Perasaan kasih dan cinta suatu yang sukar untuk ditakrifkan, apabila seseorang mencintai seseorang yang lain maka segalanya akan mengambil kira apakah perasaan orang yang dikasihinya. Segala keputusan yang ingin di ambil akan mengambil kira perasaan orang yang dikasihinya. Suatu perasaan yang hanya mungkin akan dapat dirasai oleh mereka-mereka yang mengalaminya sahaja.
Bila kita memperkatakan cinta kepada Allah swt, maka diketika itu seseorang itu akan merasai kasih dan sayang yang teramat tinggi sehingga segala tindakan dan keputusan akan dirujuk kepada Allah swt terlebih dahulu. Ia merasakan akan panggilan mesra dari Allah swt dan sentiasa berharap segala tindakan yang dilakukan olehnya akan mendapat keredaan Allah swt. Tiada yang lebih membahagiakan melainkan dapat memenuhi segala perintah dan menjauhi segala larangan dari Allah swt.
Bagaimanakah perasaan kita sekiranya seorang itu mampu memberikan apa sahaja kepada kita dan selepas memberikan segalanya kepada kita, kita dengan rasa gembira mengucapkan terima kasih kepada pemberi hadiah tersebut. Tentunya kita adalah orang yang baik dan akan dihormatinya. Sebaliknya sekiranya dia telah memberikan begitu banyak hadiah kepada kita, tetapi jika kita tidak menghiraukkan pemberi hadiah tersebut, kita tidak langsung mengucapkan terima kasih diatas hadiah yang begitu banyak telah kita terima. Tentu sekali kita akan dikategorikan sebagai manusia yang sombong dan tidak mengenang budi.
Jika seokor ikan boleh memahami perasaan kasih dan cinta, bagaimanakah pula manusia yang diberikan akal mampu untuk membalas perasan cinta dan kasih dari Allah swt. Adakah kita menyedari dan memahami bagaimanakah kebaikan yang begitu besar telah diberikan Allah wt kepada diri kita. Jawapan ada pada diri kita sendiri dan adakah kita memohon agar mempunyai perasan cinta kepada Allah swt, jika tidak pernah berharap bagaimanakah untuk ia terlaksanakan di dalam pemikiran dan dilahirkan didalam tindakan.
0 comments:
Post a Comment