melakukan pemedahan kerana manusia yang boleh berusaha dan Allah swt yang menentukan segala-galanya.


Semasa kita memandu kenderaan dengan cermat dan berhati-hati, adakah ini akan memastikan kita akan selamat? Tentu tidak kerana mungkin ada orang lain yang cuai dan melanggar kenderaan kita. Kerana segala yang berlaku adalah didalam ketentuan Allah swt. Oleh sebab itu sebagai seorang muslim kita perlu merasakan harapan kepada Allah swt untuk memberikan yang terbaik buat diri kita dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan yang terbaik, namun apa yang berlaku perlu diterima dengan redza setelah kita melakukan yang terbaik. Ahhah hu Alam.



Maaf lama tak bertemu – bercuti.

Berfikiran terbuka adakah kita merasainya..

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Menerima seadanya adalah suatu yang perlu kita perhatikan untuk mendapatkan ketengan didalam kehidupan berumah tangga. Semua orang inginkan yang terbaik dan sempurna namun apabila telah berumah tangga baru sisuami menemui kelemahan si isteri dan begitu juga sebaliknya. Masing-masing mempunyai harapan yang tinggi tetapi apa yang diharapkan tidak kunjung tiba.


Senang untuk memperkatakan kita perlu berbaik sangka tetapi adakah kita sedar untuk berbaik sangka memerlukan diri kita dahulu berbaik sangka terhadap apa sahaja baru orang lain boleh berbaik sangka kepada diri kita pula. Ianya seperti melakukan yang baik maka yang baik juga akan kembali kepada diri kita. Apabila kita melakukan yang buruk maka tanpa kita sedari yang buruk itu pasti akan kembali kerana Allah swt maha adil dan akan membalas segala perbuatan yang kita lakukan setimpal dengan apa yang pernah kita lakukan.



Saya ada memerhatikan seorang ibu yang menjaga cucunya, kini sudah dua orang cucunya dijaganya dan dia sering mengeluh dengan menyatakan mungkin ini adalah balasan Allah swt kerana aku dahulu meminta ibu menjaga bayi yang ku lahirkan semasa aku sambung belajar dan sekarang anakku pula menyuruh aku menjaga bayinya keran dia masih belajar lagi. Rupanya apa yang kita lontarkan akan kembali semula kepada diri kita sendiri.



Apabila kita memperkatakan berfikiran terbuka, sejauh mana kita boleh berbicara secara terbuka untuk menegur isteri atau suami dengan hikmah, bersedia mendengar apabila di tegur oleh isteri atau suami atau oleh anak kita. Apakah kita lebih cepat untuk mengelak dari ditegur atau kita bersedia menerima apa sahaja yang dikatakan oleh orang lain terhadap diri kita dan menjadikan maklumat baru tersebut untuk memperbaiki diri kita. Apabila kita marah kepada seseorang, apakah dasar kemarahan kita? Apakah kita marah kerana kita tidak suka apa yang dilakukannya kerana mereka tidak menghormati diri kita atau kita tidak suka kerana apa yang dilakukan bertentangan dengan suruhan Allah swt.



Nilai dan asas kepada apa yang kita lakukan perlu jelas kerana apa yang kita lakukan sebenarnya akan dipertanggungjawabkan kepada diri kita dan akan dipersoalkan didalam kehidupan diakhirat nanti. Jika kita lakukan tidak ikhlas sebenarnya segala-galanya tidak berguna kerana bukan kerana Allah swt. Oleh sebab itu apa yang kita lakukan perlulah berdasarkan kepada nilai yang betul, jika marah kerana Allah swt, jika suka kerana Allah swt, jika menegur kerana Allah swt barulah apa yang kita lakukan kita akan fikirkan untuk kebaikkan bukan kerana nafsu. Allah hu alam.

Rumahku Syurgaku Suatu Perjuangan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Rumah tangga suatu anugerah Allah swt kepada kita, rumah tangga walau sebahagia mana sekalipun ada kalanya berkocak juga itu tanda untuk melihat sejauh mana ikatan kasih dan sayang antara dua manusia yang berbeza dapat disatukan oleh Allah swt yang maha berkuasa. Ini tanda kebesaran Allah swt yang maha pengampun lagi maha penyayang. Jika Allah swt yang mempunyai segalanya, yang maha penyang, yang maha mengetahui apa yang akan berlaku dan yang telah berlaku, maha sempurna balasannya, maha adil boleh memaafkan hamba-hambanya, maka siapa kita yang begitu kerdil dan banyak melalui kesilapan untuk tidak memaafkan seorang isteri atau seorang suami.



Kemarahan sebenarnya hanya sebentar, jika dengan marah kita boleh menyebabkan perubahan berlaku, maka marahlah kerana itu adalah yang terbaik. Tetapi sekiranya dengan marah tidak akan merubah apa-apa didalam kehidupan kita, maka kita perlu berfikir dan mencari suatu penyelesaian untuk mendapatkan keputusan yang terbaik bagi permasalahan yang kita sedang hadapi. Kalau marah ketika berdiri maka carilah tempat untuk duduk, kalau mara juga ketika duduk maka carilah tempat untuk berbaring, kalau marah ketika telah berbaring maka mungkin kita telah dilahirkan dengan darah panglima garang yang masih mengalir di tubuh kita.



Kemarahan hanya seketika, kita marahkan anak kita? Tetapi adakah kita sedar kemarahan itu sebenarnya untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada mereka, sekiranya anak itu telah remaja kemarahan bukan pendekatan yang betul untuk menyelesaikan permasalahan yang kita hadapi. 1 ke 7 tahun macam bunga, 7 ke 14 tahun macam hamba, 14 ke 21tahun macam kawan dan 21 tahun keatas akan menjadi kawan atau lawan. Lihatlah anak kita, jika ia berumur 14 tahun keatas sudah terlambat untuk kita memarahi mereka tetapi sekarang masa untuk berbaik setelah kita menjadikan mereka hamba untuk mengikuti peraturan sebelum ini.



Sekarang kita perlu mendidik dengan cara diplomasi, kita perlu memberikan ruang dihati mereka untuk merasakan bahawa ayah dan ibu adalah tempat untuk mereka meluahkan perasaan dan kerisauan, remaja penuh dengan dunia baru yang meneroka sesuatu yang baru, penuh dengan cabaran dan ingin melakukan sesuatu yang baru. Begitu juga isteri apabila anak telah ramai kadang-kadang mereka lupa bahawa suami adalah seorang yang perlu dilayan sebagai suami, suami tetap suami yang apabila mula mengenalinya selepas pernikahan seperti seorang anak kecil yang mahukan belaian tetapi hanya fizikalnya sahaja besar dan dewasa dan selepas masa berlalu segala yang indah memerlukan pengorbanan untuk memastikan kita sentiasa gembira, pengorbanan dari semua pihak didalam keluarga tersebut.



Keindahan berkeluaga sebenarnya memerlukan pengorabanan dari semua anggota dalam keluarga, bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora, semua ini adalah untuk menguji kehidupan untuk melukiskan kegembiraan dan kemanisan kehidupan. Hanya Islam yang dapat melakukan, memberikan kebahagian disebabkan ianya tidak lari dari ikatan hubungan dengan Allah swt dan sentiasa mencari Allah swt untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Kita tidak mampu melawan takdir Allah swt dan kita tidak mampu untuk lari dari ujian Allah swt, mohonllah kepada Allah swt yang menyediakan ujian untuk mendapatkan yang terbaik bagi kehidupan yang sementara ini. Allah hu alam

Kekayaan Untuk Apa..

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Kehidupan penuh dengan kegembiraan dan juga penderitaan, namun pemilihan yang betul akan memberikan kesan terhadap penghidupan yang kita lalui. Jika mahukan kegembiraan maka kegembiraan lebih hampir kepada diri kita dan kita mampu untuk mendapatkannya dimana sahaja kita berada dengan izin Allah swt. Apabila kita memperkatakan kekayaan, ada orang yang menilai dengan berapa jumlah nilai wang yang ada didalam simpanannya, ada pula yang menilai jumlah wang dan esset yang ada pada dirinya. Ada juga yang menilai jumlah anak yang ia ada, ada juga yang menilai dengan jumlah rumah sewa, ada pula menilai dengan jumlah kebun serta bilangan ternakan yang ada.



Tetapi adakah kita sedar sejauh mana harta yang kita ada sebenarnya harta yang mungkin kita miliki adalah harta yang boleh kita bawa untuk bertemu dengan Allah swt nanti. Betapa malangnya diri kita sekiranya kit adi dunia mempunyai harta yag begitu banyak tetapi bila berhadapan dengan Allah swt tiada harta yang dapat kita tunjukkan untuk kehidupan diakhirat nanti. Dimana kesudahan kehidupan amat perlu untuk kita fikirkan kerana walau apa sekalipun kita sekarang namun apabila tidak dapat kebaikan diakhirat sebenarnya persedian yang kita sediakan untuk kehidupan sebenar belum kita cari sebenarnya.


Berapa banyak harta yang kita ada namun adakah dengan harta tersebut akan dapat membeli surga Allah swt, atau kita sebenarnya tidak begitu yakin akan adanya surga Allah swt sehingga kita tidak benar-benar berusaha untuk mendapatkannya. Apakah kita sebenarnya meyakini akan kehidupan akhirat yang pasti akan tiba atau kita hanya percaya seperti percayanya kaum musrikin mekah terhadap hari akhirat namun tidak mahu benar-benar beriman kerana banyak lagi kehendak yang kita ingin lakukan di dunia ini.


Kalau kita rasa belum tibanya lagi untuk kita berubah, sebenarnya masa untuk mati tidak pernah melupakan diri kita, jika kita kata sekarang kita sibuk sebab kita masih belajar maka apabila kita berkerja kita juga tetap sibuk kerana kita memilih untuk menyebukkan diri kita dan tidak ada masa. Kita tunggu hingga pencen dan apabila pencen, kita juga sibuk dengan perkara-perkara lain seperti cucu dan lain-lain aktiviti. Mungkin kita sibuk menguruskan diri yang banyak berpenyakit untuk merawat diri yang terlantar dikatil-katil hospital. Masa sebenarnya ada iaitu sekarang dan lakukanlah sekarang sesuatu yang mungkin mengubah diri kita menjadi yang terbaik dan bermakna untuk kehidupan yang akan kita lalui setiap detik yang mendatang. Masa hanya setiap detik dan setiap detik pasti berlalu untuk menanti bagi diri kita melakukan yang terbaik buat isteri-isteri, anak-anak, sahabat, rakan, saudara dan semua manusia yang ada.



Kekayaan adalah milik Allah swt dan Allah swt mampu menjadikan seorang yang miskin menjadi kaya, seorang kaya menjadi papa, namun apa yang diberikan oleh Allah swt adalah untuk menguji hamba-hambanya samada tahu untuk bersyukur atau tidak didalam melalui kehidupan yang singkat ini. Allah hu alam

Kesempurnaan Memerlukan Pengorbanan Menuju Terbaik

Assalammualikum dan salam sejahtera,



Bagaimana kita melihat kehidupan yang kita lalui ini samada dengan bersikap positif dan penuh kegembiraan? Adakah kita sedar betapa beruntungnya kehidupan yang telah diberikan kepada diri kita? Betapa sempurnanya kita berbanding dengan ramai lagi manusia yang telah dilahirkan cacat atau kekurangan sifat tubuh badan. Namun ramai lagi yang mengeluh dengan apa yang ada dan tidak pernah bersyukur terhadap apa yang kita miliki.



Kita selalu mambandingkan dengan orang yang lebih baik dari kita, beruntungnya mereka kerana boleh belajar sehingga menjadi doctor, beruntungnya mereka kerana boleh menjadi ahli sukan yang berjaya, beruntungnya mereka kerana di berikan peluang untuk lawatan sambil belajar dan banyak lagi rasa-rasa beruntung yang telah kita berikan kepada orang lain. Tetapi mengapa kita tidak berkata betapa beruntungnya diri kita kerana mempunyai tubuh badan yang sempurna dan dapat melakukan banyak perkara yang tidak dapat dilakukan oleh mereka yang cacat. Betapa beruntungnya kita kerana mempunyai anak yang ramai untuk membantu kita semasa kita tua nanti berbanding dengan orang yang tidak mempunyai anak, betapa beruntuknya kita kerana mempunyai kereta tua yang mampu membawa kita kemana sahaja berbanding dengan orang yang tidak mempunyai kereta. Beruntungnya kita hari ini di tegur oleh boss atas kesilapan kita semuga kita tidak melakukan kesilapan yang lebih besar kemudian. Kesempurnaan akan diperolehi apabila kita menerima apa yang ada dengan sifat terbuka dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki dari masa kesemasa.



Sebenarnya apa yang tetap berlaku akan pasti berlaku dan sebagai manusia kita hanya melakukan sebab-sebab untuk perkara itu berlaku dan hanya Allah swt yang menentukan hasilnya. Sebagai manusia yang merasakan Allah swt maha melihat kita wajib dan perlu melakukan yang terbaik dan Allah swt maha mengetahui apakah hasil yang terbaik yang patut kita perolehi. Kita perlu berbaik sangka dengan Allah swt selepas kita melakukan yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang baik namun segala-gala adalah pemberian dari Allah swt. Kita tidak wajar memerintah allah swt untuk memberikan apa sahaja yang kita kehendaki, yang penting adalah kita berharap dengan Allah swt agar memberikan yang terbaik seperti yang kita harapkan, namun selepas berharap dan berdoa kita masih tidak mendapatkan apa yang diharapkan, ini tentu sahaja ada yang terbaik disebalik segala apa yang berlaku.



Semua orang mahukan yang terbaik namun adakalanya sesuatu yang buruk tetap berlaku keatas diri kita, inilah kehidupan yang penuh ujian untuk melihat sejauh mana kita amat berharap kepada Allah swt. Kita selalu terfikir jika mendapat yang baik ia adalah dari usaha kita tetapi sebenarnya segala apa yang kita perolehi tidak lebih dari ujian untuk melihat kita sejauh mana kita bersyukur terhadap nikmat-nikmat Allah swt yang banyak itu. Allah swt mampu memberikan segalanya dan juga mampu menarik segalanya, maka mengapa kita tidak berserah kepada Allah swt. Allah hu alam.

Suatu Pilihan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Apakah pilihan kita, samada untuk bergembira atau menderita, kehidupan adalah suatu anugerah Allah swt kepada manusia, kita tidak meminta untuk dilahirkan tetapi semuanya telah ditentukan oleh Allah swt dengan tujuan tertentu, kita boleh menjadikan diri kita sentiasa gembira dan terus gembira sekiranya kita berjaya melukiskan kekegembiraan itu di pemikiran kita dahulu, sebaliknya kita akan terus berdukacita sekiranya kita tidak berjaya melukiskan kegembiraan didalam pemikiran kita.



Mengapa kita perlu memilih untuk berdukacita sedangkan kita boleh memilih untuk gembira dan terus gembira, mengapa kita menyesali apa yang telah berlaku sedangkan kita boleh berusaha untuk memperbaiki dan berharap kepada Allah swt terhadap apa yang telah terlanjur yang telah kita lakukan dan terus memohon keampunan dari Allah swt. Jadikan apa yang telah berlaku sebagai suatu yang perlu kita perbaiki dan semuga apa yang berlaku tidak akan di lakukan kembali tanda kita benar-benar bertaubat diatas segala kesilapan yang telah dilakukkan. Allah swt maha pengasih dan akan mengampunkan segala kesalahan yang telah dilakukan, sesungguhnya Allah swt maha pengampun lagi maha penyayang.


Kegembiraan suatu yang di kehendaki oleh semua manusia, namun ramai manusia yang berduka cita didalam kehidupan ini. Mengapa perlu berduka cita, sedangkan begitu banyak sebab untuk membolehkan kita bergembira, sekiranya kita rasa sedih, bukankah masih ada orang yang mengasihi kita, yang sanggup untuk berkorban buat diri kita, jika kita rasa susah, masih ramai lagi orang lain yang susah sehinggakan untuk makan pun belum tahu samada ada hari ini untuk mereka. Sekiranya kita rasa kita tidak dihargai, sedarlah bahawa allah swt sentiasa bergembira kepada hamba-hambanya yang redza kepada Allah swt diatas ujiannya. Sekiranya cinta tertolak bergembiralah kerana cinta dari Allah swt amat besar ertinya bagi sebuah kehidupan. Yang penting apakah sikap atau attitude anda terhadap Allah swt. Minta lah dari Allah swt yang memiiki segala-galanya, berharaplah kepada Allah swt yang mampu memberikan apa sahaja, berlindunglah kepada Allah swt kerana ia mampu memberikan perlindungan dari segala cubaan manusia dan saitan.


Ada seorang rakan yang telah mengidap kenser Rahim dan setelah kimo, doctor menjelaskan tiada kesan kepada kenser tersebut. Jawapan yang diberikan oleh beliau, semua dari Allah swt dan tentu ada yang baik disebalik segalanya, yang penting saya tidak perlu memikirkan tentang sakit ini kerana ianya suatu ujian yang perlu saya lalui dan saya perlu memikirkan banyak tugas dan peranan yang perlu saya lakukan didalam kehidupan ini untuk menjadi yang terbaik, menjadi isteri. Menjadi ibu, menjadi anak dan banyak lagi perkara yang perlu dan boleh saya lakukan. Mengapa saya perlu memikirkan tentang sakit yang diberikan oleh Allah swt ini setelah saya berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki dan berubat, namun tiada kesan dari rawatan maka saya hanya perlu menyerahkan kepada Allah swt yang memberikan sakit tersebut kepada saya samada untuk memberikan kembali kesihatan saya atau mengambil kembali diri saya. Yang penting sekali apakah saya boleh mendapatkan keredaan Allah swt, keredaan suami dan sentiasa berbaik sangka kepada Allah swt.



Kita perlu bersyukur kerana tidak di uji sebegitu. Allah hu alam

Kita Masih Diberikan Masa

Assalammualaikum dan salan sejahtera,



Kita selalu menyesali sesuatu yang telah tiada, kita selalu tidak menghargai apa yang kita ada, kita selalu berfikir apa yang orang lain ada begitu baik dan alangkah bagusnya jika kita juga memiliki seperti yang dimiliki oleh orang lain ada. Baiknya sikap anak-anaknya, berbudi bahasanya isterinya, pandainya anak mengambil hati kedua ibu bapanya, cerianya wajah-wajah anak-anaknya dan berbagai lagi tanggapan yang kita berikan kepada orang lain yang ada di sekeliling kita.



Mengapa kita tidak berkala alangkah baiknya anak-anakku, bertapa cerianya anak-anakku, betapa cantiknya anak-anakku, bertapa baiknya isteri-isteri ku, dan segala yang ada pada kita penuh dengan kegembiraan yang perlu kita kecapi untuk kehidupan yang sementara ini. Adakah kita sedar masa yang berlalu tidak akan kembali lagi dan masa yang dihadapan belum tentu milik kita lagi. Yang pasti masa sekarang adalah masa kita dan kita perlu melakukan pemilihan samada untuk bergembira dengan masa sekarang atau untuk berduka dengan masa yang ada sekarang.



Sekiranya kita memilih untuk gembira dengan apa yang telah kita lalui, walau pun dikatakan suatu yang derita oleh orang lain, ianya tetap akan menjadikan kita gembira kerana kita tidak akan binasa dengan apa yang dikatakan oleh orang atau apa yang dikatakan oleh semua manusia. Yang penting apakah yang dikatakan oleh hati kita, adakah hati kita menyatakan kita boleh gembira dan menikmati apa sahaja yang berlaku dengan suatu kemanisan pemberian dari Allah swt. Ramai orang yang buta tetapi ada yang buta dan sentiasa gembira, ramai orang yang cacat tetapi cacat itu tidak menyebabkan mereka perlu hidup dengan penderitaan, malah ada yang begitu berjaya dan menjadi jutawan. Sekiranya mereka berfikir dengan penuh penderitaan, adakah mungkin untuk mereka berjaya? Tentu tidak.



Lakukanlah yang terbaik sekarang untuk orang yang kita kasihi, lakukan yang terbaik agar mereka akan merasai apa yang ingin kita berikan sekarang. Hanya kita yang boleh melakukan kerana keputusan adalah milik kita, kita masih belum terlambat kerana kita masih diberikan waktu untuk melakukan yang terbaik dan yang terbaik itu bermula dari hati yang mulia dan bersih kerana keikhlasan untuk melakukan tanpa mengharapkan balasan. Terlalu banyak yang boleh kita lakukan hingga kita mungkin tidak dapat mencatitkanya, namun Allah swt tetap akan mencatitkan untuk memberikan balasan di akhirat nanti. Tiada kerisauan untuk menanti balasan kerana balasan dari Allah swt tetap ada bergantung sejauh mana keikhlasan didalam kita melaksanakan amalan. Mari kita bermula sebelum terlambat kerana panggilan kematian akan memutuskan segala-galanya yang menjadikan dunia kita berbeza. Allah hu alam

Ketenangan Dimanakan Ku Cari

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Ketenangan merupakan suatu anugerah Allah swt kepada hamba-hambanya apabila hamba-hambanya dapat menghubungkan diri dan perasaan mereka kepada Allah swt. Mengapa kita sukar untuk menghubungkan diri kita dengan Allah swt? Kita mudah untuk menghubungkan diri dengan kerja, mudah menghubungkan diri dengan isteri, anak dan rakan. Kesukaran bermula kerana kita sendiri tidak pernah berfikir untuk menghubungkan diri kita dengan Allah swt.



Bayangkan sekiranya kita sentiasa membayangkan ciptan bumi dan langit, penciptaan manusia, penciptaan tumbuhan, penciptaan binatang ternak dan juga apa sahaja yang kita lihat di muka bumi ini, atau berfikir tentang perkara yang tidak terlihat tetapi boleh dirasai kehadirannya seperti udara, bintang-bintang, kuman dan lain ciptaan tuhan yang tidak mungkin kita terfikir oleh kita betapa sempurnanya. Apabila melihat kebesaran ini mungkin kita ada perasaan kerendahan diri untuk kita belajar mengenal Allah swt yang maha agung. Kita mungkin akan cuba untuk mencintaai Allah swt dengan sebenar-benar perasaan untuk mencintaiNya. Mungkin akan lahir suatu penyerahan dan mengakui segala kelemahan yang ada pada diri kita.



Kecintaan yang mendorong kita untuk meneliti apa yang pernah diturunkan kepada rasulullah saw iaitu Al Quran. Tanpa memahaminya kita sukar untuk mendapatkan panduan didalam kehidupan kita. Jika kita tersesat mengapa kita perlu mencari pandu arah, atau mencari orang yang boleh menunjukkan jalan yang betul. Didalam kehidupan ini mengapa kita tidak tertanya apakah sebenarnya panduan kehidupan yang perlu aku lakukan untuk mendapat keselamatan bagi kehidupan ini. Apakah kehidupan ini hanya suatu kehidupan tanpa apa-apa panduan untuk kita ikuti. Sekiranya kita yakin tentu ada panduan, mengapa pula kita tidak mengunakan panduan tersebut untuk mendapatkan yang terbaik bagi kehidupan kita di dunia ini. Mengapa kita mencuba-cuba untuk mencari yang terbaik sedangkan Al Quran yang menceritakan segala-galanya ada dihadapan kita untuk kita menjadikan panduan kehidupan.



Berapa kerap kita mengkaji panduan Al Quran yang diberikan kepada diri kita? Jika terlalu jarang bagaimana mungkin kita akan dapat menghubungkan diri kita dengan Allah swt yang menurunkan panduan tersebut. Jika kita sukar untuk menghubungkan diri kita dengan Allah swt maka amat sukarlah ketenangan yang kita cari itu akan dapat menyinari kehidupan buat diri kita. Kita akan tercari-cari di sebalik TV, di sebalik video untuk mendapatkan ketenangan namun tidak ketemu juga. Kita cuba mencari aktiviti-aktiviti yang kita rasakan akan mengembirakan diri kita namun akhirnya merugikan dan membinasakan diri sendiri. Ini semua bermula dari kesilapan untuk kita mencari penyelesaian didalam mencari ketenangan yang amat-amat kita perlukan. Semuga kita diberikan petunjuk dan hidayah dari Allah swt yang maha berkuasa memberikan kepada siapa yang dikehendakiNya. Amin

Hidayah..Satu Hadiah Yang Perlu Dijaga

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Hidayah adakah dirasakan sebagai suatu yang begitu besar didalam kehidupan kita? Ramai orang yang diberikan Hidayah dan benar-benar menghargainya, merasakan sebagai suatu hadiah yang begitu besar didalam kehidupan dan merasakan takut kalau-kalau Hidayah itu ditarik kembali oleh Allah swt dari kehidupan mereka. Namun ada juga yang tidak kisah tentang apa yang telah diberikan oleh Allah swt dan membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa mengambil sesuatu yang terbaik untuk kehidupan yang dilalui.



Bagi yang telah beragama islam samada sedar atau tidak kita telah diberikan Hidayah untuk memahami Islam yang telah diturunkan kepada Rasulullah saw. Namun adakah kita benar-benar memahami apakah agama ISLAM itu didalam kehidupan kita, adakah kita merasai bahawa dengan beragama islam kita telah selamat dalam memilih jalan untuk dilalui namun mungkin jika kita tidak menjaganya kita akan terpesong dan lari dari jalan yang lurus.



Kehidupan ini adalah selari dengan apa yang kita yakini, kita akan bertindak mengikut apa yang kita percaya, sekiranya kita percaya kepada islam akan dapat memberikan kebahagian maka apabila kita mengikuti apa yang di kehendaki oleh Islam maka kita akan melihat kehidupan yang begitu sempurna dan bahagia. Namun sekiranya kita tidak mempercayai atau mengubah kepercayaan kita dari Islam tentu sekali apa yang ingin kita lakukan juga akan berbeza, kita akan merasakan kita boleh melakukan banyak perkara yang dilarang oleh Islam dan tidak secara langsung akan mengubah kehidupan kita.


Apakah pengertian yang kita pahami tentang sesuatu akan mencorak kehidupan kita. Mari kita merenung kehidupan masyarakat di Zaman Rasulullah saw. Masyarakat mekah amat mempercayai rasulullah saw, samada islam atau bukan islam mereka mempercayai apa yang dibawa oleh rasulullah saw, Cuma mereka ingkar untuk beriman, mereka sedar bahawa apa yang disampaikan oleh rasulullah saw tidak mungkin suatu yang direka oleh muhamad kerana apa yang terkandung didalam alquran adalah suatu yang begitu indah dan tidak mungkin dapat di fikirkkan oleh diri rasulullah sendiri, semuanya adalah dari Allah swt. Mereka percaya apa sahaja yang dikatakan oleh rasulullah saw pasti berlaku dan tidak akan berlaku pembohongan dari diri rasulullah saw. Mereka begitu takut apabila di doakan oleh rasulullah saw suatu yang buruk kerana sejarah telah membuktikan mereka yang menginyai atau yang menyeksa rasulullah apabila di doakan mendapat balasan buruk, ternyata menerima akibatnya. Mereka benar-benar percaya kepada diri rasulullah saw, namun hati mereka tetap ingkar untuk beriman.


Persoalannya apakah kepercayaan kita kepada rasulullah saw sebagai rasul yang membawa Hidayah kepada manusia dari Allah swt, sejauh mana kita merasakan untuk benar-benar mengikutinya, adakah benar-benar rasulullah saw sentiasa berada didalam hati kita, sentiasa kita kasihi, sentiasa kita fikir-fikirkan pengorbanan yang telah dilakukannya, jika masih belum itu tanda kita perlu bermula sekarang untuk mencari Hidayah untuk benar-benar beriman dan mencintai diri rasulullah saw untuk kita mencintai Allah swt. Keimanan suatu yang penuh kemanisan yang mungkin tidak dapat digambarkan tetapi pengorbanan orang-orang yang beriman membuktikan mereka merasai suatu kemanisan yang tidak dapat digambarkan. Setiap orang perlu berusaha dan berusaha untuk mendapatkannya. Allah hu alam

Pengorbanan..Lambang Cinta

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Korban suatu yang ramai dilakukan oleh kebanyakan orang hari ini, semua orang ingin berkorban dan berusaha agar dapat melakukan yang terbaik untuk korban tersebut. Ramai juga yang tidak berkemampuan untuk melakukan korban dan ternanti-nanti daging korban dari mereka-mereka yang melakukan korban. Apakah bezanya antara orang yang melakukan korban dengan orang yang tidak melakukan korban. Ia bukan soal metematik dimana jika kita lakukan mungkin akan dapat yang terbaik dan yang tidak melakukan muking tidak mendapat apa-apa.



Korban yang dilaksanakan adalah suatu yang dinilai oleh Allah swt. Apakah tujuan sebenar yang ada didalam hati orang yang melakukan korban tersebut. Jika ia berharap hanya kepada keredaan Allah swt maka ia akan mendapat yang terbaik buat kehidupannya didunia dan akhirat. Sebaliknya jika ingin mendapatkan pujian atau sanjungan maka apa yang dilakukan tidak akan memberikan apa-apa erti bagi kehidupannya. Ia sebaliknya akan menyebabkan dimurkai oleh Allah swt.



Oleh sebab itu persoalan hati adalah suatu yang begitu penting untuk kita perhatikkan, bukan sekadar tindakan berkorban semata-mata tetapi soal hati perlu juga diambil kira untuk mendapatkan keredaan Allah swt. Soal hati perlu diiringi dengan tindakan sekali, bukan membersihkan hati sahaja tetapi tidak sanggup melaksanakan didalam tindakan kehidupan. Bukan senang nak senang, jika takut susah, susah nak senang. Pengorbanan perlu dilakukan untuk membuktikan hubungan yang jelas dengan Allah swt.



Ujian demi ujian akan kita lalui untuk membuktikan pengorbanan lambang cinta kepada ilahi, kita perlu membuktikan dan terus membuktikanya dengan tindakan didalam kehidupan kita kerana kehidupan adalah suatu penyerahan yang melambangkan keyakinan serta kepercayaan kepada ilahi. Penyucian hati perlu dilakukan keran saitan akan cuba untuk memesongkan niat dan rasa hati agar kita sentiasa tersesat, hanya Allah swt yang mampu membantu dan kita perlu berharap kepada pertolongan dan berdoa dengan sebenar-benar doa untuk menyelamatkan diri dari godaan saitan kepada Allah yang berkuasa menjauhkanNya. Semuanya adalah ujian untuk melihat sejauh mana kepercayaan dan kesungguhan kita melakukan yang terbaik dan berharap kepada ilahi. Allah hu alam

Kecintaan Akan Mengubah Kehidupan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Perasaan cinta adalah suatu yang tidak dapat dipisahkan di dalam kehidupan seorang manusia. Cinta kepada isteri, anak, ibu dan ayah adalah suatu tanda akan kebesaran Allah swt untuk kita menghargai akan kemanisan kehidupan ini. Banyak cinta-cinta lain yang dapat dirasai oleh manusia dan semua perasaan ini adalah suatu ujian yang diberikan oleh Allah swt untuk melihat bagaimanakah kita akan mematuhi segala perintah suruhan dan larangan yang telah dinyatakan untuk melihat hubungan dengan Allah swt.



Cinta bermula dari pengenalan dan hubungan hati, ia mempunyai ilmu tentang yang dicintainya, semakin ia mengenali semakin bertambah rasa takjub dan semakin banyak ia merasakan hubungan kasih dan sayang tersebut. Sekiranya kita ingin mencintai rasullullah saw, adakah kita mempunyai ilmu tentang dirinya, mengetahui tentang perjuangan beliau, adakah kita mengikuti setiap detik perjalanan kehidupan dan meneliti setiap tingkah laku, bicaranya didalam bentuk hadith yang ada sekarang ini? Adakah kita meneliti Al Quran yang di turunkan kepadanya untuk kebaikan seluruh umat manusia di dunia ini.



Firman Allah swt “Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.” (QS. Al-Hasyr:21)



Sesungguhnya Al Quran ini, yang berada dihadapan kita dan yang sedang kita baca ayat-ayatnya, memiliki kemampuan luar biasa untuk merubah. Jika kita masih ragu akan hal itu maka lihatlah kepada salah satu gunung yang dekat dengan kita dan perhatikan keteguhannya kemudian kita menghayalkannya bahwa ia telah hancur berkeping-keping dan menjadi serpihan-serpihan batu. Semua perkara ini akan berlaku sekiranya gunung itu diberikan akal seperti akal kita lalu ia menerima Al Quran, maka hancurlah gunung tersebut. Al quran yang diturunkan kepada gunung yang kuat dan keras boleh menjadikan gunung yang keras menjadi begitu lembut dan bertaburan, bagaimanakah apabila ia diturunkan kepada manusia, hati manusia tidak dapat menjadi lembut. Oleh sebab itu Al Quran mampu untuk merubah kita dam mengembalikan keadaan kita menjadi baru kembali.


Firman Allah swt “Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus (QS. Al-Isra 9) Ayat ini menjelaskan al Quran ini mampu untuk meluruskan perjalanan kehidupan kita untuk kita beristiqamah pada perintah Allah dan JalanNya yang lurus. Di dalam ayat diatas ada perkataan INI, maka inilah Al Quran yang berada dihadapan kita yang mampu untuk meluruskan perjalanan kehidupan kita.



Firman Allah swt: “Al Quran itu tiada lain hanyalah peringatan bagi semesta alam, (yaitu) bagi siapa di antara kamu yang mau menempuh jalan yang lurus.” (QS. At-Takwir 27-28). Apakah keputusan yang ingin kita ambil didalam kehidupan ini? Marilah kita berfikir untuk mencari yang terbaik buta kehidupan di dunia dan akhirat. Allah hu alam