Di dalam melalui kehidupan ini begitu banyak ujian dan cabaran yang diberikan oleh Allah swt kepada diri kita, kadang kala kita melihatnya suatu yang buruk dan kadang kala kita menyatakan ianya baik, namun adakah kita sedar semua perkara yang berlaku adalah suatu yang baik dan tiada yang buruk kerana semuanya datang dari Allah swt dan tentunya kita perlu berbaik sangka terhadap apa sahaja pemberian dari Allah swt.
Kita perlu berdoa dan terus berdoa kerana kita hanya berharap kepada Allah swt, kita perlu berdoa untuk mendapatkan yang terbaik didalam kehidupan kita, dan apabila kita mendapatkan sesuatu yang tidak seperti yang kita hajatkan, maka kita perlu sedar dan merasakan akan kasih sayang Allah swt yang mampu melakukan apa sahaja kepada diri kita dan tentunya Allah swt mahu memberikan yang terbaik buat kita, Kita perlu merasakan yang Allah swt maha melihat dan sebagai manusia yang percaya Allah swt maha melihat perlu melakukan yang terbaik di dalam apa sahaja tindakan dan tidak bertentangan dengan hukum Allah swt.
Siapakah yang tidak takutkan kematian, namun kematian itu tetap akan berlaku kepada diri kita, kematian yang akan memisahkan segala yang indah semasa hidup kita untuk melalui perjalanan yang belum tentu akhirnya samada baik atau kerugian. Kita sedar untuk mendapatkan yang baik kita perlu mencintai Allah swt dan juga mencintai Rasulullah saw. Dalam kehidupan manusia apabila kita memperkatakan cinta mungkin kita ternanti-nanti panggilan si dia atau surat coretan rasa hatinya. Namun apabila memperkatakan cinta dengan Allah swt apakah kita ternanti-nanti surat dari Allah swt? Surat yang telah disediakan oleh Allah swt untuk semua manusia yang beriman kepadaNya iaitu Alquran nul Karim.
Apakah perasan kita untuk menerima surat demi surat dari kekasih yang paling kita cintai. Bagaimana pula rasa beruntung dan berterima kasih kita kepada rasulullah saw yang membawakan surat cinta itu untuk kita tatap dan kita pelajari serta kita gunakan untuk menjaga kehidupan diri kita. Sekiranya kita tidak berusaha untuk menunggu surat cinta itu, siapakah kita sebenarnya? JIKA KITA TERNANTI dan tidak cuba membaca dan membaca berulang kali maka siapakah kita ini? Adakah yang amat mencintai atau yang dicintai, jika tidak takut-takut kita di gulungkan sebagai orang yang tidak beriman. Nauzubillah. Marilah kita renung kembali surat cinta kita iaitu Al quran yang diberikan oleh Allah swt untuk menyelamatkan kehidupan kita di dunia dan di akhirat. Amin
1 comments:
salam...mitak maaf mengganggu..saya ingin menanyakan mengenai lagu ini.
saya tidak pernah dengar..boleh beritahu saya siapa empunya lagu ini?
Post a Comment