Monday, March 16, 2009

Hadith Peninggalan Rasulullah SAW

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Rasulullah saw telah banyak meninggalkan hadith-hadith tentang bagaimana untuk kita melalui kehidupan kita, hanya sekarang banyak suruhan tersebut telah dijelaskan oleh sains apakah kebaikan yang boleh kita perolehi daripada suruhannya. Bagaimana mungkin Rasulullah saw mengetahui begitu banyak kebaikan sekiranya ia tidak di ajarkan oleh Allah swt. Oleh sebab itu adalah menjadikan kewajipan untuk kita mengikuti segala sunah yang di ajarkan oleh rasulullah saw kepada diri kita. Mungkin kita tidak mengetahui apakah sebabnya tetapi kita perlu yakin bahawa apa sahaja yang telah di bawa oleh rasulullah saw tentu ada kebaikan di sebaliknya.



Cara kita makan, cara kita menyimpan makanan, cara kita minum dan banyak lagi ajaran-ajaran yang telah diajarkan untuk kita melalui kehidupan ini. Namun tidakkah kita terfikir bagaimana kesempuraan ini adalah suatu pemberian dari allah swt dan kita perlu untuk mengikutinya. Kita selalunya tidak kisah kepada sunah-sunah yang diajarkan oleh rasulullah saw, kita tidak perihatin untuk mengikutinya dan kita merasakan tidak perlu merujuk kepada ajaran rasulullah saw di dalam apa sahaja tindakan kita. Akhirnya kehidupan kita bermasalah kerana kita mencari penyelesaian sendiri tanpa merujuk kepada peninggalan yang begitu agung dari Rasulullah saw.



Di dalam radio ikim pagi tadi di ceritakan seorang negro telah diberikan terjemahan al Quran dan bila ia membaca erti al Fatihah maka katanya ia suatu pendahuluan seperti buku-buku lain yang dibacanya. Tetapi apabila ia membaca erti surah al baqarah yang bermaksud ini adalah kitab yang tiada keraguan di dalamnya, ianya amat berbeza dengan kitab-kitab tulisan manusia keran semua buku-buku akan menyatakan mungkin akan berlaku kesilapa tulisan penulis didalam buku tersebut, tetapi Al quran menjelaskan tentang tiada keraguan dan ia membaca dari ayat demi ayat dan akhirnya mendapat sinar islam didalam kehidupanya.


Bagaimanakah sikap kita terhadap sebuah al quran yang tiada keraguan terhadap isi kandunganya, adakah kita dengan rasa bersungguh-sungguh ingin mengetahui apakah yang telah di perintahkan dan pelajaran yang ingin diajarkan kepada diri kita agar menjadi manusia yang benar-benar mendapat kebaikan untuk kehidupan di dunia dan di akhirat. Marilah kita renung kembali sikap kita selama ini agar kita benar-benar menjadi manusia yang dikasihi oleh Allah swt dan juga Rasulullah saw. Amin

0 comments: