Monday, March 16, 2009

Segala-galanya dalam ketentuan Allah

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Bagaimana kita berbaik sangka terhadap Allah swt? Jika bukan ditentukan untuk kita walau bagaimana kita berusaha kita tidak mungkin akan memperolehi tetapi sebagai manusia kita perlu berusaha sebaik mungkin untuk membuktikan kita merasakan Allah swt Maha Melihat, Maha mengetahui, Maha mendengar apa sahaja yang dilakukan, dipohon dan diharapkan oleh hambanya.

Ada yang terbaik di atas segala apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt, walaupun kita merasakan sesuatu yang buruk kita perlu beristifar dan berusaha untuk memperbaiki dan mengembalikan apa sahaja kepada Allah swt. Kadang kala kejayaan itu telah begitu hampir milik kita namun akhirnya kegagalan yang telah kita terima, maka jika kita telah berusaha bersungguh-sungguh, kita perlu akur terhadap segala kententuan Allah swt. Tiada siapa yang boleh mengambil rezeki yang telah ditentukan oleh Allah swt dan tiada siapa yang boleh menambah rezeki yang telah dikurangkan oleh Allah swt. Allah swt yang maha mengetahui mempunyai cara untuk menguji hamba-hambanya untuk melihat betapa manusia akan berserah dan berharap hanya kepada Allah swt.

Kita sering lupa bila diberikan keburukan dan juga lupa bila diberikan kebaikan, sekiranya kita melihat apa yang telah diberikan kepada kita begitu banyak kebaikan dan tidak terkira segala kebaikan tersebut. Berapa banyak kebaikan yang telah diberikan olah Allah swt seperti kesihatan, kegembiraan, kekayaan, harta, keluarga dan banyak lagi sehingga kita tidak mampu untuk menuliskanya. Beberapa banyak pula penderitaan yang boleh kita catitkan mungkin lebih sedikit dari apa yang kita dapat dari kebaikan, namun kita sukar untuk bersyukur, Allah swt mampu untuk mengambil apa sahaja yang ada pada kita hari ini dan Ia juga mampu menambah apa yang ada sekarang dan juga menghalang apa yang kita mungkin perolehi.

Marilah kita renung kebaikan Allah swt kepada kita semuga kita akan menjadi hamba-hamba yang benar-benar bertaqwa kepadanya. Amin

0 comments: