Monday, March 16, 2009

Kesedaran menuntut tindakan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Makanan adalah suatu yang perlu kepada kehidupan kita, namun apakah makanan yang akan memberikan kebaikan kepada kehidupan kita sehingga mendapatkan keredaan dari Allah swt. Hari ini arahan telah dikeluarkan agar kita memboikot makanan yang di keluarkan oleh Yahudi dan juga barangan keluaran syarikat yang berhubung kait dengan syarikat-syarikat yang membantu Negara Yahudi tersebut. Namun sejauh mana perasaan yang ada didalam hati kita sanggup meninggalkan dan mencari altenatif lain untuk keperluan diri kita.



Makanan halal atau haram suatu yang ada di sekeliling kita. Adakah kita mempersoalkan apakah makanan yang akan kita makan sentiasa halal bagi mendapatkan keberkataan dari Allah swt. Kita berharap asal orang islam yang menjual makanan tersebut pasti semuanya halal dan tidak perlu bersusah untuk menyelidiki dari manakah makanan itu datang. Mungkin ada kebenarannya tetapi jika jelas seorang yang bukan Islam menghantarkan dan membekalkan makanan seperti ayam ke restoren tersebut tentu kita akan merasakan was-was samada makanan itu disembelih seperti yang dikehendaki oleh Allah swt. Hari ini kita dapati ramai peniaga mahukan keuntungan dan mereka akan mendapatkan keuntukan tanpa mengira samada sumber itu halal atau tidak.



Mengapa perkara ini berlaku adalah kerana kita sendiri sebagai seorang islam tidak peka dan tidak kisah sangat berhubung makanan yang kita makan. Saya ingin berkongsi tentang me hoon EKA yang dikatakan disediakan di sebelah kawasan pemeliharaan babi di suatu tempat di utara. Jenama mee tersebut berbagai-bagai seperti Fatima, bersatu dan lain-lain nama. Semuanya menunjukkan nama yang mungkin kita rasakan akan memberikan kebaikan kepada diri kita dan harganya amat murah jika dibandingkan dengan jenama lain. Tetapi keperluan untuk mendapat yang terbaik perlu difikirkan agar kita mendapatkan keberkatan daripada makanan yang kita makan.



Ia berbalik sejauh mana hati kita berhubung dengan Allah swt, semakin kita berhubung dengan Allah swt semakin itu kita akan memastikan apa yang kita makan perlu mendapatkan keberkatan yang akan memberikan hati yang bersih dan sentiasa berharap kepada Allah swt. Mungkin dengan sedikit kesedaran ini akan memberikan kita semangat untuk membantu para peniaga muslim yang begitu bersungguh-sungguh untuk menyediakan makan halal untuk keperluan umat Islam. Mungkin harganya sedikit mahal namun dengan harga yang mahal itu mungkin akan menambahkan keberkatan hidup, itu lebih bererti buat kehidupan yang sementara ini.



Marilah kita renungkan apa yang telah berlaku dan semuanya adalah suatu yang baik untuk kita menyedarkan diri kita bahawa ujian dari Allah swt di tujukan kepada kita untuk melihat sejauh mana kita bersedia untuk mencari redzaNya. Setiap kesukaran pasti ada kesenangannya. Bukan senang nak senang kalau takut susah, susah nak senang. Semuga makanan yang kita makan akan sentiasa halal dan endapat keberkatan dari Allah swt. Amin

0 comments: