Rumah tangga suatu anugerah Allah swt kepada kita, rumah tangga walau sebahagia mana sekalipun ada kalanya berkocak juga itu tanda untuk melihat sejauh mana ikatan kasih dan sayang antara dua manusia yang berbeza dapat disatukan oleh Allah swt yang maha berkuasa. Ini tanda kebesaran Allah swt yang maha pengampun lagi maha penyayang. Jika Allah swt yang mempunyai segalanya, yang maha penyang, yang maha mengetahui apa yang akan berlaku dan yang telah berlaku, maha sempurna balasannya, maha adil boleh memaafkan hamba-hambanya, maka siapa kita yang begitu kerdil dan banyak melalui kesilapan untuk tidak memaafkan seorang isteri atau seorang suami.
Kemarahan sebenarnya hanya sebentar, jika dengan marah kita boleh menyebabkan perubahan berlaku, maka marahlah kerana itu adalah yang terbaik. Tetapi sekiranya dengan marah tidak akan merubah apa-apa didalam kehidupan kita, maka kita perlu berfikir dan mencari suatu penyelesaian untuk mendapatkan keputusan yang terbaik bagi permasalahan yang kita sedang hadapi. Kalau marah ketika berdiri maka carilah tempat untuk duduk, kalau mara juga ketika duduk maka carilah tempat untuk berbaring, kalau marah ketika telah berbaring maka mungkin kita telah dilahirkan dengan darah panglima garang yang masih mengalir di tubuh kita.
Kemarahan hanya seketika, kita marahkan anak kita? Tetapi adakah kita sedar kemarahan itu sebenarnya untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada mereka, sekiranya anak itu telah remaja kemarahan bukan pendekatan yang betul untuk menyelesaikan permasalahan yang kita hadapi. 1 ke 7 tahun macam bunga, 7 ke 14 tahun macam hamba, 14 ke 21tahun macam kawan dan 21 tahun keatas akan menjadi kawan atau lawan. Lihatlah anak kita, jika ia berumur 14 tahun keatas sudah terlambat untuk kita memarahi mereka tetapi sekarang masa untuk berbaik setelah kita menjadikan mereka hamba untuk mengikuti peraturan sebelum ini.
Sekarang kita perlu mendidik dengan cara diplomasi, kita perlu memberikan ruang dihati mereka untuk merasakan bahawa ayah dan ibu adalah tempat untuk mereka meluahkan perasaan dan kerisauan, remaja penuh dengan dunia baru yang meneroka sesuatu yang baru, penuh dengan cabaran dan ingin melakukan sesuatu yang baru. Begitu juga isteri apabila anak telah ramai kadang-kadang mereka lupa bahawa suami adalah seorang yang perlu dilayan sebagai suami, suami tetap suami yang apabila mula mengenalinya selepas pernikahan seperti seorang anak kecil yang mahukan belaian tetapi hanya fizikalnya sahaja besar dan dewasa dan selepas masa berlalu segala yang indah memerlukan pengorbanan untuk memastikan kita sentiasa gembira, pengorbanan dari semua pihak didalam keluarga tersebut.
Keindahan berkeluaga sebenarnya memerlukan pengorabanan dari semua anggota dalam keluarga, bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora, semua ini adalah untuk menguji kehidupan untuk melukiskan kegembiraan dan kemanisan kehidupan. Hanya Islam yang dapat melakukan, memberikan kebahagian disebabkan ianya tidak lari dari ikatan hubungan dengan Allah swt dan sentiasa mencari Allah swt untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Kita tidak mampu melawan takdir Allah swt dan kita tidak mampu untuk lari dari ujian Allah swt, mohonllah kepada Allah swt yang menyediakan ujian untuk mendapatkan yang terbaik bagi kehidupan yang sementara ini. Allah hu alam
0 comments:
Post a Comment