Apakah peranan seorang ibu? Apakah seorang ibu hanya bertanggung jawab untuk melahirkan anak dan memastikan anak tersebut akan menjadi dewasa dengan sempurna apabila diberikan cukup pakaian dan makanan untuk kehidupannya. Adakah dengan ini telah menjadikan segala peranan sebagai ibu telah terlaksana? Sejauh mana kita menyedari dan menginsafi apakah tanggung jawab tersebut maka ianya akan dilaksanakan didalam kehidupan kita.
Ramai ibu yang kadang kala terlupa bahawa anak mereka masih kecil lagi dan amat-amat memerlukan bantuan dan pertolongan dari ibu mereka, ramai yang marah kepada anak mereka seolah-olah anak yang masih kecil itu telah melakukan kesalahan yang begitu besar dan tidak boleh dimaafkan langsung. Mereka marah kepada anak-anak kecil yang memerlukan kasih sayang dengan perasaan yang tidak terkawal, kita tidak cuba memahami apakah yang berlaku kepada anak-anak tersebut mengapa mereka melakukan perkara tersebut.
Saya teringat seorang ulamak berinteraksi dengan anaknya apabila ada tetamu datang kerumahnya. Anak tersebut membuka pintu dan bertanya nak jumpa siapa, tetamu berkata nak jumpa ayah kamu, maka sianak pun menutup pintu dan memberitahu kepada ayahnya bahawa kawan-kawan ayah datang untuk bertemu ayah. Ulamak ini berkata kepada anaknya selepas tetamu pulang, abang boleh tak kita bincang sedikit? Jika tetamu abang yang datang, hendaktak abang jika ayah menghormati tetamu abang, jawab anak tersebut tentu sekali, begitu juga ayah hendak jika abang menghormati tetamu ayah. Maka lahirlah suatu perjanjian untuk saling hormat menghormati tetamu yang akan datang.
Semua perkara tentu ada jalan yang baik untuk mendapat keputusan yang terbaik, ianya bergantung sejauh mana kita menyediakan diri kita untuk mendapatkan yang terbaik dan bersedia untuk melakukannya. Kita boleh memarahi anak kita, tetapi adakah dengan memarahi anak tersebut akan memberikan kebaikan kepada dua-dua pihak. Jika dengan marah akkan memberikan hasil yang baik maka kita perlu mengunakan pendekatan itu, tetapi sebaliknya dengan marah tidak memberikan apa-apa kebaikan maka kita perlu mengunakan pendekatan lain yang akan memberikan kesan kepada sesuatu perkara yang ingin kita memperbaikinya.
Bayangkan anak yang kita mahu menjadikan contoh yang terbaik kepada manusia dapat melaksanakan harapan kita tentu sekali pengorbanan yang kita lakukan akan memberikan kemanisan bagi kehidupan yang sementara ini. Pengorbanan memerlukan kesungguhan dan kekuatan kepada diri kita untuk Berjaya memerintah diri sendiri, tanpa Berjaya memerintah diri sendiri kita tidak akan Berjaya untuk memerintah orang lain dengan penuh hikmah dan kebaikan. Allah hu alam
0 comments:
Post a Comment