Monday, March 16, 2009

Kekuasaan Allah Sejauh Mana Kita Merasainya

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Sebuah kitab telah diturunkan kepada seorang lelaki yang buta huruf, menyatakan begitu banyak fakta-fakta yang tidak dapat difikirkan oleh manusia pada ketika itu apa maknanya, tidak dijangkau oleh pemikiran manusia hanya dapat digambarkan sebagai suatu cerita yang harus dipercaya sebab ianya adalah datang dari Allah swt. Namun hari ini segala yang tidak dapat dibayangkkan oleh fikiran manusia dapat di ketahui dan dengan jelas apa yang di gambarkan oleh sain hari ini sentiasa menceritakan kebenaran demi kebenaran dan tidak mungkin suatu yang terjadi sebab kebetulan kerana tiada suatu pun yang didapati bersalahan kebenarannya.



Tetapi hati begitu sombong dan bongkak untuk menundukkan kebebasan dan penyerahan kepada Allah swt yang mengatur segala-galanya, hati masih memilih tuhan-tuhan yang selain daripada Allah swt. Mengapa tidak mahu mempercayai Allah swt yang maha bijaksana mengaturkan segalanya. Jika kita melihat banyak buku-buku tulisan manusia tentu sekali ada dituliskan bahawa kajian ini adalah suatu kajian semata-mata dan mungkin terdapat kelemahan didalamnya yang mungkin boleh diperbaiki. Tetapi apabila melihat di dalam Al Quran dicatitkan bahawa tiada keraguan atau kesilapan yang terdapat didalam Al Quran.



Tentu sekali ia tidak di tulis oleh seorang manusia kerana jika manusia tentu sekali ia akan merasai akan berlaku kesilapan didalam tulisannya. Tetapi apabila ianya diturunkan kepada seorang rasul daripada Allah swt, ia boleh menyebautkan anak isi kandungan yang terdapat didalamya tidak mungkin ada keraguan dan semuanya benar dan hanya masa yang akan menentukan apa yang tidak dipaham oleh manusia dan ianya adalah suatu kebenaran yang tidak boleh dipertikaikan.



Mengapakah kita masih sombong untuk tidak mahu mengikuti akan ajaran yang terdapat didalamnya? Adakah kita masih tidak mengerti atau tidak mahu cuba untuk mengerti akan ancaman dan juga kebaikan yang akan diberikan kepada mereka-mereka yang benar-benar mempercayai apa yang akan diberikan kepada manusia yang memberikan penyerahan diri mereka kepada Allah swt yang mampu untuk melakukan apa sahaja bagi kehidupan kita di dunia ini.



Marilah kita mula berfikir sebentar dengan akal yang diberikan oleh Allah swt ini, apakah kita tidak mempercayai bahawa Allah swt mampu untuk mengambil pemikiran kita atau mengambil nyawa kita pada bila-bila masa sahaja, Allah swt memberikan kita peluang dan waktu untuk kita mempergunakan akan dan pemikiran kita untuk kita merasai akan kebesaran Allah swt dan juga peluang untuk kita menyerahkan jiwa, pemikiran dan kehidupan untuk meletakkan Allah di hadapan kita dan mengambil hanya nilai Allah swt didalam kehidupan kit adi dunia ini.



Sebentar tadi saya berkesempatan melawat jenazah adik seorang kawan kita yang telah dipanggil oleh Allah swt ketika berumur 37 tahun, siapakah menyangka yang dia akan kembali pada usia semuda itu, namun apabila telah ditentukan tiada siapa yang dapat menghalangnya, bilakah akan tiba untuk diri kita? Alangkah beruntungnya bagi sesiapa yang mempersediakan diri mereka untuk mencari kebaikan yang dijanjikan oleh Allah swt dengan sentiasa ingat kepadanya dan mengutamakan nilai Allah swt didalam kehidupannya. Amin

0 comments: